"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Wawancara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wawancara. Papar semua catatan

Rabu, 13 November 2024

Adakah Israel berhak wujud dan mempertahankan diri?Ya,kata Anwar

 


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau mengiktiraf hak Israel untuk wujud sebagai sebuah negara serta haknya untuk "mempertahankan diri", pendirian yang dilihat bakal mencetuskan persoalan sama ada beliau sehaluan dengan dasar kerajaan Malaysia untuk tidak mengiktiraf negara Yahudi itu.

Dalam wawancara bersama CNN baru-baru ini, di mana Anwar turut mengkritik media Barat yang cuba mengenepikan isu penjajahan selama beberapa dekad di wilayah Palestin dan menyebarkan naratif yang berat sebelah sejak serangan 7 Oktober oleh Hamas tahun lepas, perdana menteri ditanya sama ada beliau menerima hak Israel untuk wujud dan haknya untuk mempertahankan diri.

Beliau menjawab "ya" kepada kedua-dua soalan.

Terdahulu, Anwar ditanya wartawan CNN Richard Quest sama ada beliau cuba menghalalkan serangan Hamas itu apabila berhujah ia merupakan kesan daripada keganasan Israel.

"Sebagai contoh, jika masyarakat antarabangsa mengambil pendirian moral yang tinggi serta konsisten, maka saya akan akur, 'ya kita mesti hentikan tindakan keterlaluan ini'," kata Anwar.

CNN: Tetapi anda akan setuju bahawa, A: Israel berhak wujud.

Anwar: Ya, ya.

CNN: Dan B: Israel berhak mempertahankan dirinya.

Anwar: Ya.

Isu mengiktiraf negara Israel menjadi asas kepada dasar Malaysia untuk tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan negara Zionis itu, pendirian yang turut diambil kira-kira 30 kerajaan di seluruh dunia.

Sebelum serangan 7 Oktober yang disusuli dengan serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza, Washington secara agresif mempromosikan apa yang dipanggil Perjanjian Abraham dalam usaha menormalisasikan hubungan negara Arab dan Islam dengan Israel - inisiatif yang pertama kali dilancarkan ketika pentadbiran penggal pertama Donald Trump.

Sebaliknya, Malaysia dan banyak kerajaan Islam melihat penyelesaian dua negara sebagai jalan tengah yang membolehkan mereka mengekalkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat, sekutu utama Israel, pada masa sama menyokong negara Palestin yang merdeka.

Kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza, yang setakat ini telah mengorbankan lebih 50,000 orang, dilihat menguburkan penyelesaian dua negara, apabila ramai pemimpin Israel secara terbuka menentang sebarang negara Palestin, malah menggesa pengusiran dan pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin.

Jawapan Anwar kepada soalan CNN bakal mendapat tentangan aktivis pro-Palestin di Malaysia yang selama ini membantah keputusannya untuk membawa masuk sebuah syarikat milik gergasi pelaburan AS BlackRock, menyertai pemegang saham dalam konsortium menguruskan lapangan terbang di Malaysia.

BlackRock mempunyai reputasi memperkasakan ekonomi Israel di samping pelaburannya yang meluas dalam industri senjata AS yang membekalkan kelengkapan tentera kepada Israel.

Anwar telah menolak bantahan terhadap penglibatan BlackRock, seperti mana beliau mempertahankan penyertaan syarikat senjata AS yang berurusan dengan tentera Israel dalam sebuah pameran pertahanan dianjurkan kerajaan Malaysia pada Mei lalu.

Bulan lalu, Anwar dikritik kerana mengadakan pertemuan mesra dengan Anthony Blinken, setiausaha negara AS yang terkenal sebagai penyokong tegar Zionis.

"Wahai Anwar... Anda sepatutnya tidak bertemu Blinken ketika dia menyembelih umat Islam Palestin dan Lubnan," kata Sami Hamdi, seorang wartawan dan pakar Timur Tengah berpangkalan di United Kingdom, dalam kiriman media sosial yang mengundang serangan  oleh tentera siber (cybertrooper) Pakatan Harapan.

Lebih sedekad lalu, Anwar dikecam susulan wawancara bersama akhbar The Wall Street Journal, di mana beliau dipetik sebagai berkata akan "menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel".

Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 2022, akhbar berpengaruh Israel Haaretz menyifatkan pelantikan Anwar sebagai membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Israel dan Malaysia.

"Israel akan menyukai hubungan yang lebih erat dengan Kuala Lumpur. Mungkin ini adalah peluang?" tulis ketua pengarang Haaretz, Esther Solomon.

Akhbar itu turut menganggap Anwar lebih terbuka dalam menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, sambil membuat perbandingan dengan Dr Mahathir Mohamad yang kerap dilabelkan ahli politik Israel sebagai "anti-Yahudi".

"Walaupun rekod (kenyataannya) bercampur-baur, (Anwar) Ibrahim sememangnya lebih terbuka kepada Israel berbanding Mahathir yang mengambil pendirian keras, di mana ia berpotensi memberi peluang kepada Israel untuk memperbaiki hubungan (dengan Malaysia) ke tahap tertentu," lapor akhbar itu.

Source 

Ahad, 17 Oktober 2021

Isu Perceraian:Antara gila gajet & 'mesin ATM'

 PASANGAN dinasihatkan tidak  mengambil ringan apabila timbul konflik dalam perkahwinan.

PASANGAN dinasihatkan tidak mengambil ringan apabila timbul konflik dalam perkahwinan.

Baru-baru ini, masyarakat dikejutkan dengan pendedahan purata 121 pasangan Islam bercerai setiap hari di seluruh negara.

Ia bukan isu picisan, malah perlu ditangani segera bagi memastikan institusi keluarga pasangan Islam kekal utuh.

Banyak boleh dikaitkan dengan isu perceraian ini dan bagi mengupasnya, ikuti wawancara kaunselor di KS Consultancy & Training, NORANIZA ANWAR bersama Pengarang Berita NAZARALI SAERIL.

Purata 121 permohonan perceraian difailkan pasangan Islam setiap hari untuk bercerai di mahkamah syariah seluruh negara. Apa yang berlaku?

Stastitik ini memperlihatkan usaha perlu dilakukan dalam membendung peningkatan permohonan perceraian.

Adalah menjadi kelaziman untuk pasangan melakukan sesuatu demi menyelamatkan perkahwinan.

Cuma barangkali, pendekatan yang diambil kurang tepat dan tanpa merujuk kepada profesional.

Seharusnya pasangan tidak mengambil ringan apabila timbul konflik dalam perkahwinan seperti perselisihan faham, pengabaian, kecurangan, penderaan, ketidakpuasan hati atau campur tangan pihak ketiga.

Jangan takut, malu atau bertangguh untuk mendapatkan bantuan pakar.

Bila terlalu lama memendam dan menyimpan rasa sakit, kecewa, marah, maka itu yang pada satu peringkat, pasangan akur memilih untuk berpisah lantaran tiada intervensi atau rawatan, pencerahan dan bimbingan untuk membantu kesembuhan dalaman.

Tanpa melalui proses kesembuhan dalaman yang sempurna, pasangan akan kembali terperangkap dengan kesilapan dan kelemahan sama malah usah terkejut, ada juga ditemukan contoh jika ayahnya dahulu panas baran, ego dan membuatkan ibunya makan hati, si anak tadi pun akan mengulangi kesilapan yang sama berkahwin.

Dan kitaran ini terus berlaku. Maka sebab itulah, dapatkan rawatan dan pertolongan yang tepat seperti bantuan daripada kaunselor rumah tangga yang bertauliah serta berpengalaman.

  • Pengalaman berdepan pasangan yang mendapatkan khidmat nasihat berkaitan rumah tangga?

    Banyak yang mereka dedahkan namun akhir-akhir ini, sebahagian besarnya membabitkan isu kecurangan, ketidakfahaman pasangan dalam melaksanakan hak juga peranan masing-masing, campur tangan mentua dan layanan sambil lewa pasangan.

    Gajet turut memainkan peranan yang mana ia sentiasa 'melekat' dengan suami atau isteri menyebabkan komunikasi tidak lancar.

    Jika semua perkara itu tidak diurus dengan bijaksana, ia boleh menambah konflik serta tekanan dalam rumah tangga.

    Saya sering tegaskan kepada pasangan ini untuk kembali ke matlamat asal perkahwinan apabila mereka seolah-olah menemui jalan buntu dalam rumah tangga.

    Perkahwinan perlu membahagiakan, saling melengkapi dan mendokong satu sama lain.

    Ketika sesi kaunseling serta terapi, banyak pasangan mengatakan yang ilmu dikongsi dalam kursus perkahwinan disertai tidak mencukupi.

    Mereka mahukan pembimbing namun terlalu banyak aspek yang dipinggir dalam rumah tangga. Ada kalanya perbuatan dilakukan menyakiti hati pasangan walaupun itu bukan yang dimaksudkan.

  • Perbezaan umur, jurang pendapatan selain taraf pendidikan. Adakah ia antara punca perceraian?

    Ia memang antara yang menjadi punca perceraian.

    Ada juga yang bercerai akibat rasa tidak puas hati selain sikap jahil dalam diri.

    Individu yang jahil ini biasanya memilih untuk 'melarikan diri' daripada rumah tangga dengan mencari keseronokan di luar batas perkahwinan.

    Itu yang menyebabkan wujudnya isu pengabaian terhadap suami, isteri atau keluarga.

    Ada yang berperangai umpama orang bujang, berkahwin hanya kerana ikut-ikutan dan gagal menghidupkan kebahagiaan rumah tangga.

    Tak kurang juga yang menjadikan pasangan sebagai 'mesin pengeluaran wang automatik' (ATM) bagi membayar hutang, perbelanjaan harian dan lain-lain.

    Ia biasanya berlaku terhadap pasangan yang kerjayanya lebih baik daripada suami atau isteri.

  • Kahwin pada usia muda, apa risikonya?

    Tidak salah untuk berkahwin pada usia muda namun faktor kematangan, ilmu dan kefahaman mengapa anda berkahwin itu amat perlu.

    Dan bagi memahami konteks ini, teori dinamik ada mengulas bahawa dalam mencapai marriage satisfaction, ada tiga perkara yang perlu ada.

    Ia membabitkan personal growthinstrumental dan companionship.

    Dalam usia muda, masih terlalu banyak impian yang ingin dicapai dan ingin dipenuhi. Ia boleh menjemput tekanan tanpa disedari jika tidak diuruskan dengan bijaksana.

    Rentetan daripada pertembungan impian, ia boleh menyebabkan pasangan muda ini, yang mungkin juga naif kerana faktor usia, akhirnya rasa bercelaru dan terkapai-kapai dalam melayari rumah tangga.

    Kurangnya maklumat, ilmu dan kemahiran juga boleh memburukkan lagi keadaan apabila keputusan, tindakan juga layanan yang diberikan hanya dilakukan sesuka hati.

    Maka, tidak hairanlah pasangan suami isteri muda memiliki kecenderungan yang tinggi untuk berpisah.

  • Punca rumah tangga runtuh?

    Punca utama yang sering saya temukan.

    1. Pasangan adakalanya mula sambil lewa, tiada lagi kata-kata pujian, penghargaan, tidak berbicara dengan lembut, tiada gurau senda malah rumah ada kalanya umpama 'hotel' manakala pasangan adalah 'teman serumah'.

    2. Faktor pengurusan kewangan. Ramai yang hanya fikirkan perkahwinan yang indah tanpa komitmen. Apabila tanggungjawab bertambah, pasangan mula berprasangka.

    Pelbagai komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta, bil utiliti, perbelanjaan anak dan lain-lain menyebabkan banyak pasangan rasa terbeban sedangkan ia boleh diselesaikan jika perancangan kewangan stabil.

    3. Campur tangan mentua. Mungkin pada asasnya berhasrat untuk mengadu dan memohon pandangan namun ada kalanya, ada mentua atau ipar yang mungkin bersifat protective, pasangan pula yang menjadi mangsa. Sayang masih menebal, tetapi disebabkan indoktrin yang mungkin bersifat bias, maka hubungan suami isteri itu yang menjadi mangsa.

    4. Hubungan yang 'kesat'. Ia biasanya membabitkan pasangan yang pernah melalui pengalaman menjadi mangsa dera, melihat ibu bapa saling menyakiti, sumpah seranah selain maki hamun.

    Hanya individu yang pernah disakiti, didera sahaja mampu menyakiti dan mendera dan kitaran ini diulangi lagi tanpa rasa bersalah walaupun ada kalanya, individu berkenaan memiliki pengetahuan agama yang tinggi.

    5. Curang dan diabaikan. Ia membabitkan pasangan yang pernah diabaikan ibu bapa akibat kesempitan hidup dan lain-lain.

    Ibu bapa terpaksa bekerja dalam tempoh lama menyebabkan anak ini tertekan. Apabila berkahwin, dia akan mula terasa perkara sama apabila pasangan mula sedikit sibuk dan sebagainya.

    Ada juga yang curang kerana mahu membalas dendam kerana pernah dikecewakan sebelum berkahwin dan yang menjadi mangsa adalah pasangannya sendiri.

  • Antara punca pelik perceraian?

    Banyak kes yang saya kendalikan membabitkan isu berat namun ada beberapa yang agak berlainan.

    Antaranya ialah suami terlalu leka dengan ternakan kambing, malah badan suami juga berbau haiwan berkenaan.

    Ada juga suami yang leka mencari rezeki sehingga pasangan rasa terabai. Contoh, bertugas sebagai pemandu e-hailing selepas waktu kerja.

    Akibatnya, isteri mudah terasa sebelum berlaku pertelingkahan. Apabila dirujuk kepada pakar, isteri didapati berdepan masalah bipolar akibat kurang kasih sayang dan perhatian

    Ada juga membabitkan pasangan tidak membina pensempadanan bila berkahwin. Ia bermaksud, mentua serta ipar mempunyai kunci pendua rumah mereka dan bila-bila masa boleh datang tanpa diundang.

    Ia menyebabkan suami atau isteri rasa mereka tiada privasi di rumah sendiri sebelum bertelingkah dan akhirnya berpisah.-myMetro

  • Selasa, 2 Februari 2021

    ‘Anak menteri, elit Umno hampir 99.99 peratus hidup main kontrak, projek kerajaan’

     


    Fitnah? Soalannya bukan kalau Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki terlibat politik wang atau tidak terlibat politik wang.

    Jangan tukar cerita. Soalannya, hang (Asyraf) ada berapa banyak biji kereta? Hang punyai kereta mewah jenis apa? Rumah hang besar mana? Banglo kah, dengan kolam renangkah, kondominium mewahkah apa?

    Hang pakai jam tangan jenis apa? Itu soalannya. Lepas itu tanya bini hang pula. Lepas tu tanya anak-anak hang sekali.

    Porsche? Mamat ini sudah ketinggalan zaman. Sekarang orang tak main Porsche lagilah. Sekarang orang boleh beli motor Ducati dengan harga RM888,000. Porsche sudah jadi tahi kucing.

    Orang Melayu pun boleh nampak gelagat orang Umno. Ikut soalan Felo Majlis Professor Negara, Dr. Muhammad Asri Mohd Ali dalam Forum Virtual Bicara Anak Muda, 27 Januari lalu, 99 peratus Ketua Bahagian Umno adalah jutawan.

    Tuan-tuan ini pendapat saya. Dari dulu lagi saya sudah sebut. Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah gagal.

    Tetapi there are some successes. Ada juga satu dua tempat di mana Dasar Ekonomi Baru sudah berjaya dan menemui sukses. Saya pernah sebut ini dulu.

    Satu daripada kejayaan Dasar Ekonomi Baru yang besar sekali ialah ramai (kalau bukan semualah) anak-anak Menteri jadi jutawan.

    Dan sekarang ikut Dr Asri (bukan saya cakap tau, jangan marah saya) 99% daripada Ketua Bahagian Umno adalah millionaire. Begitu juga pemimpin Pemuda Umno juga ramai millionaire.

    Jadi, bagi saya the solution is very simple. Kita hanya perlu tingkatkan bilangan anak Menteri Melayu / Bumiputera dalam negara kita. Insya-Allah mereka semua boleh menjadi millionaire successful.

    Kita hanya perlu tingkatkan bilangan Melayu / Bumiputera menjadi Ketua Bahagian Umno, menjadi pemimpin Pemuda Umno dan sebagainya. Insya-Allah mereka semua akan menjadi millionaire. Amin Amin ya Rabbul Alamin. Selesai masalah, tuan-tuan.

    Tetapi majoriti orang Melayu pula hidup susah. Hampir TIGA JUTA orang menganggur. Majoriti besarnya Melayu / Bumiputera.

    Masalah besarnya ialah ekonomi Melayu / Bumiputera sangat bergantung kepada perbelanjaan kerajaan (government spending).

    Daripada saiz GDP ekonomi RM1.44 trilion atau RM1,440 bilion, Belanjawan 2021 hanya RM323 bilion atau 22 peratus.

    Dan inilah RM323 bilion kutipan hasil kerajaan untuk membuat jalan, beli peralatan tentera, buat sekolah, buat hospital dan semua sekali bagi 32 juta penduduk Malaysia.

    Tuan-tuan, orang Melayu sangat-sangat bergantung kepada perbelanjaan kerajaan untuk sara hidup.

    Seramai 1.7 juta orang Melayu menjadi penjawat awam makan gaji dengan kerajaan. Seramai 1.3 juta lagi orang Melayu makan gaji dengan syarikat GLC.

    Itu 3 juta Melayu / Bumiputera. Jumlah penduduk Melayu sekitar 18 juta orang. Untuk bayar gaji, pencen, elaun dan sebagainya bagi tiga juta pekerja kerajaan dan GLC ini memakan hampir RM112 billion setiap tahun.

    Emolumen – RM84.5 bilion
    Pencen – RM27.7 bilion
    Subsidi – RM18.7 bilion
    Baki Bajet yang tinggal hanya RM322 bilion – RM112 bilion = RM210 bilion.

    Anak Menteri, pemimpin Umno dan pemimpin Pemuda Umno pula hampir 99.99 peratus hidup dengan main kontrak dan projek kerajaan. Merekalah golongan elit.

    Jadi, kalau setiap seorang daripada golongan elit millionaire itu dapat RM1 juta, maksudnya kurang RM1 jutalah bagi baki 18 Juta orang Melayu dalam negara kita. Dan juga RM1 juta kuranglah bagi baki 14 juta penduduk negara kita.

    Tahun sudah 2020 dan tahun 2021 ini seluruh dunia dilanda wabak Covid-19. Negara kita sedang mengalami ekonomi yang teruk. Kalau ekonomi rugi besar maka kutipan cukai oleh kerajaan pun akan terjejas.

    Dalam negara kita tarikh tutup declare cukai pendapatan adalah 1 April iaitu kena declare pendapatan daripada tahun assessment sebelumnya.

    Jadi, pada 1 April 2021 ini, kerajaan akan tahulah berapa banyak income tax yang boleh dikutip daripada tahun assessment 2020 – dengan Covid-19, hasil minyak meleset, dengan PKP dan segalanya. It is going to be very bad.

    Tapi puak-puak ini pula masih boleh berseronok dengan kereta mewah, motor besar dan duit juta-juta mereka.

    -Malaysia dateline

    Isnin, 25 Januari 2021

    Sekali Lagi Anwar Dakwa Majoriti Dah Cukup..

     

    Dakwaan yang dibuat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyatakan bahawa dirinya cukup sokongan majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri pernah dilakukan pemimpin terbabit ketika krisis politik yang berlaku pada Februari lalu.

    Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kesemua pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum ini sepatutnya mencalonkan namanya sebagai Perdana Menteri ketika diminta Yang di-Pertuan Agong untuk menyatakan pendirian masing-masing.

    Malangnya, katanya ketika itu semua sokongan itu telah beralih kepada Anwar yang telah mendakwa bahawa dirinya memiliki sokongan yang cukup untuk dilantik bagi jawatan berkenaan yang menyebabkan kedua-dua mereka tidak memperoleh sokongan majoriti dari Ahli-ahli Parlimen PH.

    Baru-baru ini pula The Malaysian Insight melaporkan, Anwar dah ada lebih dari 114 Ahli Parlimen yang sokong rayuan dia..

    PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat sokongan 114 hingga 115 ahli Parlimen untuk menyokong rayuan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempertimbangkan semula keputusan berhubung pengisytiharan darurat dan segera membatalkan penggantungan Parlimen.

    “Ahli Parlimen yang komited untuk menyokong darurat dan menggantung Parlimen mungkin tidak lebih dari 90 orang. 114, 155 ahli Parlimen menolak usul kerajaan PN. Itu tidak boleh dipertikaikan.

    “Ini adalah fakta umum. Jumlahnya lebih daripada cukup,” kata ahli Parlimen Port Dickson itu menjawab pertanyaan dalam program Bicara Negarawan yang dianjurkan Majlis Profesor Negara mengenai dakwaan yang beliau mendapat sokongan dari 222 ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan berikutnya .

    Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bagaimana beliau memperoleh angka tersebut.

    KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

    Namun begitu, katanya, beliau kini hanya menunggu ihsan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk beliau menyerahkan maklumat berikutnya kepada Baginda.

    “Tetapi yang ternyata sekarang dan tidak boleh disangkal adalah jumlah setakat ini yang menolak pandangan Perikatan Nasional (PN), perkara besar seperti darurat dan penggantungan Parlimen ditolak majoriti ahli Parlimen.

    “Sekarang untuk GPS Sarawak juga sedang membincangkan, saya tak tahu apa keputusannya.

    “Tentunya kalau ini (majoriti menolak keputusan PN) berlaku, mereka (Ahli Parlimen) yang komited mendokong darurat dan penggantungan Parlimen, jumlahnya mungkin tidak cukup 90 ahli Parlimen atau mungkin kurang,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam siaran langsung Program Minda Profesor Negara - Bicara Negarawan Siri-3 yang disiarkan melalui laman Facebook rasmi Majlis Profesor Negara pada Sabtu.

    Dalam pada itu, Anwar tidak menolak khabar angin yang mendakwa beliau menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

    “Sekarang sampai ke tahap dimana kita mempunyai keupayaan, setelah melihat kepada kelemahan dan ketidaktentuan dasar dan kelompok dalam PN, kita mengumpul kekuatan pembangkang dan beberapa elemen dalam kerajaan termasuk UMNO.

    “Mereka berasakan negara ini harus diselamatkan. Kalau hendak fikir permusuhan lama, itu tidak ada kesudahannya. Saya boleh bangkitkan kenyataan, ini tidak menenangkan dan saya lemparkan kenyataan balas.

    “Tapi keadaan sekarang menuntut kita membuat sesuatu untuk menyelamatkan negara dengan garis dasar yang jelas,” ujarnya lapor AstroAwani


    -Anak Sungai Derhaka

    Isnin, 16 November 2020

    Wawancara:Ulang konspirasi, khianat tak bolehlah, kata Anwar

     


    Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata dia sedia bekerjasama Dr Mahathir Mohamad pada 2016 dan melupakan perselisihan lama dengan bekas perdana menteri itu.

    Bagaimanapun kata Anwar dia terpaksa sekali lagi memilih jalan sendiri selepas merasa dikhianati.

    "Saya 2016, dia datang, saya oklah. Terus, lupakanlah, kita sambung, selamatkan negara, kerana rasakan sakit hati, tersingggung, tercuit ada sebagai manusia.

    "Tapi kepentingan negara mengatasi. Tapi ulang, ulang, ulang konspirasi dan khianat tak bolehlah. Jadi saya sekarang tak apalah, biarlah, teruslah, jadi saya jalan ikut jalan sayalah," katanya dalam wawancara dengan Malaysia Gazette.

    Anwar merupakan timbalan perdana menteri pada 1998 sebelum dipecat Dr Mahathir atas dakwaan salah saku seks dan salah guna kuasa. 

    Kedua-dua pemimpin itu berdamai hampir 20 tahun tahun kemudian untuk menjatuhkan perdana menteri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB.

    Kerjasama politik itu menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum 2018.

    Mahathir secara terbuka berkata dia akan menyerahkan kuasa kepada Anwar namun akhirnya didedahkan bahawa dia tidak pernah mahu melihat Anwar  menggantikannya sebagai perdana menteri.

    Dalam usaha menghalang Anwar menjadi perdana menteri, Bersatu di bawah presidennya, Muhyiddin Yassin menarik keluar parti itu daripada PH, menyebabkan kerajaan tumbang.

    Mahathir bagaimanapun menentang langkah itu kerana enggan bekerjasama dengan Umno dan membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

    Krisis politik itu akhirnya menyaksikan Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong dan menubuhkan kerajaan baru yang dikenali sebagai Perikatan Nasional.

    Pembangkang, yang dipelopori PH berusaha mengambil alih semula kerajaan tetapi hubungan dingin antara Anwar dan Mahathir menghalang perkara itu berlaku.

    Baru-baru ini,  Mahathir yang merupakan bekas pengerusi Pakatan Harapan (PH) secara terbuka mendakwa Anwar tidak mampu memimpin negara ini yang sedang berhadapan krisis ekonomi.

    Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight, Mahathir berkata bekas timbalannya itu tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.

    Sementara itu Anwar juga menegaskan dia masih mempunyai sokongan majoriti daripada anggota parlimen seperti yang didakwa pada Sept lalu.

    'Proses ini berjalan. Tak munasabah saya gunakan ruang hadap agong dalam keadaan saya tidak yakin dengan jumlah itu tapi dengan ikhsan dan kebijaksanaan agong tangguhkan untuk pastikan beberapa pertimbangan. 

    "Jadi saya hormat dan insya-Alllah akan dapat diuruskan dalam masa terdekat.

    "Keduanya, saya datang dengan program, dengan agenda. Negara ini ada keupayaan untuk diangkat sebagai negara hebat dan dari segi eknominya, sosialnya, banteras rasuah, pembaziran keanggguhan kuasa.

    "Banyak kesilapan lalu ya, tapi kita maju ke tahap ini kerana kita tahu tentang masalah derita rakyat," katanya.

    -detikdailyonline