"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Khamis, 27 Ogos 2026

Tsunami Banjir Lumpur Berlaku Di Tibet Sempadan China-Nepal:Apakah Satu Teguran Allah Kepada Manusia Sekarang?

(Berdasarkan kepada gambar)

 Sebelah kanan tu, asalnya sebuah tamadun yang hidup. Ada bangunan yang gagah, jalan raya yang elok, jambatan yang teguh dan sebatang sungai yang mengalir tenang.

Tapi tengok sebelah kiri. 

Dalam sekelip mata... semuanya lenyap.

Bukan sekadar hancur, tapi terus hilang dari peta. 

Tertimbus di bawah jutaan tan tanah, lumpur dan batu batan. Jambatan runtuh, bangunan rata, sungai pun terus tertimbus jadi daratan mati.

Sebab selalu bila kita baca Al-Quran, kita dihidangkan dengan kisah-kisah umat terdahulu. 

Kisah kaum 'Ad, kaum Thamud, kaum Nabi Lut dan keangkuhan Firaun.

Tiap kali baca macam mana Allah timpakan bala, hancurkan tamadun mereka dari akar umbi dan gantikan dengan umat yang baru... kadang-kadang fikiran kita susah nak bayangkan.

Kita selalu rasa, "Ah, itu zaman dulu... Zaman sekarang kita dah ada satelit, ada teknologi kejuruteraan canggih, ada bangunan kalis gempa bumi."

Tapi hakikatnya bila kita mula leka...

Bila kita mula lalai dengan pangkat dan kemewahan dunia...

Bila ego kita melangit sampai rasa kita boleh kawal segalanya...

Allah datangkan PERINGATAN sebegini. 

Supaya kita sedar, setinggi mana pun kita bina tamadun, kita hanyalah menumpang di bumi milik Allah.

Teringat Abang pada satu ayat yang sangat menakutkan, tapi inilah realiti yang sedang kita tengok dalam gambar ni. 

Allah berfirman dalam Surah Yunus ayat 24. Kau baca pelan-pelan. Hadamkan.

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan dunia adalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit... sehingga apabila bumi itu lengkap dengan perhiasannya dan menjadi indah dan penduduknya menyangka bahawa mereka dapat menguasainya... tiba-tiba datanglah perintah Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan semuanya hancur-lebur, seolah-olah ia belum pernah wujud kelmarin..."

Allahuakhbar.

Rupa-rupanya, tak payah tunggu hari Kiamat, dik.

Bila Allah beri satu sahaja arahan pada bumi, pada gunung atau pada air... runtuh habis segala kemegahan manusia.

Masa lumpur dan batu tu menghentam, duit jutaan ringgit dalam akaun bank dah tak ada nilai. 

Pangkat dan darjat tak boleh buat perisai. 

Kereta mewah yang dibanggakan hancur jadi besi buruk.

Tinggal kita dan amalan kita je menghadap Allah.

Abang nak ucapkan takziah yang sedalam-dalamnya atas tragedi tanah runtuh dahsyat yang berlaku di sempadan Nepal-China ni. Moga keluarga mangsa yang terlibat diberi ketabahan luar biasa untuk hadapi ujian seberat ini.

Tapi untuk kita yang masih hidup, yang masih diberi nikmat bernafas dan bernaung di bawah bumbung yang selamat hari ni...

Sama-sama kita ambil peringatan dan pelajaran. 

Gambar ni bukan sekadar berita bencana alam di luar negara. Ini adalah TEGURAN LANGSUNG dari Allah untuk mematikan ego kita.

Jangan kita sombongkan sangat hari ni dik, sebab apa yang kita rasa kita akan PEGANG selamanya, walhal Allah boleh tarik sekelip mata.

Bawa bertenang. 

Turunkan ego. 

Kembalilah pada Allah.

Salam malam Jumaat.

.

.

Shauqi Hasan

Doa selamat buat kita semua.

Selasa, 25 Ogos 2026

Dr Solehah Yaacob:Kenapa pandangan beliau tentang sejarah Melayu mencetuskan begitu banyak kontroversi?

 

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemberhentian Dr Solehah Yaacob daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

Perkhidmatan beliau sebagai kakitangan akademik dilaporkan telah berakhir berkuat kuasa 27 April 2026. UIAM kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak lagi memegang jawatan profesor atau mempunyai afiliasi rasmi dengan universiti tersebut. 

Bagi yang kurang mengenali beliau, ini 5 perkara ringkas.

1. Siapa Dr Solehah?

Beliau merupakan ahli akademik yang mempunyai latar belakang dalam bahasa Arab, linguistik, tatabahasa serta kajian hubungan bahasa dengan tamadun. 

Beliau juga mempunyai rekod penulisan dan penerbitan akademik yang panjang, termasuk berkaitan Alam Melayu. 

2. Kontroversi Rom Belajar Bina Kapal Daripada Melayu 

Antara pandangan beliau yang paling mendapat perhatian ialah hipotesis bahawa orang Rom purba berkemungkinan mempelajari teknik pembinaan kapal daripada masyarakat Alam Melayu.

Dr Solehah menjelaskan ia merupakan hipotesis, namun pandangan itu tetap mencetuskan perdebatan dalam kalangan akademik dan masyarakat. 

3. Bukan Isu Kapal Rom Sahaja 

Nama beliau turut dikaitkan dengan beberapa pandangan lain seperti hubungan Melayu dengan Keturah, usia tamadun Melayu dan beberapa teori berkaitan sejarah serta geografi Kedah.

Pernah juga tular dakwaan kononnya beliau mengatakan Saidatina Khadijah berasal dari Alam Melayu, namun beliau menjelaskan kenyataan itu telah dipetik di luar konteks.

 Sebab itu, tidak semua dakwaan yang tular boleh diterima bulat-bulat tanpa melihat sumber asal. 

4. UIAM Tubuhkan Panel Inkuiri 

Pada November 2025, UIAM menubuhkan panel inkuiri dalaman bagi meneliti isu tersebut dari sudut integriti akademik.

 Beberapa bulan kemudian, perkhidmatan Dr Solehah di UIAM berakhir.

Namun setakat penjelasan umum, UIAM tidak memperincikan sepenuhnya sebab khusus penamatan atau keseluruhan hasil panel tersebut. 

Jadi tidak tepat untuk terus menyimpulkan beliau diberhentikan semata-mata kerana isu kapal Rom. 

5. Kisah Ini Masih Diperdebatkan

 Pandangan Dr Solehah memang berbeza daripada naratif sejarah yang biasa kita dengar. 

Ada yang bersetuju, ada yang skeptikal, dan ada yang mahu melihat lebih banyak bukti.

Apa pun, kontroversi ini membuatkan lebih ramai orang kembali bercakap tentang sejarah Melayu, sumber lama dan bagaimana sesuatu naratif sejarah dibentuk.

Semoga segala urusan Dr Solehah Yaacob selepas ini dipermudahkan.

Sumber: Thread azmijamaluddinofficial



Sabtu, 15 Ogos 2026

DANA SUMBANGAN RAKYAT UNTUK BIAYAI KOS MAHKAMAH ISU PENGHARAMAN JUDI

 DANA SUMBANGAN RAKYAT UNTUK BIAYAI KOS MAHKAMAH ISU PENGHARAMAN JUDI

Assalamualaikum,

Saya ingin melahirkan rasa terharu di atas keprihatinan rakyat Malaysia serta NGO yang bersedia untuk membiayai kos prosiding Mahkamah bagi pihak Kerajaan Negeri Kedah setelah gagal untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan dalam isu penguatkuasaan larangan berjudi di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah.

Sukacita dimaklumkan bahawa pejabat YAB Menteri Besar memberi persetujuan agar Yayasan Kedah Sejahtera (YKS) bertindak sebagai pengumpul dana untuk tujuan tersebut.

Kutipan tersebut diurus dan akan diserahkan kepada pihak yang berkenaan menurut saluran undang-undang dan tatacara kewangan YKS. Ia akan digunakan bagi tujuan pembayaran kos yang diperintahkan Mahkamah.

Sumbangan boleh disalurkan ke Yayasan Kedah Sejahtera, Akaun AFFIN ISLAMIC, No. Akaun: 1052 3001 0286 

Terima kasih rakyat Malaysia yang budiman.

Zulkifli Yahaya

Setiausaha Politik

Kepada YAB Menteri Besar Kedah.

15 Ogos 2026.



Update Terkini selepas disiarkan beberapa jam saja..

Assalamu’alaikum 

SUDAH CUKUP, DANA ISU JUDI DITUTUP


Rakyat Malaysia yang budiman. Saya dimaklumkan oleh Yayasan Kedah Sejahtera bahawa “Dana Sumbangan Rakyat Untuk Membiayai Kos Mahkamah Isu Pengharaman Judi” telah mencapai sasaran sasaran diperlukan.

Dengan itu kutipan dana tersebut dihentikan serta merta. Pihak penganjur kutipan akan menghubungi pihak berautoriti Kerajaan Negeri berhubung penyaluran sepenuhnya dana tersebut bagi mempastikan ianya mengikut Undang-undang dan Peraturan.

Terima Kasih,


Zulkifli Yahaya

Setiausaha Politik 

Kepada YAB Menteri Besar Kedah

16 Ogos 2026

Ahad, 9 Ogos 2026

Pondok Madani Kelantan tegur TG Hj Hadi: Islam tidak menjadi kuat dengan fitnah

 


Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan (Pondok Madani) tampil menegur Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan dakwaannya bahawa DAP memimpin Pakatan Harapan (PH) bagi meneruskan agenda penjajah untuk menghapuskan kedudukan Melayu dan Islam.

Pengerusinya, Baba Zulkarnain Harun berkata tuduhan seberat itu boleh dianggap sebagai fitnah dan tidak berasas sekiranya gagal disertakan dengan bukti jelas dan sahih.

Menurutnya, pendekatan sedemikian bukan sahaja berpotensi menimbulkan prasangka dan kebencian, malah boleh memecahbelahkan umat Islam serta menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk.

Lebih membimbangkan, katanya, politik sedemikian bercanggah dengan tuntutan syariat yang menekankan keadilan, tabayyun serta larangan membuat tuduhan tanpa bukti.

Kesatuan itu turut memetik Surah al-Hujurat ayat 12 mengenai larangan berprasangka serta Surah al-Ma’idah ayat 8 yang menuntut umat Islam berlaku adil sekalipun terhadap pihak yang dibenci.

“Justeru, kebencian politik tidak boleh menjadi alasan untuk melemparkan tuduhan bahawa sesuatu kelompok mahu menghapuskan Melayu dan Islam tanpa pembuktian yang kukuh,” katanya dalam kenyataan.

Pondok Madani turut menolak gambaran bahawa penyertaan DAP dalam Kerajaan Perpaduan membolehkan parti itu dengan sendirinya menghapuskan kedudukan Melayu dan Islam.

Menurutnya, Malaysia bergerak berasaskan sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, manakala kedudukan Islam serta kepentingan Melayu mempunyai perlindungan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesatuan itu turut mengingatkan pemimpin yang membawa imej Islam supaya lebih bertanggungjawab kerana setiap kenyataan mereka mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat.

“Islam tidak menjadi kuat dengan fitnah. Melayu tidak menjadi kuat dengan ketakutan. Negara tidak menjadi kukuh dengan perpecahan,” tegasnya.

Sebaliknya, mereka mahu politik negara beralih daripada menakut-nakutkan rakyat kepada persaingan menawarkan penyelesaian terhadap isu ekonomi, kos sara hidup, pekerjaan, pendidikan dan kemiskinan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tulisan Abdul Hadi yang mendakwa DAP memimpin PH bagi menyambung agenda penjajah menghapuskan Melayu-Islam.

#unofficialinfo