Azira dan Sharnaaz
PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad terus memberi bayangan tentang hubungan istimewanya dengan pelakon jelita, Azira Shafinaz.
Terbaharu, Sharnaaz atau nama lengkapnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad meninggalkan emoji ‘kiss’ dalam satu hantaran foto terkini Azira di Instagram.
Komen tersebut meninggalkan 1,001 tanda tanya dalam kalangan netizen namun kebanyakan mereka berharap akan terpaut jodoh antara dua selebriti itu.
“Wah, kami doakan semoga ampa ada jodoh dengan @azirashafinaz. Sesuai sangat!,” tulis seorang netizen pada komen yang ditinggalkan Sharnaaz.
Sebelum ini, Kosmo! Online pernah cuba untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari bapa kepada Jebat Jayden itu tentang hubungan istimewanya dengan Azira yang juga merupakan salah seorang kumpulan penyanyi wanita, De Fam.
“Tak perlu cakap apa-apa. Kalau saya nak keluarkan kenyataan, saya akan cakap sendiri.
“Nak keluar apa-apa kenyataan, saya sendiri akan keluar melalui IG saya. Apa-apa yang bukan keluar dari IG saya adalah bukan daripada mulut saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Desas-desus hubungan cinta antara Sharnaaz, 36, dan Azira, 30, mula bertebaran dalam kalangan netizen selepas pelakon Polis Evo 3 itu didakwa sudah mempunyai pengganti apabila memuat naik foto memeluk bahu Azira di InstaStorynya.
Azira juga menjadi antara selebriti yang terlibat dalam misi bantuan banjir yang diketuai Sharnaaz dan syarikat kendaliannya, Mamu Legacy.
Selain itu, Sharnaaz juga pernah membuat hantaran sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 di Instagram pada 26 September tahun lalu.
Pelakon kelahiran George Town, Pulau Pinang itu pernah berkahwin dengan kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd. Noor pada 31 Mac 2017 namun bercerai tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018. – K! ONLINE
0 ulasan:
Catat Ulasan