VETERAN Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau mahu menjadi perdana menteri tetapi mengakui mungkin tidak mendapat sokongan daripada partinya sendiri, lapor The Vibes.Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menolak kemampuan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri dan menyebutnya sebagai “malas” dan pada masa sama berkata Mohamed Azmin Ali “tidak layak”.
Jumaat, 2 April 2021
Muhyiddin Malas, Anwar Mufliskan Negara, Saya Terbaik Sebagai PM - Ku Li
VETERAN Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau mahu menjadi perdana menteri tetapi mengakui mungkin tidak mendapat sokongan daripada partinya sendiri, lapor The Vibes.Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menolak kemampuan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri dan menyebutnya sebagai “malas” dan pada masa sama berkata Mohamed Azmin Ali “tidak layak”.
Jumaat, 25 Disember 2020
Ku Li beri isyarat sedia berehat daripada politik

Wakil rakyat paling lama berkhidmat di Malaysia Tengku Razaleigh Tengku Hamzah memberi gambaran beliau bersedia untuk berehat daripada politik jika tidak diperlukan pada pilihan raya umum ke-15 kelak.
Tengku Razaleigh, yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1986 berkata, anak muda perlu berani ke depan dan menunjukkan kredibiliti mereka untuk diangkat menjadi wakil rakyat mahu pun pemimpin apabila diberikan peluang.
“Kita (bersedia) berehatlah… terpulang kepada parti untuk langkah seterusnya (jika khidmat tidak perlukan).
“Anak muda sebagai pelapis pemimpin perlu ke depan, perjuangkan apa yang perlu dilakukan supaya perubahan dapat dibuat secepat yang boleh.
"Banyak benda boleh dibuat daripada menanti perubahan sahaja. Negara lain sudah berubah, kenapa kita tidak boleh,” katanya.
Tengku Razaleigh, atau lebih mesra dipanggil Ku Li, berkata demikian ketika ditemui media selepas menjadi tetamu sebuah program anjuran Majlis Profesor Negara hari ini.
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu ditanya mengenai cakap-cakap supaya beliau berehat atau berundur dari kancah politik dan digantikan dengan pemimpin muda.
Aktif dengan sidang akhbar dan kemunculan dalam beberapa majlis politik sehingga diusik ingin menjadi perdana menteri, sambil tersenyum Ku Li berkata, beliau tidak pernah menginginkan jawatan itu sepanjang bergelar ahli politik.
“Kalau saya ingin jadi perdana menteri, sudah lama saya jadi perdana menteri. Tetapi saya tidak berminat dengan jawatan itu, saya bagi dekat Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Waktu 1977 itu, saya merupakan pemimpin paling kanan dan ditawarkan oleh Tun Hussein Onn sebagai timbalannya, namun saya tolak.
“Saya fokus kepada industri minyak dan kerana itu Petronas kuat… kita semua mempunyai peranan masing-masing,” katanya.-FMT
-elok sangat la Ku Li kalau nak berehat dari politik...kalau boleh ajak Atok sekali ya..jangan sembang kosong je..buat betul-betul tau
Isnin, 14 Disember 2020
[VIDEO]Ada kemungkinan kerajaan PN jatuh esok, kata Dr M
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh sekali lagi jika pengundian kali ketiga Belanjawan 2021 gagal mendapat sokongan majoriti esok, kata Dr Mahathir Mohamad.
Menyatakan hal itu Mahathir berkata ahli parlimen perlu memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan sendiri atau jawatan kerana ketika ini rakyat sudah cukup marah kepada kerajaan.
Justreru bekas perdana menteri itu berkata dia dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sedia menawarkan diri untuk membantu mengembalikan negara dan membantu rakyat.
Tengku Razaleigh juga mengesahkan dia tidak akan terlibat dalam pengundian belanjawan esok.
Rabu, 18 November 2020
Ku Li saran UMNO kaji semula hubungan dengan Bersatu, Pas
SHAH ALAM - Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat parti itu wajar mengkaji semula hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dalam Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, hubungan berkenaan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada rakyat dan negara kerana matlamat masing-masing seakan-akan sama sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.
“Jadi, apa untung kita (UMNO) dengan parti Bersatu? Apa untung kita berpakat dengan Pas?
“Masing-masing seakan mempunyai matlamat yang sama, akhirnya kita tak boleh nak bersatu,” katanya menerusi portal The Malaysian Insight hari ini.
Pemimpin veteran UMNO itu yang turut dikenali sebagai Ku Li menegaskan bahawa konflik yang bakal berlaku itu tidak membawa keuntungan kepada rakyat dan negara.
Tegasnya, UMNO perlu berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa sebarang tindakan.
“Jangan kita nak adakan himpunan besar, nak berseronok, maka kita adakan pakatan seumpama itu sehingga di pengakhirannya kita tak boleh memberi natijah yang baik kepada rakyat.
“Jadi, saya rasa eloklah kita kaji semula hubungan ini,” katanya.
Pada masa sama, Tengku Razaleigh turut mempersoalkan pimpinan UMNO kerana parti itu tidak memegang lebih banyak jawatan menteri atau diberi peranan portfolio utama dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, UMNO sepatutnya menguasai kerajaan kerana ia parti yang terbesar dalam blok kerajaan walaupun kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sehubungan itu, katanya, UMNO perlu merampas semula kerusi Parlimen Pagoh milik Muhyiddin dan Parlimen Langkawi yang dipegang Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Bukan kerana kita besar kepala atau nak jadi ketua, tetapi kita adalah golongan terbesar dan parti yang tertua.
“Selain mempunyai pengaruh di merata-rata tempat, perkara ini juga ada kaitannya dengan perjuangan dan wajar diberi pimpinan.
“Mana kerusi kita dulu kita kekal, tidak ada nak runding-runding lagi. Apa nak runding, kerusi kita,” katanya.
Sabtu, 17 Oktober 2020
Ku Li pesaing baru untuk jawatan PM
Khamis, 15 Oktober 2020
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu
Tengku Razaleigh dedah Muhyiddin tawar jawatan Penasihat Petronas
DALAM sepucuk surat yang dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa Perdana Menteri telah menawarkan kepadanya jawatan Penasihat Petronas.
"Untuk makluman, Perdana Menteri telah menawar jawatan Penasihat Petronas kepada saya, yang pernah ditawar kepada bekas Perdana Menteri, tetapi saya menolak tawaran tersebut."
Sumber — https://www.milosuam.net
Selasa, 13 Oktober 2020
Selepas Anwar, Ku Li pula dipanggil ke istana hari ini
Kenderaan yang membawa Anwar tiba di Istana Negara kira-kira jam 10.25 pagi dan menghadap jam 11 pagi.
Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diterima menghadap Yang Dipertuan Agong jam 10.00 pagi ini, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li juga dijadualkan menghadap hari ini.
Beliau dijangka akan menghadap jam 2.30 petang ini selepas selesai Anwar menghadap dan mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang bersama beliau.
Namun tidak diketahui kenapa beliau turut dipanggil oleh istana. Persoalan ini menjadi pertanyaan di kalangan wartawan yang menunggu di pintu istana.
Menurut sumber, selepas kedua-dua mereka, turut dipanggil menghadap adalah ketua-ketua parti termasuk Bersatu, Umno, Pas, DAP, AMANAH dan juga Warisan.
Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempunyai 18 ahli Parlimen (MP) turut dipanggil ke istana hari ini.
“Lim Guan Eng dipanggil Rabu ini manakala Mohamad Sabu dipanggil Khamis,” kata sumber itu.
ANWAR TIBA JAM 10.25 PAGI
Sementara itu, kenderaan yang membawa Anwar tiba di pintu Istana Negara jam 10.25 pagi dan akan menghadap Yang Dipertuan Agong jam 11 pagi.
Selepas Anwar, semua pemimpin parti yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional dijangka akan menghadap baginda hari ini sebelum pemimpin parti pembangkang pula dipanggil, kata sumber itu juga.
Pada 23 September lepas, Anwar mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang kuat untuk membentuk kerajaan baru dan mengisytiharkan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Mahyuddin Yassin telah jatuh dengan sokongan itu.
Beberapa hari lalu beliau mengumumkan Yang Dipertuan Agong telah bersetuju menerima beliau menghadap pada jam 10 pagi hari ini.
Sabtu, 19 September 2020
Ku Li sendiri cadang saya sertai DAP kata Zairil
Saya tertarik untuk membalas laporan bertarikh 18 Sept 2020 di The Malaysian Insight yang bertajuk “Jangan jadi alat DAP, kata Ku Li pada anak muda Melayu”.
Dalam laporan tersebut, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah (lebih dikenali dengan panggilan mesra Ku Li) dipetik sebagai memberi saranan kepada anak muda Melayu dalam DAP agar “tidak dijadikan alat oleh kumpulan dalam DAP untuk menguasai negara ini”.
Beliau kemudian menambah bahawa negara “ini asalnya Tanah Melayu dan tiada tempat lain di mana orang Melayu boleh pergi.”
Sudah menjadi kelaziman bagi pihak media untuk mensensasikan petikan-petikan tertentu tanpa konteks yang sebenar. Namun sekiranya apa yang dilaporkan itu betul, maka saya merasakannya pelik kerana sebenarnya Ku Li sendiri yang telah mencadangkan agar saya menyertai DAP lebih 10 tahun dahulu.
Zaman perubahan
Sekembalinya saya ke tanah air setelah tamat pengajian di United Kingdom pada akhir tahun 2006, saya mendapati Malaysia sedang mengalami gelombang politik yang makin ketara.
Pada tahun 2007, dua demonstrasi besar-besaran, iaitu perhimpunan Bersih yang pertama diikuti dengan perhimpunan Hindraf, telah mencetuskan momentum yang telah mendorong kepada kejayaan bersejarah oleh parti-parti pembangkang DAP, PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum 2008.
Bukan sahaja pembangkang berjaya menidakkan majoriti dua-pertiga di Dewan Rakyat yang sekian lama dinikmati Barisan Nasional (BN), mereka juga berjaya menewaskan BN di dewan-dewan undangan negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kelantan.
Disuntik dengan semangat pembaharuan yang sedang menyemarak di negara, ditambah pula dengan penyertaan generasi anak muda di barisan hadapan politik, saya pun membuat keputusan untuk berkecimpung dalam kancah politik Malaysia.

Namun begitu, saya tidak pasti apakah cara yang paling afdal untuk menyertai politik kepartian. Saya berasa perlu mendapat nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman dalam bidang politik.
Justeru, saya telah berjumpa dengan Ku Li, iaitu seorang rakan seperjuangan arwah ayahanda saya yang saya menganggap sebagai seorang mentor dan father figure.
Walaupun peristiwa ini telah berlaku lebih sedekad lalu, saya masih lagi boleh ingat dengan jelas perbualan yang bertempat di rumah putih Ku Li di Kuala Lumpur.
Dengan penuh semangat, saya telah menyampaikan hasrat saya untuk menyumbang jasa kepada perjuangan untuk membawa pembaharuan dalam politik tanah air.

Saya sedikit sebanyak ingin mengikuti jejak langkah arwah ayahanda saya yang semasa zaman mudanya telah memainkan peranan yang penting dalam peralihan politik yang telah berlaku di negara kita pada tahun 1957.
Ku Li telah menerima baik keinginan saya untuk menyertai perjuangan politik, malah menzahirkan kepercayaannya pada kemampuan saya untuk menawarkan khidmat bakti dengan terpuji.
Beliau juga menyatakan dengan dukacita bahawa Umno sudah pun menyimpang daripada perjuangan asal. Malah, seorang anak muda dengan idea yang berbeza sudah tentu akan menghadapi kesukaran untuk menaiki tangga hierarki parti.
Akhirnya, beliau mencadangkan sesuatu yang tidak saya sangkakan. “Mungkin kamu patut mempertimbangkan menyertai parti pembangkang kerana mereka lebih bersedia untuk memberi peluang kepada anak muda.”
Beliau kemudiannya bertanya di manakah ingin saya berpusat dari segi politik. Saya menjawab di Pulau Pinang kerana saya telah membesar di sana. Lalu beliau berkata bahawa sekiranya itu kehendak saya, maka pilihan pun jelas. “Saya percaya kamu mampu membawa impak jika kamu menyertai DAP.”

Maka itulah cerita bagaimana saya menjadi ahli DAP pada tahun 2010. Sehingga ke hari ini, Ku Li masih mengingatkan saya bahawa beliaulah orang yang menasihati saya agar menyertai DAP.
Saya sememangnya amat menghargai nasihat yang beliau beri pada hari itu, kerana keputusan itu dibuktikan tepat dan telah membolehkan saya untuk berkhidmat kepada negara serta negeri Pulau Pinang.
DAP yang lebih rencam
Selama 10 tahun, saya bukan sahaja menjadi ahli DAP malah sebahagian daripada pucuk pimpinannya. Oleh itu, saya telah melihat dengan mata sendiri proses transformasi dalaman yang telah berlaku.
Pada ketika saya memasuki parti, memang benar tidak ramai ahli Melayu, apatah lagi anak muda Melayu. Namun banyak yang telah berubah.
Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan oleh parti untuk keluar daripada kepompong tradisi pengundi bukan Melayu dari kalangan kelas pekerja yang berpusat di bandar. Walaupun menghadapi rintangan-rintangan dalaman, namun hasilnya terserlah apabila DAP berjaya merencamkan barisan kepimpinan.

Daripada keadaan tidak mempunyai seorang pun wakil rakyat Melayu selama 18 tahun sejak tahun 1995, DAP telah berjaya memenangkan dua ahli parlimen dan seorang ahli dewan undangan negeri pada Pilihan Raya Umum 2013.
Bilangan ini telah dinaikkan tiga kali ganda pada tahun 2018 dengan kemenangan sembilan wakil rakyat Melayu (satu ahli parlimen dan lapan ahli dewan undangan negeri, dengan empat daripadanya dilantik menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri).
Yang lebih menariknya, enam daripada sembilan orang itu berusia bawah 40 tahun.
Selain daripada kemasukan pemimpin-pemimpin Melayu yang muda, DAP juga mencipta sejarah apabila calon-calon orang asal di Sabah dan Sarawak juga berjaya memenangi kerusi pada tahun 2018.
Sekiranya dibandingkan dengan dahulu, rupa DAP pada tahun 2020 sememangnya jauh berbeza. Daripada sebuah parti yang lazimnya diwakili muka-muka bukan Melayu dan bukan
Bumiputera, hari ini DAP sudah menjadi sebuah parti arus perdana yang mampu mengetengahkan barisan wakil rakyat yang sungguh rencam.
DAP juga merupakan parti dengan nisbah wakil rakyat bawah usia 40 tahun yang paling tinggi.
Walaupun sudah banyak berubah, DAP tetap kekal dengan komitmen terhadap prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosial dan persaudaraan. Inilah nilai-nilai yang menjadi tunjang parti bagi perjuangannya yang tidak berasaskan kaum.
Betul ramalan Ku Li bahawa saya akan mendapat penerimaan dalam DAP sebagai anak muda yang beriktikad untuk melakukan pembaharuan politik.
Malah saya boleh katakan bahawa kesanggupan DAP untuk menyambut kerencaman budaya dan idea inilah yang menyediakan landasan bagi saya dan anak-anak muda lain yang berhasrat untuk membina negara Malaysia yang adil dari segi sosio-ekonomi dan mampu memberi peluang kepada setiap seorang warganegaranya.
Saya selalu menghormati nasihat Ku Li sebagai seorang tokoh negarawan, malah saya telah berjaya dalam politik kerana nasihatnya. Namun pada ketika ini saya ingin mengingatkan Ku Li bahawa negara ini Malaysia, dan tiada tempat lain di mana orang Malaysia boleh pergi.
ZAIRIL KHIR JOHARI
Naib pengerusi DAP Pulau Pinang
Penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP.
Sumber: Media Rakyat























