"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Papagomo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Papagomo. Papar semua catatan

Rabu, 16 Jun 2021

Nafi Papagomo, Wan Muhammad Azri diminta perjelas gelaran di mahkamah

 

KUALA LUMPUR 11 MARCH 2016. Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33 atau lebih dikenali sebagai blogger, Papagomo didenda RM4,300 atas tiga kesalahan mencederakan seorang buruh binaan warga Pakistan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini. NSTP/GHAZALI KORI

KUALA LUMPUR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris perlu memberi penjelasan di Mahkamah Tinggi di sini
berhubung gelaran Papagomo yang merujuk kepada dirinya dalam kes saman fitnah berhubung dakwaan penyeludupan wang tunai RM2 juta ke Singapura.

Wan Muhammad Azri diperintah menjawab secara afidavit lapan soalan yang dikemukakan kepadanya dalam tempoh 14 hari selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Saman fitnah itu dikemukakan oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anak lelakinya Clint Lim Way Chau selepas mereka
dikaitkan dengan dakwaan penyeludupan wang ke negara jiran.

Wan Muhammad Azri menerusi penyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 November tahun lalu menafikan beliau dikenali sebagai
Papagomo dan juga pemilik akaun Facebook atas nama Papa Azri.

Ekoran itu, Pemimpin DAP tersebut dan anak lelakinya memfailkan permohonan interogatori pada 20 Mei lalu bagi mendapatkan perintah
mahkamah agar Wan Muhammad Azri selaku defendan tunggal dalam kes saman itu menjawab lapan soalan yang dikemukakan melalui afidavit.

Kedua-duanya selaku plaintif antara lain turut memohon Wan Muhammad Azri (defendan) memberi penjelasan berhubung akaun Facebook
atas nama Papa Azri dan identiti individu bernama Datuk Seri Goh yang dinyatakan di dalam Facebook berkenaan.

Antara soalan yang turut dikemukakan ialah mengenai identiti `sumber yang boleh dipercayai’ yang dirujuk oleh defendan dalam hantaran
tersebut serta kaitannya dengan Datuk Seri Goh.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Simon Murali yang mewakili kedua-dua plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Haslinda A. Raof yang dikendalikan secara dalam talian hari ini.

Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 13 Julai ini.

Menerusi penyataan tuntutan yang difailkan pada 15 Oktober tahun lalu, Guan Eng dan anaknya mendakwa defendan telah menerbitkan dan
menyiarkan penyataan fitnah membabitkan mereka menerusi Facebook atas nama Papa Azri yang dibuat pada 14 Mac tahun lalu.

Kedua-dua plaintif mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa pihak berkuasa Singapura telah menahan Way Chau atas kesalahan membawa masuk wang tunai RM2 juta ke negara itu tanpa membuat sebarang pengisytiharan selain mendakwa menipu seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Seri Goh.

Dakwa mereka, kata-kata fitnah itu adalah tidak benar dan mencemarkan nama baik mereka selain mendakwa defendan gagal mengambil sebarang langkah untuk memastikan kebenaran kandungan penyataan fitnah sebelum menerbitkannya.

Dalam saman fitnah ini, Guan Eng dan anaknya menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan; faedah atas ganti rugi yang ditetapkan; kos serta perintah lain yang dianggap adil, wajar dan berpatutan oleh mahkamah.

Sementara itu, Wan Muhammad Azri menerusi pernyataan pembelaannya menyatakan, plaintif-plaintif bertanggungjawab membuktikan bahawa dia pemilik akaun Facebook atas nama Papa Azri.

Menurut defendan, pernyataan yang didakwa fitnah itu adalah luas kerana tiada sebarang audio atau video yang dimuat naik yang menunjukkan ia merujuk kepada plaintif dan anaknya.- K! ONLINE.

Jumaat, 2 April 2021

Darurat masa sesuai untuk pemilihan Umno kata Papagomo

 


Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata partinya perlu mengambil peluang dalam tempoh darurat untuk mengadakan pemilihan parti.

"Jadi jika ahli dan pemimpin Umno sudah tahu yang darurat akan berakhir bulan Ogos nanti mengapa kita tidak ambil peluang darurat ini untuk perbetulkan parti kita?

“Kenapa kita tidak gunakan peluang ini untuk reset (bina semula) parti Umno dengan wajah yang lebih segar dan dapat memberikan keyakinan kepada rakyat," katanya yang lebih dikenali sebagai Papagomo dalam kenyataan hari ini.

Gesaan itu selari dengan pendirian beberapa pemimpin kanan Umno, seperti Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin yang berpendapat Umno perlu segera mengadakan pemilihan parti untuk menyelesaikan isu dalaman parti.

Katanya, adakan pemilihan semasa tempoh darurat merupakan masa yang paling sesuai dan tepat.

"Umno perlu mengadakan pemilihan parti tahun ini sebelum Ogos 2021.

“Jika PRU15 diadakan pada bulan November 2021 kita masih ada masa untuk menawarkan manifesto yang terbaik kepada rakyat," tambahnya.

Tempoh penggal pemimpin Umno akan berakhir pada Jun 2021. Kali terakhir pemilihan Umno diadakan adalah pada 30 Jun 2018.

-mindarakyat

Isnin, 7 Disember 2020

Isu Kuil:Pemuda PAS persoal tindakan EXCO Pemuda Umno..

 

Motif Pemuda Umno campuri isu kuil dipersoal

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mempersoalkan tindakan tergopoh-gapah EXCO Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang membidas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam isu perobohan kuil di negeri itu.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait kesal tindakan Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo itu dan mempersoalkan sama ada mahu mencari pertelingkahan, perbalahan atau pergaduhan.

Tegas beliau, sebagai anak muda, tidak harus bertindak tanpa berpandukan prinsip di mana isu yang berlaku itu adalah perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan juga Pemuda mesti menjadi ejen perpaduan, penyatuan dan mendamaikan.

Terangnya, isu tersebut tidak lagi menjadi rahsia di mana notis dari Majlis Bandaraya Alor Setar sudah diberi sejak Disember 2019 disusuli notis kedua pada Julai 2020, namun tidak diambil tindakan atau diendahkan oleh pihak kuil.

Di mana bacanya dari notis tersebut, pihak berkenaan dikehendaki mengubah dan mengalih serta merobohkan binaan berkenaan dengan kadar segera dalam masa tujuh hari yang menunjukkan bahawa isu tersebut bukan baharu atau tanpa budi bicara.

Isu tersebut juga kemuka Faisal, turut melibatkan perobohan gelanggang silat disebelah kuil itu, namun ia tidak diperjuangkan pula oleh Azri dan pihak-pihak yang mempertahankan kuil tersebut, malah pihak pertubuhan silat juga tidak membantah.

“Kalau kita lihat sama lebih kurang dia punya kaedahnya iaitu anda telah pun didapati mendirikan binaan menyebabkan bersalahan dengan Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan Parit dan juga Bangunan (Akta 133)

“Akta 133, tidak hanya dikuatkuasakan kepada kuil Hindu, tokong atau rumah ibadah, ianya juga berkuatkuasa ke atas semua struktur binaan dan hadangan yang tidak diluluskan, apa-apa sahaja,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan motif Pemuda Umno membawa naratif isu tersebut yang dilihat cuba mengapi-apikan sentimen atau provokasi berbanding usaha untuk menyelesaikan isu itu secara sewajarnya.

Menjawab mengenai perkataan ‘mabuk’ disebut Muhammad Sanusi di mana didakwa menghina kaum India, Faisal menyatakan bahawa ianya hanyalah sebutan kiasan dan merujuk kepada pihak tertentu yang mabuk populariti. – HARAKAHDAILY 6/12/2020

Khamis, 17 September 2020

'Papagomo', 'Parpukari' dan 'The Unspinners' diupah bantu Rosmah

Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu blogger ‘Papagomo,’ ‘Parpukari’ dan ‘The Unspinners’ antara 40 lasykar siber yang diupah oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk menonjolkan imej serta reputasi baik beliau di platform media sosial.

Bekas pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor, 46, berkata ketiga-tiga blogger menerima bayaran RM5,000 sebulan daripada peruntukan sebanyak RM100,000 selama hampir enam tahun bermula 2012.

“Mereka antara tiga atau empat ketua pasukan lasykar siber. Terdapat juga 12 hingga 15 blogger yang dibayar sekitar RM3,000 dan kira-kira 30 ‘Facebookers’ yang kesemuanya dibayar sekitar RM2,000 sepanjang tempoh enam tahun itu,” katanya semasa disoal balas peguam Datuk Jagjit Singh.

Saksi pendakwaan ke-21 itu memberi keterangan pada perbicaraan kes isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.
Rizal sebelum ini memberi keterangan bahawa pada 2012, atas arahan Rosmah, beliau telah mewujudkan pasukan lasykar siber itu bagi memantau kandungan media sosial dan menangkis serta memberi penjelasan kepada setiap fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.
Saksi itu, yang bekerja dengan Rosmah antara 1 Mei 2009 dan Mei 2018 di bawah Bahagian F.L.O.M (Wanita Pertama Malaysia) yang kemudian dinamakan semula sebagai Bahagian Khas, berkata pasukan lasykar siber beroperasi dengan dana RM100,000 yang diberikan Rosmah kepadanya dalam bentuk tunai setiap bulan bagi membiayai pasukan tersebut.
Jagjit berkata, bajet bulanan sebanyak RM100,000 itu adalah dari Pejabat Perdana Menteri yang diberikan secara terus kepada F.L.O.M dan bukannya daripada Rosmah, yang tidak dipersetujui Rizal.
Rizal: Sumber saya tidak tahu tetapi saya ambil (wang) dari tangan beliau (Rosmah).
Jagjit: Wang itu bukan berasal secara peribadi daripada akaun bank beliau (Rosmah).
Rizal: Saya tidak dapat sahkan.
Jagjit juga berkata Rizal tidak mengeluarkan sebarang resit sebagai bukti pembayaran kepada lasykar siber dan saksi utama pendakwaan itu bersetuju.
Peguam itu mencadangkan bahawa resit tidak dikeluarkan kerana Rizal telah bertindak mengambil sebahagian besar daripada wang tersebut untuk dirinya sendiri, yang tidak dipersetujui saksi tersebut.

Rizal (kanan) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Gambar fail.

Rizal (kanan) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Gambar fail.
Jagjit: Terdapat lasykar siber yang mendakwa anda tidak membuat pembayaran kepada mereka, anda telah mengambil sebahagian besar daripada peruntukan itu setiap bulan untuk kegunaan sendiri.
Rizal: Saya tidak setuju.
Jagjit: Saya katakan kepada anda, pasukan lasykar siber itu tidak perlu diwujudkan jika anda menjalankan tugas anda dengan baik.
Rizal: Ia adalah subjektif.
Jagjit: Saya katakan kepada anda, anda gagal melaksanakan tugas anda kerana anda meminta wang rasuah untuk kegunaan peribadi bagi menampung gaya hidup mewah anda.
Rizal: Saya tidak setuju.
Rosmah, 68, didakwa menerima suapan menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Fotovoltaik serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung. - Bernama

Isnin, 24 Ogos 2020

PRK Slim: Kedai Pakya tutup sebab udang habis, bukan takut Papagomo datang

Pakya atau nama sebenarnya Shafee Abdullah berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Papagomo (foto) adalah bersifat fitnah. - Gambar fail/BERNAMA

TANJUNG MALIM: Pemilik warung Pakya Bistro dan Catering di Kuala Slim, di sini menafikan tuduhan Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Wan Deris bahawa kedai tersebut ditutup selepas ‘dibayar’ oleh jentera parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Menerusi kenyataan di laman Facebook, Pakya atau nama sebenarnya Shafee Abdullah berkata, kenyataan dikeluarkan oleh Wan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Papagomo adalah bersifat fitnah.

Tegas pemilik kedai itu lagi, dia langsung tidak takut dengan kehadiran Papagomo untuk berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

“Pakya ingin tegaskan Kedai Pakya tutup hari ini untuk restock (isi semula bekalan) udang, udang habis.

“Bukan sebab takut Papagomo datang ke kedai berkempen atau dibayar oleh mana-mana parti,” katanya dalam kemas kini tersebut pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Pakya berkata dia tidak menyokong mana-mana parti yang bertanding dalam PRK tersebut.

“Tetapi tolong jangan fitnah Pakya macam ini Papagomo. Pakya minta maaf ya, Pakya tak main politik (dan) ini satu fitnah,” katanya sambil mempelawa Papagomo untuk datang ke kedainya.

Terdahulu, Papagomo dalam kemas kini di laman Instagram mendakwa kempennya terpaksa ditukar ke Felda Besout 2, di sini selepas kedai Pakya ditutup, kononnya untuk menghalang dia berkempen di situ.

“Kedai Pakya terpaksa ditutup atas alasan tukang masak cuti.

“Tetapi kau orang semua boleh bayangkan lah berhadapan dengan geng pejuWANG (dipercayai merujuk kepada Pejuang) ini, mereka semua boleh bayar sama ada nak buka atau tutup,” tulis Papagomo.

Bagaimanapun, Papagomo yang sering mencetuskan kontroversi dalam kemas kini terbaharunya hari ini tampil memohon maaf susulan dakwaan tersebut.

PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi dan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, daripada parti Pejuang (sebelum ini belum didaftarkan lagi), 38, dan S. Santhasekaran, 44.

-Astro Awani