Persoalan berupa cadangan ini adalah manifestasi dari dua kes kritikal yang mencabar kedaulatan Syariat Islam Di Malaysia. Satu, perisytiharan mahkamah persekutuan terhadap undang-undang Syariah Selangor dalam hukum liwat sebagai tidak sah. Dua, kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam Pendidikan Dan Agama bagi penganut Kristian. Tindakan berikut perlu difikirkan segera :
1. Kuasa judisiari mentafsir undang-undang perlulah melalui garispanduan khusus dari legislatif. Tidak wajar pembuat undang-undang iaitu kuasa legislatif diabaikan selepas mereka membuat undang-undang sehingga bila undang-undang itu sampai ke tangan pihak judisiari, judisiari pula yang diberi kebebasan sebebas-bebasnya mentafsir undang-undang tersebut sehingga tafsiran dibuat jauh lari dari niat asal penggubal undang-undang.
2. Perlu dijelaskan 'prinsip pengasingan kuasa' agar pengasingan itu tidak membawa kepada 'pembulian' . Judisiari kelihatan seperti 'membuli' eksekutif ( kerajaan) Sedangkan niat eksekutif menggubal undang-undang melalui platform legislatif adalah untuk membuat undang-undang adalah untuk bagi mempertahankan dasar yang bertepatan dengan aspirasi kerajaannya melalui penguasaan Di parlimen ( legislatif).
3. Membenarkan 'campurtangan' eksekutif Dan legislatif dalam kehakiman ( judisiari) dengan kadar yang diizinkan iaitu pada kadar mereka diberi 'hak menyatakan Dan menjelaskan niat undang-undang' Kerana hanya pihak legislatif sahaja yang memahami 'Hati perut' sesuatu undang-undang kerana dia yang membuatnya.
4. Mengemaskini semula perlantikan hakim Dan pegawai - pegawai dalam kehakiman agar mereka benar-benar mewakili aspirasi eksekutif dan legislatif dan mampu menyelaras kehendak legislatif melalui kehakiman. Ini Bukan bermaksud judisiari berkhidmat untuk menunaikan 'nafsu eksekutif' yang berkepentingan peribadi tetapi bertindak hanya untuk melaksanakan polisi Dan dasarnya melalui platform legislatif. Hak itu berasaskan bahawa eksekutif juga merupakan sebahagian dari legislatif.
5. Tidak wajar kuasa judisiari kelihatan mengatasi eksekutif Dan legislatif hingga kelihatan judisiari menguasai kedua-duanya ( Eksekutif Dan kegislatif). Lebih teruk lagi judisiari 'membuli' kedua-dua kuasa tersebut sedangkan pengasingan kuasa bukan bermaksud perbezaan darjat Dan kedudukan, tetapi hanya perbezaan 'job discription' sahaja, tiada perbezaan kedudukan tinggi Dan rendah antara kuasa-kuasa tersebut. Semua Sama.
Harap Tindakan perlu diambil segera oleh pihak eksekutif khususnya melalui ruang legislatif Kerana eksekutif yang dominan dalam kuasa legislatif.
Meminjam Dan menyambung analogi Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang,.. Walaupun buaya telah memakan umpan, kita harus berhati-hati Kerana kalau pemancing tak cukup kuat, pemancing Dan kailnya akan ditarik sekali ke dalam sungai Dan akhirnya pemancing pula dimakan buaya tersebut. Na'uzubillah..
Baarakallahu fiikum..
Amat terpanggil untuk Menyatakan Pandangan,
UST FADH, REMBIA, MELAKA.
-mindarakyat
0 ulasan:
Catat Ulasan