Jumaat, 30 April 2021

Mahu jadi wanita terakhir, isteri racun suami hingga mati

 Nozaki (kiri) dan kanan (Sudo). FOTO NHK World Japan

Nozaki (kiri) dan kanan (Sudo). FOTO NHK World Japan

Tokyo: Mahu menjadi wanita terakhir dalam hidup suaminya. Itu pengakuan berani seorang wanita di Jepun yang tergamak meracuni suami sendiri.

Saki Sudo, 25, ditahan Rabu lalu kerana dakwaan membunuh suaminya, seorang jutawan yang pernah menulis buku dengan membayangkan dirinya sebagai Don Juan.

Japan Times melaporkan, wanita itu didakwa meracuni suaminya, Kosuke Nozaki, 77, pada 2018 kira-kira tiga bulan selepas perkahwinan mereka.

Menurut laporan itu, Sudo didakwa menyuntik jutawan hartanah itu dengan sejenis racun selepas makan malam di rumah mereka di Tanabe.

Polis turut mengesahkan, suspek membuat penyelidikan di Internet tentang bahan yang membuatkan seseorang boleh maut.

Dilaporkan Nozaki berbangga dapat meniduri 4,000 wanita dan menulis buku berjudul 'Don Juan of Wakayama' pada 2016.Dalam tulisannya dia menyebut tujuannya mengumpul kekayaan menerusi hartanah, pertanian dan pinjaman wang itu bagi berjanji temu dengan wanita cantik.

Malah, dalam sebuah buku ditulis pada 2018, Nozaki mendedahkan dia menemui seorang wanita dipercayai Sudo apabila membantunya selepas terjatuh di lapangan terbang Tokyo.

Sudo juga dilaporkan memberitahu keluarganya dia berpindah dari Sapporo untuk bekerja dengan rakannya yang menjalankan perniagaan hartanah, namun tidak mendedahkan dia berkahwin dengan Nozaki.

Pada Mei 2018, Nozaki ditemui mati oleh Sudo di atas sofa di kediaman mereka sebelum polis mencurigai kematiannya apabila mengesan dadah dalam badan jutawan berkenaan.

-myMetro

0 ulasan:

Catat Ulasan