"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Musa Aman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Musa Aman. Papar semua catatan

Jumaat, 11 September 2020

PRN Sabah:Pemimpin Umno Libaran tolak calon baru Sg Manila, mahu Musa Aman kembali


 Malaysiakini
Lebih daripada 20 ketua cawangan Umno dari empat daerah pengundian di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) N51 Sungai Manila  menolak calon parti itu, Mokran Ingkat.

Kurang dari tempoh 24 jam ke hari pencalonan pilihan raya negeri Sabah, pemimpin tempatan di situ sebaliknya menyuarakan sokongan mereka terhadap bekas ketua menteri dan Adun Sungai Sibuga Musa Aman.

Untuk rekod, nama Musa sebelum ini tiada dalalm senarai calon PN dan BN.

Ketua Umno Cawangan Taman Sri Gaya, Sapar Sastro (gambar kiri, atas) menyifatkan Mokran sebagai "tidak dikenali" di kawasan itu, kerana tidak pernah berkhidmat untuk pengundi di situ.

“DUN 51 Sungai Manila menolak calon yang telah diumumkan semalam kerana beliau tidak pernah berkhidmat di sini.

“Kami ingin menang [...] Tiada pilihan (selain) Musa Aman.

“Kami mahu menang jadi buat cara mahu menang.

“Kalau mahu menang tukar calon. Kami mahu calon untuk ditukar,” kata Sapar yang ditemani oleh 23 pemimpin cawangan Umno dan penyokong.

Kerusi N51 Sungai Manila adalah salah satu kerusi daripada 13 kawasan DUN yang baru diwujudkan menjelang PRN Sabah.

Sebilangan pengundinya dipindahkan dari Sungai Sibuga, iaitu kerusi yang dipertahankan oleh Musa sejak 1994.



Sebilangan besar pemimpin cabang yang berkumpul hari ini merupakan dari golongan veteran parti dan mereka mendakwa bahawa Mokran, sebagai pendatang baru, bukanlah nama yang dikenali di kawasan itu.

Ketua Cabang Umno Rancangan Lubuh, Hassan Kibing juga mengatakan bahawa mereka akan berpihak kepada Musa tanpa mengambil kira keputusan yang dibuat.

“Apa-apa pun parti yang ditandingi, kita akan sokong dia (Musa),” kata Hassan sambil menambah baahwa Musa akan tetap meraih undi walaupun sebagai calon Bebas.

Difahamkan, Musa kini masih berada di Kuala Lumpur, meskipun pemimpin tertinggi BN dan PN kini berada di Kota Kinabalu untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga dijadualkan akan melawat pusat jentera kempen Umno di Libaran perang ini untuk bertemu dengan ahli jawatankuasa di situ dan ketua daerah mengundi.

Secara teknikalnya, Musa masih anggota dalam Umno, tetapi kesetiaannya terhadap parti itu tidak jelas sejak pilihan raya 2018.

Pada Rabu, Musa telah membangkitkan mengenai masa depan politiknya menerusi hantaran di Facebook yang samar-samar, "Saya akan kembali ke Sungai Manila".

Selain pencalonan Mokran di Sungai Manila, Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin semalam turut mengumumkan bahawa Mohamad Hamsan Awang Supian sebagai calon Sungai Sibuga.-mk

Khamis, 10 September 2020

PRN Sabah: Musa Aman dan Rahman Dahlan tidak tersenarai sebagai calon BN


Kota Kinabalu: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung pada 26 September ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ini berikutan Musa tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk menjadi calon kepada pihaknya.

"Sebenarnya Musa tidak pernah memohon untuk menjadi calon BN dan tidak juga menawarkan kepada beliau untuk menjadi calon.

"Walau apapun kita menghormati semua pemimpin termasuklah Musa," katanya.

Bung berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai spekulasi Musa akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila yang baharu pada PRN Sabah dalam satu sidang media, hari ini.

Semalam, media melaporkan Musa memuat naik status 'I'm going back to Sungai Manila" (Saya akan kembali ke Sungai Manila)' di laman media sosial Facebook sehingga menjadi tular.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga turut tidak tersenarai sebagai calon mewakili BN untuk PRN Sabah.

-myMetro