"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Status Hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Status Hadis. Papar semua catatan

Isnin, 10 Jun 2024

Tak ramai tahu 10 tahun lalu Wardina orang pertama tegur hadis Ustaz Don, tapi masa itu tiada siapa kisah


Nama pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal terus menjadi perbincangan hangat di media sosial selepas dia didakwa menyebarkan hadis tidak bersumber atau hadis palsu dalam ceramahnya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berkenaan hadis cinta pertama Nabi Muhammad – di mana mufti berkata hadis disebut penceramah tersebut lemah dan tidak bersumber.

Lantaran namanya disebut-sebut, seorang individu mendedahkan bahawa 10 tahun lalu sekitar 2014, pelakon Wardina Safiyyah antara individu paling awal yang pernah menegur penceramah itu 10 tahun lalu.

Kerana teguran itu juga, Wardina dikatakan teruk dikecam kerana dia hanyalah seorang selebriti dan bukan orang ahli agama.

“Sebelum mufti dan para alim menegur Ustaz Don, Wardina dah beritahu lama tapi dia dikecam.

“Tidak ramai tahu individu paling awal menegur Ustaz Don adalah Wardina Safiyyah, pada tahun 2014 iaitu 10 tahun dahulu. 

“Kerana menegur Ustaz Don teruk Wardina dikecam netizen pada waktu itu.

“Siapa Wardina? Bekas pelakon mahu tegur Ustaz, bekas pelakon ilmu tak ada dan baru dekat dengan Tuhan dah berani tegur agamawan… itulah antara hinaan yang Wardina terima pada waktu itu,” kata Norman Radzuan di Facebook miliknya.

Sementara itu kata Norman, data daripada kajian USIM tentang hadis-hadis bermasalah yang disampaikan oleh Ustaz Don dalam rancangan televisyen bukan satu atau dua, tetapi 54.

Pecahannya adalah 20 Hadis cacat sanad (jalan riwayat), 19 Hadis cacat matan (teks) dan 15 Hadis Tiada Asal.

“10 tahun dahulu Wardina merayu dan bercakap dengan penuh sopan menegur dan minta campur tangan para Ulama.

“Kata Wardina, ‘Saya bukanlah orang alim. Namun saya menyeru kepada para ulama, ustaz, mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. 

“Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik,” demikian kata Wardina 10 tahun lalu.

Pun begitu tiada siapa yang back up Wardina dan membiarkan dia menjadi bahan buli netizen.

Selepas 10 tahun barulah muncul agamawan mempertikaikan Ustaz Don apabila dia semakin galak menggunakan hadis yang tidak sahih.

-MalaysiaDateline

Isnin, 19 Julai 2021

STATUS HADIS “HARI ARAFAH HARI DIANGKAT SEGALA AMALAN KEPADA ALLAH MELAINKAN MEREKA YANG BERMUSUHAN”

 

my-visual_51583418.png

Soalan

Assalamualaikum, Apakah status hadis: “Di hari arafah segala amalan diangkat kepada Allah kecuali amalan orang-orang yang bermusuh”. Sekian terima kasih.

Ringkasan Jawapan

Hadis ini tiada asalnya kerana tidak dijumpai dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar. Haram untuk menyebarkannya kecuali dijelaskan bersama statusnya iaitu tiada asal.  

Huraian Jawapan

Sebahagian masyarakat menyebarkan hadis berkenaan kelebihan pada hari Arafah. Lafaznya seperti berikut:

يوم عرفة تُرفع جميع الأعمال إلى الله ما عدَا المتخاصمين

Maksudnya: Hari Arafah diangkat segala amalan kepada Allah melainkan mereka yang bermusuhan (bergaduh).

Setelah penelitian dilakukan, kami mendapati bahawa hadis tersebut tiada asalnya kerana tidak dijumpai dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar. Maka, haram menyebarkan hadis tersebut tanpa menjelaskan statusnya iaitu tiada asal. 

Namun, di sana terdapat hadis lain berkenaan kelebihan hari Arafah yang sahih dan sabit daripada Nabi SAW. Antaranya, hadis yang menyebutkan tentang hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah sempurna. Umar bin al-Khattab meriwayatkan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Yahudi bertanya kepadanya:

يَا أَمِيرَ المُؤْمِنِينَ، آيَةٌ فِي كِتَابِكُمْ تَقْرَءُونَهَا، لَوْ عَلَيْنَا مَعْشَرَ اليَهُودِ نَزَلَتْ، لاَتَّخَذْنَا ذَلِكَ اليَوْمَ عِيدًا. قَالَ: أَيُّ آيَةٍ؟ قَالَ: {اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا} [المائدة: 3] قَالَ عُمَرُ: «قَدْ عَرَفْنَا ذَلِكَ اليَوْمَ، وَالمَكَانَ الَّذِي نَزَلَتْ فِيهِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ قَائِمٌ بِعَرَفَةَ يَوْمَ جُمُعَةٍ»

Maksudnya: “Wahai Amīr al-Mu’minīn, Ada satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia diturunkan ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. ʻUmar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah meredai Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. ʻUmar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika Baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat”. [1]

Riwayat al-Bukhari (45) dan Muslim (3017)

Selain itu, hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [2]

Riwayat al-Tirmidhi (3585)

Bahkan, banyak lagi hadis-hadis yang sabit daripada Rasulullah SAW berkenaan hari Arafah yang boleh kita jadikan sebagai tauladan dan panduan dalam menghadapi hari Arafah yang penuh keberkatan ini.

Kesimpulan

Hadis yang menyebutkan bahawa pada hari Arafah diangkat segala amalan kecuali bagi orang-orang yang sedang bermusuhan (bergaduh) tiada asalnya. Haram untuk menyebarkannya jika tidak dijelaskan tentang statusnya. Telah menjadi satu tanggungjawab bagi seorang mukmin untuk meneliti dan menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat yang diterima. Hal ini bagi mengelakkan berita-berita Hoax terus tersebar dalam kalangan masyarakat.

Rujukan

[1] Muḥammad bin Ismaʻil al-Bukhari, al-Jamiʻ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulillah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi, ed. Muhammad Zuhayr bin Nasir al-Nasir (Dar Tuq al-Najah, 1422), 1/18. Lihat juga Muslim bin al-Hajjaj, al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar bi Naql al-ʻAdl ʻan al-ʻAdl ila Rasulillah SAW, ed. Muhammad Fu’ad ʻAbd al-Baqi (Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-ʻArabi, t.t), 4/2313.

[2] Muhammad bin ʻIsa bin Saurah al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, ed. Ibrahim ʻAtawwah ʻAud (Mesir: Matbaʻah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1975), 5/572.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan