"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Kedah. Papar semua catatan

Rabu, 10 Julai 2024

PAS Kedah pertahan dasar tutup premis judi.

 

Sebahagian rakyat menyokong pengharaman judi. - Foto hiasan BH

ALOR SETAR: PAS Kedah mempertahan tindakan kerajaan negeri menutup sepenuhnya semua premis dan kedai perjudian mulai 1 Januari 2023 lalu.

Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahaya, berkata langkah penutupan itu dibuat mengikut bidang kuasa kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah.

Berikutan itu, jelasnya, PAS kesal dengan tindakan syarikat perjudian melakukan semakan kehakiman bagi menghalang penutupan kerana hanya memikirkan keuntungan dan mengetepikan kesan ketagihan judi.

"PAS Kedah mengambil maklum mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membenarkan semakan kehakiman terhadap tindakan Kerajaan Negeri Kedah menghentikan premis dan kedai perjudian di Kedah bermula 1 Januari 2023 yang lalu.

"Alasan yang dikemuka syarikat judi itu bahawa tindakan menghapuskan aktiviti perjudian itu tidak mempertimbang kepelbagaian kaum di negeri ini sebenarnya jelas tersasar.

"Agama dan budaya mana yang membenarkan penganutnya berjudi? Sudah tentu tidak ada. Bahkan ia tidak membawa sebarang kebaikan melainkan semata-mata keuntungan yang dibolot oleh operator premis judi berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dasar 'Kedah Bebas Judi' yang dilaksanakan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ialah tindakan yang tepat.

Katanya, PAS Kedah turut menyokong langkah kerajaan negeri untuk menggunakan jalan perundangan bagi mempertahan penutupan kedai judi.

"Perkara ini sememangnya berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri Kedah melalui PBT. Garis pemisah perundangan kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dalam hal ini juga jelas.

"Perkara yang menjadi kebaikan kepada rakyat keseluruhannya wajar sentiasa menjadi keutamaan bagi sesebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu, membenarkan permohonan semakan kehakiman dibuat bagi menghalang tindakan kerajaan negeri mengharamkan aktiviti perjudian berlesen.

Berikutan itu, kerajaan negeri difahamkan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Muhammad Sanusi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 14 November 2021, mengumumkan Kedah tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian, selain mengehadkan jualan arak di seluruh negeri itu.

Semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Januari 2023, apabila kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian selepas tarikh itu. (BH)

Selasa, 9 Julai 2024

Mahkamah batal keputusan k'jaan Kedah haramkan kedai judi

 malaysiakini.com

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jul 9, 2024 
Beberapa kedai judi berjaya dalam tindakan undang-undang mereka untuk mengubah tindakan kerajaan Kedah yang mengharamkan mereka di negeri itu.

Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun membenarkan permohonan semakan kehakiman daripada berbilang pengendali perjudian yang menyasarkan keputusan pentadbiran Kedah.

Bagaimanapun, kerajaan Kedah telah memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 14 Nov 2022, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan kerajaan Kedah tidak lagi meluluskan lesen judi, selain mengehadkan penjualan arak di semua premis terutama di kawasan luar bandar di negeri ini.
Dia berkata langkah itu bertujuan menangani gejala sosial yang berpunca daripada perjudian, seperti keruntuhan institusi keluarga.

Pada 1 Jan tahun lepas, keputusan itu berkuat kuasa menyebabkan semua premis perjudian dan loteri tidak lagi dibenarkan beroperasi di Kedah.

Menurut salah satu permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh SM Lottery Sdn Bhd, pemohon berhujah keputusan kerajaan negeri adalah tidak sah, tidak rasional dan melanggar perlembagaan.

Kedai judi itu mendakwa keputusan pentadbiran Kedah gagal mengambil kira komposisi pelbagai etnik rakyat negeri itu.

Pemohon berhujah keputusan kerajaan negeri itu dibuat tanpa rundingan terlebih dahulu dengan pihak berkepentingan di Kedah.

Kedai judi itu juga berpendapat Perkara 74 dan 75 Perlembagaan Persekutuan hanya memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan mengenai perjudian.

Bukan sahaja kerajaan Kedah dan Sanusi, malah pelbagai majlis daerah seperti Alor Setar, Sungai Petani dan Baling dinamakan sebagai responden yang disasarkan oleh tindakan undang-undang itu.

[Baca berita asal]

-Wak Labu Farm 

Ahad, 25 Februari 2024

MAKAM DIRAJA KEDAH, KAMPUNG KOTA, SEBERANG PERAI

 MAKAM DIRAJA KEDAH, KAMPUNG KOTA, SEBERANG PERAI

Percaya atau tidak jika dikatakan bahawa terdapat satu kawasan di Seberang Perai yang masih menjadi milik Kesultanan Negeri Kedah. Kawasan yang dimaksudkan adalah Kampung Kota, Seberang Perai. Mengikut sejarah kawasan ini mula diterokai oleh Almarhum Tunku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah sebelum tahun 1821 lagi. Pada 12 November 1821, ketika armada Siam dari Ligur menyerang dan menawan Kedah, kekandanya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804-1845) sempat menyelamatkan diri dari istananya di Pulau Tiga, Kuala Muda ke kawasan ini. Baginda telah diselamatkan oleh adindanya Tunku Sulaiman sebelum mendapatkan perlindungan Inggeris di Pulau Pinang.

Kampung Kota ini juga pernah dijadikan kubu pertahanan dan pusat perjuangan Tunku Sulaiman serta pejuang-pejuang Kedah untuk melancarkan beberapa siri serangan ke atas pendudukan tentera Ligur di Kedah (1821-1839). Kawasan ini kemudiannya dijadikan tanah wakaf dan diserahkan oleh pemerintah Inggeris di Pulau Pinang kepada keluarga Tunku Sulaiman untuk dijadikan Makam Diraja Kedah.

Ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943), permohonan baginda untuk mendapatkan geran tanah makam ini seluas 20,197 ekar lot nombor 391, Mukim 21, Kubu telah diluluskan oleh Residen Canselor Pulau Pinang (Skinner) pada 13 Syawal 1311 Hijrah (19 Februari 1894). Antara keluarga diraja Kedah yang dimakamkan di sini yang dapat dikenal pasti ialah Almarhum Tunku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah dan Tunku Kutam.

Gambar menunjukkan Allahyarham Tuan Haji Hassan (berkain pelikat), penjaga makam yang diupah oleh Muzium Negeri Kedah bagi menjaga makam dan kebersihan kawasan persekitaran. Gambar ini dirakamkam pada tahun 1980. Kelihatan nisan adalah dari kayu sebelum digantikan dengan nisan batu.

Sumber: Kajian oleh Muzium Negeri Kedah bersama Allahyarham Dato’ Wan Shamsuddin bin Mohd Yusof.

Selasa, 22 Februari 2022

Kerajaan Kedah 'kuat', tak mungkin ada PRN - ADUN Kuah

 Kerajaan Kedah 'kuat', tak mungkin ada PRN - ADUN Kuah

Mohd Firdaus Ahmad menegaskan, kerajaan Kedah 'kuat' dengan sokongan 15 ADUN Pas, enam ADUN Bersatu dan dua ADUN UMNO berbanding 13 wakil rakyat pembangkang.
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Firdaus Ahmad menegaskan, tidak akan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah sejurus tamat PRN Johor seperti didakwa sesetengah pihak.
Mohd Firdaus yang juga Exco Pelancongan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan Kedah berkata, kedudukan ADUN-ADUN kerajaan dalam pentadbiran kerajaan adalah 'kuat' dengan sokongan 15 ADUN dari Pas, enam ADUN Bersatu dan dua ADUN UMNO berbanding hanya 13 wakil rakyat di pihak pembangkang.
Tambah beliau, sekiranya dua ADUN UMNO membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekalipun, kerajaan Kedah masih lagi kukuh dan stabil selain tidak sesekali akan membawa kepada pelaksanaan PRN Kedah dalam masa terdekat.
Pada ketika ini juga, Mohd Firdaus berkata, Bersatu yang diwakili enam wakil rakyat menganggotai Perikatan Nasional (PN) sementara ADUN Pas pula seramai 15 serta dua wakil dari UMNO
"Jadi (jika) UMNO tidak duduk dengan Bersatu atau PN, kalau dua orang (ADUN UMNO) ini (ambil keputusan) keluar (atau tarik sokongan terhadap kerajaan negeri), (pentadbiran) masih lagi kuat, (sebab itu) jika kata ada PRN tidak mungkin, sebab masih lagi kuat PN (yang dianggotai 15 ADUN PAS dan enam dari Bersatu," tegasnya.
Mengulas mengenai pendiriaannya terhadap situasi politik semasa yang berlaku, Mohd Firdaus berkata, tidak ada sebab untuk beliau 'melompat' memandangkan parti telah mengambil keputusan untuk memperkukuhkan kerjasama antara semua parti yang menganggotai PN itu sendiri.
"Untuk persoalan ada ADUN ini nak lompat, ADUN itu nak lompat, saya (pun dikatakan nak) lompat, (jawapan saya) lompat nak pergi mana? Macam saya sendiri masih lagi dalam Bersatu, kita ikut (pendirian) parti, parti duduk didalam PN, (jadi) kita gerak bersama PN sekarang ini", tambah Mohd Firdaus.
Dalam masa sama, beliau berkata, prestasi baik yang ditunjukkan kerajaan negeri Kedah pimpinan Muhammad Sanusi juga menjadi sebab utama mengapa kerajaan pimpinanan wajar dikekalkan.
Jelas beliau, pentadbiran Muhammad Sanusi bersama seluruh anggota Exco menjalankan tugas yang baik termasuk membawa masuk pelabur dengan jumlah pelaburan yang direkodkan negeri Kedah antara yang tertinggi di Malaysia.
“Ketika ini, pencapaian Kedah amat memberangsangkan… apa yang kita lakukan, Menteri Besar dan barisan Exco, boleh kita banggakan dan kita puji di mana semuanya bekerja di bawah satu bumbung dan bersepakat,
"Lagi satu kami semua (jenis) senang nak bincang, nak sembang dengan Menteri Besar atau sembang dengan Exco lain boleh sembang terus… tak payah ada hierarki dia, kalau ada hierarki payah juga nak buat kerja," kata Mohd Firdaus lagi.
Minggu lalu, beberapa pihak termasuk Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masyri mencabar Muhammad Sanusi untuk mengumumkan penamatan kerjasama Muafakat Nasional (MN) di negeri itu dan segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Dalam masa sama, Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen turut mendakwa ada gerakan untuk menggugat kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Muhammad Sanusi berdasarkan serangan yang dibuat ke atas pemimpin berkenaan.
Muhammad Sanusi sebelum itu menjelaskan, dakwaan bahawa DUN Kedah akan dibubarkan susulan penarikan sokongan daripada empat ADUN terhadap kepimpinannya merupakan khabar angin.
ADUN Barisan Nasional (BN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor ketika ditemui juga turut menafikan dakwaan bahawa dia bersama seorang lagi ADUN parti itu akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Kedah.
-AstroAwani

Ahad, 14 November 2021

Video: Kedah akan haram kedai nombor ekor dengan tidak perbaharui lesen

 


Alor Setar: Kedah menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain menghadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco minggu lalu bagi mengelak mudarat yang lebih banyak kepada penduduk.

"Bilangan lesen premis judi di negeri Kedah ketika ini saya tidak ada angka, tapi mana-mana lesen premis yang telah tamat tempoh selepas ini tidak akan diperbaharui lagi untuk operasi perjudian.

"Saya bukan kata tutup tapi saya tidak bagi lesen premis, mula dengan tidak diberi lesen kemudian itu mereka tidak boleh beroperasilah, kita mahu capai sifar judi pada tahun depan," katanya pada sidang media selepas membentangkan Belanjawan Kedah 2022 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, bagi penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam, PBT akan memainkan peranan untuk menangani perkara itu.

Katanya, ada jenis-jenis minuman dalam tin yang mengandungi kadar alkohol tertentu dan tidak dikategorikan sebagai arak.

"Ini pun kena tengok undang-undang, perkara-perkara ini kita serah kepada PBT untuk pastikan ia ditangani sebaik-baiknya. Ada kandungan alkohol tertentu yang dimasukkan minuman itu dalam kategori arak, kalau di bawah kadar tertentu itu tidak termasuk, ini pun undang-undang yang sedia adalah, kita harap usaha yang kita buat ini mendapat sokongan rakyat.

"Kita juga berbincang tentang kedai bebas cukai di Langkawi, premis-premis yang tidak mempunyai lesen kita harap tidak lagi akan menjual arak secara terbuka, arak dihadkan penjualannya kepada orang bukan islam sahaja, setiap PBT akan akan memainkan peranan bagi menjamin akal fikiran rakyat kita yang sentiasa waras," katanya.

Muhamamd Sanusi menjelaskan keputusan itu turut dibuat atas rasa tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar yang akan disoal Allah di akhirat kelak.

Ini kerana katanya, amaran Allah mengenai judi dan arak adalah terlalu keras berikutan ia jelas boleh merosakkan institusi keluarga serta tamadun manusia.

"Saya fikir tidak ada sesiapa pun yang mengakui bahawa perjudian telah membangunkan tamadun kita dengan begitu cemerlang sekali. Sebaliknya diakui oleh semua orang bahawa perjudian adalah ejen perosak yang besar yang perlu kita tangani.

"Di akhirat nanti Tuhan akan tanya saya aktiviti-aktiviti yang macam ini (judi dan arak) saya buat apa, saya cakap tak buat apa saya kena tibai (rotan). Sementara saya ada kuasa baik saya gunakan, bila ada premis ada aktiviti, bukan sahaja orang bukan Islam, tapi orang Islam juga.

"Perkara-perkara yang tidak elok untuk semua orang ini elok kita elakkan. Manfaat daripada premis judi ini tidak ramai pun, tauke itu sahaja untung, tapi mudarat dia kepada semua orang. Mengelak mudarat lebih utama daripada mengambil manfaat daripada aktiviti seperti itu," katanya.

SANUSI pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman. FOTO Bernama
SANUSI pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman. FOTO Bernama

-myMetro

Rabu, 16 Disember 2020

Nama Stadium Ffira Mikah dibatal, Hakim Ariff akan dikenakan tindakan

 Nama Stadium Ffira Mikah dibatal, Hakim Ariff akan dikenakan tindakan

Stadium kontroversi Ffira Mikah telah dibatalkan serta-merta penggunaan namanya dan kerajaan negeri Kedah akan ambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab yang memilih nama berkenaan, tegas Menteri Besar. - Gambar fail
ALOR SETAR: Stadium mini kontroversi Ffira Mikah di Kuala Nerang telah dibatalkan serta-merta penggunaan namanya kerana tindakan berkenaan dibuat tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, Ffira Mikah yang menjadi nama pilihan untuk stadium mini terbabit hanya dibincang pada peringkat kerajaan tempatan sahaja tanpa dibawa ke mesyuarat Exco yang dipengerusikannya untuk diluluskan.
Beliau menegaskan, sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa setiap nama jalan, lokasi, taman atau stadium perlu terlebih dahulu dibincang di peringkat kerajaan tempatan dan seterusnya diangkat ke mesyuarat Exco yang berlangsung setiap minggu untuk diluluskan.
Dalam isu berkaitan, Sanusi berkata, pentadbirannya tidak menerima sebarang maklum balas mengenai perbincangan di peringkat kerajaan tempatan mengenai penukaran nama stadium tersebut.
"Berkaitan dengan stadium itu (Ffira Mikah) telah dibatalkan nama yang bahasa Greek campur Arab kerana proses menamakan stadium itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan, tidak dibawa ke mesyuarat Exco, tidak dapat kelulusan,” kata Sanusi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim untuk mengambil tindakan yang sewajar bersesuaian dengan urusan pentadbiran terhadap Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md. Nor.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai nama Stadium Ffira Mikah yang didakwa diabadikan sempena nama Hakim Ariff yang dieja terbalik.
Bagaimanapun, Hakim Ariff dalam reaksinya menafikan tindakan berkenaan dengan mendakwa nama stadium berkenaan tiada sebarang kaitan dengannya dan hanya secara kebetulan dengan namanya sekiranya diterbalikkan.
Ffira Mikah, tegas Hakim, merupakan gabungan perkataan dari bahasa Sepanyol dan Arab.
Ffira, katanya, bermaksud sesuatu yang hebat dalam bahasa Sepanyol atau Greek manakala Mikah dalambahasa Arab merupakan nama malaikat.

Jumaat, 11 September 2020

PH Kedah tidak terjejas akibat pengkhianatan puak kartel

Meskipun pengkhiantan dua ADUN KEADILAN menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah tumbang pada bulan Ramadan lalu namun perkara itu sebenarnya tidak menjejaskan kekuatan gabungan tersebut pada masa hadapan.

Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kedah akan mempunyai masalah untuk menghadapi pilihan raya akan datang dari segi keutuhan gabungan. Timbul persoalan, apakah PN sebuah pakatan yang padu atau adakah kerjasama itu tidak mempunyai masalah dengan masuknya puak kartel ke dalam Bersatu? Semua itu, katanya, akan terjawab menjelang Pilihan Raya Negeri dua tahun akan datang.

"Saya tak tahu adakah Muafakat Nasional atau PN akan bertanding satu lambang. Adakah penyatuan mereka itu jitu. Kerjasama dengan Bersatu adakah real, kemasukan Azmin adakah real?

"Macam-macam hal dan masa hanya ada dua tahun. Adakah dalam dua tahun ini semua itu dapat diselesaikan?

"Di peringkat PH pula kita solid tak ada masalah kerana KEADILAN dikenali dan telah berusia 22 tahun, api reformasi juga masih menyala di Kedah. Kedua, DAP juga lama di Kedah. Amanah walaupun parti baru tetapi orang kenal sebab personaliti dalam Amanah itu orang Pas yang dihormati.

"Jadi saya rasa kombinasi antara KEADILAN dengan komponen PH dan penonjolan anak-anak muda dikira mantap. Saya sendiri yang membawa (obor) KEADILAN di Kedah selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen dan sepenggal menjadi ADUN. Adunan ini membuat kita solid di di negeri ini," katanya kepada Suara Keadilan.

Kata Johari lagi, Kedah merupakan negeri yang unik kerana kerajaannya silih berganti. Pernah diperintah BN, kemudian Pakatan Rakyat pada 2008 hingga 2013 dan hari ini PN.

Tidak mustahil, menurutnya, rakyat akan memilih PH kembali pada pilihan raya akan datang berdasarkan rekod perkhidmatan yang cemerlang.

"Kedah unik seperti Kelantan, Sabah dan yang lain. Di mana orang Kedah tidak bergantung kepada parti pemerintah.

"Orang Kedah asasnya pertanian dan padi. Keputusan-keputusan yang mereka buat lebih kepada rasional dan kekuatan pemikiran pengundi, khususnya petani.

"Di sini parti bagi mereka tidak penting tetapi wakil rakyat yang penting. Kamu boleh datang lambang mana pun tetapi mereka nak tengok siapa wakil rakyat yang service mereka.

"Oleh itu, sebagai pengerusi KEADILAN Kedah saya rasakan yang penting sekali ialah calon-calon kita mesti bekerja. Sebab rakyat nak tengok siapa kamu.

"Saya lihat apa yang akan berlaku di Kedah ialah rakyat nak tahu siapa yang bertanding (orang yang buat kerja) dan atas tiket apa," katanya lagi.

Politik Kedah mungkin kelihatan tenang kerana rakyat tidak menunjukkan kemarahan ketika kerajaan 'tebuk atap' PN mengambil alih. Namun harus diingat Pas sebelum ini yang menerajui Kedah tidak pernah memerintah lebih sepenggal kerana kelemahan mereka mencari pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Rakyat menolak Pas pada Pilihan Raya Umum ke 13 kerana kerajaan negeri terlalu bergantung kepada hasil bumi seperti mineral dan balak. Apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil alih pemerintahan, pelaburan langsung asing mencurah-curah masuk.

Dalam pilihan raya akan datang faktor berkenaan juga akan diambil kira sebelum rakyat keluar mengundi memilih kerajaan.-wrlr