"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Ubat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ubat. Papar semua catatan

Isnin, 26 Julai 2021

Pil Ivermectin laris,banyak dibawa masuk tanpa permit yang sah

 PIL Ive rmectin seludup yang menjadi buruan orang ramai susulan dakwaan ia mampu menyembuhkan Covid-19.

PIL Ivermectin seludup yang menjadi buruan orang ramai susulan dakwaan ia mampu menyembuhkan Covid-19.

Putrajaya: Semakin banyak bungkusan kurier mengandungi pil Ivermectin diseludup dari luar negara dirampas di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber berkata, kebanyakan bungkusan berisi pil Ivermectin itu dirampas selepas dibawa masuk tanpa permit sah selain diragui ketulenannya.

Menurutnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius penjualan tidak terkawal pil Ivermectin yang didakwa berupaya menyembuhkan jangkitan Covid-19 dengan pantas.

"Susulan itu KKM bimbang penyalahgunaan dan kesan sampingan pil itu dengan mengetatkan kawalan import pil Ivermectin di pintu masuk seluruh negara.

"Buat masa ini KKM mengambil tindakan tegas dengan memastikan produk ini tidak bolos melalui pintu masuk utama ke negara ini susulan salah faham berhubung penggunaan Ivermectin sebagai rawatan dan pencegahan Covid-19.

"Pengimportan produk siap Ivermectin yang dibenarkan adalah yang mematuhi peruntukan akta dikuatkuasakan mengikut Akta Racun 1952, dan peraturan-peraturan serta Akta Jualan Dadah 1952 dan peraturan-Peraturan kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Melalui arahan rasmi dikeluarkan KKM, pengimportan bahan mentah Ivermectin untuk kegunaan rawatan manusia adalah tidak dibenarkan dan perlu ditahan selaras dengan polisi KKM yang membenarkan hanya untuk tujuan ujian klinikal sahaja," katanya.

Menurutnya, kos murah dan keuntungan berlipat kali ganda dipercayai menarik perhatian sindiket untuk membawa masuk pil Ivermectin secara besar-besaran sebelum dijual ke pasaran tempatan.

Harian Metro pada 19 Julai lalu mendedahkan penyebaran maklumat di media sosial mendakwa pil Ivermectin mampu melawan jangkitan virus covid-19 menjadi punca kemasukan dan penyeludup pil itu dari luar negara.

Walaupun perkara itu masih di peringkat kajian klinikal, ramai yang berusaha membeli dan mendapatkan pil pembunuh cacing ini yang secara dasarnya bekerja di bahagian saluran pencernaan dan tidak diserap tubuh.

Akibatnya pil Ivermectin ini berharga sekitar 50 sen sebiji (sebelum pandemik Covid-19) sebaliknya dijual pada harga mencecah RM5 sebiji.

Sementara itu Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang meminta masyarakat menunggu sehingga keberkesanan Ivermectin merawat Covid-19 dibuktikan dalam ujian klinikal KKM.

Menurutnya, rakyat tidak perlu tergesa-gesa menggunakan ubatan itu walaupun ada 'cakap-cakap' yang menyatakan ia mujarab merawat Covid-19.

Menurutnya, penggunaan sebarang ubat perlu bersandarkan kepada data ujian klinikal supaya tidak mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan.

"Jika ujian klinikal tidak dijalankan dan Ivermectin diguna dengan meluas, pastinya KKM akan dipersalahkan kerana gagal mengawal penggunaan ubat itu," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, negara mempunyai prosedur tersusun dan kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) perlu untuk menjamin keselamatan penggunaan Ivermectin.

"Jangan disebabkan taksub, ada pihak mengambil kesempatan menjual ubat itu pada harga tidak munasabah kerana permintaan tinggi diterima," katanya.

KKM sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19, jika ada bukti kukuh yang menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini hanya membenarkan penggunaan Ivermectin secara off label (ubat di luar indikasi tertera dalam label dan belum atau di luar persetujuan badan atau lembaga bertanggungjawab) sehingga kajian menyeluruh dijalankan.

Ivermectin adalah ubat antiparasit yang dikenal pasti dari tahun 70-an dengan kesan antiviral bagi membunuh cacing dalam tubuh.-myMetro

Isnin, 19 Julai 2021

Awas! Pil Ivermectin palsu

 

Kuala Lumpur: Penyebaran maklumat di media sosial mendakwa 'pil cegah mati' Ivermectin mampu melawan jangkitan virus covid-19 menjadi punca kemasukan dan penyeludup pil itu dari luar negara.

Bagaimanapun, orang ramai yang taasub terhadap ubat antiparasit itu terdedah kepada penipuan pembelian pil Ivermectin palsu yang kini dijual berleluasa oleh sindiket melalui media sosial.

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, penularan pelbagai maklumat mencurigakan di media sosial mendakwa Ivermectin mampu mencegah kematian dan kesan serius akibat Covid-19 menyebabkan permintaannya meningkat mendadak.

"Walaupun perkara itu masih di peringkat kajian klinikal, ramai yang berusaha membeli dan mendapatkan pil pembunuh cacing ini yang secara dasarnya bekerja di bahagian saluran pencernaan dan tidak diserap tubuh," katanya.

Menurutnya, Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) KKM baru-baru ini turut menyerbu beberapa premis dikesan menjual Ivermectin yang didakwa berupaya merawat jangkitan Covid-19.

"Pil Ivermectin ini berharga sekitar 50 sen sebiji (sebelum pandemik Covid-19) sebaliknya dijual pada harga mencecah RM5 sebiji.

"Kenaikan hampir sembilan kali ganda berbanding harga asal menunjukkan ramai pihak dan sindiket membuat untung besar melalui penjualan pil Ivermectin ini.

"Malah satu papan pil ini (10 biji) yang sebelum ini dijual pada harga RM5, kini dijual pada harga RM60 termasuk caj penghantaran pos.

"Jual beli pil Ivermectin secara dalam talian semakin 'hangat' susulan ramai pihak berkongsi fakta mendakwa Ivermectin antara peluang terakhir menyelamatkan nyawa pesakit covid-19.

"Malah keadaan panik di kalangan masyarakat susulan kenaikan kes Covid-19 turut menjadi faktor pil Ivermectin menjadi buruan ramai hingga sanggup membayar harga tinggi," katanya.

Menurutnya, pihak BPF mendapat maklumat beberapa klinik swasta turut menjadi pengedar pil Ivermectin kepada orang ramai walaupun ia jelas menyalahi amalan perubatan.

ANTARA pil Ivermectin yang dirampas Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) KKM dalam serbuan dan rampasan di KLIA sebelum ini.
ANTARA pil Ivermectin yang dirampas Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) KKM dalam serbuan dan rampasan di KLIA sebelum ini.

"Ia membabitkan beberapa premis di Lembah Klang dan negeri yang mempunyai kes jangkitan tinggi Covid-19," katanya.

Beliau berkata, pihak BPF turut merampas pil Ivermectin yang dikesan cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sindiket tertentu.

"Pihak BPF yakin ada pil Ivermectin tiruan turut berada di pasaran ketika ini. Saya yakin ramai individu di luar sana tidak dapat membezakan pil Ivermectin palsu dan tulen.

"Kebimbangan wujud apabila semakin ramai individu memakan pil ini dan melakukan rawatan secara kendiri tanpa merujuk doktor.

"Lebih menakutkan apabila individu yang tiada asas pendidikan perubatan turut terjebak dan menjadi penjual Ivermectin.

"Mereka ini berkongsi pautan berita atau artikel diperoleh di laman sosial untuk menyakinkan pembeli mencuba pil Ivermectin," katanya.

Menurutnya, masyarakat harus sedar bahawa tindakan KKM melarang penggunaan Ivermectin secara bebas adalah untuk melindungi nyawa rakyat termasuk pesakit covid-19.

"Jangan mudah mengambil pil Ivermectin tanpa rawatan perubatan yang sah. Ini kerana Ivermectin adalah racun kumpulan B dan tidak boleh diperolehi tanpa preskripsi sah.

"Menjual pil Ivermectin boleh diambil tindakan mengikut Peraturan 7(1)(a) peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 yang turut boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

Awal Jun lalu, KKM bersama Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan serta keberkesanan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai, termasuk onchocerciasisstrongyloidiasis dan helminthiases, namun belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat Covid-19.

Penggunaan off-label Ivermectin meraih perhatian masyarakat antarabangsa susulan beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik dalam merawat Covid-19.

Bagaimanapun, pihak FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah Covid-19 pada manusia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan penggunaannya dalam ujian klinikal dengan pesakit perlu dipantau doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanannya.

Pada 11 Julai lalu, Dr Noor Hisham mengeluarkan kenyataan tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.

Beliau berkata, KKM ketika ini hanya membenarkan penggunaan Ivermectin secara off label sehingga kajian menyeluruh dijalankan.

-myMetro

Selasa, 28 Julai 2020

AGENDA JAHAT DI DALAM INDUSTRI PERUBATAN MODEN


Dari Dr Muhammad Mat Tan.

Tahukah anda bahawa Industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar didunia selepas industri minyak mentah? Purata pendapatan tahun 2013 untuk industri perubatan ialah melebihi USD 1.32 Trillion.

Oleh kerana matlamat sebenar industri perubatan adalah untuk mengaut keuntungan, maka jangan berharap mereka akan 'menyembuhkan' penyakit anda. Anda adalah 'pelanggan tetap' mereka.

Perkataan 'cure' atau 'sembuh' adalah suatu istilah yang *DI HARAMKAN* didalam kamus perubatan dan mereka hanya mahu menggunakan perkataan 'treatment' atau 'rawatan'.

Di dalam Bahasa Greek, perkataan 'pharmacy' bermaksud Dadah @ SIHIR. Kenapa jadi begitu?

*Ubat Sintetik (Tiruan)*

Setiap ubat yang dibuat oleh syarikat perubatan (BIG PHARMA) adalah dari jenis sintetik iaitu tiruan (bukan dari bahan semulajadi). Bahan-bahan yang digunakan oleh mereka terdiri dari kimia dan racun yang amat merbahaya.

Ubat tersebut dicipta untuk menghilangkan kesan-kesan sampingan akibat sesuatu penyakit dan bukannya untuk menyembuhkan penyakit. Contohnya ialah ubat untuk penyakit kencing manis yg hanya akan mengurangkan tahap kencing manis, bukannya menyembuhkan. Sebab itu para pesakit terpaksa makan ubat & cucuk insulin untuk sepanjang hayat mereka.

Malah ubat kencing manis juga akan memberi kesan buruk sehingga mengakibatkan penyakit lain pula akan muncul. Begitulah seterusnya sehingga pesakit tersebut meninggal dunia.

Pernah terjadi disebuah hospital, pesakit yg baru tahu yg dia kena kencing manis dan dimasukkan kehospital telah tanya doktor, sampai bila dia kena makan ubat, doktor jawab, sampai mati!

*Antibiotik*

Antibiotik ialah sejenis ubat yang akan membunuh kesemua bakteria (yang baik dan jahat) didalam badan. Ini akan memberi peluang kepada bakteria jahat untuk bertambah didalam badan kerana tidak ada keseimbangan. Akibatnya kita akan mudah mendapat penyakit seperti kanser, kerosakan buah pinggang dan sebagainya.

Antibiotics juga boleh mengakibatkan masaalah hilang ingatan atau digelar sebagai “memory loss”.

Bawang putih (garlic) merupakan antibiotik yang semulajadi dan telah digunakan sejak beribu-ribu tahun untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Amalkan memakan antibiotik semulajadi iaitu bawang putih (garlic) yg tidak ada sebarang kesan sampingan untuk kesihatan. Makanlah dgn cara apapun samada mentah atau sudah dimasak.

*Kemotrapi*

Penyakit kanser merupakan punca pendapatan utama industri perubatan moden. Sebenarnya telahpun ada banyak cara semulajadi untuk menyembuhkan penyakit kanser tetapi tidak digalakkan oleh industri perubatan moden (BIG PHARMA).

'Chemotherapy' digunakan oleh doktor untuk 'merawat' pesakit kanser. Tetapi kemotrapi mempunyai kesan sampingan yang sungguh dasyat iaitu ia akan membunuh sel-sel yang sihat, membunuh pesakit dengan cepat, kerosakan sistem pertahanan badan (immune system), dan banyak lagi.

Apabila pesakit kanser itu mati selepas proses kemotrapi, maka para doktor akan menyalahkan penyakit kanser tersebut dan bukan menyalahkan kemotrapi yg merupakan punca keuntungan nombor 1 kepada hospital dan klinik. Dari setiap 100 pesakit, 97 pesakit akan mati. Hanya 2%~3% sahaja yang akan hidup selepas rawatan.

*GcMAF*

Para doktor (yang jahat) amat takut sekiranya pesakit kanser tahu tentang *GcMAF* iaitu rawatan yang menggunakan sejenis protin dalam darah.

Oleh kerana rawatan GcMAF adalah sungguh murah maka para doktor (yang jahat) amat menentang penggunaan GcMAF untuk merawat pesakit kanser.

Di Amerika, lebih dari 50 doktor yang menggunakan GcMAF telah dibunuh oleh Mafia Perubatan yang didalangi oleh FDA dan syarikat-syarikat perubatan besar (BIG PHARMA).

Bagaimanakah “GcMAF” melawan kanser?

"Macrophages" adalah "Ketua" dalam sistem pertahanan badan dan akan sentiasa memberikan arahan kepada 'tentera'
(immune system), untuk melawan virus yg pula akan menghasilkan 'nagalase: iaitu sejenis enzim yang akan menghalang penghasilan vitamin D dalam 'macrophages' dan mengakibatkan macrophages menjadi lemah dan tidak aktif.

Pada ketika itu, badan kita akan menghasilkan GcMAF iaitu sejenis protin dalam darah. GcMAF akan menolong mengaktifkan semula macrophages.
Pesakit kanser akan mempunyai 'nagalase' yang terlalu banyak dalam badan mereka kerana ia dihasilkan oleh virus. Oleh itu, macrophages tidak akan aktif dan tidak dapat melawan penyakit. Jadi para doktor (yang baik) akan menyuntik GcMAF untuk mengaktifkan semula macrophages supaya dapat melawan penyakit kanser.

*Suntikan Vaksin*

Setiap vaksin (MMR, Tdap, Dtap, Gardasil dan sebagainya) terdapat didalamnya sel manusia yang diambil dari bayi yang mati akibat keguguran. Apabila sel ini disuntik kedalam badan manusia, maka sistem pertahanan badan (immune system) akan menganggapnya sebagai benda asing dan akan menyerang sel tersebut. Apabila ini berlaku, maka sel badan kita juga akan dianggap sebagai benda asing oleh sistem pertahanan badan kita. Maka peluang untuk mendapat penyakit kanser dan juga berbagai penyakit lain adalah tinggi.

Didalam vaksin juga terdapat virus yang telah diubahsuai oleh saintis (yahudi illuminati) dan virus tersebut boleh menyebabkan manusia menjadi bodoh dan tidak mampu untuk mengurus diri sendiri, contohnya ialah penyakit 'Autisma.

*Virus adalah ciptaan manusia*

Kesemua virus yang terdapat di zaman ini contohnya seperti AIDS, SARS, EBOLA, ZIKA, H1NI dan sebagainya adalah ciptaan manusia (yahudi illuminati) dan dibuat didalam makmal. Setiap tahun mereka akan menciptakan suatu virus baru dan akan menyebarkannya melalui suntikan vaksin yang kononnya untuk merawat penyakit. Sebab itulah virus itu tidak pernah wujud 100 tahun dulu malah ibu bapa kita juga tidak pernah mendengarnya sewaktu mereka masih kecil.

Penciptaan virus tadi adalah sebahagian daripada 'Agenda 21' dari United Nations (UN). Apakah itu Agenda 21?

Agenda 21 ialah untuk mengurangkan jumlah penduduk dunia sehingga hanya tinggal 500 juta sahaja. (penduduk bumi kini ialah 7.3 biliion).

Bidang kedoktoran telah digunakan oleh yahudi illuminati untuk menjayakan Agenda 21 dari United Nations.

*Kesimpulan*

Allah swt telahpun menciptakan 'cure' atau 'penyembuh' untuk setiap penyakit. Semuanya terdapat dalam bentuk semulajadi seperti herba-herba, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Amalkan memakan herba-herba, sayur-sayuran (yang tidak beracun), dan buah-buahan (yang asli dan bukan GMO).

* Limau yg dimaksudkan ialah jenis limau asam yg digunakan untuk masakan & minuman spt limau kasturi dan limau nipis.

* Pisang yg disebut disini adalah apa saja jenis pisang yg sesuai dimakan begitu saja spt jelai berangan, rastali dll.

Berikut adalah herba2 & buah2an yang sesuai untuk 'penawar' penyakit.

1. Darah tinggi (high blood pressure):
a. Bawang putih (garlic), makan mentah atau dimasak.
b. Air limau (lemon juice), hendaklah yg suam bukan berais.
c. Pisang.
d. Tembikai (watermelon) dan
e. Hempedu bumi (earth pangkrias).

2. Sakit kepala (migraine).
Campuran air halia dgn limau (ginger with lemon).

3. Demam (fever):
a. Air limau
b. Air Halia
c. Hempedu bumi.

4. Kanser (cancer): a. Daun ganja (marijuana).
b. Air Halia.
c. Bawang putih
d. Daun semambu (neem leaves).

5. Sakit mata (eye sickness):
a. Kurma.
b. Lobak merah.

6. Cirit-birit (Diarrhea):
a. Bawang putih.
b. Pucuk jambu batu & daun serai kayu (kelat - dikunyah & ditelan).

7. Gastrik:
a. Air kelapa muda (young coconut water)
b. Jus kurma.
c. Tumbuh kelapa (coconut ball)

8. Asma:
a. Pisang.
b. Bawang putih
c. Hempedu bumi.

9. Alzheimer: Minyak kelapa (coconut oil).

10. Batuk (cough):
a. Jus nenas (pineapple juice)
b. Bawang putih.

11. Gout:
a. Jus nenas (pineapple juice)
b. Daun rerama (butterfly leaf).

12. Sakit jantung (heart disease): Selalu minum air carrot campur gula atau susu.

13. Sakit perut (stomach ache):
a. Bawang putih.
b. Halia.

14. Kencing manis (Diabetes):
a. Bawang putih
b. Halia
c. Daun semambu.
d. Hempedu bumi

#sesudah dibaca sila share dengan kaum keluarga & kawan2 kita semua. Terima Kasih 😉