Khamis, 8 April 2021

Sempena ‘birthday’, MUA Bellaz edar karipap ‘free’ buatan sendiri untuk ibu2 hamil

 

Bagi peminat dunia solekan, pastinya mengenali jurumekap terkenal MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini yang sememangnya akrab dengan peminat.

Selepas berhasrat mahu menaja seorang pengantin yang dianaiya mak andam dengan mekap dan baju busana perkahwinan baru, kali ini MUA Bellaz sekali lagi membuat kebaikkan sempena ulang tahun kelahirannya.

Edar percuma kepada ibu2 hamil

Dalam posting terbaru Bellaz di Instagram, dia telah memuat naik beberapa foto bekas makanan yang terisi karipap pusing frozen yang akan diedarkan secara percuma kepada ibu-ibu hamil.

Apa yang menariknya, jurumekap tersebut memaklumkan bahawa karipap-karipap itu dibuat olehnya sendiri dibantu suami dan beberapa orang lagi secara manual di rumah!

Ikhlas berkongsi rezeki

Selain itu juga, Bellaz memaklumkan bahawa apa yang dilakukan bersama suami adalah ikhlas bagi memenuhi hasrat ibu-ibu hamil yang teringin mahu merasai sendiri karipap pusing buatannya.

Untung siapa yang dapat rasa karipap pusing tu

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan selebriti media sosial itu yang sangat bermurah hati memberikan hasil air tangannya sendiri kepada orang ramai.

Mereka juga turut mengucapkan selamat hari lahir buat MUA Bellaz dan mendoakan agar dia dan seluruh ahli keluarga dimurahkan rezeki.

Suami pun bersungguh buat karipap

Terbaik Bellaz!

 

Selamat hari lahir Bellaz

Semoga rezeki sekeluarga makin luas

 

Sumber: Mua Bellaz

credit:ohmymedia.cc

0 ulasan:

Catat Ulasan