"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Petisyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petisyen. Papar semua catatan

Ahad, 28 Ogos 2022

Kes SRC:Lebih 101,000 tandatangan petisyen Najib tidak wajar diampunkan, 5,306 mohon Najib diberi pengampunan

 Lebih 101,000 tandatangan petisyen Najib tidak wajar diampunkan, 5,306 mohon Najib diberi pengampunan

Petisyen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kepada Yang di-Pertuan Agong agar Najib tidak wajar diampunkan kini mencecah lebih 101,000 tandatangan pada petang Jumaat. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Petisyen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kepada Yang di-Pertuan Agong agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar diampunkan kini mencecah lebih 101,000 tandatangan pada petang Jumaat.
Petisyen yang digerakkan menerusi portal Change.org itu telah menunjukkan peningkatan sejak ia dilancarkan Rabu lalu.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, setakat 5.30 petang Jumaat, sejumlah 101,053 telah menandatangani petisyen yang disasarkan mencapai 150,000 tandatangan.
Menurut BERSIH, petisyen itu bagi meminta Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menggunakan kuasa pengampunan terhadap Najib.
Sementara itu, satu lagi referandum yang dilancarkan oleh penyokong Najib pula sehingga kini mendapat 5,306 tandatangan.
Petisyen terbabit antara lain meminta Yang di-Pertuan Agong agar memberikan Pengampunan Diraja serta merta terhadap Najib.
Malah referandum itu turut meminta agar Yang di-Pertuan Agong menitah Ketua Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengarah Pesuruhjaya Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) SPRM untuk menghadap baginda berhubung bukti kes melibatkan Hakim Nazlan Ghazali.
-AstroAwani 

Jumaat, 8 Julai 2022

Ramai tak tahu, rupanya petisyen bantah filem Mat Kilau pernah digerakkan 4 tahun lepas!

 

Ramai yang tidak tahu, sebelum filem Mat Kilau menjadi antara filem epik yang mencipta fenomena, satu petisyen pernah digerakkan untuk membantah penggambaran filem berkenaan.

Petisyen berkenaan digerakkan pada 2018 oleh seorang pemuda, Mohd Shukri Mohd Ramli yang difahamkan adalah anak jati Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Pemuda berkenaan mendakwa, Syamsul Yusof telah memalsukan sejarah apabila penggambaran filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, dijalankan di Perak dan bukannya di Pahang tempat kelahiran sebenar Mat Kilau.

Pulau Tawar merupakan tanah kelahiran Mat Kilau.

“Throwback balik. Sebelum box-office, siap ada petisyen buat bantahan!,” tulis pengguna akaun Suka Filem di Facebook.

Di bawah ini antara intipati bantahan tersebut yang sehingga kini boleh diakses melalui GoPetition;

“Petisyen ini adalah bantahan terhadap tindakan penerbit filem Mat Kilau yang memalsukan sejarah apabila membuat rakaman pengambaran di Kampung Telok Bakong, Bota Perak.

“Sedangkan Mat Kilau adalah pahlawan Pahang yang terpahat dalam lipatan sejarah dan berasal dari Kampung Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.

“Sejarah penentangan Mat Kilau terhadap British bukan berlaku di Perak tapi di Negeri Pahang. Atas apa jua alasan, segala adegan dan penggambaran wajarlah dilakukan di kampung asal kelahiran pahlawan Melayu Pahang itu,” kata pemuda yang melancarkan petisyen berkenaan.

Pemuda berkenaan juga menegaskan jika bukan Pulau Tawar dijadikan lokasi sesuai, banyak lagi tempat yang menarik di Pahang yang boleh digunakan untuk menjalankan penggambaran.

Memilih lokasi lain, seolah-olah sengaja mengundang persepsi negatif, katanya.

“Terasa hinanya kami apabila filem itu ditonton kepada umum nanti, bila kami tahu adegan penggambaran itu bukan di tempat asal yang tercatat dalam sejarah.

“Justeru, anak-anak Pahang di seluruh negara dan senatero dunia wajar membantah pemalsuan sejarah ini. Ia tidak layak untuk ditonton kerana jelas sekali bukan untuk mempertahankan nilai sejarah, tetapi lebih kepada mencari keuntungan semata-mata.

“Maka itu kami menyeru anak-anak Pahang menandatangani petisyen ini untuk membuktikan bantahan,” tulisnya.

Setakat semalam (Julai 7), filem Mat Kilau telah mengutip lebih RM54 juta dalam tempoh 13 hari tayangan di pawagam.

Syamsul menjangkakan filem berkenaan mampu mencecah sehingga RM60 juta biarpun ramai yang merasakan Mat Kilau boleh meraih sehingga RM80 juta.

-malaysiadateline

Isnin, 19 Julai 2021

PETISYEN: Menolak cadangan meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah seliaan Bank Negara Malaysia

 

PETISYEN: Menolak cadangan meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah seliaan Bank Negara Malaysia

𝗠𝗘𝗡𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗟𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

  1. Berhubung dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pertamanya, PEMBELA mengalu-alukan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi meneliti dapatan pengauditan perunding-perunding untuk tempoh 2014 hingga 2018.

Walaubagaimanapun, PEMBELA menuntut agar:-

i. Skop siasatan ini di luaskan sehingga 2020; dan ii. Hasil siasatan nanti dapat didedahkan kepada masyarakat umum bagi memastikan ketelusan dan tindakan yang sewajarnya diambil bagi memulihkan keyakinan pendeposit.

  1. Kenyataan itu juga telah menyatakan bahawa kerajaan akan menyenaraikan “Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan (prescribed Islamic financial institution) di bawah seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM)”. Cadangan ini katanya adalah bertujuan “…untuk menambahbaik pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (LTH) secara menyeluruh.” Pindaan juga akan dibuat terhadap Akta Tabung Haji 1995.

  2. PEMBELA tidak ada masalah dan menyokong penuh segala usaha kerajaan bagi menambah baik pengurusan LTH. Namun cadangan untuk meletakkan LTH di bawah seliaan BNM akan memberikan implikasi yang negatif kepada masa depan dan nasib pendeposit serta menimbulkan beberapa persoalan penting yang memerlukan penjelasan iaitu:-

i. Tidak ada penjelasan terhadap frasa-frasa dari Akta Tabung Haji 1995 yang akan dipinda seperti yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut. Ini membimbangkan rakyat kerana adakah nanti pindaan ini akan menjejaskan kepentingan lebih 9 juta pendeposit itu?

ii. LTH adalah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk bukan sahaja sebagai tempat orang Melayu menyimpan wang mereka tetapi juga satu institusi yang membina kekuatan ekonomi orang Melayu. Dengan meletakkan LTH di bawah BNM, adakah fungsi ini dapat dimainkan atau apakah ianya akan dikekang disebabkan oleh peraturan yang ada di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013?

iii. Umum mengetahui bahawa kakitangan BNM tidak semuanya orang Islam. Adakah akhirnya sebuah institusi Islam akan diurustadbir oleh orang bukan Islam? Apakah kepentingan umat Islam dapat difahami dan dijamin jika ianya ditadbir oleh bukan Islam?

iv. Status LTH adalah lebih besar dari hanya sebagai sebuah institusi kewangan seperti yang dijelaskan dalam perkara (ii) di atas. Apakah dengan menyenaraikan LTH sebagai sebuah “institusi kewangan Islam yang ditetapkan” akan merendahkan statusnya menjadi seperti sekadar sebuah bank? Walhal LTH sudahpun memiliki Bank Islam sebagai sebuah syarikat subsidiari?

v. Dengan menukarkan penyeliaan kepada BNM, adakah bermaksud bahawa pengurusan LTH sudah tidak lagi mampu untuk mengurustadbir LTH secara telus dan berintegriti? Jika benar, kenapa tidak diganti anggota-anggota Lembaga Pengarah yang ada dan melantik mereka-mereka yang benar-benar layak? Jika campurtangan politik menjadi isu, maka apakah tidak boleh diletakkan syarat di dalam Akta LTH bagi melarang penglibatan orang politik? Ertinya, ada langkah-langkah alternatif yang boleh dilakukan selain dari menyerahkan LTH kepada BNM.

vi. Apakah dengan penyeliaan oleh BNM nanti, LTH masih bebas untuk membuat pelaburan di dalam pelbagai sektor seperti hartanah, pertanian, ekuiti dan sebagainya demi memperkukuhkan ekonomi umat Islam dan bangsa Melayu, atau apakah ianya akan disekat oleh BNM kerana pelbagai frasa-frasa yang terkandung di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 itu?

  1. Berdasarkan senario di atas, PEMBELA khuatir langkah ini akan memberikan impak yang negatif kepada nasib pendeposit. Oleh itu, PEMBELA mendesak agar kerajaan untuk menolak cadangan menyerahkan seliaan LTH kepada BNM bagi menjaga kepentingan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini.
Untuk menyokong petisyen dari PEMBELA sila klik link dibawah:

Hj. Aminuddin Yahaya Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) 17 Julai 2021

Sabtu, 5 Jun 2021

Petisyen desak Azmin letak jawatan raih lebih 170,000 tandatangan

 

Tangkap layar laman petisyen yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan.

PETALING JAYA: Satu petisyen dalam talian yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan mendapat lebih 170,000 tandatangan warganet.

Petisyen dengan tanda pagar #AzminLetakJawatan itu dimulakan semalam oleh pengguna maya dengan nama Kerajaan Gagal di laman www.change.org mensasarkan untuk meraih 200,000 tandatangan.

Setakat pukul 9.00 pagi hari ini, petisyen itu telah mengumpul sebanyak lebih 170,000 tandatangan warganet.

“Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik,” kata petisyen itu, menurut laporan Sinar Harian.

Azmin yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dikritik ramai pihak susulan dakwaan terdapat kebenaran operasi perkhidmatan tidak perlu semasa pelaksanaan ‘total lockdown’.

Azmin sebelum ini menegaskan, surat kebenaran beroperasi oleh Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) hanya dikeluarkan selepas kementerian yang mengawal selia sektor yang dibenarkan beroperasi, memberi pengesahan kepada MITI.

Beliau berkata, sebanyak 15 kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing.

“Kementerian-kementerian mengesahkan permohonan-permohonan berkenaan, syarikat yang berkenaan boleh terus mencetak surat kebenaran beroperasi melalui CIMS 3.0,” katanya.

Tambah beliau, MITI terbuka kepada sebarang bentuk aduan mahupun kritikan selepas terdapat dakwaan CIMS 3.0 telah dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Sehingga kenyataan itu dikeluarkan, Azmin berkata, 586,308 dengan 10.2 juta pekerja telah berdaftar dengan CIMS dan hanya 128,150 atau 21.8% surat kebenaran beroperasi telah dicetak melalui CIMS melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh -FMT

Jumaat, 4 Jun 2021

Petisyen desak Azmin letak jawatan kumpul 105,000 tandatangan

Sebuah kempen dalam talian yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan telah mendapat lebih 100,000 tandatangan warganet.

Petisyen dengan tanda pagar #AzminLetakJawatan itu dimulakan pengguna maya dengan nama Kerajaan Gagal di laman www.change.org mensasarkan untuk meraih 150,000 tandatangan.

Setakat berita ini dikemaskini jam 10.56 pagi, petisyen itu telah mengumpul 105,000 tandatangan warganet.

"Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik," kata petisyen itu.

Azmin yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dikritik ramai pihak susulan dakwaan terdapat kebenaran operasi perkhidmatan tidak perlu semasa total lockdown PKP Penuh berlangsung.

Azmin semalam berkata Miti juga mengambil maklum mengenai aduan beberapa pihak yang mendakwa CIMS 3.0 dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada berada dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Jelasnya, Miti bukanlah pihak tunggal yang memberikan kebenaran beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh sekarang.

Menurut Azmin ada pelbagai kementerian lain terbabit dalam saringan sektor industri yang mengemukakan permohonan melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0 kendalian Miti.

Terdahulu, Hantaran Facebook "saya dah tutup pintu depan" yang dibuat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri kelmarin mengundang perhatian.

Walaupun kemudian dinafikan Ismail ada maksud lain disebalik hantaranya itu, ada pihak melihatnya sebagai sindiran berkaitan kebenaran operasi kilang ketika sekatan pergerakan penuh pada masa ini.

Sumber Malaysiakini di Putrajaya semalam mendakwa berlaku ketegangan antara Ismail dengan Azmin Ali dalam mesyuarat kabinet sebelum ini.

Ketegangan itu didakwa sumber berpunca daripada tindakan saat akhir Miti untuk mengawal permohonan bagi kebenaran untuk beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pada masa ini.

Ditambah pula dengan isu syarikat arak beroperasi ketika PKP yang akhirnya Ismail Sabri arahkan ia ditutup, kata sumber lagi. – Mkini


Kredit: https://cin-ca.blogspot.com