"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Isu Nama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Nama. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Jun 2021

Muhyiddin Atau Mahiaddin, Apa Ada Pada Nama?

 

Sejak Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan pekeliling menjelaskan format nama Muhyiddin Yassin, sebahagian musuh politiknya mengambil jalan mengutuk dan menghina namanya dengan menggunakan nama “Mahiaddin”, yang merupakan ejaan nama beliau dalam surat beranak.

Ini boleh mengalihkan perhatian daripada isu-isu yang lebih serius, tetapi hakikatnya, ia hanya menunjukkan kejahilan terhadap sebuah realiti kehidupan di Malaysia.

Seperti bahasa bukan Barat lain yang mengalami tranformasi ejaan kepada huruf rumi selepas penjajahan, bahasa Melayu juga terkesan dengan masalah penyelarasan bagi menunjukkan cara sebutan yang sebenar, lebih-lebih lagi perkataan dan nama asing.

Bahasa Arab kekal ditulis dalam huruf dan tulisan Arab, kerana itu dunia Arab tidak ada masalah dengan gelombang perumian sebutannya.

Namun, lain pula dengan bahasa yang meminjam sejumlah besar istilah Arab ke dalam kosa katanya.

Bahkan Bahasa Inggeris juga memiliki kesukaran dalam transliterasi istilah Arab, iaitu masalah yang menjadi semakin jelas ketika hasil karya Arab dan Islam diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris.

Hanya beberapa dekad lalu, terdapat usaha lebih serius di Amerika Syarikat untuk menyelaraskan format huruf rumi dalam menterjemah istilah-istilah Arab, seiring dengan peningkatan populasi Islam di Barat yang menganggap bahasa Inggeris seperti bahasa ibunda kerana ramai yang lahir di negara itu.

Di Malaysia pula, usaha-usaha serupa turut dilaksanakan melalui institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka yang dianggap sebagai autoriti bagi bahasa kebangsaan.

Sejak itu, masalah penyelarasan ejaan termasuk untuk istilah-istilah Arab, yang mempunyai pengaruh besar dalam Bahasa Malaysia, dapat dikurangkan.

Bagaimanapun, beberapa kata nama khas Arab yang biasa digunakan umat Islam untuk menamakan anak mereka masih mempunyai masalah keseragaman ejaan rumi.

Bahkan, nama tokoh utama Islam, Nabi Muhammad, turut digunakan dalam pelbagai format dalam dunia Islam: Mehmet dan Muhammet di Turki, Mohamad di Indonesia dan Malaysia, Mohammed di benua kecil India, sebagai contoh.

Jelas sekali lidah bukan Arab menjadi punca kepada perbezaan dan kepelbagaian ejaan tersebut.

Namun, ketika perbezaan seperti itu boleh diterima, ada juga kata nama lain, seperti dalam kes “Mahiaddin”, di mana ejaannya tidak langsung mencerminkan cara sebutan yang betul.

Sesiapa yang memiliki asas bahasa Arab akan mengetahui bahawa ejaan “Mahiaddin” sebenarnya merujuk kepada perkataan “Muhyiddin”, hal ini berlaku adalah kerana kurangnya penyelarasan garis panduan dalam transliterasi ejaan kepada huruf-huruf rumi.

Muhyiddin adalah kombinasi perkataan “Muhyi” (yang menghidupkan) dan “Din” (agama), dan ejaan ini tepat mencerminkan sebutan perkataan itu.

Sebaliknya, “Mahiaddin” tidak memiliki makna.

Maka bukanlah satu hal yang pelik bagi sesiapa yang terbeban dengan kesilapan ejaan seperti itu untuk membetulkannya, lagi-lagi pula bagi seseorang yang perlu melawat seluruh dunia dan namanya dipetik meluas di media.

Inilah konteks yang harus difahami dalam penjelasan mengenai nama Muhyiddin itu.

Adalah satu hal yang remeh, bahkan kebudak-budakan setaraf murid sekolah rendah, apabila seseorang cuba menggunakan modal ini dalam mempersoalkan perdana menteri dalam isu nyawa dan kematian berhubung krisis Covid-19.

Ia bukan isu cuba menyorokkan identiti sesiapa, jauh sekali untuk kerana kononnya mahu guna “nama glamor”.

Mereka yang berkata ia adalah “nama glamor” hanya menunjukkan betapa cetek pengetahuan mereka tentang budaya Melayu Islam kontemporari.
Nama “Muhyiddin” adalah antara nama yang paling kurang “glamor” di kalangan orang Melayu, tidak seperti nama-nama Parsi atau Turki yang digemari ibu bapa muda di negara ini untuk menamakan anak mereka, berbanding nama yang mudah dan sederhana satu masa dulu.

Seseorang itu tidak rugi kalau memanggil orang lain dengan nama yang dia mahukan.

Ia merupakan sekecil-kecil sifat sivil yang boleh kita tonjolkan.

Malangnya, hari ini, ada ahli politik yang menggunakan “Mahiaddin” dalam kenyataan-kenyataan mereka di media sosial.

Dengan tindakan itu, bukan sahaja menunjukkan kejahilan mereka tentang bahasa dan sejarah, bahkan membuktikan mereka berada dalam kategori mereka yang “berminda rendah” kerana hanya pandai membicarakan tentang orang, bukannya idea dan isu.


Abdar Rahman Koya 
CEO dan Editor MalaysiaNow