"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Luqman Hakim Shamsudin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luqman Hakim Shamsudin. Papar semua catatan

Ahad, 18 Julai 2021

Bolasepak: Kelincahan Luqman curi perhatian

 Luqman (tengah) diturunkan dalam aksi pramusim KVK. FOTO Ihsan FB Luqman Hakim Shamsudin

Luqman (tengah) diturunkan dalam aksi pramusim KVK. FOTO Ihsan FB Luqman Hakim Shamsudin

Kuala Lumpur: Penyerang sensasi negara di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin terus mengumpul minit permainan apabila beraksi selama 25 minit pada aksi pramusim berdepan KSV Oudenaarde dengan kelabnya, KV Kortrijk (KVK) mencatat kemenangan 6-1 di tempat lawan awal pagi tadi.

Kemenangan terbabit adalah yang kelima buat KVK dalam tujuh aksi pramusim di mana Luqman sudah merekodkan sejumlah 117 minit secara keseluruhan dalam empat aksi yang diturunkan.

Jumlah minit melebihi 100 minit permainan itu sememangnya cukup baik buat Luqman atau lebih dikenali dengan panggilan Luqie oleh rakan sepasukan dan peminat bola sepak KVK.

Walaupun tidak berjaya meledak sebarang gol dalam tempoh minit aksi itu, gerakan pantas menerusi larian deras serta kawalan bola menarik sering mencetuskan keadaan kelam kabut di depan kubu lawan sekali gus membuka peluang buat rakan sepasukan meledak gol.

Berdasarkan statistik, Luqman sudah bermain dalam lima aksi dengan kesemuanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-60 ke atas kecuali ketika aksi menentang kelab terkemuka Belgium, Club Brugge yang menyaksikan dia dimasukkan pada minit ke-84.

Begitupun apa yang menarik, dalam lima aksi yang Luqman bermain itu KVK berjaya mencatat semua kemenangan, manakala dua aksi yang berakhir seri dan tewas pula bermain tanpa sentuhan pemain Harimau Malaya itu.

Pengendali KVK, Luka Elsner tampak mula mempercayai akan kemampuan Luqman dan ia dapat dilihat ketika aksi berdepan Sparta Petegem apabila Elsner tetap memasukkan pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu meskipun dia dilaporkan mengalami sedikit kecederaan ringan sebelum perlawanan.

Dengan perkembangan positif Luqman ketika ini, tidak mustahil aksinya akan bertambah matang dan mampu muncul antara penyerang harapan KVK selain skuad Harimau Malaya dalam aksi antarabangsa selepas ini.

KVK dijadual mengakhiri aksi pramusim dengan menentang juara Ligue 1 Perancis musim lalu, LOSC Lille awal pagi ini sebelum membuka tirai Liga Belgium musim ini bertemu RFC Seraing di Stadium Guldensporen, pada 25 Julai.

-myMetro