"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Presiden Amerka Syarikat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Presiden Amerka Syarikat. Papar semua catatan

Isnin, 9 November 2020

Presiden USA,Joe Biden. Dia ambil petikan hadis Nabi s.a.w dalam ucapannya

 

Joe Biden. Dia ambil petikan hadis nabi s a w dalam ucapan. Kita tak tahu niat seseorang. Walau bagaimanapun kita tak boleh percaya bulat-bulat. PAP pakai songkok aklhirnya umat Islam terhina di Singapura. Lim Guan Eng berhenti berucap ketika azan. Umat Islam Malaysia terutama di Pulau Pinang terperdaya. DAP cuba mempermainkan walaupun apa yang khusus.untuk Islam.

Joe Biden kalau kita faham drp sejarah semua pimpinan dari America adalah bawah genggaman Yahudi. Tapi ALlah tahu kalau Allah nak sesuatu diluar jangkaan ia tetap berlaku.

Adakah ini satu sinar Islam?

-mindarakyat

Selasa, 6 Oktober 2020

COVID-19:Presiden Donald Trump keluar hospital kembali ke Rumah Putih


 Donald Trump pada Jumaat mengatakan beliau dan isterinya, Melania didapati positif Covid-19. (Gambar AP)

WASHINGTON: Presiden Donald Trump meninggalkan Pusat Perubatan Walter Reed dan menuju ke Rumah Putih untuk terus menjalani pemulihan selepas dijangkiti Covid-19, lapor agensi berita Sputnik.

Trump dilihat berjalan meninggalkan pusat perubatan itu pada Isnin petang dengan memakai pelitup muka sambil melambai kepada pihak media.

Di Rumah Putih, Trump menanggalkan pelitup mukanya ketika bergambar di atas balkoni Truman, lapor NBC News.

Kira-kira 2 jam kemudian dalam rakaman video, Trump berkata rakyat Amerika tidak perlu takut kerana Amerika Syarikat (AS) mempunyai peralatan perubatan dan ubat-ubatan terbaik di dunia.

Katanya, vaksin untuk memerangi penyakit itu akan ada tidak lama lagi.

“Kami akan kembali bekerja,” kata Trump dan berikrar untuk “menewaskan” Covid-19.

Trump berkata beliau “mesti ke depan” sebagai pemimpin negara walaupun ada risikonya.

“Dan sekarang saya rasa lebih baik. Mungkin saya kebal. Saya tidak tahu,” kata Trump.

Terdahulu, pada Isnin pasukan perubatan Trump memberitahu wartawan presiden memenuhi semua kriteria untuk dibenarkan keluar hospital dan keadaannya bertambah baik sejak didiagnosis pada Khamis.

Trump, dalam ciapannya di Twitter sebelum meninggalkan hospital berkata beliau akan meneruskan kempen “tidak lama lagi.”

Presiden itu dijangka menyertai debat presiden yang dijadual 15 Oktober di Miami, Florida, menurut pengarah komunikasi kempen Trump, Tim Murtaugh.-FMT

Jumaat, 2 Oktober 2020

Presiden Donald Trump dan isteri positif COVID-19

Baru-baru ini, Trump berada dalam pesawat sama dengan seorang kakitangannya yang dikesan positif COVID-19. - REUTERS/Gambar fail 

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan beliau dan isteri, Melania Trump, positif COVID-19. Pengumuman itu dibuat oleh Trump melalui ciapan di akaun rasmi Twitter beliau pada jam 12.55 tengah hari waktu Malaysia.
   Kebimbangan mengenai pendedahan Trump kepada virus itu meningkat baru-baru ini, selepas salah seorang kakitangannya, Hope Hicks dikesan positif virus tersebut.

 Pada Selasa, Trump dan Hicks berada bersama di dalam pesawat Air Force One ketika presiden itu menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya beliau. 

Susulan pengesahan keputusan positif Hicks, Trump mengumumkan akan menjalani kuarantin selepas mempunyai interaksi rapat dengan kakitangannya itu. Bagaimanapun, kira-kira dua jam kemudian, Trump mengesahkan beliau dan isteri juga didapati positif virus berkenaan. 

Perkembangan terbaru ini menambah ketidaktentuan kepada perjalanan kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, yang akan berlangsung pada 3 November ini. 

Dengan berbaki sebulan lagi, Trump dan pesaingnya daripada Parti Demokrat, Joe Biden kini memasuki fasa akhir kempen masing-masing. 

 Kedua-dua mereka bertemu dalam debat presiden pertama pada 30 September lalu, dengan dua lagi sesi debat dijadualkan pada 16 dan 23 Oktober ini. 

Susulan perkembangan terbaru ini, nasib kedua-kedua debat yang dijadualkan itu masih tidak pasti. 

Kekhuatiran juga mungkin timbul kerana COVID-19 memberi risiko lebih tinggi kepada warga emas atau mereka yang mempunyai penyakit kronik.

 Trump berumur 74 tahun, tetapi tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. 

 Mengikut perlembagaan Amerika Syarikat, Naib Presiden Mike Pence boleh mengambil alih pemerintahan sekiranya presiden disingkirkan, meninggal dunia, meletak jawatan atau tidak lagi mempunyai keupayaan untuk meneruskan tugasnya. 

Awal tahun ini, Trump sering dikritik kerana mengambil mudah penularan COVID-19 di Amerika Syarikat.

 Beliau juga sering dilihat tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan kerap mengadakan ceramah yang melibatkan kehadiran ribuan orang. 

 Baru-baru ini, Trump mengaku beliau tahu mengenai tahap keseriusan penularan COVID-19 di Amerika Syarikat, tetapi tidak mendedahkannya secara penuh kerana tidak mahu menakutkan rakyat negara itu. 

Amerika Syarikat masih menjadi negara paling teruk terkesan dengan COVID-19. Setakat ini, negara itu mencatatkan hampir 6.3 juta kes positif dan hampir 190,000 kematian.

-Astro Awani