RUH ORANG MUKMIN SELEPAS DI CABUT
SOALAN :
Saya mahu bertanya tentang ke manakah ruh orang beriman selepas dicabut olih malaikat Izrail yang mana jasadnya belum dikebumikan?
JAWAPAN :
Para ulamak ahlu sunnah menyebut bahawa sekelian ruh orang mukmin selepas dicabut olih malaikat maut akan di bawa naik ke langit dan Allah Taala memerintahkan supaya ruh tersebut ditunjukkan tempatnya di syurga nanti.
Kemudian ditulis nama ruh tersebut di dalam ‘Illiyyin dan adalah para penduduk langit semua diberitahu dengan ruh orang mukmin yang baru naik ke langit itu.
Kemudian dibawa turun ruh itu ke bumi untuk menyertai jasadnya ketika datang malaikat yang akan menyoalnya.
Berkata Imam Abu Al-Hasan Al-Qabisi :
الصحيح من المذهب، والذي عليه أهل السنة، أنها ترفعها الملائكة فإن كانت من أهل السعادة قال لهم: سيروا بها وأروها مقعدها من الجنة. فيسيرون به في الجنة على قدر ما يغسل الميت. فإذا غسل الميت وكفن ردت وأدرجت بين كفنه وجسده، فإذا حمل على النعش فإنه يسمع كلام الناس، من تكلم بخير ومن تكلم بشر. فإذا وصل إلى قبره وصلي عليه، ردت فيه الروح وأقعد ذا روح وجسد، ودخل عليه الملكان الفتانان على ما يأتي.
Artinya : “Bermula yang sahihnya dari mazhab dan yang berjalan atasnya olih Ahlu Sunnah bahawasanya dibawa naik akan ruh itu ke langit. Maka jika adalah ruh itu dari orang yang bahagia Allah akan berkata kepada malaikat : Bawa kamu sekelian akan ruh ini dan tunjukkan tempat duduknya di syurga. Lalu mereka membawa ruh itu berjalan di syurga atas kadar masa dimandikan mayat. Maka apabila selesai dimandikan mayat dan dikafan lalu diletakkan ruh itu di antara kafan dan jasadnya. Maka apabila ruh itu diletak atas pengusung maka ruh itu mendengar akan perkataan manusia siapa yang berkata dengan kebaikkan dan siapa yang berkata dengan keburukkan. Maka apabila telah sampai kepada kuburnya dan telah disembahyakannya maka dikembalikan ruh itu (kepada jasadnya) dan didudukkannya dan masuklah dua orang malaikat yang menyoalnya atas barang yang akan datang(sebutnya).” (Kitab At-Tazkirah Imam Al-Qurtubi)
Dan ‘Amr bin Dinar meriwayatkan :
ما من ميت يموت إلا روحه في يد ملك، ينظر إلى جسده كيف يغسل، وكيف يكفن، وكيف يمشي به فيجلس في قبره
Artinya : “Tidak ada daripada seorang yang telah mati melainkan ruhnya berada pada tangan malaikat. Melihat ruh itu kepada jasadnya bagaimana dia dimandikan dan dikafankan dan bagaimana dibawa berjalan dengannya dan kemudian didudukkan dikuburnya.”
Sandarannya ialah beberapa hadith yang menyebut akan yang demikian itu antaranya ialah hadith yang telah diriwayatkan daripada Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. daripada Nabi saw bersabda :
إِنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنْ الدُّنْيَا وَإِقْبَالٍ مِنْ الآخِرَةِ نَزَلَ إِلَيْهِ مَلائِكَةٌ مِنْ السَّمَاءِ بِيضُ الْوُجُوهِ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الشَّمْسُ مَعَهُمْ كَفَنٌ مِنْ أَكْفَانِ الْجَنَّةِ وَحَنُوطٌ مِنْ حَنُوطِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسُوا مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ ثُمَّ يَجِيءُ مَلَكُ الْمَوْتِ عَلَيْهِ السَّلام حَتَّى يَجْلِسَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُ : أَيَّتُهَا النَّفْسُ الطَّيِّبَةُ اخْرُجِي إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ قَالَ : فَتَخْرُجُ تَسِيلُ كَمَا تَسِيلُ الْقَطْرَةُ مِنْ فِي السِّقَاءِ فَيَأْخُذُهَا فَإِذَا أَخَذَهَا لَمْ يَدَعُوهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَأْخُذُوهَا فَيَجْعَلُوهَا فِي ذَلِكَ الْكَفَنِ وَفِي ذَلِكَ الْحَنُوطِ وَيَخْرُجُ مِنْهَا كَأَطْيَبِ نَفْحَةِ مِسْكٍ وُجِدَتْ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ قَالَ : فَيَصْعَدُونَ بِهَا فَلا يَمُرُّونَ يَعْنِي بِهَا عَلَى مَلإٍ مِنْ الْمَلائِكَةِ إِلاّ قَالُوا مَا هَذَا الرُّوحُ الطَّيِّبُ فَيَقُولُونَ فُلانُ بْنُ فُلانٍ بِأَحْسَنِ أَسْمَائِهِ الَّتِي كَانُوا يُسَمُّونَهُ بِهَا فِي الدُّنْيَا حَتَّى يَنْتَهُوا بِهَا إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَسْتَفْتِحُونَ لَهُ فَيُفْتَحُ لَهُمْ فَيُشَيِّعُهُ مِنْ كُلِّ سَمَاءٍ مُقَرَّبُوهَا إِلَى السَّمَاءِ الَّتِي تَلِيهَا حَتَّى يُنْتَهَى بِهِ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : اكْتُبُوا كِتَابَ عَبْدِي فِي عِلِّيِّينَ وَأَعِيدُوهُ إِلَى الأَرْضِ فَإِنِّي مِنْهَا خَلَقْتُهُمْ وَفِيهَا أُعِيدُهُمْ وَمِنْهَا أُخْرِجُهُمْ تَارَةً أُخْرَى ، قَالَ: فَتُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ فَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ
Artinya :
“Sungguhnya seorang mukmin itu apabila adalah ia pada ketika hendak terputus daripada dunia dan berhadap kepada akhirat turunlah kepadanya malaikat daripada langit dengan wajah yang putih seolah-olah wajah mereka itu matahari. Bersama para malaikat itu satu kafan dari kafan-kafan syurga dan satu wangian dari wangian-wangian syurga sehingga mereka duduk sejauh mata memandang daripadanya. Kemudian datang malaikat maut alaihi salam sehingga duduk ia di sisi kepalanya lalu berkata : Wahai ruh yang suci keluarlah kamu kepada keampunan Allah dan redha-Nya. Maka keluar ruh tersebut dalam keadaan mengalir seperti mengalirnya titisan air dari bekas minuman. Lalu malaikat itu mengambilnya dan membawanya dengan penuh perhatian sehinggalah diletakkan ruh itu pada kafan dan pada wangian itu. Dan keluar bau harum daripadanya sebagai haruman yang paling harum dibumi. Maka dibawa naik dengan ruh itu dan tidaklah melewati akan malaikat-malaikat melainkan mereka akan berkata : Ruh siapakah ini yang sangat elok ini. Maka berkata malaikat yang membawanya : Inilah ruh sifulan bin sifulan dengan sebaik-baik namanya yang mereka namakannya di dunia sehingga sampai mereka di langit yang ketujuh maka Allah berfirman : Tulis kamu sekelian kitab hamba-Ku ini pada ‘Illiyyin dan kembalikan ruh ini ke dunia kerana sungguhnya Aku yang telah menjadikannya dari tanah dan kepada tanah ia dikembalikan dan daripadanya akan dikeluarkan pada kali yang lain. Kemudian dikembalikan ruh tersebut kepada jasadnya lalu datanglah dua orang malaikat lalu mendudukkannya.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)
wallahua’lam
0 ulasan:
Catat Ulasan