Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Sejak jumaat lepas, Ahli ParlimenMuarSyed Saddiq melakukan larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar ke Parlimen sebagai salah satu cara menghantar mesej kepada kerajaan untuk menepati janji mereka sebelum ini.
Misi berkenaan bagi mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Larian berkenaan juga bagi mengutip dana RM100,000 untuk Pusat Khidmat Muar supaya dapat kekal beroperasi dengan membayar staff di pejabat sekali gus membantu rakyat yang memerlukan.
Bukan mudah untuk membuat larian jarak jauh 200 Kilometer selama hanya 3 hari sahaja. Untuk anda yang sudah berusia 30 tahun ke atas, boleh ikuti teknik larian berikut.
Sebenarnya tiada jalan pintas untuk melakukan larian sepanjang itu dengan baik.
Namun terdapat beberapa faktor sangat penting yang boleh mempengaruhi prestasi larian anda, sekaligus membolehkan larian pada jarak tersebut boleh dilakukan dengan baik.
PANASKAN BADAN
Sebelum mula lakukan larian sebaiknya anda panaskan badan terlebih dahulu. Jika terus mula berlari dirisaukan kaki anda boleh ‘terkejut’ dan berlakunya kekejangan otot.
KASUT SESUAI
Kasut lama anda sudah ketat atau tapaknya sudah hilang cengkaman? Tukar sahaja kepada kasut baharu.
Ini kerana kasut yang ketat atau tidak cengkam boleh menyebabkan berlakunya kecederaan seperti melecet. Pakai kasut larian yang ‘true-to-size’ dengan kaki anda.
MULAKAN DENGAN PERLAHAN
Ingat, anda sudah lama berehat daripada berlari. Jadi mulakan larian dengan perlahan dan langkah kaki lebih kecil.
Ini bagi mengurangkan risiko kaki mudah sakit dan cedera. Perlahan tetapi konsisten.
CARA PERNAFASAN
Bagi menikmati larian yang lebih lama dan jauh anda perlu berlari dengan mengamalkan teknik pernafasan dengan baik.
Paling penting elakkan kepada anda tunduk ke bawah semasa berlari. Dan janganlah juga terlalu mendongak ke atas.
JAGA KELAJUAN LARIAN
Salah satu cara untuk mendapatkan larian berkualiti dan jarak lebih jauh ialah menjaga kelajuan larian.
Jika semasa berlari nafas anda tidak tercungap-cungap itu bermakna anda melakukannya dengan betul dan baik.
Jika berasa seperti tidak cukup nafas perlahankan sedikit larian dan kembalikannya dengan betul.
USAH GELOJOH
Sesetengah orang terlalu teruja dan gelojoh melakukan larian hingga tidak sedar bahawa badan mereka tidak bersedia untuk larian lebih jauh atau laju.
Buat permulaan, fokus kepada sejauh mana anda boleh berlari kerana pembakaran kalori itu juga bergantung kepada jarak larian dan kadar denyutan jantung.
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda mendapatkan larian yang lebih baik di masa akan datang.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memutuskan untuk tidak menyokong Bajet 2022 yang dijangka diadakan undiannya pada petang ini.
Pendirian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Parlimen Muar yang tidak mendapat peruntukan seperti mana kawasan pembangkang yang lain.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan kerana kebajikan rakyat Muar adalah tanggungjawab beliau.
“Apabila orang Muar didiskriminasikan dan di anak tirikan, sampai duit peruntukan pun disekat, apa lagi pilihan saya ada? Saya memutuskan untuk tidak akan menyokong Bajet 2022.
“I need to hold our government accountable to the people (Saya perlu pegang tanggungjawab kerajaan kepada rakyat). Jangan hukum rakyat dengan pilihan mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. Nanti rakyat akan hukum kamu pada PRU Ke-15,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Syed Saddiq mendakwa, rakyat Muar sudah ditipu dan dikelirukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“September lepas sudah putuskan semua pembangkang akan dapat peruntukan. Saya pun sudah bersetuju mahu tandatangan memorandum persefahaman (MoU), tetapi sampai sekarang masih tiada.
“Saya sudah bangkit dalam Parlimen awal minggu ini, Menteri jawab bincang luar. Saya sudah jumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tiga kali, bincang di luar dan mengharapkan sebarang keputusan, tetapi masih tiada kata putus.
“Menteri apabila menjawab soalan saya telah membuat kenyataan yang menipu dan/atau mengelirukan kerana sampai sekarang Muar tak dapat peruntukan, tetapi Pembangkang lain semua sudah dapat,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE
Pendakwaan Syed Saddiq dan tuduhan terhadap parti PN
PEMUDA Perikatan Nasional (PN) maklum mengenai YB Syed Saddiq, bekas Menteri Belia dan Sukan, yang telah dituduh atas dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah dana ARMADA Malaysia berjumlah RM1 juta dan kesalahan penyalahgunaan wang sumbangan kempen PRU-14 sebanyak RM120,000.
Pemuda PN sentiasa berpegang pada prinsip kedaulatan undang-undang, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi mana tidak dibuktikan bersalah. Pemuda PN menjunjung dan amat yakin dengan ketelusan dan integriti Institusi Kehakiman. Ia adalah medan terbaik untuk tertuduh mendapat keadilan, membukti diri tidak bersalah dan membersihkan nama.
Namun, kenyataan YB Syed Saddiq dengan sewenangnya menuduh pendakwaan ke atasnya disebabkan keengganan tertuduh menyertai dan menyokong parti Perikatan Nasional amat mengecewakan. Ini merupakan satu tuduhan yang liar, tidak matang dan tidak berasas yang jelas mempunyai agenda tersendiri. Seumpama pepatah Melayu: ‘Awak yang tidak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket.’
Pemuda PN sentiasa berpegang pada konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), beretika dan politik khidmat bakti.
YB SENATOR IR. TS. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ketua Pemuda PAS
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan iaitu menyeleweng wang RM1 juta dikatakan milik Pemuda Bersatu dan dana pilihan raya dikatakan milik sayap itu sebanyak RM120,000.
PETALING JAYA: Peguam Negara Idrus Harun disaran menjelaskan kenapa bekas menteri Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dituduh tujuh bulan selepas kebenaran diberikan untuk mendakwa ahli politik muda itu bagi menyahkan keraguan yang ditimbulkan oleh peguam beliau.
Peguam Syahredzan Johan, yang juga setiausaha politik veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata, beliau nampak “wujud defisit keyakinan pada sistem pentadbiran undang-undang kita”.
“Jadi ada baiknya jika penjelasan diberikan,” katanya kepada FMT.
Terdahulu di mahkamah, pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM500,000 ke atas Syed Saddiq bagi memastikan bekas menteri itu hadir ke mahkamah. Pendakwa raya berhujah angka ikat jamin harus mencerminkan betapa beratnya kesalahan yang dituduh.
Peguam Syed Saddiq, Gobind Singh Deo, bagaimanapun mempersoalkan hujah tersebut. Beliau berhujah mengapa Ahli Parlimen Muar itu hanya didakwa sekarang jika kesalahan ini serius seperti yang dikatakan pihak pendakwaan.
“Izin untuk mendakwa ditandatangani pada Januari dan beliau hanya didakwa sekarang, iaitu beberapa hari sebelum Parlimen bersidang semula?” katanya sekali gus mencadangkan ikat jamin sebanyak RM300,000.
Mahkamah mengenakan angka sebanyak yang dimohon pihak pembelaan dengan seorang penjamin.
Syed Saddiq didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan, iaitu menyeleweng wang RM1 juta dikatakan milik Pemuda Bersatu dan dana pilihan raya dikatakan milik sayap itu sebanyak RMRM120,000.
Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Semalam di Twitter Syed Saddiq menulis bahawa beliau rela ke mahkamah daripada menyertai Perikatan Nasional (PN) selain mendakwa sudah lebih setahun beliau diugut akan diheret ke mahkamah jika tidak bersama gabungan pemerintah itu.
“Setiap kali ada undian penting di Parlimen, ugutan sebegini akan datang. Pada Julai, Disember, Januari dan sekarang seminggu sebelum Parlimen bermula,” kata bekas menteri beliau dan sukan itu.
Syahredzan berkata, beliau tidak dapat menyimpulkan dengan pasti bahawa tuduhan terhadap Syed Saddiq bermotif politik namun hujah Syed Saddiq adalah “munasabah”.
“Apa yang Saddiq katakan itu masuk akal kerana kita tahu Perdana Menteri sekarang ini mungkin tiada majoriti lagi atau kalau ada pun majoritinya amat tipis. Maka setiap Ahli Parlimen penting untuk menentukan jatuh atau kekalnya kerajaan ini,” katanya.
“Kita pernah saksikan bagaimana Ahli Parlimen pembangkang tiba-tiba beralih arah dan menyokong Perdana Menteri selepas pihak berkuasa membuka siasatan ke atas mereka,” tambahnya.-FMT
"Saya diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok. Polis kata terlalu ramai orang beratur di luar pejabat."
"Saya tak boleh halang orang susah dan lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya"
"Kalau nak kompaun, kompaun saya!! Jangan tambah beban rakyat Muar!!" ciap Syed Saddiq di Twitternya.
Oleh kerana tiada penjelasan lanjut maka orang ramai mula beranggapan anggota Polis yang menjalankan tugas itu tidak berhati perut.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan mengapa 'Food Bank' Syed Saddiq itu di arah tutup.
Bacalah!
AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan menghentikan aktiviti pengedaran bakul makanan di pejabat atau pusat khidmat rakyat parlimennya kerana didapati melakukan dua kesalahan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesalahan pertama Ahli Parlimen tersebut ialah kerana beliau tidak mempunyai kebenaran Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah melakukan aktiviti itu di pusat khidmat parlimennya.
“Beliau memang ada membuat permohonan untuk mengedar makanan tetapi hanya permohonan untuk mengedarkannya dari rumah ke rumah, tiada permohonan melakukan aktiviti di pusat khidmat parlimen,” katanya dalam sidang akhbar di Johor Bahru, hari ini.
Katanya, kesalahan keduanya ialah ketika edaran itu dilakukan, berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) apabila terlalu ramai penduduk berkumpul di dalam satu tempat sehingga tiada penjarakan sosial.
Ayob Khan berkata, arahan menghentikan aktiviti tersebut dilakukan oleh penguat kuasa kesihatan daerah dan bukannya oleh pihak polis
Katanya, tiada kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada Ahli Parlimen tersebut kecuali amaran.
“Semua Ahli-ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibenarkan menjalankan aktiviti kemasyarakat di kawasan mereka tetapi mereka perlu memohon kebenaran rasmi dan mengikut SOP,” katanya.
Syed Saddiq dalam status media sosialnya menyatakan beliau telah diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok kerana dikatakan terlalu ramai orang beratur di luar pejabat.
Bekas menteri kabinet Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau bersedia untuk dikompaun kerana perkara tersebut kerana yakin telah mengikut SOP ketika edaran dilakukan.
Dalam status itu juga, Syed Saddiq menyatakan beliau dan pasukannya berusaha mengagih-agihkan bakul makanan kepada 5,000 keluarga di Muar.
“Biasanya ada dalam 150 keluarga yang datang ke pejabat itu setiap hari tetapi sejak dua hari lepas jumlah keluarga yang datang meningkat dengan tinggi,” tambahnya. – UtusanTV
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu semua pemimpin untuk bersatu memecahkan tembok politik bagi memastikan kepentingan negara diletakkan di hadapan bagi menyelesaikan Covid-19.
Kata beliau, semua pemimpin politik sama ada dalam kerajaan atau pembangkang perlu mendengar nasihat dan saranan Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan masalah yang melanda negara pada ketika ini.
“Tidak boleh kita hadapi Covid-19 dengan keadaan politik yang tidak stabil dan pada masa sama asyik berebut kuasa antara satu sama lain.
“Saya berharap agar kita semua melangkah ke hadapan dan bincang hala tuju bersama dan saya amat yakin kita dapat lakukan. Ketepikan dahulu soal mahu merebut kuasa dan pilihan raya selepas kita berjaya atasi Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.
Beliau yang merupakan Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) berkata, sudah ramai pemimpin parti pembangkang mengetengahkan pandangan mereka dan bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah Covid-19.
“Sekarang apa yang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu lakukan ialah panggil semua parti untuk duduk semeja dan berbincang. Makin lama dibiarkan keadaan akan bertambah sukar.
“Malah Yang di-Pertuan Agong sendiri mahu kita semua duduk semeja dan jika kita baca titah Tuanku yang bukan sahaja tentang menolak darurat tetapi mahu kita semua duduk semeja
“Jangan kita terima satu perenggan yang dititahkan oleh Agong tetapi perkara yang lain yang dibangkitkan kita pejam mata,” ujar beliau.
Sehubungan itu, Syed Saddiq yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan mencadangkan agar kerajaan memperoleh sokongan dwiparti untuk meluluskan Belanjawan 2021 menerusi perjanjian ‘keyakinan dan pembekalan’. “Dalam sistem Parlimen Westminster perjanjian ‘keyakinan dan pembekalan’ bermaksud sesebuah parti itu atau ahli Parlimen bersetuju menyokong undi percaya atau rang undang-undang kerajaan sedia ada, sama ada dengan pengundian memihak kepada dasar tersebut ataupun mengecualikan diri,” katanya.
Tambah beliau, syarat kerjasama dwiparti itu dengan pembangkang masih berperanan tetapi tiada pilihan raya umum diadakan sehingga Covid-19 stabil dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Syed Saddiq bersama penyokongnya selepas mendaftar Muda Malaysia di Putrajaya.
PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat permohonan pendaftaran parti baharu Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia).
Menurutnya, parti itu bertulang belakangkan oleh 13 penaja.
"Struktur organisasi kita akan maklumkan kemudian tetapi kami mempunyai 13 penaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang," katanya ketika ditemui selepas selesai membuat permohonan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini sebentar tadi.
Beliau berkata, meskipun dikenali sebagai Muda Malaysia, parti itu membuka keahlian kepada semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum.
"Muda Malaysia tidak boleh dilihat hanya pada faktor umur.
Ia lebih kepada fahaman, ideologi, idealisme, dasar-dasar yang inklusif, itu yang paling penting," katanya.
Terdahulu, bekas Ketua Armada Bersatu itu tiba jam 10.30 pagi untuk menghantar borang permohonan kepada ROS.
Ditanya mengenai penerimaan keahlian, Syed Saddiq berkata, pihaknya mendapat maklum balas menggalakkan.
"Ramai yang mengatakan berminat untuk menyertai Muda Malaysia," katanya.
ULASAN | Saya memang cemburu dengan rambut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang lebat bersinar. Saya sudah hampir tiada rambut, maklumlah; tua meski baru 36 tahun usia. Ditambah dengan faktor keguguran rambut seawal tingkatan satu kerana sentiasa perlu bersongkok di sekolah.
Tapi itulah dia, rambut Saddiq lawa. Dan itulah juga tempat letak kesaktian seorang Syed Saddiq. Sepertimana kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah terletak pada huruf “ta”.
“Oleh kerana huruf ‘ta’-lah yang menguatkan ejaan Tuah; ta, wau, alif, ha. Cuba huruf ‘ta’ digantikan dengan huruf ‘ba’?” soal Seniman Negara Tan Sri P Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang .
“Hang Buah,” jawab ahli nujum negara Masai.
Salah satu babak dalam filem Nujum Pak Belalang
Begitulah juga halnya dengan rambut Syed Saddiq. Seandainya beliau botak, hilanglah saktinya. Justeru selagi masih ada rambut yang lebat bergaya itu, selagi itulah beliau dikira muda dan memiliki aura yang menjadi kesukaan ramai.
Dan selagi itu lah Saddiq boleh menjuarai politik kaum muda.
Muda lawan tua
Pertembungan pemikiran tua-muda bukanlah perkara baharu bahkan telah berlangsung sejak zaman berzaman apabila berlakunya transisi antara generasi. Pada zaman prakemerdekaan misalnya, kita telah melihat pertembungan ini berlaku antara gerombolan ulama tanah air dalam soal kaedah dan pendekatan fikah yang berbeza-beza.
Pertembungan ini kemudiannya berkemuncak dengan penubuhan Hizbul Muslimin pada 1948 pimpinan Abu Bakar Al-Baqir, yang kemudiannya diharamkan British. Untuk menyelamatkan diri daripada tindakan British, ada anggota parti itu yang menyertai Umno, dan kemudiannya bertindak keluar parti bagi menubuhkan Parti Islam Se-Malaya, PAS.
Kerjasama Umno-PAS diabadikan dalam bentuk lukisan
PAS menyertai kerajaan BN pada tahun 1974, malah merupakan salah satu parti pengasas BN setelah negara pulih daripada tragedi 13 Mei 1969. Pun begitu, PAS hanya bertahan selama empat tahun sahaja dan memutuskan untuk meninggalkan BN pada tahun 1978.
Nak dijadikan cerita, PAS kini kembali berada dalam dakapan BN dan sedang selesa memfaraid jawatan GLC dalam struktur kerajaan persekutuan pimpinan Muhyiddin Yassin, 42, selepas ia memutuskan hubungan dengan parti yang dimusuhinya sedemikian lama.
Dalam menuju kursi kuasa bersama BN-Umno itu pula, PAS juga melalui pertembungan tua muda antara pasukan ‘Erdogan’ dengan pasukan konservatifnya; yang berakhir dengan perpecahan parti itu dan penubuhan parti Amanah.
Pertembungan ternyata melahirkan pembaharuan. Tetapi penting untuk kita belajar menguruskan pertembungan tersebut supaya hasilnya adalah sesuatu yang benar-benar memberi manfaat. Bukan main langgar sahaja.
Parti muda Syed Saddiq
Terbaharu dalam persoalan pertembungan tua-muda ini adalah kemunculan sebuah pergerakan anak muda yang mahu merangkul semangat zaman dan menyatakan kesediaan untuk mengambil alih tugas membaiki negara daripada tangan-tangan tua yang telah puluhan tahun membawa tiada lain bahkan kerosakan kepada tanah air tercinta.
Setidak-tidaknya begitulah falsafah yang dikemukakan di media sosial. Ikuti sahaja tanda pagar #MasaKita untuk menanggapi usaha anak-anak muda ini menyusun gerakan bagi membentuk sebuah platform perjuangan sendiri, tanpa campur tangan orang tua-tua yang pada mereka adalah punca segala punca.
Di Indonesia, usaha Saddiq dan kawan-kawan boleh juga ditemukan dalam penubuhan parti politik muda seperti Partai Solidaritas Indonesia (PSI) (bawah).
PSI dipimpin orang muda juga, walaupun sekarang sudah sudah tidak begitu muda. Ketua Umumnya, Grace Natalie adalah seorang personaliti televisyen. Pimpinannya dibarisi wajah-wajah tampan bergaya dari segala macam demografi termasuk santri, feminis, usahawan, peguam, mahasiswa segala bagai.
Semuanya juga tidak boleh terpalit rasuah, atau punya rakam jejak dalam parti politik lainnya. Muda, segar dan bergaya; demikianlah PSI, sebuah parti yang menggunakan panggilan “bro” dan “sis” sesama mereka.
Tetapi itu PSI-lah. Parti politik yang dilihat sekadar satu wadah baharu untuk mereka yang mendukung Jokowi tanpa perlu dibayangi bagasi korupsi parti-parti politik sedia ada.
Di Malaysia tentunya sama sekali berbeza. Walaupun sebenarnya lebih kurang sama.
Andaikan kita mahu tubuhkan sebuah parti politik baharu, di tengah-tengah kemelut politik yang telah menghabiskan lebih separuh tahun 2020 ini; apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan?
Antara lain, yang memerlukan konsiderasi panjang ialah orang bagaimanakah yang akan menyokong parti kita itu, tidak kira sokongan secara politik, kata-kata semangat, ataupun dukungan kewangan.
Itu belum lagi kita memikirkan pasaran pengundi mana yang ingin diterokai, dan untuk tujuan apa kita secara spesifik mahu meneroka kelompok pengundi tersebut; dan apakah kebarangkalian penerimaan (atau penolakan) kelompok tersebut terhadap parti kita yang baharu itu.
Bukan senang sebenarnya mahu buat parti politik baharu. Nampak sahaja mudah, tapi pergelutan di sebalik tabir bagi memberi nyawa kepada sebuah organisasi politik bukanlah seperti menubuhkan sebuah kelab mengumpul setem atau persatuan guli di kampung-kampung.
Masalah-masalahnya
Yang menjadi masalah dengan parti khusus usia atau generasi adalah betapa terhadnya khalayak yang menjadi sasarannya; ini termasuklah sebagai rekrut anggota, kader kepimpinan, pengundi, aktivis dan sukarelawan parti dan lain-lain lagi. Ini sebabnya ramai bertanya soal had usia (jika ada) dan apa terjadi apabila had itu dicapai.
Sepatutnya sebarang pendekatan politik dalam tahun-tahun mendatang adalah lebih inklusif, ketimbang memisah-misahkan masyarakat dengan sempadan-sempadan usia.
Kemudian timbul soal kerusi. Dan kemudian soal dana.
Sebagai sebuah parti baharu, yang khabarnya akan menjadi sekutu Pakatan Harapan; tentunya akan ada ramai anak muda penuh cita-cita yang akan mahu bertanding dan tidak mahu kalah. Takkanlah masuk parti anak muda kerana hanya mahu berbincang soal kebijakan negara. Mestilah bertanding dalam pilihan raya kan?
Soalnya siapa yang akan perlu mengorbankan kerusi mereka untuk memberi ruang dan peluang kepada bakat-bakat muda ini? Adakah parti-parti sedia ada tidak mempunyai kader pimpinan muda masing-masing untuk diketengahkan?
Daripada 222 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan, gabungan PH Plus sendiri pun tentunya mempunyai senarai panjang bakal calonnya untuk ditempatkan di kerusi-kerusi boleh menang. Sekiranya parti Saddiq mengemukakan senarai calon muda aktivis sosial “Gelembung Bangsar” yang lebih selesa berbahasa Inggeris, adakah semuanya akan diletakkan di kerusi-kerusi urban?
Manifestasi Gelembung Bangsar dalam bentuk sebuah parti politik adalah perkara terakhir yang diperlukan dalam usaha menawan kerusi-kerusi majoriti Melayu dan mencairkan pengaruh sentimen kosmetik “perpaduan Melayu-Islam” yang menjadi modal mudah politik kerajaan Muhyiddin.
Kawasan kejiranan Bangsar, gambar hiasan
Hakikatnya pengundi di Malaysia tidak melihat sesuatu yang baharu sebagai sesuatu yang pasti dan ‘solid’ justeru mereka tidak berahi memilih pembaharuan. Demikian sebabnya kita melihat kekalahan Pejuang di PRK Slim, dan kekalahan Amanah di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar beberapa tahun lalu.
Bukannya mustahil untuk kita menjual sebuah produk baharu, namun ia akan mengambil masa dan memakan sumber -- yang belum tentu kita ada. Paling tidak pun Saddiq dan kawan-kawan akan harus menunggu lima tahun lagi. Sementara menunggu, yang muda pun sudah perlahan-lahan beransur tua.
Sebenarnya parti Saddiq hanya boleh berkembang biak selagi mana rambutnya lebat bergaya, dan mampu bertegas untuk tidak menerima dana mahupun nasihat daripada ‘kaum tua’ yang tidak disukainya, dan bermain dalam kerangka politik tua.
Bukanlah maksudnya parti Saddiq ini langsung tidak ada potensi. Namun untuk memberi kesan yang besar dalam sela masa yang singkat, Saddiq dan kawan-kawan belum menemukan x factor yang diperlukan.
Adalah lebih baik barangkali bagi Saddiq untuk isi borang DAP sahaja.
Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad mendakwa langkah anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman untuk menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda, tidak akan berjaya.
Menurut bekas perdana menteri itu, model yang dibawa Syed Saddiq itu tidak sesuai.
“Saya sebenarnya tidak tahu mengapa dia mahu menubuhkan parti baru.
“Di mana-mana kawasan, mesti kena ada orang tua dan orang muda. Kami akan pergi kepada golongan muda juga.
“Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukan dengan sendiri.
“Dia pernah menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) dan kini dia rasa perlu bergerak berasingan daripada kami,” katanya dalam sidang medianya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berang selepas dirinya digelar sebagai ‘budak’ ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.
Jelasnya, golongan muda seharusnya tidak dipandang rendah dan perlu diberi ruang menyampaikan pandangan demi kepentingan negara.
Pada masa sama, Syed Saddiq mengajak pengundi berhenti daripada menyokong ahli politik yang sering memandang ringan kepada kemampuan anak muda.
“Saya bangkitkan soal pelaksanaan SOP Covid-19 yang selektif kepada menteri dan orang awam.
“Bila saya tanya, dilabel ‘budak-budak kecil’. Tidak mengapa. Ingat muka-muka tua ini. Lepas ini tukar! Biar anak muda ambil alih,” katanya di Twitter.
Semalam, Syed Saddiq digelar sebagai ‘budak’ oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, Syed Saddiq juga pernah digelar ‘cucu’ oleh beberapa ahli parlimen berpihak kerajaan.
Insiden itu berlaku ketika Syed Saddiq cuba mencelah perbahasan daripada Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sudah sampai masanya politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama.
PETALING JAYA: Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan menyertai Pejuang, parti baru yang ditubuhkan Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya beliau akan menubuhkan parti politik baru berbilang kaum dan memfokuskan belia.
“Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan ‘Future Forward’, di Perancis mereka boleh menubuhkan ‘En Marche’ di bawah Macron, saya rasa sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda.
“Daripada teknokrat, profesional, ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi.
“Sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama,” katanya kepada Channel NewsAsia ketika berkempen untuk calon Pejuang bagi Pilihan Raya Kecil Slim.
Mahathir, bekas pengerusi PPBM, dilaporkan berkata beliau menubuhkan parti politik Melayu bebas yang baru kerana perjuangan parti lamanya diketepikan.
Apabila Mahathir mengumumkan parti barunya, beliau ditemani anaknya, Mukhriz dan bekas pemimpin PPBM, Marzuki Yahya, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah serta Shahruddin Md Salleh, tetapi Syed Saddiq tidak kelihatan.-FMT