Memaparkan catatan dengan label YouTube. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YouTube. Papar semua catatan
Isnin, 14 September 2020
YouTube: Menipu 'iklan pintu belakang'.. Bagaimana?
By Paklong September 14, 2020
Luar Negara, Macam-Macam, Tips Dan Triks, YouTube, YouTuber No comments
Tzuyang mengumpul lebih 2.6 juta penonton untuk rancangan siaran langsung di YouTube memaparkan beliau sedang menikmati makanan popular. - Foto Facebook
Bintang YouTube berdepan denda, terbabit 'pengiklanan pintu belakang'
SEOUL: Tzuyang, remaja dengan selera makan yang besar yang juga YouTuber terkenal di Korea Selatan menghentikan saluran YouTube kendaliannya selepas dikecam hebat kerana didakwa menipu penonton.
Remaja 24 tahun yang mengumpul lebih 2.6 juta penonton untuk rancangan siaran langsung di YouTube memaparkan beliau sedang menikmati makanan popular dengan aksi menikmati 240 chobab atau sushi Korea dan 1.5 kilogram yukhoe iaitu daging mentah dalam episod yang berbeza.
Tzuyang atau nama sebenarnya, Park Jeong-won, dikenal pasti antara beberapa YouTuber di negara itu memaparkan iklan secara tersembunyi membabitkan produk di dalam video dihasilkan.
Kontroversi berkenaan menyebabkan Suruhanjaya Perdagangan Adil (FTC) menyekat kegiatan pengiklanan dalam talian 'menggunakan pintu belakang' sejak 1 September lalu.
FTC mewajibkan semua personaliti media sosial menyatakan secara jelas mengenai promosi produk atau perkhidmatan yang menerima tajaan.
Bagi video yang disiarkan secara langsung, mereka perlu memaklumkan penonton setiap lima minit sekiranya membabitkan iklan berbayar.
Sekiranya didapati menyalahi peraturan berkenaan, personaliti media sosial dan penaja berdepan denda sehingga 500 juta won (AS$422,000).
November lalu, FTC mengenakan denda sebanyak 270 juta won kepada tujuh syarikat termasuk pengeluar barangan perkakasan elektronik British, Dyson dan syarikat gergasi kosmetik di negara itu, Amorepacific kerana terbabit dalam kempen pengiklanan pintu belakang membabitkan personaliti media sosial tertentu di laman Instagram.
Mereka memberikan 1.15 bilion won (RM3.5 juta) secara tunai dan barangan percuma bagi memasukkan iklan produk keluaran mereka di dalam halaman Instagram personaliti media sosial berkenaan.
Bagaimanapun, personaliti media sosial berkenaan tidak dikenakan sebarang hukuman memandangkan tidak ada undang-undang yang mewajibkan penyedia kandungan mendedahkan sebarang tajaan diterima.
Menurut satu kajian oleh Agensi Pengguna Korea, cuma 30 peratus daripada 582 kandungan iklan dipaparkan melalui 60 platform sosial media popular di negara itu di antara Oktober dan November tahun lalu.
Ia menunjukkan kebanyakan personaliti media sosial ditaja dan ia tidak dapat dikesan secara jelas, misalnya mereka hanya memaklumkan perkara itu melalui keterangan dalam video dihasilkan. - AGENSI
Sabtu, 22 Ogos 2020
Ketahui Cara Buat YouTube Ads Berkesan
Ketahui cara membuat youtube ads yang berkesan yang dapat menggandakan subscriber, watch time, dan view pada channel anda.
Anda pasti kenal siapa mereka .
Nak tak dapat subscriber macam mereka?
Wajah-wajah ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana mereka ialah Youtuber berjaya di Malaysia dan telah menjana ratusan ribu ringgit hanya dengan membuat video di Youtube dan subscriber mereka meningkat dari hari ke hari.
Kita semua tahu konsep ini
Subscriber Banyak, View Banyak, Watch Time Naik = PASTI INCOME PUN NAIK !!
Youtube Pun Syorkan Untuk GUNA Youtube ADS
Promosikan Channel Anda

Fakta tentang Kursus Youtube ADS ini
Klik icon dibawah untuk dapatkan info dengan lengkap
Cara Mudah Untuk Menjadi Youtuber Terhebat
Wajah-wajah ini pastinya anda kenal
kerana mereka adalah YOUTUBER yang BIJAK mengambil peluang menjana income dalam Youtube. Mereka telah menjana ratusan ribu ringgit hanya dengan membuat video di Youtube. NAK tak saya tunjukkan cara & teknik untuk jadi seperti mereka ?













