"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sempadan Malaysia Thailand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sempadan Malaysia Thailand. Papar semua catatan

Isnin, 26 April 2021

KETUM:Penyeludup ‘ligat’ waktu buka puasa, tarawih

LOKASI di sekitar Kuala Perlis yang menjadi antara lokasi tumpuan aktiviti penyeludupan.- UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

KANGAR : Ketika umat Islam berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan, penyeludup pula dikatakan ‘ligat’ pada waktu tersebut dengan melakukan aktiviti penyeludupan ketum khususnya di kawasan perairan Kuala Perlis di sini.

Mereka dikatakan mengambil kesempatan pada waktu tersebut bagi memunggah serta meninggalkan daun ketum di muara-muara kuala di beberapa kawasan berhampiran pangkalan haram di situ sebelum diambil individu lain dengan menggunakan bot.

Difahamkan kira-kira 10 hingga 15 daripada 52 pangkalan haram di Kuala Perlis menjadi antara lokasi tumpuan penyeludup menjalankan kerja-kerja terlarang itu ketika ini.Daun ketum yang dibawa dengan kenderaan selepas diambil dari mana-mana kebun itu lazimnya dihantar ke kawasan pangkalan haram tertentu dengan sekumpulan pekerja sudah sedia menunggu di lokasi tersebut.

Penyeludup kemudian dikatakan meninggalkan barang di situ dengan pekerja dalam kelompok yang ramai itu akan memunggah barangan itu ke dalam bot.

Kerja-kerja memindahkan barangan terlarang itu sangat pantas antara lima hingga 10 minit sebelum daun ketum tersebut dibawa oleh bot ke kawasan sempadan dengan jarak sekitar 1.3 batu nautika seterusnya diambil oleh pihak dari negara jiran.

Bot gentian dengan enjin sangkut bergalah (ekor biawak) dipercayai milik nelayan tempatan itu lazimnya digunakan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie Paing berkata, aktiviti penyeludupan ketum pada bulan Ramadan dilihat masih aktif dengan tertumpu di pangkalan-pangkalan haram tertentu.

Katanya, penyeludup dikatakan hanya membawa daun berkenaan dalam kuantiti sekitar 50 kilogram (kg) sehingga 400 kg sahaja.

“Pada bulan Ramadan ini, mereka (penyeludup) selalu melakukan kerja-kerja seludup ini khususnya pada waktu berbuka puasa dan ketika solat tarawih,” katanya.

Tambah Mohd. Shafie, pergerakan penyeludup dikesan beralih ke lokasi lain iaitu pangkalan-pangkalan haram yang sebelum ini bukan menjadi tumpuan mereka.

“Mereka cuba berubah tempat bukan tertumpu pada satu-satu tempat sahaja yang kadang-kala lokasi yang tidak dijangka.

“Antara lokasi tumpuan adalah seperti di Pulau Ketam dengan beberapa kes direkodkan di kawasan itu baru-baru ini. Malah, kadang-kala di jeti yang digazetkan juga ada berlaku aktiviti penyeludupan itu,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Shafie memberitahu, meskipun penyeludup terbabit cuba menggunakan pelbagai helah dan taktik melakukan kerja haram itu, namun aktiviti tersebut bagaimanapun sering kali berjaya dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Malah kata Mohd. Shafie, pihaknya sentiasa mempertingkatkan rondaan termasuk sepanjang bulan Ramadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan itu. -UTUSAN ONLINE

Rabu, 21 April 2021

Pasang peralatan tangkis tembakan di pos kawalan sempadan -PDRM

 PAGAR sempadan negara di Padang Besar.

PAGAR sempadan negara di Padang Besar.

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang meletakkan peralatan yang mempunyai ciri-ciri menangkis tembakan dan seumpamanya, sama seperti fungsi pemakaian baju kalis peluru di pos kawalan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya sudah membuat kajian dan membawa idea itu kepada pihak berkaitan bagi memastikan setiap pos kawalan dapat bertahan daripada serangan dan tembakan musuh.

"(Ia) bukannya beg pasir (akan tetapi peralatan) yang menggunakan teknologi ves bullet proof yang digunakan untuk pos kawalan sebagai penampan. Sebelum ini, penggunaan peralatan ini tiada (di pos kawalan) bermakna kita terdedah untuk ditembak.

"Kami telah bawa cadangan ini ke peringkat seterusnya dengan jumlah kewangan yang diperlukan. (Ketika ini, ia mungkin diletakkan) di kawasan titik panas sahaja dan kita tidak buat untuk semua pos kawalan (kerana ia memerlukan peruntukan yang tinggi)," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas mengenai perkembangan kejadian anggota Pasukan Gerakan Am yang ditembak di sempadan pada tahun lalu, beliau berkata, masih terdapat tiga suspek disyaki yang masih belum diserahkan oleh pihak berkuasa Thailand.

"Masih ada lagi tiga orang yang belum diserahkan pihak berkuasa Thailand kepada kita (PDRM) dan kita harap perkara itu akan berlaku pada masa akan datang.

"Apa yang saya hendak beritahu setakat ini, kawalan sempadan Malaysia-Thailand sama ada di Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah adalah dalam keadaan terkawal sekarang," katanya.

Pada 24 November tahun lalu, anggota PGA mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang dinaikkan pangkat kepada sarjan, terbunuh manakala rakannya Norihan Tari cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis.

Baharuddin dan Norihan, dari unit Senoi Praaq PGA yang terbabit dalam pengumpulan maklumat, telah terserempak dengan kira-kira 13 penyeludup, menyebabkan berlakunya kejadian berbalas tembakan itu.

Mengulas mengenai tindakan pihaknya jika sempadan negara diserang penjenayah seperti penyeludup membaling batu atau melepaskan tembakan di udara, beliau berkata pihaknya akan melaporkan kejadian seperti itu kepada pihak berkuasa Thailand untuk diambil tindakan selanjutnya.

"(Ini kerana) sebenarnya kita mempunyai perjanjian dengan pihak Thailand. Kalau tembakan atau perbuatan itu berlaku dari Thailand, kami tidak akan bertindak balas, kita akan melaporkan kepada pihak mereka untuk diambil tindakan.

"Lagi satu kita tidak mahu menimbulkan suasana yang tidak harmoni dengan pihak Thailand. Itu adalah perjanjian kita dengan pihak Thailand," katanya.

Pada Oktober 2019, kawasan pos kawalan 19 PGA berhampiran pagar sempadan di Padang Besar diserang sekumpulan dipercayai warga Thailand, menggunakan mercun roket.

Satu tembakan memecahkan cermin pos kawalan dan satu lagi mengenai dinding pos berkenaan.

-myMetro

Khamis, 26 November 2020

Kes tembakan PGA: Baharuddin, Norihan dianugerah Pingat Panglima Gagah Berani


Kes tembakan PGA: Baharuddin, Norihan dianugerah Pingat Panglima Gagah Berani
Pada Selasa, Baharuddin maut ditembak selepas diserang kumpulan penyeludup ketika menjalankan risikan di kawasan Pintu A3, Pos Tembok Sempadan 9 (TS9), Padang Besar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari.
Ia sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu yang terlibat dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, Kementerian Dalam Negeri juga memperakukan supaya mendiang Baharuddin dinaikkan pangkat kepada Sarjan secara posthumous dan Norihan juga dinaikkan pangkat kepada Sarjan secara medan.
"Saya bagi pihak kerajaan menjunjung kasih ke bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda untuk menganugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada kedua-dua anggota berkenaan."
Hamzah berkata, kerajaan sentiasa mengiktiraf jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan berani dalam mempertahankan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang bertanya perincian mengenai serangan ke atas dua anggota PGA ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand.
Dalam pada itu, Hamzah mewakili kerajaan Malaysia turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Baharuddin.
Pada Selasa, Baharuddin maut manakala Norihan cedera parah ditembak selepas diserang kumpulan penyeludup ketika menjalankan risikan di kawasan Pintu A3, Pos Tembok Sempadan 9 (TS9), Padang Besar,Perlis -AstroAwani

Seorang lagi anggota PGA terkena tembakan di sempadan Malaysia Thai


Bukit Kayu Hitam: Seorang lagi anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) dilaporkan cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam sebelum secara tiba-tiba terkena tembakan.

Difahamkan, anggota terbabit mengalami kecederaan ringan pada perut berikutan peluru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelurunya.

Anggota terbabit sudah dibawa keluar dan kini sedang mendapat rawatan lanjut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan pihak berkuasa.

Katanya, maklumat lanjut berhubung kejadian akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan serangan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas anggota PGA selepas dua anggota PGA diserang di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis, semalam.

Dalam kejadian pada jam 3.10 pagi itu, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala Sarjan Norihan Tari, parah terkena tembakan pada kanan perut.

Anggota PGA ditembak dengan senapang angin

Alor Setar: Polis mengesahkan peluru yang mencederakan seorang anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang bertugas di Pos M16 di Bukit Kayu Hitam petang tadi, dilepaskan dari senapang angin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, anggota berusia 26 tahun terbabit mengalami kecederaan pada perut dan sudah mendapat rawatan.

"Senjata yang digunakan dikenal pasti sebagai senapang angin dan anggota terbabit sudah membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 8 malam tadi.

"Siasatan lanjut kes berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Mengulas mengenai kemungkinan kejadian terbabit mempunyai kaitan dengan kes serangan ke atas anggota PGA di Padang Besar semalam, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan itu.

"Bagaimanapun kita masih menjalankan siasatan sama ada kes ini ada kaitan dengan kes tembakan di Padang Besar, Perlis atau tidak," katanya.

Dalam kejadian pada jam 6.15 petang tadi, seorang anggota PGA dilaporkan cedera ringan selepas terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand.

Dalam kejadian itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam sebelum secara tiba-tiba terkena tembakan.

Kejadian itu adalah yang kedua membabitkan serangan ke atas anggota PGA selepas insiden membabitkan dua anggota pasukan itu berbalas tembakan dengan penyeludup di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut, manakala Sarjan Norihan Tari, 39, parah, terkena tembakan.

-myMetro

Rabu, 25 November 2020

Kisah Misteri 7 Guni Ketum &7 Penyeludup M'sia/Thai..

 

Polis kenal pasti 7 dalang penyeludupan rentas sempadan

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti tujuh sindiket mendalangi kegiatan penyeludupan yang menggunakan lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis sebagai lokasi transaksi penyeludupan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ketua dan anggota sindiket terbabit sudah dikenal pasti dan usaha memburu mereka sedang dilakukan.

"Satu sindiket dikenal pasti ini dipercayai terbabit menyediakan tujuh guni daun ketum dan sejumlah ubat batuk untuk diseludup melalui lorong tikus di pos sempadan 

"Sindiket penyeludup menggunakan lorong tikus di pos sempadan itu untuk mengambil guni ketum dan ubat batuk itu sebelum terserempak dengan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang membuat tinjauan," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden tembakan antara dua anggota PGA dengan sekumpulan penyeludup dari negara jiran ketika sedang menjalankan tugas pemantauan dan risikan di pos sempadan Malaysia - Thailand di Padang Besar, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador  (dua dari kiri) bertanya sesuatu kepada anggota bertugas di Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi selepas melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (dua dari kiri) bertanya sesuatu kepada anggota bertugas di Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi selepas melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador  (dua dari kanan) melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Ihsan FB Abdul Hamid Bador
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador (dua dari kanan) melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Ihsan FB Abdul Hamid Bador

Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, anggota Batalion 3 (Senoi Praaq) PGA Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala rakan setugasnya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah terkena tiga das tembakan pada kanan perut dan rusuk belakang.

Katanya, sindiket penyeludupan antara dua negara ini mengamalkan sistem 'barter trade' (pertukaran barang) yang mana sindiket tempatan hanya perlu membekalkan daun ketum dan ubat batuk.

Anggota PGA, Koperal Judin Awi, 50, menunjukkan kawasan mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban ketika  bertugas di sempadan Malaysia-Thailand bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
Anggota PGA, Koperal Judin Awi, 50, menunjukkan kawasan mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

"Sindiket negara jiran pula akan membekalkan pelbagai jenis dadah termasuk syabu, pil yaba dan heroin kepada sindiket tempatan.

"Urus niaga yang dilakukan tidak membabitkan sebarang wang tunai, hanya pertukaran barang kerana daun ketum boleh dikatakan agak berharga di negara jiran," katanya.

Abdul Hamid juga berkata, seramai 13 suspek yang terdiri daripada tujuh kumpulan penyeludup itu sudah diberkas dalam satu operasi hari ini.

Anggota PGA dilihat sedang mengawal ketat Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador  melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
Anggota PGA dilihat sedang mengawal ketat Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador melawat kawasan berlakunya tembakan ke atas seorang anggota PGA yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

"Tiga daripada 13 suspek yang diberkas mengaku terbabit dalam insiden berbalas tembakan pagi tadi. Usaha memburu ahli sindiket yang lain masih giat dijalankan," katanya.

Beliau juga berkata, risikan mendapati sindiket penyeludupan Thailand akan memanjat tembok sempadan menggunakan tangga untuk membawa masuk guni berisi ketum dan ubat batuk ke negara mereka.

Bekalan dadah untuk pasaran tempatan pula akan ditinggalkan sindiket negara jiran di lokasi tertentu di pos sempadan berkenaan.

Terdahulu, BH melaporkan enam daripada 13 individu yang disyaki mendalangi serangan bersenjata api terhadap dua anggota PGA berkenaan sudah ditahan pihak berkuasa.

Selasa, 24 November 2020

Warga tempatan turut jadi dalang serang anggota PGA


PADANG BESAR– Dua kumpulan yang bertindak menyerang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar Perlis didalangi warga asing dan tempatan.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, siasatan awal mendapati kejadian ini bermula apabila dua anggota PGA sedang melakukan tugasan risikan di kawasan kejadian.

Menurutnya, mereka telah diserang oleh dua kumpulan, disyaki terdiri daripada warga tempatan dan warga asing yang sedang menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan di sempadan.

 “Saya telah dimaklumkan bahawa satu kejadian berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kumpulan penyeludup berlaku pada 24 November 2020, pukul 3 pagi di Tembok Sempadan (TS9), Padang Besar, Perlis.

“Dukacita dimaklumkan salah seorang anggota PGA, Kpl Baharuddin Bin Ramli telah terkorban dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup. Manakala rakan setugas mangsa, Kpl. Norihan A/L Tari cedera parah dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti kumpulan penjenayah yang melakukan serangan tersebut.

“Kerajaan amat memandang serius terhadap kejadian ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama kumpulan penyeludup yang melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya.

Beliau dan seluruh warga KDN mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian serangan tersebut.

Rentas7.com Foto: Royal Malaysia Police

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand dipercayai sindiket penyeludupan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand maut dipercayai ditembak awal pagi tadi.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut kejadian itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ya, saya sahkan kejadian (anggota PGA maut ditembak) dan saya sedang dalam perjalanan ke sana (Perlis) untuk meninjau keadaan anggota PGA terlibat,” katanya ringkas kepada Bernama.

Dalam pada itu, Bernama difahamkan satu sidang akhbar akan diadakan polis Perlis berhubung kejadian berkenaan. - Bernama

- Foto hiasan
- Foto hiasan

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, maut dipercayai akibat ditembak, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.-BH Online

Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA

Tembok di sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar. - NSTP/Amran Hamid

Tembok di sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar. - NSTP/Amran Hamid

PADANG BESAR: Sindiket penyeludupan disyaki dalang serangan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini, awal pagi tadi.

Sumber memaklumkan, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengetatkan kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah, menyebabkan kegiatan penyeludupan sukar dilakukan.

Katanya, sindiket sama turut dipercayai melepaskan tembakan amaran ke arah anggota PGA yang sedang melakukan rondaan sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, 13 November lalu.-BH Online