"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

Rabu, 28 Februari 2024

Pencarian Bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024

 

Jom support blog sahabat blogging kita semua..Sempoi dimentoi.

Nak join mudah ja sahabat..klik link dibawah


Tu ja admin nak habaq kat hampa semua untuk posting kali ni.

K bye

Rabu, 7 April 2021

Fitnah KSU: Sabahkini2 berdepan tindakan


Tangkap layar artikel berbaur fitnah yang disiarkan di blog Sabahkini2.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blog Sabahkini2 susulan fitnah yang dilemparkan terhadap Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Isham Ishak.

Kenyataan berunsur fitnah itu merujuk kepada artikel dimuat naik Sabahkini2 bertajuk, ‘Dulu di MOTAC disiasat SPRM kini di MOT KSU buat Runding Terus KTMB’ untuk kroni?’ yang diterbitkan blog tersebut baru-baru ini.

MOT menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat daripada peguam untuk tindakan lanjut seterusnya termasuk mengheret mana-mana pihak yang sengaja menyebar fitnah ke muka pengadilan.

Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat terhadap blog Sabahkini2 untuk tindakan susulan.

“Kami ingin menjelaskan bahawa pihak yang meluluskan perolehan secara rundingan terus bagi projek KTMB itu adalah Kementerian Kewangan dan bukannya kementerian pelaksana.

“Malah, perolehan secara rundingan terus ini juga adalah mengikut pekeliling dan garis panduan ditetapkan iaitu PK7.15 – Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus,” katanya.

Katanya, iklan tender bagi Perolehan 10 Set Electric Train Set (ETS) Baharu telah dipamer pada 23 Januari 2020.

Namun, selepas tutup tempoh tender, hanya tiga petender yang mengemukakan cadangan dan Laporan Penilaian Tender telah dibentangkan kepada Lembaga Perolehan pada 23 Jun 2020.

Bagaimanapun, katanya, kesemua petender tidak mencapai markah lulus bagi penilaian kewangan dan teknikal kerana tidak mencapai kriteria-kriteria yang ditetapkan di dalam dokumen tender. K! ONLINE

Jumaat, 27 November 2020

Menolak Belanjawan - chedet.cc

 


1. Apabila cuma 13 ahli Parlimen bukan Kerajaan bangun untuk tolak belanjawan 2021, undi belah bahagi tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan 15 ahli.

2. Apabila ini berlaku, ia bermakna bahawa Kerajaan yang dipilih rakyat boleh dijatuhkan di tengah jalan dan diganti dengan Kerajaan pintu belakang. Pilihanraya tidak bermakna lagi.

3. Kerajaan yang didiri melalui rasuah dan sogokan pada Ahli Parlimen, dan Kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh Ahli Parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat.

4. Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat hari ini.

5. Bagi saya dan semua ahli Parti Pejuang, serta beberapa ahli Parlimen yang lain, kami tetap berpegang kepada janji kami untuk menolak belanjawan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

6. Apabila kami mengambil pendirian, kami tidak berganjak atas dasar amanah dan tanggungjawab kami sebagai wakil kepada rakyat.

7. Kami tetap dengan pendirian menentang apa sahaja bentuk rasuah dan kami berharap yang rakyat juga akan sedar dan menolak rasuah. Hanya dengan penolakan rasuah sahaja yang kehancuran negara dapat di elak.

8. Perasuah, penjenayah dan segala bentuk penyamun boleh bentuk Kerajaan hanya dengan mengguna wang untuk membeli undi dan wakil pilihan rakyat.

9. Apabila mereka yang tidak berprinsip, yang tidak berkualiti, yang sanggup menggadai amanah rakyat demi kepentingan peribadi mendiri Kerajaan, maka negara akan dijual untuk memenuhi ketamakan diri mereka.

10. Saya, Ahli Parlimen Langkawi, dan tiga lagi Ahli Parlimen Pejuang, Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shaharuddin Md Salleh (Sri Gading) tetap tidak berganjak dengan pendirian kami menolak Belanjawan 2021.

MAHATHIR MOHAMAD

Khamis, 23 Julai 2020

Mulakan yang baru teringat yang lama

Posting pertama dari Paklong setelah terpaksa buka emel baru.Emel yang sebelum ini telah disekat penggunaannya oleh Pak Cik Google Dan seterusnya hilangkan segala Yang berkaitan dengan emel tersebut termasuk beberapa blog, akaun YouTube dan sebagainya.

Terima dengan redha apa Yang telah berlaku.

Pasti ada hikmah disebaliknya itu.

Moga rakan2 dapat support paklong semula melalui blog picisan baru ini.

Jiwa blogging yang tak pernah terpadam terpaksa juga Pak long teruskan.

I'm a blogger dan apa jua berlaku tetap juga inginku berblogging.

Kini akan ada perubahan cara lain dari yang lain.

NEW NORMAL