"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pelajar IPT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajar IPT. Papar semua catatan

Khamis, 31 Mac 2022

Pensyarah bantu pelajar beli ‘laptop’ siapkan tesis akhir

 

Dr. Wan Amizah membuat 'crowdfunding' dalam kalangan pensyarah di fakulti bagi mengumpul dana membantu pelajar hadapi masalah komputer riba.

PETALING JAYA – Seorang pensyarah telah menubuhkan satu dana bagi membantu pelajarnya memiliki sebuah komputer riba bagi kemudahan pembelajarannya.

Ketua Program Komunikasi Media, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Wan Amizah Wan Mahmud berkata, dia melakukan pendanaan awam atau ‘crowdfunding’ dalam kalangan pensyarah di pusat pengajiannya.

Kutipan tersebut berjaya mengumpulkan sejumlah RM1,000, tak kira bangsa dalam kalangan pensyarah, semua dermawan dan pemurah dan menjadi kebiasaan pada awal semester untuk buat kutipan bantu pelajar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terbaharu, satu ciapan yang dikongsikan oleh seorang graduan, Aira di Twitter menceritakan kisah Dr. Wan Amizah yang membantunya membeli sebuah komputer riba kerana bagi memudahkannya menyiapkan tugasan tesis.

Mengulas lanjut, Dr. Wan Amizah memaklumkan pelajar tersebut merupakan daripada keluarga golongan berpendapatan rendah (B40) dan tidak mempunyai wang belanja yang mencukupi.

“Komputer riba pelajar tersebut rosak dan bila pergi kedai, katanya dah rosak teruk, tak boleh dibaiki semula, kemudian saya tawarkannya untuk guna komputer riba saya apabila dah pulang ke UKM semula.

“Tapi sehari sebelum balik kampus, semua pelajar diarahkan pulang, jadi pelajar ini tak dapat balik kampus dan saya tak dapat pinjamkan dia komputer riba,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia terus bertindak membuat kutipan derma dalam kalangan pensyarah di fakulti agar dapat memberi sumbangan kepada pelajar berkenaan dengan jumlah sebanyak RM300.

“Dia usahakan untuk beli komputer riba yang ‘secondhand’ guna duit RM300 itu dan saya tanya berapa kos sebenarnya dan dia kata RM700, jadi saya kirimkan lagi RM400 seperti mana yang dikongsinya di Twitter.

Alhamdulillah, yang penting asalkan dia boleh siapkan tesis dia dan baki dari kutipan derma, saya agihkan kepada pelajar lain yang juga hadapi masalah dengan komputer riba mereka masing-masing,” jelasnya.

Katanya lagi, dia amat menyayangi setiap pelajarnya dan menganggap mereka seperti anak sendiri dan menyatakan sebagai pensyarah mestilah selalu mendoakan buat pelajar mereka serta membantu secara rela sebagai saham akhirat kelak. – KOSMO! ONLINE

Sabtu, 13 Februari 2021

TERBONGKAR!! Ramai gadis Melayu tawar diri jadi ‘Sugar Baby’ melalui Sugarbook

 


SUGARBOOK: JANGAN BIARKAN PENYEDIA AKTIVITI SEKS BERBAYAR TERUS BERLELUASA

Sukar difahami mengapa Sugarbook terus dibiarkan berleluasa sedangkan ia, di sebalik penegasan CEO-nya bahawa ia bertujuan untuk ‘empower’ wanita, jelas adalah penyedia aktiviti seks berbayar.

Mengikut laman web Sugarbook sendiri, Sugar Baby adalah wanita muda yang menukarkan penemanan, persahabatan dan seks untuk wang, hadiah dan pemanjaan daripada lelaki tua kaya.

Laman web Sugarbook sendiri juga menyatakan dengan terbuka kepada Sugar Baby-nya supaya hanya bersetuju untuk melakukan aktiviti seks setelah ganjaran ke atasnya dibincangkan.

Tidakkah ini bukti jelas bahawa Sugarbook menyediakan ruang kepada rakyat Malaysia untuk terlibat di dalam perbuatan seks berbayar yang merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang negara?

Ada juga kawan-kawan kita yang menafikan dakwaan Sugarbook bahawa 1,280 pelajar Universiti Malaya dan 704 pelajar Universiti Teknologi MARA menjadi Sugar Baby dengan Sugarbook.

Saya memasuki laman web Sugarbook pagi ini dan mendapati bahawa kita perlu membayar USD62.95, USD48.95 atau USD34.95 sebulan untuk berinteraksi dengan Sugar Baby-nya.

Soalannya ialah siapakah yang sanggup membayar USD62.95, USD48.95 atau USD34.95 sebulan untuk berinteraksi dengan Sugar Baby Sugarbook jika Sugar Baby ini adalah sesuatu yang ‘fake’?

Dan jika benar dakwaan ke atas UM dan UiTM, serta ke atas IPT-IPT lain, adalah fitnah maka mengapakah Sugarbook tidak dikenakan tindakan kerana membuat fitnah ke atas institusi negara?

Saya menyeru supaya Kerajaan PN mengambil tindakan tegas terhadap Sugarbook, tidak seperti Kerajaan PH yang menyokong dengan memberi ruang kepada Sugarbook melalui BERNAMA.



Sedih dan kasihan saya melihat muka gadis-gadis Melayu yang menawarkan diri menjadi Sugar Baby melalui Sugarbook, marilah kita selamatkan mereka dari terjebak dalam lembah kemaksiatan.

DR. KAMARUL ZAMAN HJ YUSOFF

PENSYARAH KANAN UUM

-shahalamku.com