"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan

Selasa, 20 April 2021

COVID-19: Pelajar MRSM dikesan kluster baharu

 Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sabah mencatat satu lagi kluster jangkitan COVID-19 membabitkan pelajar Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Semporna, di sini, yang dikesan positif menerusi saringan bergejala pada 8 April lalu.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kes indeks itu mencetuskan Kluster Tagasan yang dilaporkan di daerah Semporna semalam dengan kumulatif kes setakat ini seramai enam orang.

Beliau berkata, saringan kontak rapat dijalankan selepas kes indeks disahkan positif COVID-19 mengesan empat lagi pelajar dan seorang pemandu di institusi terbabit positif virus itu.

"Aktiviti pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan media perkembangan COVID-19 Sabah, di sini, malam tadi.

Sebelum ini, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kota Kinabalu mencetuskan Kluster Jalan Khidmat menyebabkan sekolah itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 April hingga 1 Mei ini.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata Sabah mencatatkan 125 kes baharu COVID-19 dengan dua kematian di daerah Tawau, semalam.

"Seramai 125 pesakit juga sembuh dan dibenarkan keluar hospital semalam, menjadikan baki yang masih dirawat seramai 1,008 orang termasuk 55 dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Daripada 125 kes positif, sebanyak 62 kes atau 49.6 peratus berpunca daripada saringan kontak rapat, diikuti 12 kes atau 9.6 peratus menerusi saringan bergejala dan 45 kes atau 36 peratus daripada kluster baharu dan sedia ada," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, daerah Tawau masih lagi mencatatkan jumlah kes tertinggi semalam dengan sebanyak 58 kes, diikuti Tuaran (15), Papar (10), Putatan (9) dan Kota Kinabalu (7).-BH Online

Isnin, 1 Februari 2021

Alhamdulillah...Satu kampung masyarakat Gipsi Laut,Ustaz Ebit Lew berjaya Islamkan.

Pendakwah terkenal dengan pelbagai kerja kebajikan, Ustaz Ebit Lew hari ini berjaya menarik komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Pulau Tatagan, Semporna untuk memeluk Islam. 

 Menerusi perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, Ustaz Ebit berkata mereka yang tinggal di dalam bot atau pondok kecil di atas laut itu tampil sukarela mengucap syahadah. 

 “Ya Allah, menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. 

 “Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau Laut kumpulan manusia tanpa negara. 

 “Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun,” ceritanya. 

 Pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart itu turut memberitahu beliau berasa sebak sejurus ramai daripada mereka tiba-tiba bertanyakan tentang Tuhan.

 “Saya dengan penterjemah tanya, pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tidak tahu. Tolong beritahu kami. 

Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua di keliling bot tadi.

 “Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah,” ujarnya. 

 Dalam masa sama, Ustaz Ebit memberi jaminan akan terus membantu menyalurkan bantuan makanan untuk seluruh masyarakat kampung di atas laut itu. 

 Beliau turut sedang merancang untuk membina sekolah dan mencari guru agama untuk mengajar mereka. 

 “Ya Allah, bantulah mudahkan diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna,” tambah Ustaz Ebit lagi.

-Dialog Rakyat

Selasa, 17 November 2020

ADUN Bugaya,Manis Muka meninggal dunia

ADUN Bugaya, Manis Muka Mohd Darah. - Foto NSTP
ADUN Bugaya, Manis Muka Mohd Darah. - Foto NSTP

SEMPORNA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65, meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini tengah hari ini.

Perkara itu disahkan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Jaujan Sambakong ketika dihubungi sebentar tadi.

"Jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk disembahyangkan di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu sebelum dijangka dibawa pulang ke Semporna hari ini juga," katanya.Manis Muka, yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Sabah (WARISAN) Semporna mempertahankan kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, dalam saingan tujuh penjuru mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Cinta Sabah (PCS) dan dua calon Bebas.

Beliau aktif dalam politik sejak 1985 dan pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Semporna, sebelum menyertai WARISAN.

-BH Online

Isnin, 12 Oktober 2020

PKPB akan dilaksana di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam 13 Okt hingga 26 Okt - Ismail Sabri



Kerajaan melalui laman Twitter Majlis keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam 13 Okt hingga 26 Okt seperti yang disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sumber-MKN

Perjuangan barisan hadapan di Sabah capai tahap kritikal - Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham berkata beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di Sabah. - Gambar fail 

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik COVID-19 di Sabah kini mencapai tahap kritikal. 

Beliau berkata beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu. backup_ads 

"Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah," katanya menerusi hantaran Twitter, hari ini.

 Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, sebanyak 488 kes. -BERNAMA

Rabu, 7 Oktober 2020

Agenda Bahaya Majlis Gereja-gereja Sabah - Dr Kamarul

 


Di dalam reaksi beliau kepada media atas penularan surat Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC) yang mahukan penerimanya “menentang sekeras-kerasnya kemasukan PAS di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah” di atas alasan bahawa “PAS adalah sebuah parti politik Islam yang diketahui sebagai pemecah-belah dan tidak menghormati agama-agama minoriti lain”, Presiden SCC, Bishop Rev Dr James Wong Chong Leong, mendakwa SCC tidak berpolitik (“apolitical”).

Masa sama, SCC mengakui Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden SCC memang menulis surat mendesak penentangan sekeras-kerasnya ke atas kemasukan wakil PAS di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah kepada Presiden STAR yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan, dan kepada Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, tetapi mendakwa surat-surat itu kononnya hanyalah “surat-surat persendirian”.

Tidak berbangkit isu sama ada surat-surat SCC itu adalah “surat-surat persendirian” ataupun tidak kerana surat-surat SCC itu adalah “surat-surat rasmi” yang menunjukkan campur-tangan dan usaha Gereja-Gereja Sabah untuk mempengaruhi proses dan urusan politik dan pemerintahan negeri Sabah, jadi tidak berpolitik apa kejadahnya bila surat-surat itu terang-terang mahukan Kerajaan Sabah tidak melantik wakil daripada parti Islam tertentu sebagai ADUN Sabah, atas alasan agama?

SCC ini adalah sebuah pertubuhan besar yang memayungi Gereja-Gereja di Sabah di mana, mengikut rekod Gereja-Gereja di Sabah, ahli-ahlinya adalah terdiri daripada Anglican Diocese of Sabah, Basel Christian Church of Malaysia, Calvary Charismatic Centre, Grace Chapel Luyang, Sabah Baptist Association, Catholic Archdiocese of Kota Kinabalu, Protestant Church in Sabah, Sabah Evangelical Mission, Sidang Injil Borneo dan Sabah Provincial Annual Conference.

Cuba bayangkan apa reaksi masyarakat Kristian di Sabah, malahan masyarakat Kristian di seluruh negara, sekiranya pertubuhan-pertubuhan Islam seluruh Sabah bergabung tenaga mendesak Kerajaan Sabah tidak melantik wakil daripada parti Kristian tertentu atau pemimpin Kristian tertentu sebagai Menteri Sabah, Timbalan Menteri Sabah atau ADUN Sabah, atas alasan agama, pastilah akan huru-hara jadinya, tetapi adakah pertubuhan-pertubuhan Islam berbuat begitu?

Tidak berpolitikkah bila Gereja-Gereja di Sabah berdoa dan membuat deklarasi “Yesus Memerintah dalam PRN Sabah 2020” (“Jesus Reigns in SSE 2020”) berbunyi “Kehendak Tuhan ditetapkan, dan Malaysia akan selaras dengan tujuan Tuhan” (“God’s Will be established, and Malaysia will align with God’s destiny”)? Dan apa maksud “Yesus Memerintah dalam PRN Sabah 2020” serta “Kehendak Tuhan ditetapkan, dan Malaysia akan selaras dengan tujuan Tuhan”?

Apa agaknya agenda Gereja-Gereja di Sabah bila menulis surat-surat rasmi begini serta apa agaknya agenda Gereja-Gereja di Sabah bila berdoa dan membuat deklarasi begini?

Apakah PAS yang “memecah-belah dan tidak menghormati agama-agama minoriti lain” atau Gereja-Gereja di Sabah yang “memecah-belah dan tidak menghormati agama majoriti”?


sumber:1media.my

Khamis, 1 Oktober 2020

Hampir seluruh negara dijangkiti Covid-19 dari Sabah


PUTRAJAYA – 
 Hampir keseluruhan negeri dan wilayah di negara ini dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) dari Sabah.

Menerusi data terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara negeri yang merekodkan jangkitan dari Sabah adalah Kedah sebanyak dua kes, Selangor (lima), Johor (satu) dan Sarawak (tiga) kes.

Selain itu, Kuala Lumpur dan Terengganu merekodkan tiga kes positif yang turut melibatkan individu pulang dari Sabah manakala Pahang serta Perlis dua kes.

Empat negeri dan wilayah lain iaitu Labuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak masing-masing merekodkan satu kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejak 20 September lalu, pihaknya merekodkan 88 kes positif dikesan dari Sabah.

“Hari ini sebanyak 25 daripada 86 kes penularan dalam negara dikesan mendapat jangkitan ketika berada di Sabah,” katanya.

Menurutnya, Sabah masih lagi negeri tertinggi merekodkan kes positif harian dengan 35 kes melibatkan rakyat tempatan.

“KKM mengesan 18 kes dalam saringan bergejala, sembilan kes positif daripada Kluster Bangau-Bangau dan tiga kes kontak rapat kepada kes positif.

“Selain itu, KKM turut mengenalpasti empat individu daripada Kluster Benteng LD didapati positif Covid-19.

“Satu kes saringan kematian di Hospital Tawau turut disahkan positif,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya merekodkan 13 kes di Kedah termasuk dua yang pulang dari Sabah.

“KKM mengesan lima kes saringan kontak rapat kepada kes positif iaitu kes ke-11,129 dan tiga daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, dua individu bergejala yang disaring di negeri itu turut disahkan positif wabak itu.

“Kluster Sungai merekodkan satu kes baharu,” katanya.

Menurutnya, di Selangor, daripada lima kes lain dikesan, masing-masing dua kes bergejala dan saringan masuk kerja.

“Satu kes saringan sebelum pulang ke negara asal yang melibatkan warga asing,” katanya.

Katanya, di Johor pula, tujuh kes daripada Kluster Bakawali turut dikesan.

“Kes indeks kluster ini merupakan pasangan suami isteri yang pulang dari Sabah,” katanya.

-Minda Rakyat