"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Sugar baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sugar baby. Papar semua catatan

Selasa, 23 Mac 2021

'Malam malang tahun 2017' insafkan Ika


 BERNAMA

Kuala Lumpur: "Saya masih ingat pada satu malam pada 2017. Malam yang begitu malang untuk saya. Malam itu, sugar daddy (SD) saya cuba menodai kehormatan saya. Hanya tuhan yang tahu betapa ngerinya pengalaman dilalui malam itu. Saya demam dua minggu dan sepanjang masa menggigil ketakutan."

Demikian pendedahan Ika (bukan nama sebenar) ketika menceritakan detik hitam kepada Bernama, yang membuatkan beliau terus bertaubat tidak mahu menjadi sugar baby (SB) seumur hidupnya lagi. Dihimpit perasaan kesal, beliau bertekad tidak akan lagi berpatah balik ke lembah maksiat itu.

Ketika dihubungi baru-baru ini, Ika yang berasal dari Perak turut menyatakan antara sebab lain beliau kembali bertaubat adalah rasa insaf bahawa matlamat tetap tidak menghalalkan cara.

Apatah lagi dengan menjual maruah diri dan bergelumang dengan dosa semata-mata kerana mengejar wang ringgit serta mahu hidup mewah.

Kepayahan hidup mendorong Ika untuk menjadi SB. Beliau mula terbabit dalam sebagai SB sejak dari tahun kedua pengajiannya di sebuah universiti swasta di Lembah Klang.

Ika berkata, dia terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja bukan sahaja untuk menampung keperluan pembelajarannya, tetapi untuk adik-adiknya yang bersekolah di kampung.

"Ayah sudah meninggal sementara emak hanya melakukan kerja kampung. Pada awalnya saya hanya jadi escort girl. Saya diupah jadi peneman kepada golongan elit yang kaya-raya.

"Dari situ, barulah mula terjebak sebagai SB. Pendapatan bulanan memang agak lumayan sehingga saya mampu beli komputer riba berharga lebih RM4,000 serta dua telefon pintar.

"Namun sebenarnya bukanlah duit menjadi faktor utama saya terjebak, tetapi lebih disebabkan kesempitan hidup. Saya tidak mahu menyusahkan emak. Mujur pada akhirnya saya sempat bertaubat dan ingin perbaiki diri," kata Ika.

Seorang lagi SB, Nad (bukan nama sebenar) mengakui terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu selama enam bulan sekitar 2018 dek termakan pujukan rakan-rakannya yang juga SB.

"Pada mulanya saya buat sekadar menambah pendapatan, tapi lama-lama seronok sebab bukan selalu dapat duit banyak dengan hadiah.

"Ya, saya akui duit faktor utama. Pendapatan bulanan memang banyak dengan purata mencecah RM10,000. Mana nak dapat duit banyak begitu, lagi pula masa tu saya masih belajar.

"Namun akhirnya saya nekad berhenti daripada terus menjadi SB. Emak saya antara insan yang sentiasa memberi sokongan dan memahami situasi saya kerana kami sekeluarga bukan orang senang, dapat pula yuran universiti mahal. Sejujurnya saya rasa amat menyesal sebab dah malukan mak ayah sendiri," katanya.

Nasihat Nad kepada mereka yang mungkin mahu menjadi SB atau masih SB adalah: "Jangan hanya kerana wang, kita sanggup gadaikan maruah diri. Mungkin niat kita menjadi SB kerana tidak mahu menyusahkan keluarga tapi keberkatan itu penting.

"Apa kita buat sekarang menjadikan kita akan datang. Biar kita susah jangan jual maruah diri."

Mungkin tidak semua orang tahu dan faham apakah itu dimaksudkan SB dan SD serta apa pula isu terkini terkait dengannya?

Menerusi penelitian dan kajian penulis di laman sesawang Sugarbook, definisi SB adalah "seseorang individu (lelaki atau wanita) yang biasanya meminta bimbingan, sokongan kewangan dan persahabatan daripada SD atau sugar mummy (SM) mereka di bawah syarat perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak."

Menurut laman web itu, SB adalah mereka yang sanggup menukarkan penemanan, persahabatan dan seks untuk wang, hadiah dan pemanjaan daripada lelaki tua kaya.

Manakala SD didefinisikan sebagai "lelaki yang ada sumber sokongan kewangan yang kukuh, dan menerusi sumber kewangannya haruslah cukup untuk memanjakan SB yang dipilihnya."

Apa yang menyayat hati kita ialah fakta Sugarbook menyatakan ia mempunyai lebih 400,000 keahlian di Malaysia. Seramai 220,000 daripadanya SB, 180,000 SD dan 6,000 SM. Kebanyakan SB dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

Mujur laporan berita terkini menyatakan laman sesawang itu tidak lagi boleh diakses.

Ini kemungkinan berlaku selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima desakan pelbagai pihak khususnya daripada pelbagai persatuan pelajar di universiti dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyekat laman sesawang berkenaan.

Tambahan lagi, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat sebelum ini turut dilaporkan berkata, pengasas laman web Sugarbook ditahan dan kesnya akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Berita penahanan pengasas aplikasi tidak bermoral ini pastinya membuka mata ramai pihak bahawa ada isu lebih besar untuk diberi fokus dan diselesaikan, iaitu mengapa ramai anak muda khususnya yang berada di menara gading terlibat dengan aktiviti tidak bermaruah ini.

Bukan itu sahaja, pelbagai pihak turut melobi pihak kerajaan agar bertindak segera dalam menangani isu kebejatan moral ini. Bahkan golongan mufti lantang bersuara meminta disegerakan penghapusan aplikasi dan aktiviti yang merosakkan anak muda khususnya bangsa Melayu.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan perlu tegas dengan cara laman sesawang janji temu membabitkan salah laku moral.

Menurut beliau, laman sesawang itu haruslah segera disekat dan diharamkan terus memandangkan tiada keperluan untuk ia wujud di Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan capaian Internet dikawal bagi memastikan laman sesawang yang mempromosikan salah laku moral dapat disekat daripada merosakkan generasi muda.

Yahya turut menasihatkan penuntut universiti supaya hidup dengan bersederhana ketika menuntut ilmu, tambahan pula matlamat sebenar belajar adalah menjadi orang yang berilmu dan berjaya.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad dilaporkan berkata, sikap ambil ringan dan tidak serius terhadap hukum Islam menjadi punca kepada golongan berkenaan terjebak dalam kancah tidak bermoral itu.

"Kepada golongan SD, tunjukkanlah contoh baik kepada anak muda dan carilah jalan penyelesaian untuk menyelamatkan rumah tangga dan bukan mencari SB untuk melempiaskan nafsu dan keseronokan semata-mata.

"Bagi anak muda yang terbabit sebagai SB pula, jangan cari kemewahan dengan jalan singkat dan ukurlah baju di badan sendiri," nasihatnya.-my Metro

Selasa, 23 Februari 2021

Zul Yahya Dedah Sesuatu Tentang Sugar Baby



 Zul Yahya berkata dia pernah bergelumang dengan baby sugar ketika bekerja sebagai pelayan bar suatu ketika dulu.

Berasa dia tidak lagi boleh terus mengunci mulutnya, Zul Yahya tampil berkongsi pengalaman menelusuri ‘lorong gelap’ bersama baby sugar dan kini dia bersuara atas dasar keprihatinannya terhadap golongan itu.

Kata pelakon itu, dia mahu menceritakan pengalaman itu sebagai menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama selain menggesa rakyat negara ini menghalang kemungkaran yang berlaku dalam kalangan orang Islam.

“Amat menakutkan sekarang sebab dah banyak anak gadis yang terjebak menjadi baby sugar dalam kalangan siswi khususnya.

“Benda dah lama berlaku tapi hari ni makin teruk. Dan kita takut, tutup mulut tapi sampai bila? Bukan masanya untuk kita zip mulut, sembunyikan dan biarkan kemungkaran terselindung kerana bacul.

“Wahai orang ada jawatan dan berkedudukan, berapa ramai anak kampung masuk belajar di universiti tapi esok rosak dengan maksiat? Siapa galakkan?” katanya.

Menurut Zul, gejala baby sugar atau sugar baby ini sering dikaitkan dengan penuntut universiti beragama Islam yang mementingkan hal-hal duniawi.

“Baby sugar ni dalam bahasa kasar tanak, sebut tapi dalam bahasa halusnya orang panggil anak gula atau call girl. Senang, saya cakap pelacuran. Bangsa Melayu, agama Islam.

“Ditambah dengan zaman gajet dan manusia hari ni pentingkan hal duniawi yang berlebihan namun siapa yang jadi pembeli? Siapa galakkan? Tu yang buatkan gejala ini semakin berkembang,” katanya.

Menceritakan kisahnya, pelakon terkenal era 1990-an itu mendedahkan, sebelum menceburkan diri dalam bidang seni dia pernah menjadi pelayan bar (bar tender) di kelab-kelab malam.

Dan dari situlah kata Zul dia bergelumang dengan kehidupannya bersama sugar baby.

“Wallahi, dulu saya hidup dalam zaman gelap. Alhamdulillah Allah SWT tak matikan saya dalam gelap. Bukan saya nak buka aib, masa tu saya tak fikirkan agama, tak fikir padang Mahsyar, kerja hanya untuk keperluan hidup.

“Saya pernah duduk dengan call girl, pernah bersembang dengan mereka, pernah bersama mereka dan pernah hidup dengan mereka,” katanya.

Pada masa sama, Zul, 47, juga mendedahkan sikap “munafik” segelintir pihak yang sepatutnya mencegah gejala tersebut namun sebaliknya mereka sendiri melakukan kemungkaran.

“Tu sebab saya tak hormat pada ahli politik, tak hormat pada VIP. Saya tengok berlaku depan mata. Saya bukan nak salahkan satu jabatan atau satu kementerian.

“Tapi ni melibatkan GRO. Sewaktu saya kerja kelab malam di Jalan Raja Chulan, sepatutnya orang yang datang tu cegah maksiat dan kemungkaran, tapi dia boleh pula jadi tetamu dan berkaraoke dengan GRO tu,” katanya.

Kata Zul lagi, sememangnya negara ini banyak mendirikan masjid, namun usaha menghidupkan agama di sekelilingnya masih belum mencukupi.

Justeru, katanya kebejatan yang berlaku sekarang ibarat petunjuk dari Allah untuk orang ramai agar tidak membiarkan semakin ramai anak gadis terus hidup dalam maksiat.

“Kenapa Allah susahkan kita untuk datang dan mengimarahkan masjid? Berapa banyak majid dalam Malaysia macam cendawan tumbuh. Namun ia hanya bangunan, tak hidup agama dan dakwah di sekelilingnya,” katanya.

Sumber : Malaysia KINI

credit:trendingallmhi.com

Sabtu, 13 Februari 2021

TERBONGKAR!! Ramai gadis Melayu tawar diri jadi ‘Sugar Baby’ melalui Sugarbook

 


SUGARBOOK: JANGAN BIARKAN PENYEDIA AKTIVITI SEKS BERBAYAR TERUS BERLELUASA

Sukar difahami mengapa Sugarbook terus dibiarkan berleluasa sedangkan ia, di sebalik penegasan CEO-nya bahawa ia bertujuan untuk ‘empower’ wanita, jelas adalah penyedia aktiviti seks berbayar.

Mengikut laman web Sugarbook sendiri, Sugar Baby adalah wanita muda yang menukarkan penemanan, persahabatan dan seks untuk wang, hadiah dan pemanjaan daripada lelaki tua kaya.

Laman web Sugarbook sendiri juga menyatakan dengan terbuka kepada Sugar Baby-nya supaya hanya bersetuju untuk melakukan aktiviti seks setelah ganjaran ke atasnya dibincangkan.

Tidakkah ini bukti jelas bahawa Sugarbook menyediakan ruang kepada rakyat Malaysia untuk terlibat di dalam perbuatan seks berbayar yang merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang negara?

Ada juga kawan-kawan kita yang menafikan dakwaan Sugarbook bahawa 1,280 pelajar Universiti Malaya dan 704 pelajar Universiti Teknologi MARA menjadi Sugar Baby dengan Sugarbook.

Saya memasuki laman web Sugarbook pagi ini dan mendapati bahawa kita perlu membayar USD62.95, USD48.95 atau USD34.95 sebulan untuk berinteraksi dengan Sugar Baby-nya.

Soalannya ialah siapakah yang sanggup membayar USD62.95, USD48.95 atau USD34.95 sebulan untuk berinteraksi dengan Sugar Baby Sugarbook jika Sugar Baby ini adalah sesuatu yang ‘fake’?

Dan jika benar dakwaan ke atas UM dan UiTM, serta ke atas IPT-IPT lain, adalah fitnah maka mengapakah Sugarbook tidak dikenakan tindakan kerana membuat fitnah ke atas institusi negara?

Saya menyeru supaya Kerajaan PN mengambil tindakan tegas terhadap Sugarbook, tidak seperti Kerajaan PH yang menyokong dengan memberi ruang kepada Sugarbook melalui BERNAMA.



Sedih dan kasihan saya melihat muka gadis-gadis Melayu yang menawarkan diri menjadi Sugar Baby melalui Sugarbook, marilah kita selamatkan mereka dari terjebak dalam lembah kemaksiatan.

DR. KAMARUL ZAMAN HJ YUSOFF

PENSYARAH KANAN UUM

-shahalamku.com