"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Piala Sumbangsih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Sumbangsih. Papar semua catatan

Rabu, 8 Mei 2024

Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’

 Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’

Selangor FC berkata,keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman. - Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA: Pengurusan Selangor FC mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam perlawanan Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
Ia sebagai respons kepada kenyataan awal MFL yang menjelaskan, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar telah memberi jaminan untuk mengerahkan 1,500 anggota polis untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.
“Setelah penelitian dijalankan dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan rentetan daripada insiden jenayah serta ancaman yang baru berlaku, melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh 72 jam.
“…pihak kelab terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar untuk tidak hadir ke Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan,” menurut kenyataan itu lagi.
Selangor FC berkata, berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Menurut kenyataan itu lagi, pengurusan kelab tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan.
Terdahulu MFL dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya terpaksa menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
MFL berkata, mereka tidak pernah berkompromi dalam memastikan keselamatan pemain serta penyokong yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia menerusi kerjasama pasukan dan pihak berkuasa tempatan.
Melalui mesyuarat bersama semua ketua pegawai keselamatan kelab Liga Malaysia hari ini, MFL berkata, ia akan memastikan koordinasi keselamatan bagi setiap perlawanan Liga Malaysia musim ini dipertingkatkan.
-AstroAwani 

Jumaat, 25 Februari 2022

Bolasepak:TMJ bersara jika JDT tewas kepada KL City lagi

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Kuala Lumpur: Perang psikologi perlawanan Piala Sumbangsih antara pendahulu Liga Super 2021, Johor Darul Takzim (JDT) dan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC malam esok memasuki babak seterusnya apabila pemilik skuad Harimau Selatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mahu bersara jika pasukannya tewas kepada skuad The City Boys.

Hal ini bermakna, jika langkah JDT sumbang pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor seterusnya tewas kepada KL City FC menyebabkan skuad Harimau Selatan bakal kehilangan 'bos besar' mereka.

 Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terbabit lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara," kata Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik JDT itu sekali gus membuktikan mereka seolah-olah begitu yakin mampu menewaskan KL City FC malam esok.

Terdahulu, Tunku Ismail menerusi satu temubual bersama stesen televisyen swasta sebelum ini juga pernah memberi jaminan bahawa peristiwa pahit pasukan itu kalah 0-2 di tangan KL City pada final Piala Malaysia musim lalu tidak akan berulang lagi.

"Masa lawan Kuala Lumpur, kita kalah di (final) Piala Malaysia 2-0 bukan kerana Kuala Lumpur lebih baik daripada kami, saya boleh jamin. Kalau esok itu juga awak suruh lawan Kuala Lumpur, benda itu tidak akan berlaku dan benda itu tidak akan berlaku lagi.

"Tapi kita buat kesilapan individu, mungkin hilang fokus atau sebagainya dan kita kalah. Memang hari itu orang kata tak ada nasib, empat lima peluang di depan gol masa babak pertama tak masuk, kena tiang dan sebagainya.

"Jadi tiada nasib. Tapi saya tahu yang benda itu tidak akan berlaku lagi dan saya boleh jamin. Ia kerana saya yakin dengan pemain yang ada dalam pasukan ini, bukan nak cakap besar," katanya.

-myMetro

Jumaat, 5 Mac 2021

Liga Super:‘Sang juara’ bermula garang

 

PEMAIN JDT meraikan gol pembukaan yang dijaringkan Safawi Rasid ketika menentang Kedah dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan saingan Liga Malaysia musim ini dengan langkah bergaya apabila menundukkan Kedah Darul Aman (KDA) 2-0 dalam perlawanan pertama liga yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Jaringan kemenangan JDT disumbangkan oleh Safawi Rasid pada minit ke-35, dan Natxo Insa pada minit ke-67.

Kemenangan itu turut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengekalkan penguasaan mereka dalam Piala Sumbangsih buat kali keempat berturut-turut sejak 2018.

Pasukan itu sebelum ini turut menjulang Piala Sumbangsih pada tahun 2015 dan 2016.

Kemenangan itu menyaksikan JDT mengutip tiga mata pertama, sekali gus mendahului senarai Liga Super musim ini menerusi perlawanan pertama liga.

Piala Sumbangsih yang juga dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu dijulang sendiri pemain dan pengurusan kelab selari dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

PEMAIN JDT meraikan gol kedua yang disempurnakan oleh Natxo Insa (dua dari kiri). – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan mengatur serangan dan beroleh beberapa percubaan berbahaya di pintu gol lawan masing-masing.

Dua percubaan awal pasukan tuan rumah bagaimanapun sekadar menggegar gawang, masing-masing pada minit ke-4 dan ke-10, menerusi percubaan Leandro Velazquez dan Gonzalo Cabrera.

Percubaan berbahaya pertama daripada Kedah muncul pada minit ke-18 apabila rembatan kencang Tchetche Kipre berjaya ditepis keluar penjaga gawang JDT, Farizal Marlias.

Kedua-dua pasukan selepas itu terus mengatur gerakan dalam percubaan mereka mendapatkan jaringan sebelum JDT memecah kebuntuan gol pada minit ke-35 menjadikan kedudukan 1-0.

Jaringan yang terhasil daripada sepakan penjuru itu disempurnakan Safawi Rasid yang menerima hantaran dari Afiq Fazail di dalam kotak penalti.

Gol kedua tuan rumah diperoleh pada minit ke-67 apabila percubaan rendah Natxo Insa dari luar kotak penalti berjaya gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Shahril Sa’ari.

Kedua-dua pasukan terus mengasak sehingga akhir perlawanan namun keputusan 2-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiup pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin.

Terdahulu, sebelum perlawanan, JDT menerima lima Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual iaitu Penjaga Gol Terbaik, Farizal Marlias; Pertahanan Terbaik, Aidil Zafuan; Pemain Tengah Terbaik, Safawi Rasid; Jurulatih Terbaik 2020, Benjamin Mora dan Pasukan Terbaik 2020.

Turut hadir menyaksikan perlawanan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT bersama-sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League, Datuk Abd. Ghani Hassan dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

-Utusan Online