"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pembangkang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembangkang. Papar semua catatan

Selasa, 2 Julai 2024

'Untuk peruntukan Ahli Parlimen pembangkang, tunggu saya berlari dulu' - TPM Fadillah

 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Gambar fail

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Gambar fail

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berseloroh ketika ditanya mengenai status peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang.

-ADVERTISEMENT-

Ketika menjawab pertanyaan pemberita, beliau cuma memberi maklum balas 'untuk peruntukan tunggu saya berlari (terlebih) dulu."

Selepas itu, tiada ulasan lanjut oleh Fadillah mengenai status peruntukan diminta Ahli Parlimen pembangkang.

Pagi tadi, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendakwa wakil rakyat pembangkang termasuk dirinya masih lagi berdepan diskriminasi untuk memperoleh peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Susulan itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu memulakan inisiatif 'Langkah Muar' dengan membuat larian sejauh 200 kilometer untuk mengumpul dana bagi kawasan Parlimennya.

Syed Saddiq memulakan 'Langkah Muar' pada Jumaat lalu sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi Parlimen pembangkang.

Beliau memulakan larian dari Muar bermula Jumaat lalu dan tiba di bangunan Parlimen di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Menerusi inisiatif berkenaan, beliau berjaya meraih kutipan dana berjumlah RM160, 000 .

Syed Saddiq juga berharap apa yang dilakukannya dapat membuka mata semua pihak tidak kira kawasan Parlimen, berhubung isu diskriminasi peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang masih berlarutan sehingga kini.

"Usaha kecil ini saya mulakan di Muar. Jangan guna lagi alasan rundingan itu, rundingan ini kerana rundingan sudah berlaku berkali-kali, bukan sekali dua bahkan sudah hantar surat tiga kali.

"Ini bukan soal rundingan tetapi soal politik balas dendam sehingga menghukum rakyat susah di kawasan pembangkang. Perkara ini salah dan kena tentang bersama," katanya

-BH Online 

Ahad, 24 April 2022

PM ketuai jawatankuasa golongan rentan bukti Rina tak mampu kerja, dakwa Yeoh

 

Hannah Yeoh berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai Rina Harun memang dipertanggungjawabkan menjaga golongan rentan.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mendakwa penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan membuktikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun tidak mampu bekerja.

Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu merujuk jawatankuasa baharu bagi melindungi kebajikan golongan rentan, khususnya kanak-kanak, orang kurang upaya, wanita dan warga emas, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sendiri.

Kalau ada jawatankuasa baharu perlu ditubuhkan seperti ini menunjukkan menteri wanita (Rina) tak buat kerja saya rasa, kerana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memang tanggungjawab mereka untuk jaga golongan rentan kerana ia ada dalam skop kementerian itu.

Kedua, yang paling penting, kalau perdana menteri kata nak selesaikan masalah kanak-kanak, ia perlu mendapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri, khususnya melibatkan isu warganegara, kanak-kanak dan sebagainya.”

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pejabat Ahli Parlimen Segambut dengan kerjasama Persatuan Anak Jati Penchala di Kampung Sungai Penchala, di sini.

Terdahulu, Ismail dilaporkan berkata, jawatankuasa khas itu akan memastikan semua pusat jagaan diurus mengikut prosedur dan peruntukan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993, selain meneliti isu berkaitan ketiadaan dokumen pengenalan diri yang boleh menjejaskan masa depan kanak-kanak terlibat dan akta lapuk yang perlu dipinda.

Dalam perkembangan lain, Yeoh berkata, kes membabitkan remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella berlaku bukan kerana negara tidak mempunyai undang-undang mencukupi, sebaliknya kekurangan penguatkuasaan.

“Kalau lihat kes Bella menunjukkan bukan tak cukup undang-undang, tapi kita sebenarnya sudah ada Akta Kanak-kanak, isunya kita selalunya kekurangan penguatkuasaan yang buat pemantauan di rumah-rumah kebajikan, rumah yang menjaga kanak-kanak.”

Katanya, data menunjukkan negara hanya mempunyai hampir 200 pelindung bagi kira-kira sembilan juta kanak-kanak.

“Sebenarnya, untuk populasi kanak-kanak seperti ini, kita perlukan paling kurang 1,500 pelindung kanak-kanak, kalau lihat kepada jumlah sekarang jurangnya sangat besar.”

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agensi kanak-kanak turut diwujudkan.

“Kalau nak perkasa lagi hak kanak-kanak, isu kekurangan pelindung kanak-kanak perlu diselesaikan dan mewujudkan agensi kanak-kanak. Selagi tak wujud agensi kanak-kanak, tidak tambah pelindung kanak-kanak, banyak lagi isu seperti kes Bella akan berlaku,” katanya.-FMT

Selasa, 14 September 2021

MoU Kerajaan Dan PH, Jaminan Buat Ismail Sabri, Kata Penganalisis

MEMORANDUM persefahaman (MoU) antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan bukan sahaja kepemimpinan dua pihak, tetapi juga “jaminan” untuk perdana menteri baru, kata penganalisis.

“Ianya bersejarah kerana ini adalah pertama kali parti pemerintah dan pembangkang bersetuju untuk bekerjasama dalam hal perundangan untuk kebaikan bersama,” kata Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Tetapi dengan hanya dua majoriti, kerajaan Ismail Sabri rapuh,” kata pensyarah sains politik.

Ismail Sabri kini disokong oleh 114 ahli Parlimen dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan GPS, sementara blok PH mempunyai 89 ahli Parlimen. Baki ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang terdiri daripada 220 orang adalah dari parti pembangkang yang lain.

Walaupun begitu, dokumen itu, yang disebut MOU mengenai transformasi dan kestabilan politik, akan membawa kestabilan politik yang lebih besar kepada Malaysia setelah lebih setahun bergolak, kata Tunku Mohar, penganalisis dan ahli politik lain.

“Persefahaman yang paling signifikan adalah usaha untuk memperkenalkan undang-undang anti lompat parti.

“Kedua-dua Umno dan Pakatan Harapan (terutama PKR) terjejas teruk oleh pembelotan sejak pilihan raya umum lalu. Pengenalan undang-undang ini akan membantu kestabilan politik di masa depan,” kata Tunku Mohar.

Beliau berkata Ismail Sabri akan kelihatan baik sebagai pemimpin yang dapat bekerjasama dengan semua orang di Parlimen.

Sementara itu, apa yang PH dapat adalah jalan pintas untuk beberapa pembaharuan yang selama ini diperjuangkannya, kata Tunku Mohar.

MOU itu ditandatangani petang semalam di Parlimen. Ismail menandatangani bagi pihak kerajaan sementara Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan presiden Pertubuhan Kinabalu Progresiuf Bersatu (UPKO) Wilfred Madius Tangau mewakili PH.

Ia disaksikan oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Yang dipertua Dewan Negara Rais Yatim.

Sementara itu penganalisis Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata perjanjian itu boleh dibuat atas kerelaan kedua-dua kerajaan dan pembangkang.

“Rakyat, termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja, turut menggesa hentikan perebutan kuasa.

“Perjanjian asas ini akan membolehkan PH menyokong kerajaan manakala kerajaan akan melayan pembangkang dengan lebih baik,” kata pensyarah sains politik.

Beliau menganggapnya “luar biasa” kerana pembangkang telah menolak tawaran bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bulan lalu. 

“Dengan taruhan yang sangat tinggi, terutama kritikan daripada penyokong, diharapkan pihak pembangkang akan menuntut lebih banyak dan kerajaan akan lebih banyak akur.”

 Tambah Kamarul Zaman kerajaan perlu menyediakan rangka masa spesifik untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan.

“Selagi perjanjian damai tidak mempengaruhi persamaan kuasa, perkara lain yang tidak menyentuh prinsip-prinsip asas setiap pihak seharusnya tidak mempunyai masalah untuk disepakati.”

Kamarul Zaman berharap perjanjian damai itu akan membolehkan kerajaan untuk fokus menangani Covid-19 dan membangun kembali negara, tanpa perlu bimbang kemungkinan kehilangan kuasa.

“Kelemahan bagi pembangkang adalah, ia mungkin akan berpecah lagi kerana perjanjian itu hanya ditandatangani dengan PH bukan dengan parti pembangkang yang lain,” tambahnya.

Ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman menerusi Twitter menyatakan pihaknya ditinggalkan dari peringkat awal perundingan memorandum dan hanya dijemput ketika hendak ditandatangani.

Sementara itu, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir memberitahu Berita Harian bahawa pihaknya tidak mahu terikat dengan perjanjian dengan kerajaan.

Laporan dipetik dari The Malaysian Insight

Credit:Anak Sungai Derhaka

Isnin, 21 Jun 2021

Kini, pembangkang mahu Agong minta PM letak jawatan ganti Anwar

Pakatan Harapan menanti Ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ditabal Perdana Menteri baharu sebaik Parlimen dibuka nanti. 

Selepas menggesa supaya sidang Parlimen dibuka, kini blok pembangkang mahu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) pula atas alasan kononnya tidak ada majoriti. 

 Gesaan tersebut dinyatakan Jawatankuasa Perundangan Pakatan Harapan yang mendakwa Muhyiddin tidak memiliki majoriti di Dewan Rakyat dan Agong boleh melaksanakan budi bicaranya untuk meminta peletakan jawatan Perdana Menteri. 

 “Sekiranya Perdana Menteri tidak mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka adalah jelas bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat keyakinan majoriti yang mewajarkan YDPA melaksanakan budi bicara baginda di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan meminta Tan Sri Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Dipercayai, gesaan tersebut bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi PM memandangkan beliau adalah calon utama blok pembangkang itu. 

 Dalam kenyataan yang ditandatangani tujuh pemimpin pembangkang itu yang terdiri daripada DAP, Amanah dan PKR, mereka menyifatkan tindakan tidak memanggil sidang Parlimen dengan segera adalah salah guna kuasa. 

 “Keengganan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinet untuk memanggil sidang Parlimen dalam kadar segera sepertimana dititahkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu adalah satu salah guna kuasa. 

 “Tiada alasan munasabah dalam menolak memanggil sidang Parlimen segera. Alasan melengahkan persidangan Parlimen sehingga bulan September tidak boleh diterima sama sekali.

Ia adalah satu taktik melengah-lengahkan yang merupakan satu penolakan salah,” kata kenyataan itu lagi. Menurut kenyataan itu, sidang Parlimen itu wajar memandangkan semua 220 Ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen telah menerima vaksin dan tiada lagi bahaya jangkitan Covid-19. 

 Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini sudah memberi komitmen untuk membuka sidang Parlimen secepat mungkin dan akan menjunjung titah YDPA untuk memastikan demokrasi terus subur. 

 Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata langkah persediaan untuk membuka sidang Parlimen sedang dijalankan, malahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah memberi komitmen yang sama sebelum ini dan menunggu masa yang sesuai bagi memastikan isu Covid-19 dapat ditangani dengan baik. 

 Terdahulu, Agong menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat. 

 Titah baginda, Parlimen berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

-Agenda Daily

Khamis, 17 Disember 2020

PKR kecewa sekutu PH 'bermain mata' dengan Dr M, Shafie - sumber

 


Seorang pemimpin kanan PKR menyatakan rasa kecewa dengan sikap beberapa pemimpin dalam kalangan sekutu Pakatan Harapan (PH) yang membelakangkan prinsip kerjasama gabungan pembangkang itu.

Kekecewaan itu susulan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, yang disifatkan sebagai bertujuan membawa semula bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan Shafie Apdal menyertai PH dalam barisan pembangkang.

"Saya percaya kenyataan Lim dan Mohamad hari ini bertujuan membawa semula Dr Mahathir dan Shafie menyertai PH dengan menjadikan pembangkang kalah undi belanjawan sebagai alasan.

"Namun, terdapat kegelisahan di kalangan PKR kerana perkara ini tidak pernah dibincang dalam mesyuarat PH sebelum ini," kata pemimpin itu yang bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat namanya tidak didedahkan.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bersama Lim dan Mohamad hari ini yang mengingatkan agar PH tidak berharap kepada ahli parlimen dalam kerajaan untuk mengembalikan mandat yang mereka peroleh pada pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya, mereka berkata, PH wajar mencari persamaan dalam kalangan parti pembangkang untuk membentuk kerjasama lebih luas bagi menghadapi Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung di bangunan parlimen petang ini dibatalkan dan belum ada tarikh baru ditetapkan.

Pembatalan itu didakwa berkaitan dengan kenyataan Lim dan Mohamad.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata bahawa dalam mesyuarat PH bersama Mahathir dan Shafie pada 13 Jun, kedua-dua pemimpin itu mengisytiharkan mereka tidak akan hadir mesyuarat dengan PH setelah tiada persetujuan menerima Mahathir sebagai calon perdana menteri.

"PKR menerima keputusan Mahathir dan Shafie namun terus mengekalkan kerjasama dalam blok pembangkang.

"Saya antara yang menghadiri mesyuarat majlis PH dan saya boleh sahkan bahawa perkara membawa masuk semula Mahathir dan Shafie tidak pernah dibincangkan selepas itu.

"Kenyataan Lim dan Mohamad juga dibuat ketika idea 'grand coalition' (gabungan besar) dicanang walhal PH masih lagi utuh sebagai gabungan yang kuat dan berfungsi.

"Hal ini jelas perbuatan 'bermain mata' yang membelakangkan prinsip kerjasama PH berasaskan percaya dan hormati," katanya.

Sumber juga menambah bahawa PKR juga sedar usaha dalaman segelintir ahli parlimen muda dalam DAP yang mahu Anwar diganti dengan Shafie atau Mahathir sebagai ketua pembangkang.

Menurutnya, perkara ini sepatutnya dibawa ke dalam mesyuarat PH dan dibincang untuk diputuskan.

"Bukan dengan menyusun gerakan dengan membuat kenyataan menyalahkan Anwar apabila undian belanjawan kalah.

"PKR kekal dengan pendirian mengukuhkan PH dan menolak perbuatan khianat. PKR juga yakin usaha mengembalikan mandat wajib diteruskan dan didokong sesuai keputusan majlis PH dan keputusan ini tidak pernah diubah dalam mana-mana mesyuarat PH," tambahnya.

Dihubungi kemudian, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengesahkan bahawa mesyuarat hari ini dibatalkan atas beberapa perkara tidak dapat dielakkan.

Dia turut mengakui terdapat keresahan di kalangan pemimpin PKR berhubung perkembangan terkini PH.

"Ya, memang ada keresahan dikalangan pemimpin PKR berhubung perkembangan terkini di PH.

"Walaubagaimanapun, saya jamin PKR akan tetap komited dengan PH dan usaha mengembalikan mandat rakyat bersama PH akan dipelihara," katanya.

-mindarakyat

Jumaat, 27 November 2020

Apa jadi jika pembangkang pilih tolak Belanjawan 2021 semalam?

Tindakan itu mengundang pelbagai kritikan daripada netizen yang menaruh sepenuh harapan agar pihak pembangkang terutama Pakatan Harapan menolak Belanjawan 2021 yang disifatkan mereka tidak memenuhi kehendak rakyat antaranya berhubung isu pengeluaran KWSP, dan peruntukan RM85 juta untuk unit propaganda JASA.

Undi Belah Bahagi
Semua Ahli Parlimen Pembangkang semalam, menoleh ke arah Datuk Sri Anwar Ibrahim menunggu isyarat dari beliau sama ada perlu bangun atau tidak untuk meminta undian belah bahagi Belanjawan 2021 peringkat dasar.

Sebab kenapa dan mengapa Pakatan Harapan memilih untuk tidak menentang Belanjawan 2021 semalam sudah dijelaskan. Boleh baca dalam artikel sebelum ini, meskipun artikel ini ditulis sebelum kenyataan pimpinan Pakatan Harapan, namun pengertian dan isinya lebih kurang sama dengan kenyataan pimpinan.

Baiklah, cuba kita terbalikkan situasi semalam, andai kata Pakatan Harapan memilih untuk mengadakan undi belah bahagi sekaligus menolak Belanjawan 2021 di peringkat dasar, apa akan berlaku?

1. Pakatan Harapan akan dituduh tidak mahu kerajaan bantu rakyat.

Di dalam Belanjawan 2021 tidak semuanya ditolak oleh Pakatan Harapan, ada yang turut dipersetujui dan disokong contohnya peruntukan pembayaran gaji untuk kakitangan awam, elaun khas untuk pejuang barisan hadapan (frontliners), bantuan wang tunai kepada rakyat (BPN), subsidi gaji untuk majikan, peruntukan khas untuk pengangkutan seperti MY30 dan lain-lain peruntukkan yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

Jika Pakatan Harapan menolak Belanjawan 2021 di peringkat dasar, maknanya PH menolak Belanjawan 2021 secara total, semua isi belanjawan dari yang buruk sampai yang baik ditolak mentah-mentah.

2. Pakatan Harapan juga akan dituduh melawan titah YDP Agong 

Umum mengetahui sudah berulang kali sebelum ini YDP Agong bertitah meminta supaya semua ahli parlimen menyokong Belanjawan 2021 demi kepentingan rakyat untuk melawan Covid-19. YDP Agong tidak mahu kerana pergolakan politik akan menyusahkan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan melawan Covid-19.

Dalam erti kata lain YDP Agong tidak mahu akibat pergolakan politik di Dewan Rakyat, pejuang barisan hadapan dan rakyat kebanyakan yang terkesan akibat Covid-19 pula jadi mangsa tidak dapat dibantu kerana Belanjawan 2021 tidak diluluskan.

 3. Pakatan Harapan akan dituduh "cakap tak serupa bikin," 


Sebelum ini, antara syarat yang diberikan oleh PH untuk menyokong Belanjawan 2021 sekaligus mentaati titah YDP Agong ialah jika kerajaan setuju pinda beberapa peruntukan dalam belanjawan tersebut, antaranya belanjawan tentang KWSP dan JASA. 

Dalam Dewan Rakyat semalam Menteri Kewangan telah mengumumkan beberapa pindaan seperti yang diminta oleh Pakatan Harapan. Jadi tuntutan PH sudah ditunaikan, apa rasionalnya masih tetap menolak? Di sini akan kelihatan PH memohon pindaan seolah-olah hanya sebagai alasan untuk tolak Belanjawan 2021.

Kesimpulannya, Pakatan Harapan semalam mengambil "pendekatan strategik" supaya penolakan peruntukan tertentu dalam Belanjawan 2021 dapat dilakukan secara spesifik di peringkat undian Jawatankuasa minggu hadapan.

Apa akan berlaku selepas ini?

Mulai hari Isnin 1 Disember sampai 15 Disember 2020 selama dua minggu, setiap peruntukan belanjawan akan dibahas secara spesifik berdasarkan peruntukan setiap kementerian.


Sebagai contoh, difahamkan pada hari Isnin minggu hadapan peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan akan diteliti satu persatu dan dibahaskan, kemudian akan ada undian lagi.

Pada hari-hari seterusnya hingga 15 Disember, satu persatu peruntukan yang diberikan kepada semua kementerian akan dibahaskan dan diundi sama ada diterima atau ditolak setiap kali perbahasan.

Akhir sekali pada 15 Disember 2020, akan ada satu lagi undian untuk menentukan sama ada Belanjawan 2021 diterima atau ditolak.

Jadi jika Pakatan Harapan memilih untuk menolak Belanjawan 2021 di peringkat 'dasar' nampak sangat tidak bijak, seolah-olah membangkang tanpa otak.

*** Apa pun, difahamkan akan ada perkara besar bakal berlaku dalam seminggu dua ini, sama-sama kita nantikan.


Sumber — https://www.milosuam.net

Isnin, 9 November 2020

Hanya sokong Belanjawan 2021 kalau ia benar-benar mengenai Covid19 - Anwar Ibrahim

 


KUALA LUMPUR:
 Terlampau banyak persoalan yang berbangkit daripada Belanjawan 2021, sedangkan ia sepatutnya memberi fokus kepada usaha menangani COVID-19, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, antara perkara yang menimbulkan kegusaran ialah, unjuran pendapatan yang mengelirukan, pemindahan wang untuk dijadikan pendapatan kerajaan, dan tumpuan yang tidak sepatutnya kepada perbelanjaan pembangunan (CapEx).

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia seakan-akan tersasar daripada apa yang sering diperkatakan Kerajaan sebelum ini, iaitu fokus Belanjawan adalah untuk mengawal pandemik itu.

“Pandangan saya, kita akan hanya sokong kalau ia benar-benar Belanjawan COVID-19. Dalam keadaan sekarang terlalu banyak persoalan, unjuran, peruntukan COVID-19, pemindahan wang dan peruntukan pembangunan yang bukan jadi keutamaan.

“Saya usulkan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz) benar benar teliti, dengar hujah, supaya hal COVID-19 diberi keutamaan. Kita (pembangkang) diberitahu, digesa, dinasihat supaya sokong Belanjawan COVID-19, dan kita hanya akan sokong Belanjawan COVID-19…bukan yang lain,” katanya lagi.

Antara perkara yang dibangkitkan Anwar ialah, mengenai unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada 2021, iaitu pada kadar antara 6.5% hingga 7.5%, yang beliau sifatkan tidak realistik, dan bercanggah dengan ramalan beberapa badan kewangan.

Beliau berkata, unjuran yang disebut Menteri Kewangan pada Jumaat lepas, seolah-olah cubaan untuk mengabui mata rakyat mengenai kedudukan sebenar ekonomi negara.

“Dari mana Menteri Kewangan dapat unjuran begitu hebat. Atau semata-mata untuk penuhi selera politik, untuk meyakinkan kita boleh capai pertumbuhan dengan begitu yakin?

“Unjuran saya faham tak semestinya tepat, banyak kali silap. Tapi ia haruslah bersifat realistik, ada kesungguhan untuk nyatakan yang benar. Bukan untuk mengelirukan semua pihak,” tegasnya lagi.

Dalam perbahasannya, Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, menyentuh anggaran kutipan cukai korporat untuk tahun 2021, iaitu sekitar RM64.6 bilion.

Beliau berkata, unjuran tersebut tidak munasabah, selepas mengambil kira kesan hebat COVID-19 ke atas ekonomi negara seperti penutupan syarikat-syarikat, pembuangan pekerja dengan jumlah yang banyak dan sebagainya. - Astro Awani

Sabtu, 7 November 2020

Jangan termakan hasutan jahat pembangkang - fokus kepentingan pulih ekonomi rakyat

 


Sebaik selesai pembentangan Belanjawan 2021, pembangkang tidak tunggu lama untuk mengeluarkan hasutan jahat. Ahli parlimen DAP telah mengeluarlan hasutan jahat bersifat perkauman. DAP menghasut kaum Cina menolak belanjawan hanya kerana tidak ada peruntukan khusus untuk "Chinese Independent High School" . Harus difahami Independent High School bermaksud sekolah tinggi swasta.


Media pro DAP giat memberikan laporan mengenai hasutan jahat DAP ini khususnya beberapa media berbahasa Cina.

DAP memperjuangkan peruntukan kerajaan untuk sekolah swasta dan kenapa pula hanya sekolah swasta untuk kaum Cina sahaja ?

Itulah yang berlaku 22bulan negara dibawah Menteri Kewangan DAP. Perbagai peruntukan disalurkan bersifat perkauman. Sekolah swasta malah NGO Cina pro DAP mendapat perbagai bantuan dan peruntukan.

Adakah Malaysia masih ada tempat untuk politik sempit dengan hasutan jahat perkauman seperti ini ?
Nota : ini bukan salah kaum cina atau tionghua...percaya majoriti kawan kawan kita sendiri benci permainan perkauman melampau DAP.

Sabtu, 19 September 2020

Muhyiddin ambil kredit hasil kerja bekas menteri PH, dakwa Tze Tzin


Elaun sara hidup dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk nelayan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam didakwa merupakan hasil usaha bekas menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, ia adalah titik peluh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan pasukan mereka sepanjang 22 bulan dalam kementerian.

“Beliau (Muhyiddin) jangan hanya nak ambil kredit dan nama semata-mata nak menangkan pilihan raya. Hakikatnya, kerajaan PN (Perikatan Nasional) kurang menunjukkan kreativiti atau dasar-dasar baru yang memberangsangkan.

“Rakyat masih tak nampak sangat dasar baru dalam sektor pertanian di bawah kerajaan PN. Mereka hanya meneruskan dasar diusahakan oleh kerajaan PH sahaja. Lembu punya susu, sapi dapat nama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan elaun sara hidup nelayan daripada RM250 kepada RM300 sebulan bagi mengurangkan beban golongan itu yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Beliau dalam sebuah majlis di Beaufort, Sabah berkata, sewaktu PH mentadbir negara, Warisan sebahagian daripada PH dan ketika itu, elaun sara hidup nelayan dipotong daripada RM300 kepada RM250.

Bagaimanapun Tze Tzin berkata, sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian, beliau sememangnya gembira demi 42,000 warga nelayan di Malaysia.

“Tapi saya ingin ‘set the record straight’. Semasa Datuk Seri Salahuddin (Ayub) dan saya memimpin Kementerian Pertanian, kami melakukan dua perkara utama untuk nelayan tradisional (Zon A).

“Memperjuangkan kembalikan ESH (elaun sara hidup) ke RM300 pada tahun 2020 dan caruman Perkeso nelayan (Dasar Baru PH),” katanya.

Malah katanya, pada hari terakhir menjawat jawatan timbalan menteri, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai dari Jabatan Perikanan untuk melaksanakan Perkeso untuk nelayan. -SH Online