PETALING JAYA: Mulai esok, 22 bazar Ramadan di beberapa negeri diarah tutup kerana risiko penularan Covid-19.
Arahan itu dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) susulan analisis dan pengesanan kontak dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi aplikasi MySejahtera.
Dalam surat dilihat FMT, Ketua Setiausaha KPKT Zainal Abidin Abu Hassan berkata, terdapat risiko tinggi yang boleh mencetuskan rangkaian jangkitan baharu Covid-19 di bazar tersebut.
Bazar yang terlibat adalah di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang dan Johor.
Ia bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan majlis-majlis tempatan di Subang Jaya, Ampang Jaya, Pulau Pinang, Seberang Perai, Kulim, Baling, Teluk Intan, Temerloh, Johor Bahru, Pasir Gudang, dan Kota Tinggi.
Orang ramai sebelum ini menyatakan kebimbangan mengenai kesesakan yang berlaku di bazar berkenaan kerana kesukaran mengamalkan penjarakan fizikal, walaupun prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasakan.-FMT
0 ulasan:
Catat Ulasan