"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pemuda PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemuda PAS. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2024

DAPSY TIDAK SEWAJARNYA MEMAINKAN SENTIMEN ZAKAT SEBAGAI ALAT POLITIK”

 KENYATAAN MEDIA

KETUA PEMUDA PAS SELANGOR

17 November 2024

“DAPSY TIDAK SEWAJARNYA MEMAINKAN SENTIMEN ZAKAT SEBAGAI ALAT POLITIK”

Kami dari Dewan Pemuda PAS Selangor meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP, khususnya oleh YB Nga Kor Ming, yang mempersoalkan “kemiskinan” DAPSY seolah-olah mereka layak menerima zakat. Kenyataan ini bukan sahaja tidak berasas, malah menimbulkan kekeliruan serta menyentuh sensitiviti umat Islam terhadap institusi zakat yang sangat dihormati dan dipandang tinggi dalam masyarakat Islam.

Sebagai makluman, zakat adalah satu daripada lima Rukun Islam dan ia disyariatkan khusus untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan, seperti golongan fakir, miskin, dan mereka yang memenuhi syarat-syarat penerima zakat seperti ditetapkan dalam syariat Islam. Penggunaan dana zakat tertakluk kepada hukum syarak dan disalurkan melalui institusi zakat untuk memastikan ianya sampai kepada asnaf yang memerlukan, termasuk dalam aspek pendidikan, kesihatan, dan keperluan asas.

Zakat Bukan Alat Politik

Menjadikan isu zakat sebagai bahan sindiran atau alat politik adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kami menegaskan bahawa zakat tidak boleh dan tidak sepatutnya digunakan dalam perbandingan dengan kedudukan mana-mana parti politik. Sikap DAP yang cuba memperlekehkan institusi zakat dengan kenyataan sedemikian adalah sangat dikesali, seolah-olah tidak memahami sensitiviti umat Islam dalam hal ini.

Memahami Sensitiviti Agama dan Budaya

Kami menyeru kepada DAP dan mana-mana pihak agar lebih peka terhadap sensitiviti agama dalam membuat kenyataan awam. Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia, kita seharusnya mengutamakan sikap saling menghormati serta tidak menggunakan sentimen agama untuk tujuan politik atau mengundang salah faham dalam kalangan rakyat.

Kami juga ingin mengingatkan DAP bahawa membina sebuah masyarakat yang harmoni dan bertoleransi memerlukan komitmen untuk memahami keperluan serta sensitiviti antara agama. PAS sentiasa terbuka untuk berdialog dan berbincang dalam memastikan setiap pihak memahami peranan masing-masing dalam menjaga keharmonian masyarakat, namun kenyataan seperti ini hanya menimbulkan kekeliruan dan perpecahan.

Dewan Pemuda PAS Selangor menggesa agar pihak DAP, khususnya YB Nga Kor Ming, agar menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf atas kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Kami berharap agar tindakan ini tidak diulang kerana ia hanya akan mencemarkan semangat keharmonian dan saling hormat yang kita bina bersama.

Semoga semua pihak terus menjaga adab dan tatacara dalam membuat kenyataan awam demi memastikan keharmonian dan perpaduan negara kita sentiasa terpelihara.

MOHAMED SUKRI OMAR

Ketua Pemuda PAS Selangor

Sumber 

Jumaat, 7 Januari 2022

Isu Azam Baki dan saham: PAS Pusat, Pemuda beza pandangan?

 

Beban pembuktian terletak pada pihak yang membuat dakwaan bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Azam Baki berasas, sekiranya tidak ia adalah sekadar tuduhan melulu, menurut Takiyuddin Hassan.

PETALING JAYA: PAS menyambut baik langkah Azam Baki yang secara terbuka memberikan penjelasan tentang tuduhan terhadapnya berkaitan dakwaan isu pemilikan saham, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.

Kenyataan itu dilihat bertentangan dengan desakan Pemuda PAS yang mahu Putrajaya mengadakan siasatan secara bebas berhubung isu pemilikan saham jutaan ringgit yang dikaitkan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Takiyuddin bagaimanapun berpuas hati dengan penjelasan Azam kelmarin bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Kenyataan terbuka Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpamanya bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat.

“Dengan ini juga, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan yang serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas, sekiranya tidak ia adalah sekadar tuduhan melulu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, PAS yakin pihak berkuasa akan meneliti kenyataan tersebut dan menilai serta seterusnya mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang.

Semalam, Pemuda PAS mendesak Putrajaya mengadakan siasatan secara bebas berhubung isu pemilikan saham jutaan ringgit yang dikaitkan kepada Azam.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari, juga mahukan Azam “direhatkan” sehingga siasatan itu selesai dan namanya dibersihkan.

Isu itu tercetus pada 14 Dis lalu apabila Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah mendakwa Azam adalah pemilik lebih empat juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu beliau merupakan Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.

Tidak lama kemudian ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez, meletak jawatan sebagai ahli panel SPRM selepas mendakwa panel itu tidak memberi perhatian sewajarnya kepada tuduhan terhadap Azam.-FMT

Selasa, 29 Disember 2020

Kenyataan Ketua Pemuda PAS berkenaan perlantikkan Senator


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

1. Alhamdulillah, saya dengan penuh rasa rendah diri mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Dengan izin dan kehendak-Nya, saya mewakili seluruh Pemuda PAS dan Perikatan Nasional diberi peluang dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara pada hari ini. Sudah tentu pelantikan ini bukan untuk dibanggakan, sebaliknya amanah yang cukup berat untuk dilaksanakan.

2. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden PAS, Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awangdan kepimpinan parti kerana memberi kepercayaan kepada saya yang mewakili Pemuda PAS untuk membawa agenda belia di peringkat legislatif negara. Insya-Allah, saya akan berusaha sedaya upaya memikul tanggungjawab yang besar ini.

3. Saya juga berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Perikatan Nasional yang turut memberi sokongan moral atas pelantikan ini. Sokongan ini merupakan satu peluang besar yang akan dimanfaatkan untuk memperjuangkan polisi dan solusi bagi pemasalahan semasa yang melibatkan belia negara khususnya.

4. Saya tidak pernah terfikir akan berada ditahap ini sekarang atau bercita-cita untuk menjadi seorang senator. Wadah ini adalah ruang untuk saya menjulang cita-cita Islam dan menabur khidmat untuk masyarakat. Seluruh tekad ini tidak akan mampu untuk dilunaskan melainkan dengan bantuan Allah SWT serta sokongan daripada segenap pihak terutama daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, para Setiausaha dan bentara dewan, ahli-ahli Yang Berhormat Senator, Pemuda PAS, Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional, rakan-rakan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan pengamal media, ahli akademik, pemain industri serta simpatisan yang lain.

Sifat Keluarga Berkasih Sayang,
Sama Serumah Tolong Menolong,
Adat Dijaga Budi Terbilang,
Petua Amanah Sentiasa Dijunjung.

5. Saya bermula sebagai seorang anak muda tipikal yang lain. Selepas graduan, saya bekerja makan gaji. Kadang kala terpaksa berjimat dan mengikat perut. Tinggal di rumah sewa dan menunggang motosikal ke tempat kerja. Berjauhan dengan anak dan isteri adalah rutin kebiasaan. Hidup perlu diteruskan. Bak kata Buya HAMKA, “Semangat yang lemah, buanglah jauh. Jiwa yang kecil, segera besarkan. Yakin percaya iman pun teguh. Zaman hadapan penuh harapan”.

6. Justeru, saya dengan penuh sedar menawarkan diri untuk memperjuangkan beberapa isu yang melingkari kehidupan anak muda Malaysia.

Pertama Fokus kepada kemenjadian jati diri anak muda Malaysia. Ia mesti bermula daripada keberkesanan sistem pendidikan terutama di peringkat menengah dan tertiari (tinggi).

Kedua Fokus kepada pengurangan kadar pengangguran anak muda, penjanaan peluang pekerjaan, penambahan nilai pekerjaan dan peningkatan produktiviti serta upah gaji.

Ketiga Fokus kepada kesejahteraan hidup anak muda yang mesti dipupuk daripada keharmonian institusi keluarga, sistem sokongan, pemilikan harta dan literasi kewangan peribadi.

Keempat Fokus kepada pengukuhan tanggungjawab anak muda kepada pembangunan masyarakat dan pembinaan negara bangsa.

7. Insya-Allah, saya bersedia untuk memeras keringat dan segenap daya upaya untuk memastikan keempat-empat fokus utama ini diperjuangkan secara konsisten dan upaya. Saya juga ingin mengajak lebih ramai aktivis dan ideolog anak muda di luar sana untuk bersama-sama membina semula negara dan mensejahterakan Malaysia.

‎وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّـهِ

“Dan tidaklah aku beroleh taufik (untuk menjayakannya) melainkan dengan pertolongan Allah” - Surah Hud : 88

Sekian, terima kasih.

YB SENATOR IR TS HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia,
Perikatan Nasional

Ikuti perjalanan hidup saya sebagai senator di link berikut,

Isnin, 7 Disember 2020

Isu Kuil:Pemuda PAS persoal tindakan EXCO Pemuda Umno..

 

Motif Pemuda Umno campuri isu kuil dipersoal

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mempersoalkan tindakan tergopoh-gapah EXCO Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang membidas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam isu perobohan kuil di negeri itu.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait kesal tindakan Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo itu dan mempersoalkan sama ada mahu mencari pertelingkahan, perbalahan atau pergaduhan.

Tegas beliau, sebagai anak muda, tidak harus bertindak tanpa berpandukan prinsip di mana isu yang berlaku itu adalah perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan juga Pemuda mesti menjadi ejen perpaduan, penyatuan dan mendamaikan.

Terangnya, isu tersebut tidak lagi menjadi rahsia di mana notis dari Majlis Bandaraya Alor Setar sudah diberi sejak Disember 2019 disusuli notis kedua pada Julai 2020, namun tidak diambil tindakan atau diendahkan oleh pihak kuil.

Di mana bacanya dari notis tersebut, pihak berkenaan dikehendaki mengubah dan mengalih serta merobohkan binaan berkenaan dengan kadar segera dalam masa tujuh hari yang menunjukkan bahawa isu tersebut bukan baharu atau tanpa budi bicara.

Isu tersebut juga kemuka Faisal, turut melibatkan perobohan gelanggang silat disebelah kuil itu, namun ia tidak diperjuangkan pula oleh Azri dan pihak-pihak yang mempertahankan kuil tersebut, malah pihak pertubuhan silat juga tidak membantah.

“Kalau kita lihat sama lebih kurang dia punya kaedahnya iaitu anda telah pun didapati mendirikan binaan menyebabkan bersalahan dengan Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan Parit dan juga Bangunan (Akta 133)

“Akta 133, tidak hanya dikuatkuasakan kepada kuil Hindu, tokong atau rumah ibadah, ianya juga berkuatkuasa ke atas semua struktur binaan dan hadangan yang tidak diluluskan, apa-apa sahaja,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan motif Pemuda Umno membawa naratif isu tersebut yang dilihat cuba mengapi-apikan sentimen atau provokasi berbanding usaha untuk menyelesaikan isu itu secara sewajarnya.

Menjawab mengenai perkataan ‘mabuk’ disebut Muhammad Sanusi di mana didakwa menghina kaum India, Faisal menyatakan bahawa ianya hanyalah sebutan kiasan dan merujuk kepada pihak tertentu yang mabuk populariti. – HARAKAHDAILY 6/12/2020

Rabu, 16 September 2020

Pemuda PAS pertahan usul tanding 50 kerusi, terbuka terima kritikan

Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin berharap PAS diberi peluang bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen.

PETALING JAYA: Pemuda PAS mempertahankan usul parti itu bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata, usul berkenaan hanya cadangan dan harapan sayap itu supaya PAS diberi peluang bertanding sekurang-kurangnya 50 kerusi.

Katanya, sayap itu bagaimanapun menghormati apa juga keputusan selepas berbincang secara konsensus dengan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan berikrar memperkukuh Muafakat Nasional (MN).

Menurutnya, usul itu juga datang ketika ini memadangkan muktamar merupakan platform parti itu meluah dan memberikan cadangan kepada pucuk pimpinan untuk dipertimbangkan.

“Itu (jumlah 50 kerusi Parlimen) cadangan dan harapan, kalau dapat Alhamdulillah. Apa pun kami tetap bersama memperkukuh MN,” katanya kepada FMT.

Khairil berkata, Pemuda PAS juga menerima dengan hati terbuka jika pemimpin daripada sekutu mereka dalam MN yang mengkritik usul berkenaan.

“Kita terbuka menerina teguran dari (sekutu) kita,” katanya.

Memetik laporan sebuah portal Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Shahidan Kassim berkata, kenyataan mengenai agihan kerusi Parlimen pada PRU15 tidak wajar dikeluarkan memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah masih berlangsung.

Ia selepas Pemuda PAS meluluskan usul supaya parti itu bertanding sekurang-kurang-kurang 50 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, kata Shahidan MN akan memutuskan kemudian soal kerusi pada PRU15.

Usul itu dikemukakan Pemuda PAS Bagan Serai, kemudian dibuka untuk dibahaskan sebelum ia dipersetujui sepenuhnya oleh perwakilan muktamar Pemuda PAS kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, Kelantan, minggu lalu.-FMT