"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Ibu Tunggal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu Tunggal. Papar semua catatan

Selasa, 14 Mei 2024

Ibu contoh:Semua 12 anak menjadi

 FAUZIAH bersama 12 anak, cucu dan cicit ketika sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.

FAUZIAH bersama 12 anak, cucu dan cicit ketika sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.

Kota Bahru: Pengorbanan seorang ibu mendidik 12 anak berbaloi apabila kesemua mereka berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Wanita berkenaan, Fauziah Awang, 79, berkata, dia dan Allahyarham suami, Wan Ismail Wan Mahmood yang meninggal dunia sejak 18 tahun lalu itu sangat menekankan didikan agama dan pendidikan akademik dalam kehidupan anaknya bagi memastikan mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Malah, hasil didikan itu menjadikan kesemua anak mereka berjaya apabila tiga daripadanya menjadi pensyarah di universiti terkemuka negara dengan jawatan profesor dalam bidang undang-undang syariah, bioteknologi dan pembangunan komuniti dan ekonomi manakala empat lagi terbabit dalam bidang perniagaan.

Selebihnya, masing-masing seorang menjadi guru agama, pegawai belia, pegawai kewangan, jurutera dan bekerja sendiri.

Nenek kepada lebih 40 cucu itu juga menjadi ibu contoh dan dianugerahkan Keluarga Mawaddah peringkat negeri Kelantan pada 2021.

Fauziah berkata, sejak anaknya kecil, dia bersama suami memberi didikan agama apabila mengajar al-Quran sendiri di rumah, manakala arwah suaminya mencari rezeki sebagai usahawan dan kontraktor binaan.

"Sebaik pulang dari sekolah, saya akan memastikan anak mengaji al-Quran dan menyiapkan kerja sekolah sebelum mereka memulakan aktiviti yang lain.

"Saya juga akan memantau pergaulan anak bagi memastikan mereka tidak salah memilih kawan kerana ia akan memberi kesan kepada pelajaran dan kehidupan. Selain itu, tidak ada tips khusus dalam mendidik anak-anak, tetapi sebagai ibu bapa kita perlu tegas dan pada masa yang sama memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Alhamdulillah, semua anak taat dan saya sentiasa menasihati mereka secara berhikmah," katanya yang tinggal di Kampung Pangkal Changgong, Machang.

Menurutnya, memberi nasihat dan teguran kepada anak sangat penting untuk memastikan mereka sentiasa ingat apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam kehidupan harian.

"Anak akan jadikan kita contoh tauladan untuk membina kehidupan mereka. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa menjaga pertuturan," katanya.

Fauziah bersyukur semua anak-anaknya berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi termasuk berkelulusan doktor falsafah (PhD).

Katanya, 12 anak-anaknya iaitu Wan Rosmawati Wan Ismail, 62; Rosminah, 60; Wan Zaiton, 58; Wan Kamaruzaman, 56; Wan Abdul Rahman, 53; Dr Wan Ahmad Kharsani, 51; Profesor Dr Wan Abdul Fattah, 49; Wan Mohd Khairi, 46; Profesor Dr Wan Iryani, 45; Profesor Dr Wan Ahmad Amir Zal, 42; Wan Nurul Huwaina, 41, dan Wan Zulkarnain, 36, sudah berkeluarga dan ini mempunyai kehidupan masing-masing.

-myMetro 

Khamis, 24 Jun 2021

'Ada masa saya tiada beras, terpaksa meminta kepada yang ada' - Ibu tunggal M40

'Ada masa saya tiada beras, terpaksa meminta kepada yang ada' - Ibu tunggal M40
Siti Suzanne menyara lima anaknya berdepan kesukaran apabila kehilangan kerja lapan bulan lalu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ibarat jatuh ditimpa tangga.
Itu perumpamaan buat ibu tunggal berusia 45 tahun, Siti Suzanne Anton, yang pernah bertugas sebagai penganalisis di sebuah syarikat cari gali.
Lapan bulan lalu, dia kehilangan pekerjaan. Lantaran itu, kehidupannya terus berubah daripada seorang yang berkerjaya dalam golongan M40 kepada golongan susah di bawah kategori B40.
Hanya berbekalkan bantuan zakat RM500, hidup perlu diteruskan bagi ibu tunggal lima anak ini meskipun tidak mendapat bantuan lain.
"Ada masa (keadaan) saya memang teruk, tiada beras, dan lain-lain keperluan. Saya terpaksa bertanya di mana boleh dapatkan beras.
"Kalau kita buat hantaran di Facebook, meminta bantuan, biasanya ada pihak yang akan respons balik. Alhamdulilah ada yang bagi makanan.
"Pernah dua tiga kali beras habis, duit pun tiada. Terpaksa tanya siapa yang ada beli beras," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di kediamannya di Petaling Jaya.
Siti Suzanne Anton, 45, bekas Penganalisis di syarikat cari gali yang dahulunya dari golongan M40 kini bertukar ke B40. Gambar: Astro Awani
Siti Suzanne Anton, 45, bekas Penganalisis di syarikat cari gali yang dahulunya dari golongan M40 kini bertukar ke B40. Gambar: Astro Awani
Lima anaknya berusia 21, 17, 13, 11 dan 10 tahun, masing-masing masih bersekolah sementara anak sulungnya ketika ini menjadi pelatih di sebuah syarikat.
Kisah Siti Suzanne mengusik hati penulis, pilu melihat bagaimana pandemik ini boleh mengubah kehidupan seseorang.
Lebih meruntun jiwa, dia yang menghidap penyakit jantung mendahulukan wang yang ada demi memastikan makanan tersedia buat anak-anaknya dan bukan ubat-ubatan yang diperlukannya.
Siti Suzanne berharap agar nasibnya terbela. Gambar: Astro Awani
Siti Suzanne berharap agar nasibnya terbela. Gambar: Astro Awani
"Saya mengalami serangan jantung (lapan bulan lepas), tetapi saya tidak beli ubat-ubat saya sebab tak mampu. Jadi, peruntukan untuk ubat saya tukar ke makanan anak-anak. Itu paling penting bagi saya.
"Sebenarnya saya bergantung kepada ubat, saya sudah buat pembedahan masukkan belon di urat jantung. Jadi, saya mengharapkan ubat.
"Tetapi buat waktu ini saya tak mampu beli ubat, kecuali ubat cair darah sahaja. Ubat lain saya tak mampu beli sebab agak mahal," kata Siti Suzanne lagi.
Ketika menceritakan keadaannya, air matanya berlinang mengenang nasib anak-anaknya.
Astro Awani bertemu Siti Suzanne dihadapan rumahnya di Petaling Jaya. Gambar: Astro Awani
Astro Awani bertemu Siti Suzanne dihadapan rumahnya di Petaling Jaya. Gambar: Astro Awani
Tekad mahu bangkit, Siti Suzanne terus berusaha mendapatkan pekerjaan meskipun lebih lapan kali permohonannya tidak berhasil.
"Walaupun banyak saya mohon kerja, tetapi tiada rezeki. Memang sedih. Tiada sokongan. Dan memang saya tertekan juga. Mencari kerja sekarang tidak macam dulu.
"Bagi saya, yang paling utama untuk dapat kerja, kemudian saya nak dapatkan hidup saya macam dulu.
"Sebenarnya, semangat saya sudah tiada, tetapi anak-anak yang buatkan saya kuat semangat untuk lalui dugaan ini," jelasnya.
Meskipun terpaksa melalui hari-hari sukar, Siti Suzanne tidak mendapat bantuan seperti golongan B40 kerana dia masih dikategorikan sebagai M40.
Apa yang diharapkan, ada pihak yang dapat membantunya meringankan beban.
Ini realiti kehidupan golongan M40 yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Siti Suzzanne boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB miliknya bernombor 7629047415.
-Astro Awani

Selasa, 15 Jun 2021

Ibu tunggal dan bekas suami didakwa edar dadah

 


Kota Bharu: Seorang ibu tunggal yang mendakwa dirinya diperkosa pegawai polis dituduh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine.

Wanita berkenaan dituduh bersama bekas suaminya dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh masing-masing berusia 29 dan 28 tahun itu didakwa mengedar dadah disyaki jenis methamphetamine dengan berat kasar 61 gram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, mereka didakwa ada dalam kawalan mereka dadah disyaki jenis methamphetamine dengan berat kasar 13.6 gram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Bunut Payong, kira-kira jam 4.20 petang, pada 4 Jun 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Akhbar sebelum ini melaporkan, wanita dua anak yang bekerja sebagai pembantu rumah mendakwa menjadi mangsa rogol membabitkan seorang pegawai penyiasat polis berpangkat Inspektor, minggu lalu.

Susulan kejadian itu, pegawai polis terbabit ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis semalam.

Seorang janda bersama bekas suaminya berusia 29 dan 28 tahun di dakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Bunut Payong. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Seorang janda bersama bekas suaminya berusia 29 dan 28 tahun di dakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine di sebuah rumah di Kampung Bunut Payong. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Rabu, 21 April 2021

Farah Lee Akui Bukan Mudah Membesarkan Anak Sendirian, “Allah Adalah Sebaik-Baik Tempat Bersandar”

 


Ibu tunggal yang juga Instafamous Farah Lee akui bukannya satu perkara mudah untuk membesarkan anak secara sendirian.

Untuk rekod Farah dan Ally berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang kini berusia tujuh tahun.


Farah Lee “Busy Untuk Maream, Buat-Buat Tak Busy Pun Untuk Maream”

Seperti mana luahan di entri akaun Instagramnya baru-baru ini, Farah Lee akui sangat mencabar bergelar ibu tunggal.

“Busy untuk Maream, buat-buat tak busy pun untuk Maream.

“This was us few days back. My schedule before puasa ni sangat packed. Bila penat, kadang termarah Maream, or tak fully pay attention to her.

“After recording #MakMudaOasis, teringat yang meetup esoknya cancelled, terus contact PA untuk bookkan a nice hotel with bathtub and pool for us – since Maream loves water. Informed school yang Maream will be absent for two days. Then here we are, just two of us (always two of us sokmo pun actually)

Anak Perlukan Perhatian



“Kanak-kanak yang membesar dengan ibu atau bapa tunggal biasanya sering mempunyai perasaan yang bercampur baur dengan esmosinya yang terganggu. Jadi membesarkan mereka akan sedikit sukar, terutama apabila kamu bersendirian. Dan anak ini amat memerlukan perhatian dari kita.

“Usually in my safe space, bila cakap pasal struggle single-parenting, I akan nangis, sebab penat. Penat emosi. Penat bila effort to emotionally and mentally support Maream tu goes one way sahaja.

“So I have to keep reminding myself to not to put anyone in the equation. Sebab bila ada expectation – kepada manusia – kita akan kecewa. Jadi Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar,” kongsi Farah Lee.

Nasihat & Sokongan Dari Pengikut Instagram



Sumber/Sumber Foto: Instagram Farah Lee

-Mingguan Wanita