Isnin, 19 April 2021

Panas! Shahidan tempelak Najib, jangan beri pandangan negatif terhadap kerajaan PN

Panas! Shahidan tempelak Najib, jangan beri pandangan negatif terhadap kerajaan PN

Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim menasihati Najib Razak agar membuat kenyataan bernada positif berhubung kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Shahidan, selaku bekas perdana menteri, pandangan positif Najib boleh membantu usaha menarik pelabur ke negara ini.

 “Saya saran bekas perdana menteri (Najib) beri pandangan positif berkaitan kerajaan, minta pelabur masuk.

“Kalau tidak pelabur pun tak masuk. Bekas pemimpin hebat negara kena cari jalan bantu kerajaan,” katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa dengan anak yatim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Najib yang menjadi perdana menteri sejak 2009 hingga 2018 dilihat antara ahli politik yang paling kerap mengkritik dasar kerajaan PN.

Dia juga antara pemimpin Umno yang menyokong keputusan parti itu untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu.

Hari ini Najib berkata hairan melihat Umno dan BN masih berada dalam kerajaan meskipun menurutnya telah dilihat gagal menguruskan ekonomi dan penularan Covid-19 dengan baik.

Shahidan pula dilihat sebagai pemimpin yang cenderung kepada kerjasama dengan Bersatu.

Mengulas lanjut, Shahidan yang juga anggota parlimen Arau berkata pertukaran kerajaan – seperti yang digesa sesetengah pihak – tidak akan membantu dalam usaha memulihkan ekonomi akibat Covid-19.

“Suruh tukar kerajaan tak menolong negara pulih ekonomi. Tukar kerajaan ambil masa pulih ekonomi.

“Hebat mana pun kita kena tengok suasana (semasa). Beri pandangan yang positif,” katanya lagi. 

-wrlr

0 ulasan:

Catat Ulasan