3) Kita kena harmonikan pandangan kedua-dua pihak. Pusat-pusat hiburan kita tutup. Tak perlu dibuka. Pemian industri serta pekerja bidang hiburan akan diberi inisiatif sebagaimana Penjana dan sebagainya yang bersesuaian. Dan industri hiburan perlu ditransform kepada platform online berbanding premis-premis konvensional.
4) Apabila ada platform yang khusus online, dapatlah berhibur di rumah sebagaimana saranan PAS, dan dapat mengelak penularan Covid19 sebagaimana kehendak TS Muhyidin. Nasib pekerja bidang hiburan akan dibantu untuk memfamiliar dan adapt dengan norma baharu berhibur secara online serta memperoleh keuntungan secara online. DAP dan YB Hanipa akan lega.
5) Pusat hiburan secara online ini bukan sahaja mengawal penularan Covid19, bahkan mengawal juga aktiviti merepek yang keterlaluan, mengawal kemabukan arak para pelanggan premis, mengawal insiden pemandu mabuk langgar mati orang, mengawal kemasukan pendatang haram untuk bekerja dalam pusat hiburan, dan macam-macam lagi benefit besar.














