"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kenali Ulama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenali Ulama. Papar semua catatan

Jumaat, 24 April 2026

Tuan Guru Maulana Mansoor Bin Ismail, Sri Petaling ( 1961 - Kini )

 Tuan Guru Maulana Mansoor Bin Ismail, Sri Petaling ( 1961 - Kini )

Tuan Guru Maulana Mansoor bin Ismail al-Hafiz adalah seorang ulama hadis terkenal di tanah air yang kini menjawat jawatan Mudir Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling. 

Beliau dilahirkan di Singapura pada hari Selasa, 6 Disember 1961 bersamaan 21 Jamadil Akhir 1381H. Beliau merupakan anak kedua daripada lima beradik. 

Pendidikan awalnya bermula di English Medium School, Radin Mas, Singapura dari tahun 1968 hingga 1971, di samping mengikuti pengajian di Sekolah Arab Radin Mas Cawangan al-Bajunaid sehingga tahap dua Tahnawi. Pada tahun 1972, beliau berpindah ke Pulau Pinang apabila bapanya bertugas di Butterworth, lalu menyambung pelajaran menengah di Kepala Batas Secondary School sehingga menamatkan MCE/SPM pada tahun 1978.

Sejak kecil, beliau sudah terdedah dengan pengajian agama tradisional. Di Butterworth, beliau belajar al-Quran dengan Tuan Guru Haji Ariffin dan mendalami asas feqah, usuluddin serta tasawuf dengan Tuan Guru Haji Saad Ya. Tahun 1978 menjadi titik penting apabila beliau memasuki Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam, dan menuntut ilmu di sana selama sembilan tahun.

Kehidupan pondok penuh cabaran; beliau pernah bekerja di sawah untuk menampung kehidupan, makan sagu sebagai bekalan, dan tidur berbantalkan buah kelapa. Namun, kesungguhan dan doa ibu bapa menjadi kekuatan. Di pondok, beliau bukan sahaja menuntut ilmu, malah diberi kepercayaan sebagai ketua pondok, mengajar kitab turath, mengetuai muzakarah, dan mengajar hadis atas amanah guru-gurunya.

Antara guru utama beliau ialah Tuan Guru Haji Jaafar al- Hafiz yang mendidik beliau dengan penuh kesabaran, Tuan Guru Haji Daud Malau yang mengamanahkan beliau mengajar hadis, serta Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani yang terkenal sebagai Musnid Dunia. Beliau juga berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Hamid, Tuan Guru Haji Ahmad bin Soleh, Tuan Guru Haji Mad Saman Kati, Tuan Guru Haji Abdullah Lanai, dan lain-lain. Dikatakan ketika mana Musnid Dunya Syeikh Muhammad Yassin bin Isa al-Fadani turun ke Pulau Pinang, ulama tersohor dunia itu pernah menginap di pondok Maulana di Padang Lalang. Kesemua tokoh ini membentuk asas kukuh dalam perjalanan ilmu beliau.

Hubungan beliau dengan Tuan Guru Haji Jaafar al-Hafiz sangat akrab. Ketika gurunya itu meninggal dunia pada 15 April 1986, beliau berada di sisi dan diberi penghormatan untuk memandikan jenazah gurunya. Atas saranan al-marhum juga, beliau melanjutkan pengajian ke Pakistan pada tahun yang sama.

Di Jamiah al-Uloom al-Islamiyyah, Binnori Town, Karachi, beliau menamatkan hafalan 30 juz al-Quran dan meneruskan pengajian Alim sehingga tahun Misykat (1986-1992). Kemudian, beliau menyambung pengajian dalam Dauratul Hadis, Takhassus fil Hadis dan Takhassus fit Tafsir di Jamiah Ahsanul Uloom, Karachi (1992– 1994). Beliau berkahwin pada tahun 1992.

Di Pakistan, beliau berguru dengan tokoh besar seperti Syeikh Allamah Mufti Zarwali Khan, Al-Syahid Maulana Yusuf al- Ludhianwi, Al-Syahid Maulana Athaul Rahman, Al-Syahid Maulana Muhammad Habibullah Mukhtar, Syeikh Maulana Muhammad Anwar al-Badakhsyani, Dr. Abdul Razzaq Iskandar, dan Syeikh Maulana Usman bin Muhammad Kabir Khan al- Pakistani.

Selepas kembali, beliau menyempurnakan khuruj setahun di India dan Pakistan pada tahun 1995. Sejak 1996, beliau berkhidmat di Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling, bermula dengan pengajian Tahfiz al-Quran, kemudian mengajar Pengajian Islam (1997), dan Ilmu Hadis (1998). Pada tahun 2015, beliau dilantik sebagai Mudir madrasah tersebut.

Dalam bidang sanad hadis, beliau menerima riwayatan (sama') daripada Syeikh Zarwali Khan, serta ijazah daripada tokoh besar seperti Syeikh Yasin al-Fadani, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, dan Mufti Rafi' Usmani.

Karya-karya beliau juga menjadi sumbangan penting dalam dunia pengajian Islam. Antaranya:

1. Tuhfatul A izzah - sebuah kitab yang membahaskan secara terperinci masalah darah wanita (haid, nifas, istihadhah). Kitab ini ditulis untuk memudahkan pelajar dan masyarakat memahami hukum-hakam berkaitan wanita dengan dalil yang jelas.

2. Tashil Sorf - sebuah karya ringkas dalam bidang ilmu nahu dan sarf, ditulis untuk memudahkan pelajar pemula menguasai asas bahasa Arab. Walaupun tidak dicetak, ia digunakan sebagai teks pengajian dalaman.

3. Taqrir Bukhari - catatan dan syarah ringkas terhadap beberapa kitab hadis, khususnya Sahih al-Bukhari, yang menjadi rujukan pelajar dalam memahami hadis secara talaqqi.

4. Risalah Masbuq dan Muwafiq -Risalah ini ditulis untuk menjawab kekeliruan masyarakat dalam amalan solat berjemaah.

Karya-karya ini menunjukkan keprihatinan beliau terhadap keperluan masyarakat dan pelajar, di samping mengekalkan tradisi penulisan ilmiah ulama pondok. Ia bukan sahaja menjadi panduan praktikal, tetapi juga bukti kesungguhan beliau dalam menyebarkan ilmu.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru Maulana. Amin 

*Sumber - Perkongsian biodata Maulana Mansor daripada Maulana Lutfi Muharam pada 28 Disember 2025 

#KenaliUlamak