Semalam, pada 18 April, merupakan hari ulang tahun kematian ahli fizik ulung, Albert Einstein. Tahukah anda, otak Albert Einstein pernah dicuri dan hilang selepas kematiannya pada umur 76 tahun. Kenapa? Mari ikuti peristiwanya.
Ramai saintis telah meminta sebahagian daripada otak tersebut bagi tujuan penyelidikan. Ramai penyelidik ingin mengkaji otak Einstein bagi mengetahui rahsia kepintaran luar biasa yang dimiliki oleh manusia seperti Einstein. Berikut merupakan beberapa dapatan kajian mengenai otak Einstein;
1. Kuatnya rangkaian (connectivity) antara kedua-dua belah otak Einstein. Penyelidik mencadangkan, ketinggian intelektual Einstein berpunca daripada komunikasi tersusun antara kedua-dua belah otak.