"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Penjagaan Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penjagaan Anak. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2021

MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA: Cabaran besarkan tujuh puteri

NOR Shaeriani dan suaminya, Mohamad Farishal  bergambar dengan tujuh anak perempuan di rumah mereka di Seri Kembangan, Selangor.
NOR Shaeriani dan suaminya, Mohamad Farishal bergambar dengan tujuh anak perempuan di rumah mereka di Seri Kembangan, Selangor.

Kuala Lumpur: Bukan mudah bagi ibu bapa untuk mengekalkan keadaan kemas di rumah terutama yang mempunyai ramai anak.

Namun bagi pasangan Mohamad Farishal Mohamad Rasid, 38, dan Nor Shaeriani Awang Hamat, 38, yang menetap di Seri Kembangan, dekat sini, mereka ada cara tersendiri mendisiplinkan kehidupan harian tujuh cahaya mata perempuan kesayangan termasuk sepasang kembar.

Hasil perkahwinan pada 30 Januari 2006, mereka dikurniakan tujuh puteri iaitu Nur Eliesya Nazzulia, 14, Nur Eliesya Qisstina, 13, Nur Eliesya Qhaisara, 11, Nur Eliesya Hussna, 9, Nur Eliesya Hussni, 9, Nur Eliesya Zakirah, 4, dan Nur Eliesya Zhafira, 7 bulan.

Nor Shaeriani berkata, perkara utama dalam didikan terhadap anak mereka ialah sentiasa memberi perhatian kepada setiap tingkah laku, akhlak dan perangai anak daripada segi perbuatan dan percakapan.

"Kami sebagai ibu bapa sangat menitikberatkan dan mengharamkan anak menyebut perkataan yang tidak sopan."Mengajar anak supaya tidak bercakap bohong walaupun pahit atau salah. Kami tetap suruh mengaku kesalahan yang dilakukan dan sekiranya perlu meminta maaf, maka mintalah maaf. Mengajar anak menguruskan kehidupan harian. Setiap kali hari cuti persekolahan, kami akan umpama raja dan menjadi ibu bapa malas supaya kerja-kerja di rumah dibuat oleh anak," katanya.

Beliau yang menjalankan perniagaan sendiri bersama suami berkata, semua kerja dibahagikan dalam jadual seperti jadual bertugas sekolah mereka namun diterapkan di rumah seperti menyapu, basuh pinggan, basuh pakaian, keringkan pakaian dan lipat pakaian.

Bagi penjagaan kesihatan anak terutama pada hari persekolahan pula, dia dan suami sentiasa pastikan anak mengulang kaji pelajaran selepas solat Isyak dan masuk tidur awal.

Menurutnya, buku persekolahan akan dikemas mengikut jadual belajar sebelum masuk tidur dengan kotak simpanan disediakan untuk setiap anak supaya masing-masing bertanggungjawab untuk menyimpan alatan dan buku sekolah mereka.

"Didikan agama diterap ke dalam diri anak setiap hari. Kami berjemaah Subuh bersama-sama setiap hari di surau dalam rumah.

"Pada waktu malam, kami pastikan setiap anak membaca al-Quran terutama surah wajib baca Al-Mulk dan Al-Waqiah setiap hari dan ditambah pada malam Jumaat, surah Al-Kahfi dan surah Al-Sajadah.

PENERAPAN oleh Mohamad Farishal apabila anak diajar mengenali Al-Quran sejak masih bayi.
PENERAPAN oleh Mohamad Farishal apabila anak diajar mengenali Al-Quran sejak masih bayi.

"Alhamdulillah, anak sudah menghafal semua surah itu kerana sudah tiga tahun mereka mengamalkannya tanpa meninggalkannya walaupun sehari," katanya.

Nor Shaeriani berkata, dia dan suami menumpukan kepada usaha mendidik anak untuk menjaga serta menghargai masa.

"Setiap kali perkara yang hendak dilakukan, papa (panggilan Mohamad Farishal) mereka akan memberi masa kepada anak untuk bersiap.

"Sebagai contoh, mesti masuk ke surau sebelum jam 6.15 pagi untuk berjemaah Subuh.

"Jika lambat, hukuman rotan di tapak tangan akan diberikan," kata pemilik syarikat bersama suami, Shalsha Holdings (M) Berhad yang membekal alatan dan menyediakan perkhidmatan kepada kerajaan itu.

Katanya, bagi anak yang terakhir masuk ke surau, mereka dikenakan denda lain seperti melipat sejadah, menutup suiz lampu dan kipas serta memastikan surau berada dalam keadaan kemas sebelum keluar.

Katanya, kehidupan anak turut disusun atur supaya tersusun, contohnya setiap apa yang dia dan suami berikan mestilah setiap anak simpan dengan baik di dalam kotak simpanan.

"Semua barangan yang sudah digunakan pula mesti disimpan balik ke tempat asal. Tuala, berus gigi, kasut sekolah, selipar, basikal dan sebagainya mestilah diletakkan kembali di tempat disediakan khas.

"Setakat ini tidak ada seorang pun yang meletakkan di tempat lain. Memandangkan anak kami yang sulung adalah golongan orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran namun dia tetap juga kami didik melakukan kerja rumah dan apa yang adik-beradik lain lakukan.

"Alhamdulilah, semua faham dengan apa yang papa dan mama mereka mahukan. Kami tidak menggunakan pembantu rumah dan kami tidak pernah menggunakan perkhidmatan house cleaning dari luar. Semua dilakukan oleh kami sekeluarga sendiri," katanya.

Menurutnya, pembersihan rumah dilakukan setiap hari dan tidak dibiarkan terlalu lama bagi mengelakkan kerja membersih atau mencuci jadi sukar.

-myMetro