"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Papar semua catatan

Khamis, 21 Oktober 2021

Info Agama:Gangguan Makhluk Halus di Rumah

 

SOALAN

Sehari dua ini heboh di Kubang Kerian, rumah dipecah masuk toyol. YB Senator ada cadangan bagaimana untuk melindungi rumah daripada gangguan makhluk halus?

JAWAPAN

Kemungkinan ia perbuatan pencuri. Kemungkinan juga perbuatan makhluk halus. Apa jua nama makhluk halus dalam dunia Melayu, semuanya merujuk kepada jin dan syaitan. Jin adalah sebahagian daripada makhluk Allah. Ia diciptakan sebelum daripada penciptaan Nabi Adam AS. Allah SWT berfirman:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ ﴿٢٦﴾ وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.”[1]

Syeikh al-Maraghi berkata: “Kami menciptakan jenis Jin ini sebelum penciptaan Nabi Adam AS. Ia dicipta daripada api, angin yang sangat panas sehingga dapat membakar dan membunuh sesiapa sahaja yang mengalaminya.”[2]

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:

خُلِقَتِ الْمَلَائِكَةُ مِنْ نُورٍ، وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ، وَخُلِقَ آدَمُ عَلَيْهِ السَّلَامُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ

Maksudnya: “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang disifatkan (diceritakan) bagi kamu”.[3]

Menurut Ibnu Abbas, Ikrimah, Mujahid, al-Hasan dan lainnya, berkenaan penciptaan jin daripada “مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ”, maksudnya ialah hujung api membara (طرف اللهب) dan dalam riwayat yang lain bermaksud daripada api yang tulen (من خالصه).[4]

Jin terbahagi kepada tiga golongan. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Abi Tsa’labah al-Khusyaniy radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda:

الْجِنُّ ثَلاَثَةُ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ فِي الْهَوَاءِ ، وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلاَبٌ ، وَصِنْفٌ يَحِلُّونَ وَيَظْعَنُونَ

Maksudnya: “Jin terdiri daripada tiga golongan. Satu golongan mempunyai sayap dan terbang di udara, satu golongan berbentuk ular dan anjing, manakala satu golongan lagi mendiami sesuatu tempat dan berpindah-randah seperti Arab Badwi.”[5]

Beberapa saranan saya bagi mengelakkan rumah diceroboh daripada sebaran perkara yang tidak diingini adalah:

  1. Melazimkan bacaan al-Qur’an terutamanya Surah al-Baqarah dan Ayat al-Kursi. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.”[6]

Menurut Ibnu Mas’ud R.A pula, katanya:

إِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ فِي بَيْتٍ، خَرَجَ مِنْهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan, apabila mendengar surah al-Baqarah dibacakan di dalam rumah, maka dia akan keluar daripada rumah tersebut.”[7]

  1. Membanyakkan zikrullah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ

Maksudnya: “Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya, kemudian dia berzikir kepadanya ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata (kepada temannya): ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah (bismillah dan jangan lupa mengucapkan salam) ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kamu memperoleh tempat menginap’.”[8]

  1. Membaca doa ketika hendak masuk ke dalam rumah dan kemudian memberi salam kepada mereka yang berada di dalam rumah. Doanya adalah:

اللَّهُمَّ ‌إِنِّي ‌أَسْأَلُكَ ‌خَيْرَ ‌الْمَوْلَجِ، ‌وَخَيْرَ ‌الْمَخْرَجِ، ‌بِسْمِ ‌اللَّهِ ‌وَلَجْنَا، ‌وَبِسْمِ ‌اللَّهِ ‌خَرَجْنَا، ‌وَعَلَى ‌اللَّهِ ‌رَبِّنَا ‌تَوَكَّلْنَا

Maksudnya: “Ya, Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu kebaikan ketika masuk dan kebaikan ketika keluar. Dengan menyebut nama Allah kami masuk dan kami keluar. Dan hanya kepada Rabb kami, kami bertawakal”[9]

Insya-Allah dengan panduan sunnah Rasulullah SAW saat ingin masuk ke rumah, kita akan dilindungi daripada gangguan jin, manusia dan sebarang musibah dengan izin-Nya. Selain meletakkan kebergantungan kepada Allah SWT, ikhtiar seperti mengaktifkan kawalan Rukun Tetangga, memasang CCTV, menggajikan pengawal atau meletakkan alat penggera juga perlu dilakukan. Wallahu a’lam.

[1] Surah al-Hijr: 26-27

[2] Tafsir al-Maraghi, 14/20

[3] Riwayat Muslim, no. 2996; Riwayat Ahmad, no. 25194; dan Riwayat Ibn Hibban, no. 6155

[4] Al-Bidayah wa al-Nihayah, 1/59

[5] Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 3702

[6] Riwayat Muslim, no. 780) dan al-Nasa’ie (10735)

[7] Riwayat al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir (8642) dan al-Darimi (3422)

[8] Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765)

[9] Riwayat Abu Daud, no. 5096

Selasa, 6 April 2021

Walau dibantah, kerajaan tetap pinda hukuman lebih berat terhadap LGBT, kata menteri


KUALA LUMPUR:
 Biarpun mendapat bantahan Kumpulan G25, kerajaan akan tetap melakukan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Semakan 1988) (Akta 355) bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu terbabit kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad berkata, ia akan diteruskan kerana budaya LGBT bukan hanya menjadi satu kesalahan dari segi syarak dan undang-undang Islam malah bertentangan dengan fitrah manusia.

“Seperti mana kita tahu dari satu sudut budaya LGBT bukan hanya bertentangan dengan ajaran Islam, malah bertentangan fitrah manusia.

“Jadi kita tidak boleh mengiyakan (menerima) pembuatan seperti itu cuma kita kena kendalikan isu berkenaan dengan penuh hikmah, mengajak dan mendidik mereka (golongan LGBT) kembali ke pangkal jalan serta sama-sama membetulkannya,” katanya.

-mindarakyat

Isnin, 5 Oktober 2020

Menteri agama positif Covid-19 lepas pulang dari Sabah

 MENTERI Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah lapor Malaysia Dateline yang memetik sumber dalaman yang telah mengesahkan perkara itu.


Zulkifli Al Bakri FOTO

Menurut portal itu yang memetik sumber yang sama, ketika ini semua kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi selepas Menteri hadir ke program tersebut sejurus pulang dari Sabah.

Zulkifli berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program dan pulang ke Kuala Lumpur pada 24 September lalu.

Senator itu juga dikatakan tidak berapa sihat sejak hari Sabtu pada 3 Oktober, namun beliau masih menghadiri beberapa program yang dianjurkan.

Semalam, Zufkifli telah memberikan bantuan kepada mahasiswa UiTM Shah Alam sebelum berangkat ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyampaikan bantuan melalui misi #MusaadahKhasSiswa.

Di Twitter netizen mula mempersoalkan tindakan Menteri Agama yang tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah.


"Menteri Agama pun tak ambil inisiatif kuarantin 14 hari lepas balik Sabah? Pegawai Menteri tak nasihat Menteri ke?," tulis akaun Konfem Sahih.

Sumber — https://www.milosuam.net