"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Disember 2021

Covid 19: Russia catat kes kematian kedua tertinggi di dunia selepas AS

 

Pihak berkuasa Russia mengarahkan semua hospital bersiap sedia menghadapi kemungkinan lonjakan kes Covid-19. - Gambar AFP

Russia mengatasi Brazil di tempat kedua dengan jumlah kematian tertinggi di dunia akibat pandemik Covid-19, di belakang Amerika Syarikat (AS), menurut data negara itu serta kiraan Reuters pada Khamis.

Perkhidmatan statistik, Rosstat, berkata 87,527 pesakit meninggal dunia yang berpunca daripada Covid-19 pada November, menjadikannya bulan paling maut di Russia sejak permulaan wabak pada 2020.

Keseluruhannya, jumlah kematian akibat pandemik itu di Russia mencecah 658,634, menurut kiraan Reuters berdasarkan angka dikeluarkan Rosstat sehingga akhir November dan data daripada pasukan petugas Covid-19 untuk Disember, mengatasi Brazil yang mencatatkan 618,800 kematian.

Jumlah kematian di AS lebih tinggi, iaitu 825,663 pesakit, menurut pengiraan Reuters, tetapi populasinya dua kali ganda lebih besar daripada Russia.

Pengiraan Reuters juga menunjukkan Russia mencatatkan 835,000 lebihan kematian sejak awal wabak pada April 2020 hingga akhir November, berbanding purata kematian pada 2015-2019.

Sesetengah ahli epidemiologi mengatakan bahawa mengira lebihan kematian adalah cara terbaik untuk menilai kesan sebenar wabak.

Setakat ini, jumlah kematian si Russia tidak terjejas oleh varian Omicron dan kebanyakannya disebabkan oleh lonjakan jangkitan pada Oktober dan November, di mana pihak berkuasa kesihatan menyalahkan varian Delta dan kempen vaksinasi yang perlahan.

Pada Khamis, pihak berkuasa Russia mengarahkan semua hospital bersiap sedia menghadapi kemungkinan lonjakan kes Covid-19. – Reuters

Rabu, 15 Disember 2021

Covid-19: Jumlah kematian di AS lebih 800,000

 

Universiti Johns Hopkins melaporkan 50.2 juta jangkitan sejak kes pertama disahkan di Washington pada Januari 2019. - Gambar NYT

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 800,000 pada Selasa, sekali gus berada di tangga teratas, lapor Universiti Johns Hopkins.

Institusi pendidikan terkenal berpangkalan di Maryland itu turut mendaftar lebih 50.2 juta jangkitan sejak kes pertama disahkan di negeri Washington pada Januari 2019.

Terdahulu, jurucakap White House, Jen Psaki memetik kajian baharu daripada Commonwealth Fund, yang menurutnya mendapati bahawa vaksinasi telah menyelamatkan lebih sejuta nyawa, menghalang lebih daripada 10 juta kemasukan ke hospital dan mencegah lebih daripada 35 juta kes Covid-19 sejak Presiden Joe Biden mengambil jawatan.

“Ini bukan secara kebetulan. Presiden menjadikan keutamaannya untuk memastikan vaksin tersedia kepada rakyat Amerika seawal mungkin,” kata Psaki.

Selepas varian Delta, yang menyebabkan peningkatan dalam bilangan kes di seluruh negara, AS kini dikejutkan dengan kebimbangan terhadap varian baharu Omicron, yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan.

Pihak berkuasa kesihatan AS mengumumkan kes pertama varian Omicron di California pada 1 Disember lalu. Pesakit itu adalah pengembara yang pulang pada 22 November dari Afrika Selatan dan disahkan positif pada 29 November.

Sejak itu, varian baharu telah dikenal pasti di sekurang-kurangnya 29 negeri dan Washington, DC.

AS mula memberi vaksin Covid-19 kepada rakyatnya pada 14 Disember 2020. Setahun kemudian, lebih 486 juta dos vaksin telah diberikan setakat ini di negara itu. – Agensi

Isnin, 22 November 2021

Kematian akibat Covid-19 lepasi 30,000 kes, Selangor tertinggi

 

Pecahan kes berkaitan Covid-19 mengikut negeri sehingga 21 November 2021. - Sumber KKM

Kes kematian akibat komplikasi Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam, turun empat hari berturut-turut, menurut laporan harian Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laman sesawangnya COVIDNOW, hari ini.

Semalam seramai 24 pesakit Covid-19 di sepuluh negeri meninggal dunia, berbanding 38 kes kematian pada Sabtu, Jumaat (45 kes), dan Khamis (55 kes). Seramai 68 pesakit dilaporkan meninggal dunia pada Rabu (17 November 2021).

Jumlah kematian semalam menjadikan kumulatif sejak wabak Covid-19 mula melanda negara awal tahun lalu kini sebanyak 30,002 kes, termasuk 6,064 pesakit yang meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan perubatan atau kes ‘brought in death’ (BID).

Mengikut rekod KKM, dalam tempoh 24 jam semalam Kelantan mencatat lima kematian, menjadikan kumulatif 1,121 kes. Negeri itu merekodkan 151,711 kes positif dengan 144,514 pesakit telah sembuh.

Sehingga semalam, Kelantan mencatatkan 6,111 kes aktif, termasuk 4,673 yang menjalani kuarantin di rumah; 813 ditempatkan di PKRC; 583 dimasukkan ke hospital; dan 42 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 25 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Johor merekodkan empat kematian; diikuti masing-masing tiga di Kedah dan Perak; dan masing-masing dua di Sabah, Sarawak serta Terengganu.

Satu kes kematian masing-masing dicatatkan di Negeri Sembilan, Pahang, dan Pulau Pinang.

Tiada kes kematian direkodkan di Melaka, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, kes aktif di Selangor terus meningkat kepada 18,210 semalam, berbanding 17,822 pada Sabtu.

Daripada jumlah kes aktif itu, 15,828 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,267 ditempatkan di PKRC; 1,025 dimasukkan ke hospital; dan 90 pesakit dirawat di ICU), dengan 50 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selangor juga merekodkan kumulatif positif sebanyak 740,277 kes, berbanding 713,882 pesakit disahkan sembuh, manakala 9,727 lagi meninggal dunia.

KKM juga melaporkan jumlah kes aktif di seluruh negara semalam turun 695 kes menjadi 68,790, berbanding 69,485 kes pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, 55,026 pesakit dikuarantin di rumah; 7,792 ditempatkan di PKRC; 5,431 dimasukkan ke hospital; dan 541 pesakit dirawat di ICU, dengan 267 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, negara mencatat 2,580,874 kumulatif positif dengan 2,487,809 pesakit telah sembuh.

-Agenda Daily

Isnin, 5 Julai 2021

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 183.6 juta, korban 3.97 juta kes

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 183.6 juta, korban 3.97 juta kes
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 183.6 juta. -Gambar fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 183.6 juta.
Ini berikutan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.7 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 30.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 18.7 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.
United Kingdom, Argentina dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.28 juta kes.
Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.43 juta.
Malaysia mencatat lebih 770,000 kes.
Manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 280,000 dan lebih 62,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.97 juta.
Ia berikutan ribuan kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 605,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 523,000 kes, India lebih 402,000 kes, Mexico lebih 233,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 60,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 25,000 diikuti Malaysia.
Thailand dengan lebih 2,000 angka korban.
-Astro Awani

Rabu, 12 Mei 2021

COVID-19: Kematian di India melonjak melebihi 250,000 orang

Ahli keluarga dalam suasana sedih menghadiri pembakaran mayat mangsa COVID-19 di India. - Foto AFP
Ahli keluarga dalam suasana sedih menghadiri pembakaran mayat mangsa COVID-19 di India. - Foto AFP

NEW DELHI: Data rasmi menunjukkan angka kematian COVID-19 di India melampaui 250,000 hari ini ketika pandemik itu melanda ke seluruh negara dengan penduduk berjumlah 1.3 bilion.

Menurut Kementerian Kesihatan, 4,205 orang meninggal dunia dalam 24 jam terakhir, iaitu rekod baharu, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kepada 254,197.

Jumlah kes pula meningkat hampir 350,000 menjadikan keseluruhan kes 23.3 juta, yang kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Ramai pakar percaya bahawa jumlah rasmi kematian di India, yang mempunyai salah satu sistem penjagaan kesihatan yang paling rendah di dunia, sebenarnya lebih tinggi.

"Kematian jauh lebih tinggi daripada apa yang ditunjukkan oleh data rasmi kami," kata Anant Bhan, seorang penyelidik dasar kesihatan dan bioetika bebas. - AFP

Tatkala pandemik itu semakin reda di bandar besar, ia menjadi tidak terkawal di kawasan pedalaman India yang luas, di mana dua pertiga penduduknya tinggal.

Rabu, 28 April 2021

Covid-19: Situasi di India menyayat hati - WHO

KEADAAN di sebuah tempat pembakaran mayat pesakit Covid-19. FOTO AFP
KEADAAN di sebuah tempat pembakaran mayat pesakit Covid-19. FOTO AFP

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kebimbangan mengenai lonjakan kes baharu dan kematian akibat Covid-19 di India.

"Situasi ini amat menyayat hati," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, kepada pemberita.

Kenyataannya susulan gelombang penularan Covid-19 di India menyebabkan kesesakan hospital, manakala krematorium di negara itu beroperasi pada kapasiti maksimum.

Lonjakan kes sejak beberapa hari lalu menyebabkan keluarga pesakit menggunakan media sosial kerana terpaksa meminta bantuan bekalan oksigen dan mengetahui lokasi di mana hospital yang masih mempunyai katil.

Situasi itu juga menyebabkan New Delhi kini melanjutkan sekatan pergerakan (lockdown).

WHO berkata, pihaknya menggerakkan 2,600 pakar daripada pelbagai program termasuk polio dan tuberkulosis (batuk kering) untuk membantu pihak berkuasa kesihatan India.

India dengan populasi 1.3 bilion menjadi pusat penularan terbaru pandemik itu yang sudah menyebabkan lebih tiga juta kematian di seluruh dunia.

Susulan perkembangan membimbangkan ini, pelbagai negara termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) menghantar bekalan bantuan ke negara berkenaan.-myMetro

Sabtu, 23 Januari 2021

Covid19:12,400 Dijangkiti Selepas Suntikan Vaksin


Lebih 12,400 orang di Israel dilaporkan dijangkiti setelah menerima vaksin Pfizer COVID-19, menimbulkan keraguan terhadap keberkesanannya, walaupun dilaporkan 95 peratus berjaya dalam ujian klinikal Tahap III. 

Ini boleh menjadi tanda bahawa keberkesanan vaksin tidak semestinya sama dengan data dari eksperimen, yang dipengaruhi oleh banyak elemen seperti persekitaran eksperimen dan populasi yang diuji, kata beberapa pakar.

 Lebih penting lagi, para pakar memberi amaran bahawa vaksin bukanlah ubat mujarab. Orang ramai harus mengetahui bahawa cara yang paling berkesan ialah memakai topeng dan pakaian pelindung, kata mereka. 

Kementerian kesihatan Israel menguji 189,000 orang setelah mereka menerima vaksin Pfizer dan 6.6 peratus orang, termasuk 69 yang telah menerima dua tembakan, masih diuji positif untuk COVID-19, menurut laporan media. 

 Satu dos vaksin Pfizer COVID-19 muncul “kurang berkesan daripada yang kita sangka,” dan juga lebih rendah daripada yang disarankan oleh Pfizer, kata pesuruhjaya koronavirus Israel Nachman Ash sebelumnya kepada media pada hari Selasa. 

Pfizer mengatakan bahawa satu dos vaksinnya sekitar 52 peratus berkesan, lapor media. 

Pemerintah Israel sebelumnya mengumumkan rancangan untuk memvaksinasi 5.2 dari sembilan juta penduduknya pada bulan Mac. 

Sehingga Selasa, lebih daripada dua juta telah divaksinasi, lapor media tempatan. 

 Presiden Persatuan Industri Vaksin China, Feng Duojia, mengatakan kepada Global Times pada hari Khamis bahawa ada kemungkinan bahawa penerima vaksin dijangkiti sebelum mereka mengalami kekebalan. 

 Daripada mencegah penerima sepenuhnya dijangkiti, fungsi utama vaksinasi adalah untuk mengurangkan kadar kejadian atau mencegah penerima daripada mendapat gejala serius, Feng menjelaskan.

 Biasanya, diperlukan 14 hari untuk vaksin untuk membina imuniti yang berkesan dalam tubuh penerima. 

 Menurut laporan media, dalam dua minggu setelah dosis pertama, penerima di Israel menunjukkan kadar jangkitan serupa dengan mereka yang belum mendapat tembakan. 

Tetapi mereka yang diberi vaksin mula menunjukkan 33 persen lebih sedikit jangkitan baru daripada yang lain selepas dos kedua.

 Perbezaan antara dunia nyata dan persekitaran eksperimen, seperti skala peserta dan sama ada penerima terus memakai topeng setelah suntikan, juga dapat menyebabkan ketidaksesuaian hasil, menurut para ahli yang dicapai oleh Global Times. 

 Apa-apa vaksin, setelah disetujui untuk digunakan, akan melalui penilaian lebih lanjut yang dijuluki sebagai “Ujian klinikal Tahap IV” pada massa orang yang menerimanya untuk mempelajari keselamatan dan keberkesanannya lebih lanjut, menurut Feng. 

 Kaedah yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan coronavirus masih merupakan langkah perlindungan fizikal, seperti memakai topeng dan pakaian pelindung, kata para pakar. 

 Beberapa negara bergantung pada vaksin sebagai penyelamat hidup kerana mereka telah mencuba semua langkah lain tetapi gagal. 

Tetapi vaksin bukanlah ubat mujarab, kata para pakar – Globaltimes

Selasa, 19 Januari 2021

Terkini:Angka kematian Covid19 global melebihi 2.03 juta

 


ANGKA kumulatif kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia pada Selasa melebihi sebanyak 2.03 juta kes dengan jumlah keseluruhan 95,488,424 kes melibatkan 191 buah negara.

Berdasarkan laporan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) masih kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 398,879 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 209,847 kes, manakala India sebanyak 152,419 kes dan Mexico pula merekodkan 140,704 kes kematian.

Kemudian, negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 termasuk United Kingdom, Perancis, Itali, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan di antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Colombia, Jerman, Argentina, Peru, Afrika Selatan dan Poland.

Bagi, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium, negara ini merekodkan lebih 20,000 kematian.

Selain itu, kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah paras 20,000 kes termasuk Malaysia sebanyak 605 kematian.

Isnin, 2 November 2020

COVID-19: Jangkitan seluruh dunia hampir 46.4 juta dan angka kematian hampir 1.2 juta 0rang

 


JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 46,386,903.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 9,189,715 kes.
Ini diikuti India dengan 8,184,082 kes dan Brazil, 5,535,605 kes.

Negara yang melepasi angka satu juta kes adalah Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina, Colombia dan United Kingdom.

Negara dengan kes positif COVID-19 lebih setengah juta adalah Mexico, Peru, Afrika Selatan, Itali, Iran, Jerman dan Chile.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus tersebut adalah Iraq, Indonesia, Bangladesh, Belgium, Ukraine, Filipina, Turki, Belanda, Arab Saudi, Poland dan Pakistan.

Sementara itu, 18 negara lain merekodkan kes positif COVID-19 dalam lingkungan 100,000 hingga lebih 200,000 kes.

Terdapat juga beberapa negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Sementara itu...


JUMLAH kumulatif bilangan yang maut akibat COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 1,198,942 kes.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 230,870 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 159,884 kes, India 122,111 kes dan Mexico 91,753 kes kematian.

Manakala, angka korban di United Kingdom mencecah 46,807 kes.

Itali, Perancis, Sepanyol, Iran, Peru, Colombia dan Argentina pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Selasa, 8 September 2020

COVID-19: Lebih 889,000 terkorban, 27 juta jangkitan seluruh dunia

 
(Gambar hiasan) Seorang pesakit COVID-19 dirawat di sebuah hospital di Jawa Barat. - FOTO AFP

PARIS: Wabak COVID-19 meragut sekurang-kurang 889,498 nyawa di seluruh dunia, menurut satu penjumlahan daripada sumber rasmi yang dikumpulkan oleh AFP setakat jam 11 pagi semalam.

Sekurang-kurang 27,172,460 kes direkodkan dengan 17,892,800 pesakit terbabit dilaporkan sembuh.

Penjumlahan berdasarkan data dikumpul AFP daripada pihak berkuasa dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu bagaimanapun berkemungkinan hanya sebahagian daripada bilangan sebenar jangkitan.

Ia berikutan banyak negara hanya melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap kes paling serius atau bergejala.

Kelmarin, sebanyak 7,726 kematian dan 230,852 jangkitan yang baharu direkodkan di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan terkini, negara mencatatkan angka korban baharu tertinggi ialah India dengan 1,016 kematian, diikuti Brazil (447) dan Amerika Syarikat (AS) (408).

Setakat ini, AS adalah negara paling terkesan dengan 188,941 kematian daripada sejumlah 6,277,847 kes, manakala sekurang-kurang 2,315,995 pesakit telah dilaporkan sembuh.

Negara kedua paling terkesan ialah Brazil yang mencatatkan 126,650 kematian daripada 4,137,521 jangkitan, diikuti India (71,642 kematian, 4,204,613 jangkitan), Mexico (67,558 kematian, 634,023 jangkitan) dan United Kingdom (UK) (41,551 kematian, 347,152 jangkitan).

Peru pula muncul negara merekodkan angka korban tertinggi berbanding jumlah populasi, iaitu 90 kematian bagi setiap 100,000 penduduk, disusuli Belgium (85), Sepanyol (63), UK (61) dan Chile (61).

China, tidak termasuk Hong Kong dan Macau, mengisytiharkan 85,134 kes setakat ini meliputi 12 jangkitan baharu sejak kelmarin, termasuk 4,634 kematian (sifar korban baharu) dan 80,320 pesakit sembuh.

Amerika Latin dan Caribbean mencatatkan 296,629 korban daripada 7,826,125 kes serta Eropah (218,369 kematian, 4,202,048 jangkitan), manakala AS serta Kanada 198,124 korban daripada 6,409,734 kes.

Asia pula melaporkan 106,036 kematian daripada 5,821,906 kes, Asia Barat (38,217 kematian, 1,581,175 kes), Afrika (31,312 kematian, 1,301,477 kes) dan Oceania (811 kematian, 30,002 kes). - AFP