"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Anthony Loke Siew Fook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anthony Loke Siew Fook. Papar semua catatan

Khamis, 6 Mei 2021

Apakah UMNO akan bersama PH dan akur Anwar sebagai PM?

 1. Pakatan Harapan (PH) begitu optimis akan membentuk kerajaan selepas PRU15 dan menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri (PM) jika PH memperolehi majoriti yang cukup.

UMNO kena terima Anwar jadi PM, kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke

2. Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP mensyaratkan jika mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan PH dalam pilihan raya umum akan datang hendaklah menerima Anwar sebagai calon PM.

3. Syarat yang dikemukakan DAP ini tentulah ditujukan kepada parti-parti lain yang dilihat tidak menyokong Perikatan Nasional seperti parti Warisan termasuk juga Parti Pejuang dan Parti Muda yang sedang menanti kelulusan pendaftaran parti itu daripada RoS.

4. Loke juga membayangkan kemungkinan partinya DAP bersama-sama PKR dan AMANAH di dalam PH akan bekerjasama dengan UMNO pada musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, itu pun dengan syarat UMNO hendaklah bersetuju Anwar menjadi calon PM.

5. Syarat yang dikemukakan ini mungkin tidak menjadi masalah besar kepada UMNO kerana bunga-bunga jalinan kerjasama ini nampaknya telah diungkap sendiri oleh Presiden parti itu di dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 ketika menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15 nanti.

6. Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi bayangan parti yang dipimpinnya itu tidak menolak kemungkinan akan membentuk jajaran baharu dengan parti lain jika pilihan itu yang terbaik untuk membentuk kerajaan baharu tanpa PN.

7. Masalahnya apakah semudah itu UMNO boleh menebus maruahnya yang secara terang menolak Anwar menjadi PM dan juga tidak akan bersekongkol dengan DAP.

8. Keputusan ‘No Anwar’ dan ‘No DAP’ yang digemakan di dalam PAU 2020 itu walaupun ia dilihat bertentangan dengan kecenderungan Zahid sendiri yang lebih mereng dengan Anwar yang dianggap sebagai cikgunya, namun bukanlah ia menjadi rumit untuk Zahid membetulkan salah faham ahli-ahli UMNO ini.

9. Zahid yakin akhirnya nanti ahli-ahli UMNO boleh menerima Anwar walaupun sukar untuk UMNO selenggang bersama DAP.

10. UMNO nampaknya sudah berpatah arang berkerat rotan tidak boleh bekerjasama lagi dengan PN. Parti daulah Melayu ini dilihat lebih serasi bermukah dengan PKR dan DAP setelah kecewa untuk mengangkat martabat penyatuan Melayu bersama PAS dan PPBM. UMNO semakin berani mengalihkan sauhnya untuk mendayung era perjuangan keMelayuannya bersama PKR dan DAP.

11. Apa yang pasti kehadiran UMNO dalam jajaran baharu bersama PKR, DAP dan AMANAH bakal menyaksikan episod norma baharu politik yang diimpikan oleh UMNO sendiri.

-agendadaily.com

Rabu, 14 April 2021

DAP ‘yakin’ Anwar terima pendiriannya, tidak jalin kerjasama dengan pemimpin kleptokrat

 


PETALING JAYA:
 DAP menerima penafian Anwar Ibrahim mengenai rakaman audio kontrovesi baru-baru ini dan “yakin” presiden PKR itu tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan pemimpin rasuah.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, yakin Ketua Pembangkang itu memahami syarat dan prinsip DAP berhubung kerjasama dengan pemimpin di luar kerangka Pakatan Harapan.

Beliau berkata, DAP menerima baik penafian Anwar berhubung rakaman audio yang dikaitkan dengan beliau dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Anwar dan Zahid nafi mengadakan perbualan itu, namun rakaman itu dicanang oleh sesetengah pihak sebagai bukti wujud kerjasama antara dua pemimpin itu dalam menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

“Anwar sudah nafi secara terbuka dan kita (DAP) terima jawapan itu dengan prinsip kepercayaan terhadap Anwar,” kata Loke.

Beliau yakin, Anwar selaku pengerusi PH, akur dengan pendirian DAP berhubung kerjasama dengan pihak di luar gagasan itu.

“Kita tidak boleh memasukkan pemimpin kleptokrat yang disabitkan kesalahan dari segi rasuah dan sebagainya.

“Ada garis merah di situ dan saya cukup yakin ia difahami oleh Anwar,” kata beliau.

DAP sebelum ini menyifatkan Zahid sebagai pemimpin yang tercalar kewibawaannya.

Presiden Umno itu menghadapi perbicaraan atas pelbagai tuduhan rasuah, selain menghadapi desakan dari dalam dan luar parti untuk berundur.

Loke berkata, sebarang kerjasama yang mahu diwujudkan oleh PKR pimpinan Anwar dengan Umno perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam Majlis Presiden PH.

Bagaimanapun, pada Loke, pendirian DAP dan Umno adalah jelas mengenai isu kerjasama antara mereka.

“DAP sudah memutuskan kita tidak ada kerjasama dengan Umno pada PRU15. Begitu juga, Umno kata ‘No DAP’. (Jadi) kita kembalikan mandat kepada rakyat,” kata beliau.

Loke berkata DAP mahukan PH berusaha membentuk kerajaan baharu bawah pimpinan Anwar pada PRU15 terlebih dahulu.

“Yang paling ideal bagi PH, bawah pimpinan Anwar, kita boleh membentuk kerajaan.

“Namun jika tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan, kena lihat keputusan PRU15 (untuk timbang) sama ada ruang untuk kerjasama (dengan parti lain),” tambahnya.

-mindarakyat

Selasa, 12 Januari 2021

Annuar ulangi dakwaan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno jumpa Loke dari DAP

 


Annuar Musa berkata, jika Umno mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan DAP, ia sepatutnya dibincangkan dalam parti.

PETALING JAYA: Bekas setiausaha agung Barisan Nasional, Annuar Musa mengulangi dakwaannya beberapa pemimpun Umno menemui Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook.

Dalam wawancara dengan TV Pertiwi, Annuar berkata, pemimpin itu termasuk ahli MKT, badan tertinggi pembuat keputusan parti itu, tetapi beliau tidak menamakan pemimpin terbabit.

“Memadai saya menyatakan saya mendapat maklumat sahih… bahawasanya di luar keputusan parti ada pimpinan tertinggi parti yang terlibat dalam pertemuan dengan Anthony Loke dari DAP,” katanya ketika diminta untuk menjelaskan dakwaannya baru-baru ini yang Umno sedia bekerjasama dengan DAP untuk menubuhkan kerajaan baru.

Beliau berkata, jika ada rancangan untuk bekerjasama dengan DAP, ia sepatutnya dibincangkan dalam parti.

“Saya tak kata salah atau tidak salah perbuatan itu, terpulang kepada penilaian.

“Saya hanya menyatakan perisitwa yang berlaku dan sebagai setiausaha agung parti yang menjalankan keputusan parti, perkara-perkara tersebut (kerjasama dengan DAP) tidak pernah diputuskan oleh parti.”

Mengenai rancangan yang dikatakan itu ada kaitan dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang sedang menghadapi perbicaraan rasuah, Annuar berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang tuduhan.

“Kami masih kawan. Saya hanya mahu bercakap mengenai fakta dan kebenaran saja,” katanya sambil menambah beliau tidak berdendam atas penyingkirannya daripada jawatan setiausaha agung.

Minggu lalu, Annuar mendakwa dasar Umno “no DAP-no Anwar” dan sokongan “en-bloc”untuk kerajaan Perikatan Nasional tidak dihormati sesetengah individu yang mahu bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan baru.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kemudiannya membidas Annuar dengan mendakwa beliau mereka cerita berhubung kerjasama Umno-DAP.-FMT