"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Krisis Air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisis Air. Papar semua catatan

Selasa, 20 Oktober 2020

Isu air di Selangor, bila nak selesai ?

 


KUALA LUMPUR:
 Gangguan bekalan air mentah tidak berjadual di Lembah Klang sejak semalam, bukanlah pertama kali berlaku dan kejadian kali ini, pastinya mengundang marah masyarakat kerana terpaksa berdepan masalah serupa beberapa kali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjelaskan bahawa pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor kali ini menjejaskan 1,196,457 pemegang akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan sekitar Lembah Klang iaitu di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Air Selangor juga memberitahu pencemaran sumber air mentah yang dikesan pada jam 2 pagi, 19 Oktober menyebabkan henti tugas operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

Mengulas masalah yang seolah-olah tidak berpenghujung ini, Pensyarah Kanan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Yusoff Ishak mencadangkan supaya keupayaan dan kepakaran agensi berkaitan pencemaran sumber air dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa

"Kes pencemaran mengambil masa yang terlampau lama untuk dibawa ke mahkamah dan begitu juga perbicaraan sebelum sebarang keputusan dapat dicapai.

"Selain faktor bahan cemar yang semakin banyak dan terbaharu, teknologi serta sains bidang forensik alam sekitar di Malaysia juga jauh ketinggalan berbanding teknologi lain," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pihak berkuasa harus memikirkan inisiatif untuk mewujudkan rizab air mentah hingga 20 peratus, membina simpanan air mentah luar sungai dan mewartakan rizab sungai bagi mengelak perkara sama berulang pada masa hadapan.

"Bidang forensik alam sekitar perlu diperkasakan semula. Ia perlu dikemas kini dengan kemudahan makmal dan peralatan terkini dalam mengesan unsur bahan cemar, memandangkan kehadiran pelbagai jenis bahan kimia generasi baharu serta faktor iklim di negara ini yang mendatangkan cabaran kepada agensi.

"Kerjasama serta perkongsian alatan serta kaedah pengenalpastian bahan hasil kajian pakar di universiti boleh membantu pihak agensi," katanya.

Bagi Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S Piarapakaran, pada 7 September lalu pihaknya sudah mengemukakan cadangan pindaan segera terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dengan menambah seksyen baharu untuk membolehkan tuntutan kerugian oleh pihak yang terjejas.

"Seksyen ini akan membolehkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat pengiraan kehilangan pendapatan dan kos tambahan yang ditanggung pihak yang terbabit semasa kejadian pencemaran. Dengan cadangan pindaan itu, pesalah perlu membayar denda, kos pembersihan dan tuntutan dari pihak yang terjejas," katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye, berkata gangguan air terbaharu itu sukar dipercayai dan tidak dapat diterima kerana ia berlaku selepas laporan pemulihan bekalan air di 686 kawasan akibat gangguan air, sebelum ini.

"Gangguan bekalan air semalam disebabkan oleh pencemaran bau di Sungai Selangor. Secara kebetulan, ini adalah sungai sama yang tercemar dan menjejaskan bekalan air mentah kepada jutaan pengguna, kurang tiga bulan lalu," katanya dalam kenyataan.

Menurut Lam Thye, gangguan bekalan air kali ini, sukar dipercayai. tidak dapat diterima dan mencetuskan skandal.

"Nampaknya semua nasihat dan rayuan yang dibuat selama ini tidak diendahkan dan ia umpama mencurah air ke atas daun keladi," katanya.

Beliau berkata, gangguan bekalan air itu memburukkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang berdepan dengan ancaman jangkitan COVID-19 yang menular dengan cepat kini.

"Antara prosedur operasi standard (SOP) semasa penularan wabak ini ialah kita perlu menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan. Tetapi bagaimana seseorang hendak melakukannya tanpa air?

"Ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita juga tidak boleh pergi ke rumah rakan-rakan untuk menumpang mandi," katanya.

#Sumber :   – BERNAMA/Mindarakyat

Isnin, 7 September 2020

Jamal Md Yunos ‘bertuala’ lagi, kambing punya MB Selangor

 Jamal Md Yunos ‘bertuala’ lagi, kambing punya MB Selangor

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Pada Disember 2016 ketika krisis air melanda negeri Selangor, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil bertuala di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Kini setelah beberapa tahun kejadian itu berlaku, Jamal menerusi laman facebook rasminya muncul kembali dengan tiga video pendek berdurasi kurang dua minit yang memaparkan dirinya dalam keadaan bertuala dengan latar belakang sungai yang dikatakannya di Tanjung Malim.

Menerusi salah satu video itu, beliau berharap kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) memberi fokus dan keutamaan dalam menangani permasalahan air.

“Dulu saya bertuala ke SUK (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor) ingin menumpang mandi di Pejabat Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, saya dikatakan gila,

“Saya dikecam dengan hebatnya, ditonton lebih 20 juta di seluruh negara dan dunia, kata saya seorang yang tidak siuman lagi,

“Tapi pada hakikatnya, apa yang saya lakukan ketika itu adalah ingin memberitahu kerajaan negeri permasalahan air ini amatlah besar kesannya kepada rakyat,

“Apa pun masalahnya kita tak kiralah, sungai tercemar, mesin rosak, jana kuasa terbakar dan ‘whatever’, tetapi masalah yang berlaku itu memberi kesan kepada jutaan manusia, sampai bilakah masalah air ini akan di selesaikan,” katanya dalam video tersebut.

Dalam video itu juga, Jamal berkata rumahnya sudah 3 hari tiada bekalan air dan terpaksa datang mandi ke sungai di Tanjung Malim.

“Jadi anda yang kecam saya dulu bagaimana? Jom datang ikut saya mandi di sungai… Air tak ada… Apa yang MB (Menteri Besar Selangor) buat ketika ini..bye..,” katanya.

Menerusi hantaran video keduanya, Jamal berkata “Kambing Punya Menteri Besar Selangor…Apa.. Dia Ingat Kami Rakyat Selangor Ini Kambing Ke Apa..Tak Payah Mandi,” tulisnya.

Manakala entri video ketiga di facebooknya, beliau mengajak orang ramai bersama-sama untuk membuat bantahan di SUK pada Khamis (10 Sept 20) ini.

“Jom ramai-ramai kita bertuala untuk menyatakan protes terhadap kerajaan negeri, kegagalan MB menyediakan perkhidmatan bekalan air yang terbaik untuk rakyat Selangor,

“Jom bersama-sama saya dengan memakai tuala, letak berus gigi ditelinga dan membawa satu gayung sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri tentang permasalahan ini pada Khamis jam 10.30 pagi,

“Jom kita bertuala ke SU…pejabat MB untuk menumpang mandi dipejabat beliau…ada berani…” katanya. – airtimes.my

Ahad, 6 September 2020

Kecuaian Exco Alam Sekitar punca Selangor tiada air?


APA erti Hari Kebangsaan sekiranya negara yang bebas ini masih dibelenggu dengan masalah-masalah remeh akibat daripada pentadbir yang dungu, yang diberi amanah namun tidak mengambil peduli, alpa dan cuai.

Sikap-sikap ini menyebabkan hampir seluruh negeri Selangor sekali lagi berdepan dengan masalah terjejas bekalan air, yang berpunca daripada pencemaran Sungai Selangor oleh sebuah kilang.

Sebelum ini, kilang terbabit pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan sama, tetapi masih mengulangi perkara tersebut.

2. Hari ini, 4 September 2020, hampir seluruh negeri Selangor terpaksa menanggung kerugian berlipat kali ganda berbanding bayaran kompaun yang tidak seberapa, yang dikenakan ke atas kilang degil tersebut.

Kes ini menyebabkan ratusan kilang dan kedai di negeri Selangor terjejas atas keangkuhan bodoh pengusaha kilang, yang tidak mengambil peduli langsung soal kebersihan alam sekitar dan orang ramai.

Tindakan itu juga mengakibatkan tumpahan sisa minyak dan telah menjejaskan bekalan air kepada 1.2 juta penduduk Selangor sehingga tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

3. Exco Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata, siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati, kilang itu gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, selain menemui bau seakan-akan pelarut mengalir ke dalam sungai.

Meskipun kilang ini telah pun diarah ditutup sementara menunggu keputusan siasatan, perkara yang menjadi masalah sekarang ialah siapakah yang akan menanggung kos kerugian kilang dan premis yang terjejas pengeluaran dan perniagaan mereka, yang juga menjejaskan kehidupan orang ramai?

4. Kegagalan pihak kerajaan negeri memantau secara rapi dari semasa ke semasa sepatutnya dilakukan oleh LUAS bersama agensi berkaitan.

Ianya bagi memastikan pencemaran bau dapat dikawal dari awal lagi dan perkara ini sangat mendukacitakan.

Exco Alam Sekitar patut dipecat dan diminta membayar segala ganti rugi yang ditanggung oleh orang ramai yang terjejas.

Ini gara-gara sikap malas Exco terbabit dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya.

5. Alasan Loy Sian sekadar membuat kenyataan kononnya beliau kesal dengan sikap pengusaha kilang, dengan mengatakan tahap kesedaran serta rasa tanggungjawab pengusaha kilang masih rendah, apabila ada sesetengah pihak mengambil jalan mudah membuang sisa di dalam sungai.

Ini adalah alasan retorik bagi menuding jari kepada pihak lain, padahal beliau yang berperanan sebagai Exco Alam Sekitar perlu bertanggungjawab atas perkara ini.

6. Sikap malas beliau itu telah pun menyebabkan tujuh wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) negeri ini terpaksa dihenti tugas pagi ini.

Siapa yang harus dipertanggungjawabkan ke atas kecuaian ini dan siapa pula yang patut membayar ganti rugi yang membabitkan jutaan ringgit berikutan urus niaga harian para peniaga terjejas?

7. MUAFAKAT memandang serius hal yang membabitkan ekosistem alam sekitar dan kesihatan rakyat umumnya.

Kami tidak mahu memutar belit isu politik yang sama seperti yang berlaku di Johor pada Mac tahun lalu.

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang menyebabkan lebih 4,000 orang jatuh sakit serta penutupan 111 sekolah di daerah Pasir Gudang, kini dimainkan di negeri Selangor pula.

8. Rakyat hari ini perlu peka dan bijak dalam memilih kerajaan, jangan lagi memilih kerajaan yang hanya pandai bercakap tetapi apabila memegang kuasa, mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Kerajaan seperti ini hanya pandai melalak mencari kesalahan orang lain, padahal diri sendiri jauh lebih teruk apabila diberi amanah.

9. Justeru, adalah bijak jika Menteri Besar memecat mereka yang gagal ini daripada berterusan menjadi beban kegagalan menerajui negeri yang dimenangi.

Undang-undang untuk tidak mendirikan kilang di sepanjang pinggiran sungai di seluruh negeri Selangor perlu digubal

Apa yang menghairankan, negara Singapura yang bergantung air dari negara kita tidak pernah sekalipun mengalami pencemaran air sejak ia keluar dari Malaysia, mengapa?


Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

#Sumber :  IsmaWeb