"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Presiden Amerika Syarikat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Presiden Amerika Syarikat. Papar semua catatan

Rabu, 22 Oktober 2025

King Trump Murka Kerana Colombia Enggan Serang Venezuela: Ego Imperium Yang Sedang Runtuh!

 "King Trump Murka Kerana Colombia Enggan Serang Venezuela: Ego Imperium Yang Sedang Runtuh!" 

Dalam dunia diplomasi, amarah seorang pemimpin kadangkala mendedahkan lebih banyak kebenaran daripada seribu kenyataan rasmi. Minggu ini, Presiden Colombia, Gustavo Petro, membuka rahsia yang lama tersimpan. Donald Trump pernah marah besar kerana Colombia enggan menyertai rancangan serangan ketenteraan terhadap Venezuela.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2019, ketika Amerika Syarikat giat menekan kerajaan Nicolás Maduro. Trump pada waktu itu mahu menjatuhkan pemimpin Venezuela itu dengan alasan kononnya demi demokrasi. Hakikatnya, ia berkait rapat dengan perebutan minyak dan kuasa di benua Amerika Latin.

Petro menjelaskan bahawa Trump menekan Colombia supaya turut serta dalam operasi ketenteraan menentang Venezuela, tetapi pihak pemerintah enggan. Penolakan itu mencetuskan kemarahan luar biasa dari Rumah Putih, kerana dalam pandangan Trump, negara kecil sepatutnya tunduk kepada arahan kuasa besar.

Rancangan menjatuhkan Maduro sebenarnya sudah lama dirancang. Venezuela memiliki simpanan minyak terbesar di dunia, malah lebih besar daripada Arab Saudi. Sejak Hugo Chávez menukar orientasi ekonomi negaranya kepada model sosialis dan mula menjual minyak dalam yuan serta ruble, Amerika melihat Caracas sebagai duri dalam sistem petrodollar.

Bagi Trump, langkah Venezuela menolak dominasi dolar ialah satu pengkhianatan. Maka datanglah rancangan untuk menggulingkan Maduro, menggantikannya dengan Juan Guaidó dan memulihkan cengkaman Amerika ke atas minyak Caracas. Namun rancangan itu gagal sepenuhnya.

Trump marah bukan kerana demokrasi gagal ditegakkan, tetapi kerana egonya tercalar. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa ada negara Amerika Latin yang berani berkata tidak kepada Washington. Dalam logiknya, Amerika mesti diikuti tanpa soal kerana dia melihat dunia seperti syarikat besar yang seluruh cawangannya wajib patuh kepada bos di ibu pejabat.

Inilah wajah sebenar doktrin “America First.” Ia bukan tentang memperjuangkan rakyat sendiri, tetapi tentang memastikan Amerika terus di atas semua orang. Dalam tangan Trump, slogan itu berubah menjadi “America Above All.” Semua negara lain hanyalah pelengkap cerita yang mesti tunduk pada kehendak ekonomi dan tentera AS.

Apabila Colombia enggan menyertai rancangan gila itu, Trump melenting. Petro berkata, presiden itu “menjerit marah” dan menganggap keengganan itu satu pengkhianatan. Namun hakikatnya, Colombia tahu harga yang bakal dibayar jika tunduk. Mereka akan menjadi pangkalan perang yang musnah tanpa sebarang keuntungan.

Trump bukan tidak waras. Dia sangat sedar dengan apa yang dilakukan. Cara dia berpolitik mencerminkan strategi klasik Amerika sejak Perang Dunia Kedua dengan menggunakan sekatan, tarif dan ancaman tentera untuk memaksa negara lain akur. Bezanya, dia tidak berselindung di sebalik alasan hak asasi. Dia terus mengarah dan menekan.

Ketika perang perdagangan dengan China, Trump menaikkan tarif import hanya kerana tidak mampu bersaing dalam inovasi. Dia menekan Eropah supaya berhenti membeli gas Rusia. Dia menarik diri daripada perjanjian iklim Paris dengan alasan “Amerika rugi.” Semua ini menggambarkan mentaliti seorang pemimpin yang melihat dunia sebagai papan catur miliknya.

Venezuela menjadi sasaran kerana ia tidak tunduk kepada sistem kewangan antarabangsa yang dikawal Barat. Caracas membina pakatan baharu bersama Rusia, China dan Iran, mengukuhkan BRICS sebagai kuasa ekonomi alternatif. Inilah yang paling ditakuti Washington iaitu dunia tanpa kebergantungan kepada dolar.

Kemurkaan Trump terhadap Colombia menandakan sesuatu yang lebih besar. Ia bukan sekadar insiden diplomatik, tetapi isyarat bahawa hegemoni Amerika semakin rapuh. Negara-negara Amerika Selatan kini bangkit menolak peranan “tuan lama” mereka. Brazil, Chile, Argentina dan Mexico mula beralih ke arah pakatan Timur.

Colombia sendiri kini lebih rapat dengan China dan menyertai inisiatif BRICS+. Bagi Petro, menolak tekanan Washington ialah langkah pertama untuk keluar daripada bayang penjajahan ekonomi yang sudah berakar sejak berabad lamanya.

Sementara itu, Venezuela kembali berdiri selepas sekatan dilonggarkan. Walaupun masih bergelut dengan ekonomi, semangat nasionalisme mereka hidup subur. Mereka melihat diri sebagai simbol penentangan terhadap hegemoni dunia yang tidak adil.

Dalam geopolitik global hari ini, Trump ialah simbol kepada dunia lama yang sedang runtuh. Dia mewakili sistem unipolar yang tidak lagi relevan. Dunia kini bergerak ke arah multipolar, satu dunia dengan banyak pusat kuasa, di mana tiada satu pun negara mampu menentukan nasib semua.

Namun Trump dan kelompoknya tidak mahu menerima realiti itu. Mereka masih percaya bahawa dunia harus tunduk. Itulah sebabnya beliau sering berperang dengan semua pihak seperti China, Rusia, Eropah, Iran, malah sekutu lama seperti Kanada dan Jepun.

Kemarahan Trump terhadap Colombia adalah kemarahan seorang pemimpin yang kehilangan kawalan. Ia seperti raksasa tua yang menjerit kerana rantai kekuasaannya semakin longgar. Amerika sedang menurun dari takhta, dan dunia sedang belajar berjalan tanpa arahan mereka.

MasyaAllah, sejarah sedang berulang. Ketika Firaun menolak perubahan, dia menghukum semua yang tidak tunduk. Begitulah sifat kuasa apabila dibiarkan tanpa akhlak dan iman. Amerika hari ini sedang meniru kesilapan yang sama dengan mahu menguasai bumi dengan tangan besi, tetapi lupa bahawa Allah lebih berkuasa daripada segala imperium.

Source 

---


Buku Amerika: Penguasa Dunia Baharu menyingkap wajah sebenar kuasa besar ini yang membina tamadun di atas penderitaan bangsa lain. Setiap halaman membongkar strategi rahsia mereka menggunakan ekonomi, media dan ketenteraan untuk menundukkan dunia. Fahami bagaimana sejarah keangkuhan mereka bermula dan ke mana halatuju dunia sedang bergerak hari ini: https://s.shopee.com.my/70BQ88Azn4

Rabu, 15 Oktober 2025

Pesta Jenayah di Knesset: Pengakuan, Keaiban, dan Kehinaan Pemimpin Umat

 Pesta Jenayah di Knesset: Pengakuan, Keaiban, dan Kehinaan Pemimpin Umat

Apa yang berlaku di Knesset Israel semalam bukan sebuah majlis rasmi biasa. Ia bukan sekadar ucapan politik atau lawatan diplomatik. Ia betul-betul kelihatan seperti pesta, pesta jenayah yang diraikan di depan dunia.

Trump berdiri megah di tengah dewan, senyum lebar, penuh yakin. Dengan nada bangga dia bercerita bagaimana dia menjadi pembekal utama senjata kepada Israel sepanjang serangan ke atas Gaza. Katanya dengan penuh riak,

“Bibi Netanyahu would call me so many times, can you get me this weapon, that weapon, that weapon? Some of them I never heard of, Bibi, and I made them. But we’d get them here, wouldn’t we? And they are the best. But you used them well.”

Dalam bahasa kita, maksudnya begini:

"Bibi Netanyahu akan telefon saya berkali-kali, minta senjata itu, senjata ini. Ada yang saya pun tak pernah dengar, tapi saya buat juga. Kami bawa semua ke sini. Ia senjata terbaik. Dan kamu gunakan dengan baik.”

Kalimat “you used them well” tu yang paling menyakitkan hati. Dia bangga sebab senjata yang dia hantar digunakan “dengan baik” untuk membunuh beribu-ribu rakyat Palestin yang tak bersenjata. Wanita, kanak-kanak, bayi, semua jadi angka. Semua jadi bahan pujian dalam dewan yang bertepuk tangan.

Trump sendiri mengaku dia tak tahu pun apa jenis senjata yang dia hantar. Tapi sebab Netanyahu minta, dia terus setuju. Tak peduli siapa yang akan mati. Tak peduli siapa yang akan hancur. Janji Netanyahu senang hati, janji Israel menang, janji dia dapat tepukan.

Lepas tu dia sambung lagi, katanya,

 “Today, skies are calm and guns silent.”

Memanglah senyap, sebab Gaza dah musnah. Berapa ribu dah mati? Bila semua dah terbunuh, bila rumah dah jadi debu, memanglah langit nampak tenang. Itu bukan damai, itu senyap selepas pembunuhan besar-besaran.

Dan di tengah semua itu, Trump masih boleh berdiri megah minta Knesset beri pengampunan kepada Netanyahu yang sedang dibicarakan kerana rasuah. Dewan ketawa, bertepuk tangan, sambil Trump tersenyum puas. Bukan lagi nampak macam parlimen, tapi pentas pesta meraikan jenayah.

Ada wartawan tulis,

“The scene in the Knesset with Trump is like watching the inverse of a war crimes tribunal. The leaders and facilitators of the Gaza genocide are congratulating each other and applauding their crimes.”

Betul. 

Ia memang macam tribunal jenayah perang yang diterbalikkan. Bukannya menghukum penjenayah, tapi meraikan mereka.

Tapi yang paling memualkan bukan apa yang Trump kata. Yang paling menyakitkan hati ialah reaksi pemimpin Islam sendiri. Lelaki yang baru saja mengaku membekalkan senjata untuk membunuh rakyat Palestin disambut dengan senyum, pelukan, dan ciuman. Macam tak ada rasa apa-apa. Macam tak ada jiwa yang tersentuh.

Presiden Pakistan memuji dan menyanjung Trump sampai suasana jadi janggal. Dipujinya beria ia, Trump presiden keamanan katanya, dan dia nak calonkan Trump untuk hadiah nobel sekali lagi. Tak pasti tahun bila yang dia maksudkan. 

Presiden Itali yang duduk di sebelah pun dilaporkan tutup mulut dan ketawa kecil, macam tak percaya apa yang dia tengok. Dunia melihatnya bukan sebagai diplomasi, tapi kebodohan yang menyedihkan.

Presiden Indonesia pula dilihat membontoti Trump ke sana sini, merayu nak jumpa anak Trump. Selepas mendengar sendiri pengakuan Trump di Knesset, itu yang dikejar?

Dan mereka bukan berdua. 

Ada lagi beberapa pemimpin negara Islam lain yang bersorak, yang bertepuk tangan, yang berpelukan dengan si pembunuh sambil senyum seolah-olah tak ada darah pun di tangan lelaki itu. Mereka berdiri dalam majlis-majlis antarabangsa, saling berpeluk mesra dengan pemimpin yang menaja senjata untuk membunuh umat mereka sendiri, tanpa sedikit pun rasa malu.

Dunia tengok. 

Dunia geleng kepala. 

Di Sidang Kemuncak Keamanan di Mesir, di hadapan ribuan jasad Palestin yang masih belum sempat dikebumikan, mereka memilih untuk tunduk. Tubuh-tubuh tahanan yang baru dibebaskan keluar dalam keadaan kurus, pucat, lemah, tapi pemimpin Islam masih mampu tersenyum dan menadah tangan kepada kuasa yang membunuh.

Ya Allah, sungguh memalukan. Pemimpin yang sepatutnya menjadi suara keadilan kini memilih diam. Yang sepatutnya membela umat, kini bersalaman dengan pembinasa umat.

Dunia sedang melihat, dan umat sedang menunggu, bila agaknya akan lahir pemimpin yang umat tunggu tunggu.

Source 

Ahad, 26 Januari 2025

Trump 2.0.: Umat Islam Akan Kena Kacau”

 “Trump 2.0.: Umat Islam Akan Kena Kacau”


Macam korang tahu, Donald Trump dah tandatangani perintah eksekutif yang disasarkan terhadap “pendatang asing”. Dah tentu tempiasnya teruk terhadap ekonomi Amerika. Tapi untuk kali ni, saya ulas sikit permainan halus Trump terhadap umat Islam.

Bawah perintah eksekutif ni,

1. pegawai-pegawai kerajaan kena senaraikan negara-negara. Untuk apa? Untuk penapisan maklumat supaya boleh sekat kemasukan warga-warga negara tu. Sama ada sekat separuh-separuh atau sekat terus.

2. pegawai-pegawai kerajaan juga kena kenal pasti jumlah pendatang sejak tahun 2021. Kemudian kumpulkan “maklumat relevan” tentang “tindakan dan aktiviti (mereka)”.

3. kalau maklumat tu dah cukup syarat nak sokong pengusiran, maka kena halau terus.

Syarat apa tu agaknya?

3a. Pendatang asing — termasuklah yang dah pun ada kat Amerika — tak boleh ada “hostile attitude” terhadap warga, budaya dan kerajaan Amerika. Dan pendatang asing juga “tak boleh menyokong pengg*nas dari segi hujah atau dana.”

Sini maksudnya korang yang dok baca ni pun kena sekali bawah perintah eksekutif tu.

Korang sokong PLSTN kan? Korang pernah kritik kerajaan Amerika tak? Yang kat Amerika tu, ada tak pelajar-pelajar antarabangsa join perhimpunan pro-saudara kita?

Sebab tu Jawatankuasa Anti-Diskriminasi Arab-Amerika (ADC) dah bising yang perintah eksekutif ni lagi dahsyat banding “Muslim ban” tahun 2017. Kali ni kerajaan Amerika berkuasa guna ideologi nak tolak permohonan visa dan halau orang yang dah pun ada kat sana.

Dan sekarang Marco Rubio dah pun jadi Setiausaha Negara Amerika. Rubio pernah jer bersuara nak halau pelajar antarabangsa yang join perhimpunan solidariti demi saudara kita. Malah platform Republikan tu sendiri berhujah kena halau “radikal pro-HMS” supaya kampus kolej “safe and patriotic again.”

Source 

Khamis, 21 Januari 2021

Joe Biden angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46

 


KUALA LUMPUR, 21 Jan —
 Amerika Syarikat (AS) menerima presiden baharu pada Khamis.

Joe Biden sah menjadi presiden ke-46 negara itu selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung.

Majlis angkat sumpah kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila ia dilakukan dengan keadaan norma baharu susulan penularan pandemik Covid-19.

Pada Pilihan Raya AS November lalu, Biden memperoleh 306 undi elektoral dan lebih 77 juta undi sekaligus menewaskan pencabar Donald Trump yang menerima 232 undi elektoral serta 72 juta undi orang ramai.

Terdahulu, Kamala Harris turut diangkat sebagai wanita berkulit hitam pertama mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden AS di Capitol Hill.

-mindarakyat

Isnin, 9 November 2020

Telatah Hollywood: Sanggup berpindah dari AS jika Trumph menang.

 

Penyanyi Material Girl, Madonna berkongsi kegembiraan atas kejayaan Biden melalui video istimewa yang dimuat naik di media sosial. Foto IG Madonna

Lady Gaga yang pernah berkempen untuk Biden, menganggap kejayaan Biden dan Kamala berjaya menunjukkan kepada duana sisi kebaikan dan keberanian sebenar. Foto IG Lady Gaga
HALAMAN HIBURAN
Hollywood raikan Biden, Kamala

KUALA LUMPUR: Kemenangan calon Demokrat, Joe Biden pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan dirinya dilantik sebagai Presiden dan mandat yang diberi kepada Kamala Harris sebagai Naib Presiden, disambut baik selebriti Hollywood.

Ramai bintang popular, malah ada antara mereka lantang menentang Donald Trump, menganggap kejatuhan bekas Presiden AS itu sebagai tepat pada masanya, agar negara boleh melangkah ke era baharu.

Antaranya John Legend dan isteri, Chrissy Teigen serta Ricky Martin yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan sanggup berpindah dari AS jika Trumph menang lagi.

"Saya ucapkan selamat maju jaya untuk Biden atas kemenangan ini. Terima kasih atas integriti dan semangat penyatuan kamu.

"Sebagai anak kelahiran Puerto Rico, saya bangga untuk memberi sokongan pada kempen pilihan raya yang penuh kesukaran ini.

"Buat Kamala, tahniah kerana mencipta kejayaan menjadi wanita pertama diangkat sebagai Naib Presiden AS dan berjuang dengan penuh maruah," kata Ricky di Twitter.

Penyanyi Pink pula bersyukur dan terharu apabila Biden menang.

Pink yang popular dengan lagu Just Give Me A Reason, lega dengan keputusan itu sambil berharap Presiden dan wakil terpilih bekerja dengan baik.

"Saya tumpang gembira untuk Kamala dan inspirasi yang dibawanya untuk kaum wanita.

"Negara ini memiliki banyak perkara yang boleh dilakukan bersama-sama. Saya yakin kita boleh mencapainya," katanya melalui Twitter.

Lady Gaga tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah untuk pucuk pimpinan baharu AS.

"Biden, Kamala dan rakyat AS, kalian menunjukkan kepada dunia sisi kebaikan dan keberanian sebenar.

"Cinta dan sokongan padu saya untuk Biden dan Kamala yang berjaya masuk ke White House," katanya.

Bintang legenda, Madonna juga berkongsi keseronokan di laman Twitter dengan menulis status ringkas tetapi bermakna.

"Tuhan merahmati Amerika. Kita berjaya melaluinya," katanya yang turut berkongsi video berjudul My Victory Dance, I'm On bagi meraikan kejayaan Biden.

Penyanyi Ariana Grande turut meluahkan rasa gembira dengan ucapan ringkas di Twitter.

"Saya menangis atas kejayaan Biden dan Kamala... Syukur," katanya.

-ibnuhasyim