"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Kakitangan Awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kakitangan Awam. Papar semua catatan

Selasa, 30 Ogos 2022

Bentuk bayaran KGT tambahan khas penjawat awam akan disemak - KSN

 Bentuk bayaran KGT tambahan khas penjawat awam akan disemak - KSN

Bentuk bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam akan disemak dengan Kementerian Kewangan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Bentuk bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam akan disemak dengan Kementerian Kewangan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata bayaran tambahan khas KGT itu perlu disemak bagi menentukan sama ada kenaikan itu berlaku berterusan (snowball effect) atau hanya kenaikan pada tahun 2023 sahaja.
(Perkara itu) kita akan teliti balik dengan Kementerian Kewangan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai KGT tambahan khas untuk penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada MAPPA XVIII yang dihadiri yang dihadiri kira-kira 4,000 penjawat awam.
Ismail Sabri mengumumkan KGT tambahan khas sebanyak RM100 itu kepada penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 yang akan dibayar mulai Januari 2023. Inisiatif baharu itu akan melibatkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.
-- BERNAMA

Rabu, 23 Februari 2022

Gaji minimum baharu RM1,800 sebulan untuk sektor awam - Cuepacs

 GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi mengulangi cadangan gaji minimum baharu RM1,800 sebulan untuk sektor awam berbanding RM1,200 sebulan ketika ini.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata pihaknya sebelum ini telah mengutarakan hal itu kepada Perdana Menteri dan mencadangkan gaji RM1,800 sebulan kerana berpendapat angka berkenaan adalah munasabah untuk dinilai kerajaan.

"Pada masa sama, Perdana Menteri juga telah memaklumkan di dalam Kabinet dan di Parlimen pada 27 November lalu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan mensasarkan (status sebagai) negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025 dengan meletakkan pendapatan isi rumah kepada RM10,000.

Namun sasaran di bawah RMK12 ini sudah tentu tidak akan tercapai sekiranya gaji minimum yang baharu ini tidak diubah oleh kerajaan sendiri," katanya ketika menjadi tetamu secara maya dalam program Koresponden terbitan Bernama TV bertajuk 'Penentuan Nasib Penjawat Awam' hari ini.

Beliau juga berkata sebelum ini, kerajaan telah menetapkan bahawa gaji penjawat awam disemak setiap 10 tahun dan kali terakhir sistem saraan perkhidmatan awam disemak ialah pada 2002.

"Cuepacs melihat apabila kerajaan sendiri menetapkan setiap 10 tahun maknanya tahun ini adalah tahun yang memerlukan kerajaan untuk menyemaknya semula.

"Sistem saraan yang baharu ini hendaklah boleh menampung keperluan penjawat awam supaya menerima gaji yang selesa, yang setimpal dengan kos perbelanjaan harian minimum yang juga telah berubah dengan (harga) barangan meningkat berkali-kali sejak tahun lalu," katanya.

-myMetro

Jumaat, 11 September 2020

Kenaikan gaji penjawat awam ada mekanisme lebih sesuai

Gambar dari atas: Ahmed Razman Abdul Latiff, Shazali Abu Mansor

KUALA LUMPUR - Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan bagi pelaksanaan segera kenaikan gaji penjawat awam disifatkan sebagai satu keperluan, namun tindakan itu tidak sesuai dilakukan sekarang.

Penganalisis ekonomi yang juga Profesor Kanan Ekonomi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, tidak dinafikan kenaikan gaji ketika ini adalah satu keperluan namun dalam keadaan dunia masih berdepan pandemik Covid-19, hal itu wajar diketepikan sementara waktu.

Menurutnya, ketika ini tumpuan kerajaan tidak hanya membantu kelangsungan ekonomi penjawat awam sebaliknya seluruh rakyat Malaysia perlu diberi perhatian.

“Kita tidak mahu sampai terjadi keadaan gaji sedia ada pun tidak mampu dibayar kerajaan seperti yang terjadi di Kuwait, negara Teluk yang kaya dengan hasil minyak itu dilaporkan mungkin menghadapi kesukaran membayar gaji penjawat awam selepas November ini.

“Kita tahu ada penjawat awam yang berdepan kesukaran hidup, jadi dalam hal ini Cuepacs mungkin boleh mencari mekanisme lain untuk membantu golongan penjawat awam terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tuntutan kenaikan gaji oleh Cuepacs sebagai salah satu daripada lima tuntutan yang dibuat kepada kerajaan.

Lima tuntutan itu termasuk kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai 2018 dan pemendekan tempoh kenaikan pangkat kali kedua dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018, selain pengumuman gaji tambahan kepada guru gred DG56.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat dilaporkan berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas permohonan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuat sejak Mac lalu berhubung tuntutan itu.

Sementara itu, penganalisis ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kerajaan sepatutnya bersedia duduk semeja berbincang bersama Cuepacs.

Katanya, dengan keperitan hidup disebabkan wabak Covid-19, mungkin ada antara lima tuntutan itu yang boleh dipenuhi kerajaan.

“Bagaimanapun, kita tidak mahu kakitangan kerajaan mendapat kenaikan gaji atau pangkat tanpa berdasarkan prestasi.

"Pada zaman IR 4.0 ini, apabila banyak urusan kerajaan dapat dilaksanakan secara digital, kakitangan kerajaan harus mampu menaik taraf kemahiran.

“Jika mereka mampu berbuat demikian, wajarlah mereka menerima kenaikan gaji dan pangkat,” katanya.

-SH Online