"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Konflik Palestin Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konflik Palestin Israel. Papar semua catatan

Rabu, 7 Ogos 2024

Yahya Sinwar diangkat sebagai pengganti Ismail Haniyeh mengetuai Hamas

 


Lahirnya Panglima Islam baru selepas perginya Singa Islam yg hebat. Begitulah titian perjuangan yg takkan terputus dengan Kematian. Sorang Pergi Lahirnya lebih ramai Panglima2 Perjuangan yg hebat. 

Kenal Panglima baru ni?  Baca Biografi beliau di sini https://en.m.wikipedia.org/wiki/Yahya_Sinwar . 

Perjuangan tetap diteruskan dan semoga Allah sentiasa bersama dengan mereka yg berjuang. 

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” ( Surah Al-Ankabut Ayat 69 )

فَلَا تُطِعِ ٱلۡكَٰفِرِينَ وَجَٰهِدۡهُم بِهِۦ جِهَادا كَبِيرا

“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan Al Quran dengan jihad yang besar” ( Surah Al-Furqan  Ayat 52 )

وَلَوۡ شِئۡنَا لَبَعَثۡنَا فِي كُلِّ قَرۡيَة نَّذِيرا، فَلَا تُطِعِ ٱلۡكَٰفِرِينَ وَجَٰهِدۡهُم بِهِۦ جِهَادا كَبِيرا

“Dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utuskan dalam tiap-tiap negeri, seorang Rasul pemberi amaran. Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. ( Surah Al-Furqan Ayat 51,52 )

Semoga Allah swt rahmati semua pejuang Islam tak kira di mana mereka berada, dan Allah swt kurniakan kita jiwa Pejuang yg sentiasa berjuang utk tegakkan Islam dalam setiap kerja buat kita insyaAllah. Amin Amin Amin.

Sumber 

Selasa, 9 Julai 2024

Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu dalam usaha jatuhkan Netanyahu

 

Protes tersebut memperlihatkan ribuan orang mengibarkan bendera Israel selain membawa plakad antikepimpinan Netanyahu. - Foto AP
Protes tersebut memperlihatkan ribuan orang mengibarkan bendera Israel selain membawa plakad antikepimpinan Netanyahu. - Foto AP

TEL AVIV - Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu menggesa pilihan raya baharu yang berpotensi menggantikan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu yang masih menguasai majoriti stabil di Parlimen.

Antara lain, protes tersebut memperlihatkan ribuan orang mengibarkan bendera Israel selain membawa plakad antikepimpinan Netanyahu.

Ini termasuk yang membabitkan undang-undang ketenteraan serta pengurusan beliau dalam perang dengan Hamas di Gaza dan Hezbollah di Lubnan.

Kemarahan warga Iisrael terhadap cara kepimpinan Netanyahu kini dilihat semakin memuncak.

Antara isu yang seringkali ditekankan oleh warga Israel setiap protes diadakan adalah pembebasan tebusan serta gencatan senjata kekal.

Sebelum ini, Netanyahu berkata, ketua Agensi Perisikan Mossad kembali dari pertemuan awal dengan pengantara di Doha, Qatar dan rundingan akan diteruskan minggu depan.

Kenyataan itu sangat berbeza dengan rundingan masa lalu dalam perang sembilan bulan di Gaza apabila Israel berkata, syarat yang dilampirkan oleh Hamas tidak boleh diterima.

Netanyahu memimpin salah satu gabungan berhaluan kanan paling lama di Israel.

Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan

Dalam perkembangan berasingan, Hamas telah menerima cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk memulakan perbincangan mengenai pembebasan tebusan Israel, 16 hari selepas fasa pertama perjanjian yang bertujuan menamatkan perang Gaza.

Menurut sumber kanan Hamas, pihaknya telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.

Hamas juga akan membenarkan rundingan pencapaiannya sepanjang fasa pertama enam minggu.

Dalam pada itu, seorang pegawai Palestin yang rapat dengan usaha damai pengantara antarabangsa berkata, cadangan itu boleh membawa kepada perjanjian rangka kerja jika diterima oleh Israel dan akan menamatkan perang sembilan bulan antara Israel dan Hamas di Gaza.

Sumber dalam pasukan perunding Israel berkata, kini terdapat peluang sebenar untuk mencapai persetujuan. - Foto fail/AP
Sumber dalam pasukan perunding Israel berkata, kini terdapat peluang sebenar untuk mencapai persetujuan. - Foto fail/AP

Sementara itu, sumber dalam pasukan perunding Israel berkata, kini terdapat peluang sebenar untuk mencapai persetujuan.

Jelasnya, ia sangat berbeza dengan kejadian masa lalu dalam perang sembilan bulan di Gaza, apabila Israel berkata, syarat yang dilampirkan oleh Hamas tidak boleh diterima.

Pada Jumaat, pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, rundingan akan diteruskan minggu depan dan menekankan bahawa jurang antara kedua-dua pihak masih kekal.

Seorang pegawai AS pula menambah, terdapat kemajuan sebenar tetapi masih banyak kerja perlu dilakukan.

Cadangan baharu itu memastikan pengantara akan menjamin gencatan senjata sementara, penghantaran bantuan dan pengunduran tentera Israel selagi rundingan tidak langsung terus melaksanakan fasa kedua perjanjian itu.

Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza telah dipergiat sejak beberapa hari lalu dengan diplomasi ulang-alik yang aktif antara Washington, Israel dan Qatar, yang mengetuai usaha pengantaraan dari Doha, di mana kepimpinan Hamas berpusat.

Sumber serantau berkata, pentadbiran AS sedang berusaha keras untuk mendapatkan perjanjian sebelum Pilihan Raya Presiden pada November. - Awani

-SH Online 

Selasa, 25 Jun 2024

Sifat Yahudi Israel:Mahu berhubungan baik dengan Malaysia tapi sebaliknya bom khemah sumbangan dari Malaysia

 

Antara kem perlindungan yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia dibom Israel.

1. Kem perlindungan di Gaza sumbangan rakyat Malaysia dibom Israel

JOHOR BAHRU: Serangan berterusan rejim Zionis di Gaza menyaksikan kem perlindungan dibina sumbangan rakyat Malaysia di An Nusairat dibom pada 11 Jun lalu menyebabkan seorang wanita Palestin maut, manakala lima lagi parah.

Friendship Shelter Camp 2 yang diusahakan dan dikendalikan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) serta sumbangan Pasaraya Econsave itu menempatkan 58 khemah diduduki 95 keluarga pelarian perang Gaza.

Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam, berkata kejadian itu mengakibatkan sebahagian besar khemah musnah sementara ada yang koyak, bocor serta rosak.

"Berdasarkan tinjauan dan siasatan Pengurus MyCARE Gaza, Dr Ziad Sahida, bukan sahaja khemah terbakar tetapi juga barang keperluan lain seperti makanan, selimut dan pakaian turut musnah.

"Turut menjadi sasaran bedilan tentera Zionis adalah kemudahan antaranya tangki air, telaga, tandas, parit dan lampu," katanya hari ini. 

Antara kem perlindungan yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia dibom Israel.

Mas Imran berkata, sehingga kini penghuninya masih tinggal di kem perlindungan terbabit walaupun sudah dibom dan banyak kemudahan asas sudah rosak.

Beliau berkata, Econsave menyumbang 30 khemah dengan kos RM120,000 termasuk tilam, bantal dan selimut manakala khemah dan kemudahan selebihnya sumbangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, pihaknya juga ralat apabila mendapat tahu infrastruktur asas dalam kawasan khemah antaranya surau, tandas, lampu serta saluran pembuangan dan kumbahan dengan kos RM250,000 ditanggung pihaknya turut musnah.

"Apa yang menyedihkan terdapat ramai keluarga yang masih tinggal dan meneruskan kehidupan di kem perlindungan ini yang baru dibuka pada 27 Mei lalu.

"Mereka tiada tempat untuk dituju selepas rumah mereka musnah dibom Israel.

"Keperluan mendesak masih diperlukan seperti makanan, minuman dan penempatan sementara bagi mereka meneruskan kehidupan. Keadaan bertambah teruk dengan serangan tanpa henti rejim zionis dan penutupan sempadan Rafah.

"Makanan dan minuman sangat terhad dan semua harga barang semakin meningkat," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulur bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad. (BH)

2. Israel mahu jalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia, Brunei. 

Gambar fail menunjukkan penduduk Yahudi mengibarkan bendera Israel ketika perarakan ‘Flag March’ minggu lalu. - Foto AFP

TEL AVIV: Israel bersedia menjalin hubungan dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei, lapor akhbar The Jerusalem Post.

Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni, dalam temu bual dengan akhbar berkenaan, berkata peluang itu akan membolehkan regim Yahudi memperbetulkan banyak salah faham berhubung konflik Israel-Palestin.

Tiga negara dengan majoriti penduduk beragama Islam di Asia Tenggara itu mengecam serangan 11 hari Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 250 warga Palestin bulan lalu.

Malaysia, Indonesia dan Brunei turut menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menghentikan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin.

(Lanjutnya lihat 'Israel mahu jalin hubungan dengan Malaysia, Indonesia, Brunei.'- AGENSI)

p/s:Inilah sifat munafik dan kepura-puraan bangsa yahudi...konon mahu berbaik tapi terus menikam dari belakang..laknat lah penyokong tegar kepada bangsa yahudi laknatullah Israel ni

Credit:Ibnu Hasyim

Jumaat, 21 Jun 2024

Jangan guna isu Palestin untuk ‘tunjuk pahlawan’, kata Anwar

 Tidak mengapa untuk berbeza pandangan, tetapi rakyat Malaysia harus bersatu memperjuangkan Palestin, kata PM.

PM Anwar Ibrahim bercakap dengan pemberita setelah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli politik tidak patut menunggang isu penderitaan rakyat Palestin untuk menunjukkan diri hebat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tiada masalah untuk dirinya dikritik, tetapi janganlah isu Palestin ini dimainkan untuk ‘tunjuk (diri) lebih pahlawan’.

“Orang mati di Gaza. Kalau nak ‘score political point’, ini bukan tempatnya,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kritikan yang ditujukan kepada kerajaan berikutan keputusan membenarkan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijual kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

Menurut pengkritik, GIP dikatakan mempunyai hubungan dengan BlackRock, firma pelaburan Amerika Syarikat yang dituduh ‘mengaut keuntungan daripada genosid’ melalui kepentingannya dalam syarikat pertahanan yang didakwa mengeluarkan senjata digunakan oleh Israel.

Semalam, Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir mengkritik keputusan kerajaan dengan berkata, perdana menteri dan kerajaan bersubahat dalam genosid yang berlaku di Gaza, Palestin, jika perjanjian itu dimeterai.

GIP bagaimanapun menegaskan, BlackRock tidak terlibat dalam langkah untuk menswastakan MAHB.

Anwar berkata, tidak mengapa untuk mempunyai pandangan yang berbeza, dan saingan kerajaan boleh berdepan pada PRK Sungai Bakap yang akan berlangsung, tetapi rakyat Malaysia harus bersatu dalam memperjuangkan Palestin.-FMT

Jumaat, 22 Disember 2023

Tun M perjelas sebab kerajaan benar kapal Israel berlabuh pada 2002

 Kerajaan Malaysia pernah membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM untuk berlabuh di negara ini pada 2002 kerana menaruh harapan terhadap perdamaian antara Palestin dengan Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun M perjelas sebab kerajaan benar kapal Israel berlabuh pada 2002

Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

  • Kerajaan Malaysia pernah membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM untuk berlabuh di negara ini pada 2002 kerana menaruh harapan terhadap perdamaian antara Palestin dengan Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Dr Mahathir berkata kerajaan juga pernah membenarkan pasukan kriket Israel masuk ke negara ini dengan harapan rakyatnya dapat melihat penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam boleh hidup bersama rakyat beragama lain.
  • Beliau berkata malangnya segala usaha itu jelas sia-sia kerana Israel selepas itu terus memperlihatkan sifat kebinatangannya dan terus membunuh rakyat Palestin.
  • “Kita sokong tindakan Kerajaan Malaysia sekat Syarikat perkapalan Israel ZIM dari berlabuh di pelabuhan Malaysia.
  • “Ini kerana tindakan melampau dan tiada perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestin perlu dikeji dan apa-apa tindakan protes yang boleh dilakukan harus diambil,” kata Tun Mahathir di platform X, semalam.
  • KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia pernah membenarkan kapal milik syarikat Israel, ZIM untuk berlabuh di negara ini pada 2002 kerana menaruh harapan terhadap perdamaian antara Palestin dengan Israel, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Dr Mahathir berkata kerajaan juga pernah membenarkan pasukan kriket Israel masuk ke negara ini dengan harapan rakyatnya dapat melihat penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam boleh hidup bersama rakyat beragama lain.

    Beliau berkata malangnya segala usaha itu jelas sia-sia kerana rejim Israel selepas itu terus memperlihatkan sifat kebinatangannya dan terus membunuh rakyat Palestin.

  • “Kita sokong tindakan Kerajaan Malaysia sekat Syarikat perkapalan Israel ZIM dari berlabuh di pelabuhan Malaysia.

    “Ini kerana tindakan melampau dan tiada perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestin perlu dikeji dan apa-apa tindakan protes yang boleh dilakukan harus diambil,” kata Tun Mahathir di platform X, semalam.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam melalui kenyataannya berkata, kerajaan memutuskan menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

    Kerajaan Malaysia juga tidak lagi membenarkan mana-mana kapal dengan bendera Israel berlabuh di negara ini sebagai tanda solidariti dengan Palestin yang kini diserang rejim zionis Israel.

  • Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata laluan diberikan kepada ZIM dulu sekadar kebenaran kepada perjalanan sesebuah kapal tanpa memperlihatkan sebarang sokongan kepada rejim zionis Israel dan tindakannya membunuh rakyat Palestin.

    “Ini berbeza dengan menjadi ahli dan penyokong pertubuhan pro-zionist yang jelas mendokong cita-cita Israel melakukan penghapusan etnik orang Palestin menerusi genocide dan pembunuhan besar-besaran,” kata Tun Mahathir. – The Merdeka Times

    Sumber: Twitter Tun Dr Mahathir

Rabu, 29 November 2023

Warkah Penghargaan Buat Briged Al-Qassam Dari Wanita Israel

 

Seorang wanita Israel menitipkan warkah penghargaan kepada Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas atas layanan istimewa diberikan sepanjang menjadi tahanan kumpulan itu.

Warkah yang dimuat naik pejuang Hamas itu tular sejak pagi tadi mendedahkan, pengakuan ikhlas tahanan Israel yang dibebaskan dalam perjanjian pertukaran sebagai sebahagian daripada gencatan senjata kemanusiaan, bermula Jumaat lalu.

Wanita itu, Danyal berkata, dia sangat terharu atas keprihatinan Hamas dalam menyediakan semua keperluan mereka sepanjang menjadi tahanan terutama menyantuni anaknya, Emilia seperti darah daging sendiri.

"Kepada jeneral yang telah menemani saya dalam beberapa minggu kebelakangan ini, nampakya kita akan berpisah esok tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya untuk kemanusiaan luar biasa yang kalian tunjukkan terhadap anak saya, Emilia.

"Kalian seperti ibu bapa kepadanya, menjemputnya ke dalam bilik kalian bila-bila masa yang dia mahu.

"Dia mengakui kalian semua kawannya bukan saja kawan biasa tetapi seseorang yang benar-benar baik dan disayangi," katanya dalam warkah bertarikh 23 November lalu yang diterjemahkan pasukan penterjemah Cinta Gaza Malaysia.

Danyal berkata, pejuang Hamas sabar melayani kerenah anaknya termasuk memanjakannya dengan manisan, buah-buahan dan semua permintaannya.

"Terima kasih atas layanan dan banyak masa yang diluangkan sebagai penjaga anak saya biarpun ada ketikanya ia tidak tersedia.

"Kanak-kanak tidak sepatutnya berada dalam kurungan tetapi terima kasih kepada kalian dan orang baik yang kami temui di sepanjang tempoh ini.

"Anak perempuan saya rasa macam seorang puteri di Gaza kerana dari pangkat rendah sehingga ke pimpinan atas melayannya dengan baik, lembut dan dengan penuh kasih sayang," katanya.
Di akhir warkahnya, Danyal berkata, dia amat terhutang budi atas layanan baik diberikan itu sehingga anaknya meninggalkan bumi Gaza dalam keadaan baik dan tidak mengalami trauma psikologi.

"Saya akan kenang budi baik berikan di sini walaupun situasi sukar yang kalian sendiri hadapi dan kerugian teruk dialami di Gaza.

"Saya harap kita boleh menjadi kawan baik di dunia ini. Saya doakan anda semua sihat dan salam sayang kepada kalian dan ahli keluarga kalian. Terima kasih banyak-banyak," katanya.

Sepanjang empat hari tempoh gencatan senjata ini, Kementerian Luar Qatar berkata, Hamas membebaskan 69 tahanan manakala Israel membebaskan 150 tahanan.

Secara rasminya, gencatan senjata sementara fasa pertama itu berakhir 7 pagi waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia) tadi, namun semalam kedua-dua pihak dilaporkan mencapai kata sepakat melanjutkan dua hari lagi gencatan senjata sehingga 7 pagi waktu tempatan, Khamis ini - BH




-Anak Sungai Derhaka