"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Pengaruh Drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengaruh Drama. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mei 2022

“Ini Mak Leha Kami..”- Aksi Mak Leha ‘Smackdown’ Nurul Di Episod Akhir ‘7HM3’ Puaskan Hati Netizen


 Menerusi satu klip yang dikongsikan oleh salah seorang peminat drama bersiri yang menjadi bualan ramai iaitu ‘7 Hari Mencintaiku 3’ akhirnya melabuhkan tirai dengan episod akhir yang memuaskan hati para peminat drama. Episod yang ditunggu tunggu oleh para netizen kerana pelbagai solan yang timbul akhirnya terjawab pada episod akhir itu. Kegembiraan, kekecewaan dan segala emosi disatukan dalam satu episod akhir yang memberi pengajaran kepada semua. Tangisan kebahagiaan yang terpancar pada episod akhir itu cukup membuatkan para netizen memberi reaksi positif kepada penerbit drama bersiri tersebut.

Klip yang dikongsikan itu menceritakan bahawa kisah seorang Nurul yang bertopengkan dengan pemakaian tetapi mempunyai niat yang begitu negatif akhirnya terbongkar jua disaat beliau ingin disatukan dengan Khuzairi iaitu isteri kepada Mia Adriana. Rancangan jahat beliau dibongkarkan satu per satu dan membuatkan ramai terkejut dengan kejahatan yang beliau telah lakukan kepada keluarga Mak Leha. Sikap angkuh Nurul yang tidak mengaku akan kesalahan tersebut dan masih ingin melakukan kekhilafan membuatkan Mak Leha terus amuk di lokasi tersebut. Amukan Mak Leha dipuji ramai kerana para peminat drama menyatakan bahawa Mak Leha seperti mewakilkan bagi pihak netizen untuk bertelingkah dengan nurul. Aksi Mak Leha dipuji ramai kerana emosi yang diberikan Nurul kepada peminat drama sungguh dramatik.

Rakaman penuh boleh ditonton di :



Pelbagai komen diberikan seperti :

@Cik Ros:khuzairi Dan faten Tu doktor..buat la urine test betul ke Nurul Tu mengandung..

@manez ‹•.•›:aku ada baca satu komen nih ckp pasai DNA…DNA untuk budak yg belum lahir risiko dia tinggi dan mahal

@Lonely:Pak Samad yg meninggal, siap dah tulis surat wasiat.. Mia coma condition.. Agak2 nya lah..

@น๓iē:Rsanya tu ank burhan..sbb zura dh ckap smua nya dkt taufiq dgn fatin.hg tggu mlm nie nrul ain.xsbar ak nk tgok mlm nie

@Cte Whida:Ini yg pertama dan terakhir la aku join team 7HM,kalau ada next lg xnak la ku join! Silap2 aku yg kena serangan jantung stress

@Umi Kalsom:masa ni mesti dah tau anak tu bukan pak samad punye..tu taufiq kata bunting anak org lain org lain jd p.sanggup. buntang mata pak samad

@ Far.East.209 :Walaupun pedih, tapi aku rela tengok Mia meninggal dengan harapan untuk jadi bidadari dalam Syurga, daripada dia terseksa dengan ‘imam’ dia kat dunia.

Drama yang meberi emosi yang begitu mendalam kepada penonton itu akhirnya sampai ke penhujung dan dikatakan itu merupakan yang terkahir dari pihak produksi kepada peminat drama bersiri tersebut. Gandingan mantap dari barisan pelakon juga sangat profesional dan begitu mantap sekali sehingga mampu menggegarkan segala laman sosial sehinggakan drama tersebut diketahui sehingga di negara jiran seperti Indonesia. Sekalung tahniah kepada pihak produksi kerana mampu mengadaptasikan sebuah drama yang memberi 1001 pengajaran kepada semua masyarakat kini.

-sinetronmalaya.com

Selasa, 8 Disember 2020

Selamat tinggal Gerak Khas - Datuk Yusof Haslam

 Yusof mengaku tidak pernah menyangka Gerak Khas akan diterbitkan sehingga 20 tahun. Foto Ihsan TV3

Yusof mengaku tidak pernah menyangka Gerak Khas akan diterbitkan sehingga 20 tahun. Foto Ihsan TV3

KUALA LUMPUR: Kemampuan rumah produksi menyajikan sebuah drama bersiri untuk siaran televisyen (TV) bagi tempoh 20 tahun serta mengekalkan momentum dan 'rencah' dibawa dalam cerita, bukanlah pencapaian enteng.

Terlalu banyak kenangan ditempuhi Skop Productions Sdn Bhd sejak episod pertama drama kepolisan paling lama bertahan di Malaysia, Gerak Khas, dipertontonkan kepada peminat pada 5 April 1999.

Bukan tiada kisah kepolisan yang diangkat pembikin drama atau filem ketika itu, namun, kesungguhan Skop Productions membawa cerita jenayah terus ke rumah, disokong pula Polis Diraja Malaysia (PDRM), melayakkan drama bersiri ini digelar ikon dalam penerbitan drama bersiri di Malaysia.

Tidak hairanlah, The Malaysia Book of Records (MBR) mengiktiraf Gerak Khas yang sinonim dengan slot drama di RTM, sebagai drama bersiri paling lama bersiaran di Malaysia.

Pada akhir 1990-an, bagi generasi yang sekarang berada dalam kelompok usia 30-an, Gerak Khas menjadi drama bersiri pilihan. Paparan watak anggota polis dan si penjahat serta 'drama' yang melingkari watak, menjadi tarikan kanak-kanak pada era di mana TV masih berkuasa.

Ungku Ismail antara pelakon Gerak Khas The Finale yang disiarkan TV3 sejak Jumaat lalu. Foto Ihsan TV3
Ungku Ismail antara pelakon Gerak Khas The Finale yang disiarkan TV3 sejak Jumaat lalu. Foto Ihsan TV3

Namun, setiap yang bermula, pasti berakhir. Selepas disiarkan RTM, musim terakhir Gerak Khas The Finale beralih kepada TV3 yang mula menyiarkan drama bersiri ini, sejak Jumaat lalu, membabitkan 28 episod.

Pemilik empayar Skop Productions, Datuk Yusof Haslam yang sinonim dengan watak Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Helmi dalam drama kepolisan itu beremosi mengucapkan selamat tinggal.

"Lumrah hidup, setiap yang bermula, pasti berakhir. Bermula di RTM, sekarang Gerak Khas bakal berakhir di TV3.

"Selama ini, bukan permintaan saya untuk terus memanjangkan drama bersiri ini. Bukan saya yang menentukan, ini adalah permintaan stesen TV apabila drama bersiri ini mencapai rating dan mendapat sambutan.

"Saban musim, saya selalu berharap dan menjangka Gerak Khas akan berakhir tetapi tidak juga.

"Namun, apa yang pasti, pengakhiran drama bersiri ini datang juga," katanya kepada BH Online.

Yusof berkata, banyak yang dilalui sepanjang tempoh 20 tahun, apatah lagi pelakon yang membintangi drama bersiri itu bertukar ganti dan menjadi nama besar sekarang.

"Datuk AC Mizal yang memegang watak Inspektor Mazlan sempat berlakon bagi tempoh lima tahun.

"Kita juga ada Rozita Che Wan, Zul Arifin, Dynas Mokhtar dan Fattah Amin yang sama-sama berlakon.

Erra dan Yusof menjayakan salah satu babak dalam Gerak Khas The Finale. Foto Ihsan TV3
Erra dan Yusof menjayakan salah satu babak dalam Gerak Khas The Finale. Foto Ihsan TV3

"Erra Fazira juga muncul untuk dua musim dan menjadi antara pelakon dalam Gerak Khas The Finale," katanya.

Akui Yusof, tidak mudah mempertahankan Gerak Khas apabila bukan semua penonton suka dengan apa yang disajikan.

"Biasalah, apabila lama sangat, ada pihak tertentu termasuk penerbit mempersoalkan kenapa siarannya panjang.

"Tidak kurang juga yang bertanya, tidak habis-habis lagi musim Gerak Khas?" katanya.

Yusof melihat komen seumpama itu berbaur cemburu atau negatif. Malah, katanya, ada pihak melemparkan tuduhan beliau menggunakan 'kabel' hingga berjumpa menteri agar Gerak Khas 'kebal'.

"Hakikatnya, Gerak Khas ada kelompok peminat. Apabila digemari, drama itu secara tidak langsung memberi pendapatan kepada stesen penyiaran.

"Jadi, saya biarkan drama itu sendiri berbicara. Saya tidak pernah menjangka Gerak Khas bertahan lama," katanya.

Ditanya apakah rahsia siri drama itu terus bertahan dan diterima ramai, bapa kepada pengarah muda, Syamsul dan Syafiq ini percaya Gerak Khas dekat dengan penonton.

"Isi cerita utama drama ini berkisar jenayah, urusan harian, pengalaman hidup, konflik dan isu semasa.

"Saya anggap tuah dan rezeki apabila drama ini diterima dalam tempoh lama.

"Jika diikutkan, saya menerbitkan drama kepolisan lebih awal iaitu Remang Remang Kota Raya.

"Ketika itu, pada 1985, saya berusia 30 tahun. Namun, drama itu tidak bertahan lama.

"Sekarang, saya sudah berusia 66 tahun dan dengan izin Tuhan, drama saya seperti Gerak Khas diminati," katanya.

Yusof berkata, idea menerbitkan Gerak Khas timbul melalui input daripada persekitaran.

"Apabila berkawan dengan pegawai polis, saya mendapat idea dan mengembangkannya.

"Mereka banyak memberi nasihat dan kerjasama sekali gus memudahkan apa yang saya mahu lakukan.

"Jasa anggota polis terhadap masyarakat dan negara dalam membanteras jenayah, saya angkat dalam siri drama ini," katanya.

Ahad lalu, Yusof dan Erra muncul dalam sidang media virtual mempromosikan Gerak Khas The Finale dan ditemuramah dalam program hiburan, Melodi terbitan TV3.-BH Online

Jumaat, 6 November 2020

Pengaruh drama:Mimi Lana kena tegur sebab tengok suami orang


 HANYA kerana melakonkan watak seorang wanita yang cuba merampas suami orang, pelakon, Mimi Lana telah ditegur ketika dia sedang makan di sebuah kedai makan.

Malah, Mimi ditegur kerana didakwa melihat suami wanita tersebut.

Berkongsi pengalaman tersebut, jelas Mimi, dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak membalas teguran yang diberikan oleh wanita tersebut.

“Tadi pergi makan dekat kedai mamak, ada seorang mak cik ini dengan suami dia duduk selang semeja dengan saya. Bila dia senyum, saya senyum balik dekat dia.

“Waktu mak cik itu nak balik, dia datang dekat dan beritahu jangan senyum senyum tengok suami dia.

“Cukup-cukup la tengok laki Mona Itu. Saya pun tak tahu nak bagi reaksi apa pada dia tadi,” kongsinya di laman sosial Instagram miliknya.

Untuk pengetahuan, Mimi sedang berlakon dalam drama Hati Yang Tersakiti dan memainkan watak sebagai perampas suami orang

Drama itu juga kini mendapat sambutan yang baik daripada peminat drama tempatan dengan jumlah tontonan yang tinggi. -SM