Rabu, 21 April 2021

Media sosial pencetus buli siber semakin berleluasa

 


Media sosial pencetus buli siber semakin berleluasa Teknologi maklumat dan komunikasi kian berkembang penggunaannya hari demi hari tidak kira usia muda mahupun yang sudah tua oleh kerana setiap daripada kita mempunyai telefon pintar.

Kini, setiap daripada kita akan mempunyai sekurang-kurangnya satu aplikasi media sosial untuk berkomukasi secara maya tanpa perlu bersemuka antara satu sama lain lebih-lebih lagi pada zaman pandemik di mana pergaulan secara bersemuka kurang digalakkan bagi mengurangkan kadar penyebaran virus.

Antara media sosial yang sering digunakan adalah WhatsApp, Facebook, Instagram, Twitter, Tik Tok dan banyak lagi. Ramai pengguna media sosial menggunakan akaun mereka untuk perkara yang menguntungkan diri sebagai contoh peniaga yang menjual barangan sendiri dengan cara mempormosi barang yang dijual di media sosial dalam bentuk gambar, ayat dan juga video untuk menarik minat para pembeli.

Namun, adakah setiap pengguna media sosial menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya? Isu ini dibincangkan dek masalah yang melibatkan media sosial semakin meningkat terutamanya ‘cyber bullying’ ataupun dalam bahasa mudah buli siber yang semakin bertambah tahun demi tahun. Buli siber adalah satu kesalahan penggunaan teknologi dengan cara memperlekehkan atau menyakiti perasaan orang lain sama ada saling mengenali mahupun insan yang tidak dikenali mengunakan perkataan yang tidak patut sepatutnya diungkapkan secara terbuka.


Media sosial dipilih sebagai medium ‘cyber bullying’ adalah kerana perlaku dapat menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan akaun yang palsu. Dengan ini mereka dapat melakukan perbuatan jahil tersebut dengan bebas tanpa diketahui identitinya oleh orang lain. Pada tahun 2020, sebanyak 596 kes buli siber telah dilaporkan di Malaysia (CyberSecurity Malaysia). Antara bentuk buli siber yang sering digunakan adalah mengkritik bentuk, rupa ataupun saiz tubuh badan serta perasaan cemburu kepada mangsa.

Allah telah berfirman di dalam Al Quran Surah an-Nisa’ ayat 148 yang bermaksud, “Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya (dizalimi). Allah itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Walaubagaimana pun, manuasia tidak mengambil endah dengan ayat tersebut walaupun mereka beragama Islam dimana majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Meskipun bukan beragama Islam, kita perlu menjaga segala pertuturan yang dikeluarkan supaya tidak menyakiti perasaan orang lain. Akan tetapi, disebabkan terdapat kebebasan bersuara, pembuli buli siber mengambil peluang ini untuk memperlekehkan orang lain. Buli siber boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira usia ataupun tua.

Golongon yang sering menjadi mangsa buli siber ialah gologan yang berumur daripada 26 hingga 40 tahun (CyberSecurity Malaysia,2019). Malaysia pernah berada dikedudukan keenam tertinggi di dunia iaitu sebanyak 26% kes buli siber pada tahun 2018. Lebih menyayat hati apabila golongan yang sering melakukan buli siber adalah remaja disebabkan mereka lebih arif dalam selok belok teknologi media sosial. Tambahan juga, kes buli siber sering berlaku dalam kalangan selebriti dalam industri lakonan dan nyanyian yang sememangnya menjadi perhatian masyarakat.


Sebagai contoh, pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak pernah dilemparkan dengan kata-kata kesat sehinggakan melibatkan keluarganya. Beliau mengatakan bahawa dia tidak kesah jika hanya mengkritik dirinya tapi jika sudah melibatkan keluarganya, dia akan mengambil tindakan yang seharusnya bagi melindungi keselamatan keluarganya.

Siapa sahaja yang tidak marah apabila orang tidak sepatutnya terlibat dengan masalahnya juga turut terlibat sekali.Selain itu, dalam kalangan bukan selebriti juga tidak lepas daripada menjadi mangsa buli siber. Kejadian ini terjadi kepada seorang guru yang mengajar subjek Sains dalam Bahasa Inggeris di saluran televisyen Malaysia, Didik TV dikritik oleh netizen tentang sebutan Bahasa Inggerisnya yang kurang fasih dan lebih menyayat hati apabila seorang perkerja dalam industri hiburan telah mentertawakan guru tersebut secara terbuka di media sosialnya, Tik Tok.

Walaubagaimana pun, mereka yang menjadi mangsa buli tidak endah dengan segala kritikan dan cacian yang dilempar kepada mereka dek kerana mereka merasakan segala yang mereka lakukan tiada unsur untuk menyakiti sesiapa malahan mereka menerima kritikan tersubut sebagai penguat semangat untuk lebih berusaha bangkit memperbaiki diri mereka ke arah lebih baik.

Kesan buli siber kepada seseorang adalah berbeza mengikut ketahanan mental mereka dalam menghadapi situasi ini seperti hilang keyakinan diri, tekanan psikologi, keresahan, dan kemurungan. Namun tidak semua insan mempunyai minda yang kuat dalam menghadapinya. Dalam kes tertentu di mana mangsa buli siber tidak dapat menerima segala tekanan yang dihadapi, mereka berpotensi untuk membunuh diri kerana merasakan membunuh diri adalah jalan terbaik untuk lari daripada dibuli secara berterusan di media sosial.


Kejadian ini telah berlaku di Malaysia dimana seorang pelajar berumur 20 telah membunuh diri dengan terjun dari tingkat 17 sebuah bangunan akibat tidak tahan dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya di media sosial. Mangsa tidak mempunyai masalah dalam gred mahupun pengajiannya tapi mengambil langkah yang tidak sepatutnya dilakukan disebakan tidak sanggup untuk menghadapinya lagi.

Selain itu, terdapat kes buli siber yang popular di Korea Selatan terjadi kepada seorang penyanyi kumpulan wanita, Sulli daripada f(x) telah membunuh diri di kediamanya kerana tidak tahan menanggung ketegangan emosi yang semakin meresahkan. Walaupun mangsa kelihatan gembira dan ceria di kaca televisyen, namun tiada siapa sangka bahawa dia mengalami depresi yang melampau sehinggakan melakukan perbuatan tersebut.

Di sini kita dapat lihat bahawa kes buli siber bukan perkara biasa yang boleh dipandang sambil lewa. Jika perkara ini berleluasa, semakin bertambah kes bunuh diri akibat menjadi mangsa buli siber. Sebagaimana yang kita ketahui, pembuli dan mangsa buli siber adalah daripada orang yang berbeza namun terdapat juga kes dimana pembuli dan mangsa adalah daripada orang yang sama. Ini berlaku disebabkan mereka tidak berfikir dengan mendalam kesan yang akan dihadapinya kelak di atas apa yang dikongsinya secara umum.

Sebagai contoh, kes terbaru yang berlaku kepada seorang figura terkenal yang menerbit satu drama terbaru bertajuk ‘Delen’ mendapat kritikan daripada netizen kerana mempersendakan salah seorang anggota kumpulan wanita Korea Selatan BlackPink, Lisa Manoban dengan menulis kapsyen Lisa ‘BlackPig’ bukannya Lisa ‘BlackPink’ di Instagram beliau. Walaupun beliau menafikan menyamakan Lisa Blackpink sebagai Lisa Blackpig untuk mempromosikan drama penerbitan beliau, namun perbuatannya tidak dapat diterima oleh netizen dek bahasa yang digunakannya.

Seperti yang kita ketahui, perkataan ‘pig’ merupakan babi dalam Bahasa Melayu yang dikategorikan sebagai bahasa kesat dalam kalangan orang Islam. Tambahan juga, Janna Nick menyalahkan sesetengah netizen kerana mengecamnya dan mengelar netizen sebagai peminat yang terlalu fanatik dengan dunia kpop dan mengagungkan orang kafir.

Namun jika kita berfikir secara rasional perkataan tersebut tidak wajar digunakan untuk ditujukan kepada sesiapa pun walaupun kepada orang yang bukan beragama Islam kecuali jika ia merujuk kepada makhluk itu sendiri.

Dalam surah al- An’am ayat 108, Allah mengatakan “Dan janganlah kalian menghina sesembahan yang mereka sembah selain Allah, karena boleh jadi mereka menghina Allah tanpa dasar pengetahuan,…”.

Maka kita haruslah saling hormot-menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan agama dan bangsa kerana kelak ia akan menimpa kita. Buli siber amat sukar untuk ditangani kerana pengguna media sosial mempunyai kebebasan bersuara di atas apa jua mereka lakukan tetapi kita mestilah beringat untuk berhati-hati dalam memperkatakan sesuatu secara terbuka bak kata pepatah ‘bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.

Namun, kita dapat mencegahnya daripada terus meningkat. Kurangnya kesedaran terhadap buli siber di mata dunia membuatkan kita untuk lebih cakna dengan keadaan sekililing dalam mengesan mangsa-mangsa buli siber ini supaya mental mereka dalam keadaan yang stabil agar dapat menghindari mereka daripada terkesan dengan buli siber yang membuatkan mereka untuk membunuh diri. Tambahan juga, orang dewasa terutamanya ibubapa perlulah prihatin dan mengambil berat perilakuan anak-anak mereka dengan mendidik mereka etika dalam bersosial agar tidak terlibat dengan masalah buli siber kerana kes buli siber sukar untuk dikesan secara fizikal seseorang dan memberi kesan kekal di media sosial apabila sesuatu kes dibahaskan dalam masa tempoh yang lama.

Ini kerana golongan yang sering terlibat dengan gejala buli siber adalah daripada golongan remaja sekolah. Namun, masalah buli siber sukar untuk dibendung jika manusia itu sendiri tidak mempunyai pemikiran yang rasional dan tiada sifat hormat-menghormati antara satu sama lain. Mengawal tutur kata dan perlakuan kita apabila menyebarkan sesuatu di media sosial adalah salah satu cara untuk mengelak daripada dikritik oleh netizen. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga tutur kata dan perlakuan seharian kita agar terhindar daripada dikecam.

Kesimpulannya, kita sendiri haruslah bijak dalam segala perbuatan yang ingin kita kongsikan di media sosial agar tidak menimbulkan sebarang permasalahan kelak seperti pepatah melayu di alas bagai memangat yang bermaksud jika berkata berfikirlah dahulu baik buruknya agar tidak dicela oleh orang lain.

Walaupun suatu hari nanti kita menjadi mangsa buli, kita mestilah bangkit melawan ‘keyboard warrior’ ini dengan membuktikan bahawa perbuatan kita dalah benar dan merekalah yang perlu dipersalahkan selagi mana tidak melanggar isu sensitif ataupun melamporkannya kepada polis. Akhir kata, sebagai pengguna media sosial, kita harulah bijak dalam membezakan perkara yang berfaedah dan buruk untuk dikongsi dikalayak ramai agar dapat mengelakkan diri kita daripada terjebak dengan masalah buli siber bak kata pepatah melayu terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Khairun Nisa’ Binti Mohamad Sanusi

-mindarakyat

0 ulasan:

Catat Ulasan