"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Papar semua catatan

Selasa, 6 Julai 2021

Kumulatif kes baharu Covid-19 di Malaysia bakal lepasi 800,000 esok - DG Hisham

 

Data 6 Julai 2021

Kes baharu positif Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi merekodkan peningkatan tinggi dengan Selangor sahaja mencatatkan 3,260 kes, dan Kuala Lumpur (1,550 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 7,654 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah kumulatif kepada 792,693 kes.

Berdasarkan kepada data dikeluarkan KKM hari ini serta trend penularan Covid-19, jumlah kumulatif kes di seluruh negara sejak virus itu dikesan di Malaysia bakal mencecah lebih 800,000 esok.

Sepuluh daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan turut mencatat kenaikan kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Semalam negara merekodkan 6,387 kes baharu dengan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi negeri dan wilayah di Lembah Klang yang menjadi penyumbang terbesar keseluruhan kes.

Semalam, Selangor merekodkan 2,610 kes, Kuala Lumpur 819 kes, sementara Putrajaya sebanyak 25.

Data 5 Julai 2021


-Agenda Daily

Jumaat, 4 Jun 2021

Covid19: KKM kesan 15 kes varian yang membimbangkan

 

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 15 daripada 19 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang dilaporkan antara 24 Mei hingga hari ini, adalah varian membimbangkan (VOC) jenis Beta (B.1.351) manakala empat lagi adalah kes varian Delta (B.1.617.2).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 15 kes baharu varian Beta (B.1.351) yang dahulunya dikenali sebagai varian Afrika Selatan, sebanyak enam kes dilaporkan di Johor, lima kes di Kelantan serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu.

Beliau berkata, kesemua kes adalah jangkitan tempatan.

"Kes baharu varian Delta (B.1.617.2) yang dahulunya dikenali sebagai varian India adalah sebanyak tiga kes di Labuan dan satu kes di Kuala Lumpur.

"Kesemua tiga kes di Labuan adalah jangkitan dari luar negara iaitu kes-kes dari kluster Layangan Labuan manakala satu kes di Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) adalah sebanyak 138 kes.

Katanya, daripada jumlah yang dikesan itu, 122 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI.

-BH Online

Rabu, 19 Mei 2021

Kes cecah 6,000, rakyat desak kerajaan laksana ‘total lockdown’

 Sistem kesihatan dah tenat, tapi kerajaan masih bimbangkan ekonomi


BANGI, 7 Syawal 1442H, Rabu – Bimbang terhadap peningkatan mendadak kes harian COVID-19 hari ini, rata-rata rakyat mendesak kerajaan mengambil tindakan drastik menguatkuasakan ‘total lockdown’ di seluruh negara.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,075 kes jangkitan baharu hari ini, dengan Selangor kekal pada angka tertinggi iaitu 2,251 kes.

Jumlah terbaharu itu adalah yang paling tinggi dilaporkan sejak negara berdepan kes penularan pandemik berkenaan tahun lalu.

Atas sebab itu, lebih 2,000 netizen hari ini ‘menyerang’ laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi mendesak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat seperti Mac 2020.

“Total lockdown Datuk. Selagi tak total lockdown, kes semakin meningkat. Takkan kita nak tengok ramai terkorban baru nak total lockdown. Shutdown semua sektor dalam dua minggu,” kata Drag Jempol.

“Lockdown satu Malaysia! Fully lockdown! Buat macam PKPD! Aku peniaga kecil, aku sanggup susah sementara dari hidup macam ini sampai bila-bila. Come on Tan Sri,” tulis Aidil Affandy Shamsul Bharin.

Turut senada dengan yang lain, Alinz Yu berkata, kerajaan perlu menutup semua sektor ekonomi sementara dan hanya memberi ruang kepada sektor penting sahaja.

“Malaysia di ambang kritikal dek kerana kerajaan yang tidak pedulikan kesihatan rakyat,” kata Jai Shah.

“Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor tinggi macam itu pun masih tak nak ikut nasihat KKM untuk PKP penuh? Ekonomi masih lagi penting daripada sistem kesihatan yang dah tenat?,” kata Azean Izwani.

Bukan hanya dibanjiri komen desakan untuk dilaksanakan ‘total lockdown’, ruangan Facebook Dr Noor Hisham juga dibanjiri kemarahan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Rata-rata mereka marah terhadap sikap kerajaan yang hanya bimbangkan kesan ekonomi berbanding situasi semasa kesihatan rakyat.

“Awal-awal lagi dah minta lockdown, tetapi kerajaan buat apa? Tak habis dengan alasan ekonomi ekonomi ekonomi. Bukannya minta lockdown sebulan, cuma dua atau tiga minggu saja,” tulis Maizatul Mohd Johan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Khamis, 8 April 2021

Kenyataan KKM:Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

 BY  ON APRIL 6, 2021

1.      Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

Bil.Nama ProdukRacun Berjadual Yang Dikesan
1.Beautywise Rejuvenating CreamHydroquinone dan Tretinoin
2.Beautywise Rejuvenating TonerHydroquinone dan Tretinoin

2.      Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

3.      Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

  • Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
  • Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

4.      Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

5.      Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

6.      Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

7.      Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

6 April 2021

Isnin, 29 Mac 2021

TERKINI:941 kes baharu Covid-19, kali pertama capai 3 angka sejak 9 Dis

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 941 kes baharu Covid-19, kali pertama jumlah itu turun kepada tiga angka sejak 959 kes dilaporkan pada 9 Dis 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 219 kes.

Ia disusuli Sarawak dengan 192 kes, Johor (171), Pulau Pinang (164), Kuala Lumpur (57), Kelantan (49), Sabah (34), Negeri Sembilan (18), Kedah (13), Melaka (lapan), Pahang (lima), Perak (lima), Terengganu (empat), Labuan (satu) dan Putrajaya (satu).

Perlis ialah satu-satunya negeri yang tidak melaporkan sebarang kes baharu.

-FMT

Ahad, 14 Mac 2021

Covid19:Kes Baharu Terus Menurun, 4 Kes Kematian Direkodkan Hari Ini


 14 MAC: Jumlah kes baharu positif COVID-19 terus mencatatkan trend penurunan dengan 1,354 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 1,470 kes, semalam, selain empat lagi kes kematian dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan berkenaan jumlah kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 323,763 kes termasuk 306,274 kes atau 94.6 sudah sembuh dan 16,279 kes masih aktif dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

Katanya lagi, daripada 1,354 kes baharu hari ini, 1,340 adalah kes jangkitan tempatan (1,042 warganegara (77.8 peratus); 298 bukan warganegara (22.2 peratus) dan 14 kes import (13 warganegara; satu bukan warganegara).

“Daripada jumlah itu 158 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 71 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini empat lagi kes kematian dilaporkan berlaku menjadikan jumlah kumulatif korban COVID-19 di Malaysia sekarang ialah 1,210 kes atau 0.37 peratus daripada kumulatif 323,763 kes.

“Selangor terus melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 577 kes (42.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 471 kes (81.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 178 kes (13.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 154 kes (11.4 peratus),” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 64 kes (4.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (57 kes),  Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu  kes di Selangor dan Sarawak. Keempat-empat kes merupakan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI


Ahad, 20 Disember 2020

Sarawak, Perlis jadi contoh negeri bebas Covid, amal CAPP

 


KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berharap negeri Sarawak dan Perlis kekal sebagai zon hijau bebas Covid-19.

Beliau turut berharap kedua-dua negeri tersus mengamalkan CAPP iaitu ‘Cegah dari awal’, ‘Amalkan norma baharu’, ‘Patuhi SOP’ dan ‘Pantau status kesihatan’.

Harapan itu diluahkan Dr. Noor Hisham di tengah-tengah negeri lain terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19.

“Negeri Sarawak dan negeri Perlis kekal sebagai negeri hijau. Semoga kekal mempertahankan status zon hijau dan mengamalkan CAPP sebagai negeri contoh,” ciap Dr. Noor Hisham di Twitternya.

Malaysia mencatatkan 1,153 kes baharu hari ini dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah sebanyak 15,294 kes.

-suaramerdeka

Isnin, 23 November 2020

Covid19:Hari ini rekod dipecah, 1,884 kes baru - Noor Hisham

 


Jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi baru pada 1,884 kes sejak pandemik itu menular ke negara ini.

Sebelum ini, jumlah kes harian tertinggi ialah 1,755 kes yang dicatatkan pada 6 Nov lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan angka tertinggi pada 1,203 kes dengan sebahagian besarnya melibatkan Kluster Teratai iaitu 1,067 kes.

"(Perkembangan terbaru) Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 56,659 kes dengan jumlah kes aktif 13,842 kes.

"Daripada jumlah kes baru berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,882 kes merupakan penularan dalam negara," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini.

Dr Noor Hisham berkata bilangan kes sembuh pula sebanyak 883 kes, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh sepenuhnya ialah 42,480 kes atau 75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dia turut melaporkan dua kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat COVID-19 kini 337 kes.

Sementara itu, Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 115 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 48 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dia berkata selain Selangor, negeri lain yang turut mencatat jumlah kes yang tinggi ialah Sabah yang merekodkan 289 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 196 kes.

Selain itu, Perak mencatatkan 81 kes, Negeri Sembilan (41 kes), Kedah (36 kes), Johor (15 kes), Pulau Pinang (12 kes), Kelantan (9 kes) manakala Putrajaya dan Perlis masing-masing mencatat satu kes.

-Bernama

Berikut status terkini Covid-19 di Malaysia:

Kes sembuh=883
Jumlah kes sembuh=42,480 kes

Kes baharu positif=1,884 kes
(kes import=2 kes tempatan=1,882)
Jumlah positif=56,659 kes

Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=337 kes

Kes dirawat di ICU=115 kes
Bantuan alat pernafasan=48 kes

Berikut kes baru mengikut negeri:

Selangor (1,203)
Sabah (289)
Kuala Lumpur (196)
Perak (81)
Negeri Sembilan (41)
Kedah (36)
Johor (15)
Penang (12)
Kelantan (9)
Putrajaya (1)
Perlis (1)

Labuan (0)
Sarawak (0)
Pahang (0)
Melaka (0)
Terengganu (0)

 

Khamis, 12 November 2020

Penjelasan bagi Gelombang Pandemik COVID-19 di Malaysia (Data sehingga 11 November 2020)

1. Sebelum pandemik COVID-19 tiba ke Malaysia, 'baseline' bagi kes COVID-19 di negara kita adalah sifar (0).

2. Kes pertama COVID-19 dilaporkan pada 25 Januari 2020 iaitu 4 kes yang merupakan bukan warganegara yang baru tiba di Malaysia. Kes ini adalah permulaan gelombang pertama. Gelombang Pertama berakhir pada 15 Februari 2020, dengan 22 kes. Kesemua kes ini mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang terkesan dengan pandemik COVID-19 (20 kes) dan kontak kepada mereka yang positif ini (2 kes).

3. Malaysia bebas kes COVID-19 selama 11 hari dari 16 Feb hingga 26 Feb. Pada masa ini 'baseline' kes COVID-19 adalah kembali sifar (0), iaitu 'baseline pre-pandemic'.

4. Pada 27 Februari 2020, kes COVID-19 mula dilaporkan semula, iaitu permulaan Gelombang Kedua. Kes terus meningkat dengan kejadian kluster UDA, kluster Perhimpunan Seri Petaling, kluster Depot Tahanan Imigresen dan beberapa kluster kecil. Gelombang ini dianggap berakhir apabila hanya 1 kes dilaporkan pada 1 Julai 2020, dan kes ini pula adalah kes import A, iaitu individu yang pulang dari luar negara. Maka pada 1 Julai tiada kes jangkitan tempatan.

5. Sejak 1 Julai sehingga 6 September 2020, didapati bilangan kes adalah dalam lingkungan 1 ke 39 kes, sebelum ia meningkat kepada 62 pada 7 September 2020. Dalam tempoh 68 hari tersebut, purata kes dilaporkan dalam sehari adalah 11 kes. Memandangkan kes COVID-19 telah berada di persekitaran Malaysia, threshold bagi kejadian wabak diambil sebagai purata dicampur 2 Standard Deviation (Mean + 2SD); dan ia memberi nilai 25. Maka apabila bilangan kes didapati melebihi nilai ini dan kekal di atas nilai tersebut, maka ia akan diambil sebagai satu gelombang baharu.

6. Sepanjang tempoh 7 hingga 19 September 2020, bilangan kes harian tidak kekal berada di atas nilai 25, iaitu 4 hari dengan kes harian kurang daripada 25.  

7. Pada 20 September 2020, kes meningkat melebihi 25 dan kekal di atas nilai tersebut sehingga kini. Tarikh ini diambil sebagai permulaan Gelombang Ketiga.

Kredit :DG Hisyam

Rabu, 11 November 2020

Sidang Parlimen:RSN Rayer diusir lepas berang Tiong dakwa Noor Hisham 'takut mati'

 PARLIMEN | Dewan Rakyat bertukar kecoh seketika hari ini setelah berlaku pertikaman lidah di antara Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing, dan Anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Ia bermula selepas Tiong mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah "takut mati" kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19 di negeri itu.

“DG (Dr Noor Hisham) takut mati sebab dia tak turun di Sabah, tak lockdown awal-awal di penjara,” katanya.

Mendengar kenyataan tersebut, Rayer bangun sambil meminta Tiong menarik balik kenyataan tersebut.

Bagaimanapun Duta Khas Perdana Menteri ke China itu enggan menarik balik kata-katanya.Kata Rayer, dia tidak akan membenarkan Tiong "menghentam" Noor Hisham dan menganggap ia sebagai tindakan "kurang ajar".

"Saya tidak benarkan dia (Tiong) hentam DG (Dr Noor Hisham), dia adalah petugas barisan hadapan, jangan kurang ajar, Bintulu.“Jangan hina pegawai kerajaan,” jerit Rayer.

Minta Azalina tegur

Suasana kemudian bertambah panas apabila Shahidan Kassim (BN-Arau)mula menjerit dan meminta Rayer duduk.

Timbalan Speaker Azalina Othman Said kemudian meminta Rayer untuk duduk dan memberi amaran akan mengusirnya keluar dari Dewan Rakyat jika tidak berbuat demikian.

“Jelutong tolong duduk, saya nak buat ruling (ketetapan)... I am warning you (saya memberi amaran kepada kamu), kalau tak duduk saya akan keluarkan,” katanya.Namun Rayer enggan mengikuti arahan Azalina. Sejurus kemudian Azalina mengarahkan wakil DAP berkenaan keluar dari dewan.

Sejurus selepas Rayer keluar Dewan, Azalina memberi dua pilihan kepada Tiong sama ada untuk menarik balik kenyataannya atau menjelaskan perkara yang disebutkannya.

Bagaimanapun, Tiong tetap enggan menarik balik kenyataannya.

“Ini suara petugas barisan hadapan, jadi saya tidak mahu tarik balik. Selalu (Noor Hisham) hantar orang. Dia kena pergi jugalah,” tegas Tiong.

Keadaan kemudian kecoh kembali selepas beberapa anggota parlimen bangun dan meminta Azalina untuk menegur Tiong ekoran kenyataannya.

Setelah itu, Azalina meminta supaya ahli parlimen bertenang dan Tiong mula berbahas semula.Dia tidak menarik balik kenyataan tersebut sehingga akhir.-mkini

Isnin, 26 Oktober 2020

Dr Noor Hisham antara trio hero Covid-19

Dr Noor Hisham Abdullah

BERNAMA

Singapura: Pada pertengahan April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai 'antara doktor terbaik dunia' oleh sebuah stesen televisyen China yang kagum dengan strategi beliau dalam menangani Covid-19 di Malaysia.

Enam bulan berlalu dan dengan Malaysia sedang mengharungi gelombang ketiga pandemik itu, reputasi beliau tetap gah.

Kali ini nama beliau dinyatakan dalam tajuk berita portal The Independent, Singapura yang dibaca: "Drs Noor Hisham, Bloomfield and Fauci - Covid's heroic trio" (Dr Noor Hisham, Bloomfield dan Fauci - Trio Wira COVID).

Wacana itu ditulis oleh Tan Bah Bah, editor perunding portal berita tersebut dan juga merupakan bekas penulis kanan The Straits Times.

Dalam kolumnya 'Sense And Nonsense', Tan memulakan dengan: "Tidak dapat dinafikan, hero asal pandemik Covid-19 ialah mendiang Dr Li Wenliang, pakar Oftalmologi yang merupakan orang pertama memberi amaran kepada pihak berkuasa kesihatan di Wuhan tentang virus itu Disember lepas.

"Tatkala Beijing berjaya mengawal situasi di wilayah Hubei dan lain-lain kawasan di China, negara-negara lain yang bergelut menentang virus itu turut melahirkan wira masing-masing.

"Seorang daripada mereka memainkan peranan penting di sebuah negara yang akan menghadapi pilihan raya pada 3 November ini yang keputusannya bakal membawa kesan di seluruh dunia," tulis Tan, merujuk kepada Dr Anthony Stephen Fauci, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Amerika Syarikat.

Seorang lagi ialah Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Dr Ashley Bloomfield.

Tan seterusnya berkata, tiga pakar kesihatan awam negara itu kini menjadi perhatian antarabangsa, selain Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Mengenai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu, Tan menulis: "Hampir setiap petang sejak beberapa bulan lepas, rakyat Malaysia setia menonton siaran langsung taklimat Covid-19 yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham.

"Beliau tenang memperincikan perkembangan terkini, dan secara bersahaja saling beralih di antara bahasa Inggeris dan Melayu. Beliau merupakan jurucakap negara tentang usaha Malaysia membendung penularan virus itu."

Tan juga berkata, usaha Dr Noor Hisham 'tidak berhenti setakat itu. Beliau juga membuat hantaran Twitter dari hati.'

"Kita perlukan perpaduan untuk menentang pandemik ini, bukan saling bertelagah. Barisan hadapan kita berjuang di lapangan sejak 10 bulan lepas, 24/7. Keletihan mental dan fizikal kini dirasai. Sesetengahnya sudah bersedia untuk mengalah. Belajarlah dari Sabah," demikian hantaran Twitter Dr Noor Hisham yang dipetik oleh Tan.

"Malaysia mengalami peningkatan mendadak sekarang disebabkan, antaranya pilihan raya Sabah," kata Tan dalam artikelnya itu.

Tan juga berkata di New Zealand, individu yang setara dengan Dr Noor Hisham ialah Dr Bloomfield yang memenangi hati dan minda rakyat negara tersebut dengan kepimpinannya yang tenang sepanjang pelaksanaan sekatan.

Editor perunding itu turut menyifatkan Dr Fauci sebagai 'tidak mudah gelabah'.

Artikel penuh boleh diakses menerusi https://theindependent.sg/drs-noor-hisham-bloomfield-and-fauci-covids-he....

The Independent yang bermula pada 9 Ogos 2013 merupakan platform berita yang dimiliki dan dioperasikan oleh wartawan, dan portal ini melaporkan isu-isu semasa, ekonomi dan politik di Singapura secara mendalam dan bebas.

-myMetro

Kartun hina Dr Noor Hisham, apa masalah Fahmi Reza?

 

Dia ni ada otak ke tidak?

Fahmi Reza si kartunis murahan memang seorang yang biadab lagi kurang ajar.

Kali ini dia telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia apabila melukis karikatur yang menghina wira negara, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Adakah patut dia lukis gambar Ketua Pengarah Kesihatan dalam mangkuk tandas?

Puncanya kerana Dr Noor Hisham menjawab, "please use the toilet (tolong gunakan tandas)" dalam Twitter sebagai maklum balas terhadap seorang netizen yang menggunakan perumpamaan 'guru kencing berdiri, murid kencing berdiri' berhubung perbuatan pihak tertentu tidak mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dr Noor Hisham itu sebenarnya berkias meminta semua pihak tanpa mengira golongan kayangan atau rakyat marhaen supaya menunjukkan contoh yang baik. 



Tetapi Fahmi Reza yang pernah mencetuskan kontroversi dengan mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan telah mengambil kesempatan untuk menghina Dr Noor Hisham.

Mungkin sel-sel otaknya kurang berhubung sehingga menyebabkan si pencinta pengganas komunis ini tak faham maksud sebenar yang ingin disampaikan Dr Noor Hisham.

Penghinaan yang sangat buruk terhadap Dr Noor Hisham itu boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap seluruh petugas barisan hadapan dan kakitangan Kementerian Kesihatan yang berhempas-pulas saban hari memerangi COVID-19.

Sudah tentu perasaan mereka tercalar dan tersinggung apabila Dr Noor Hisham yang merupakan 'jeneral' mereka dihina sedemikian rupa.

Seperti Dr Noor Hisham, ramai dalam kalangan mereka yang bekerja siang malam tanpa cuti sejak COVID-19 mula dikesan.

Tidak dapat dibayangkan betapa luluhnya perasaan mereka apabila 'panglima' Kementerian Kesihatan diperlekehkan oleh si kartunis murahan yang mencintai pengganas komunis.

Maka, semua rakyat Malaysia yang menghargai pengorbanan Dr Noor Hisham dan kakitangan Kementerian Kesihatan mesti melaporkan ciapan Twitter murahan oleh Fahmi Reza yang berselindung di sebalik akaun @kuasasiswa  https://twitter.com/kuasasiswa/status/1319928131881295872?s=08 (Dia ni siswa ke?).

Jangan beri muka kepada si pencinta komunis ini terus berleluasa meracuni pemikiran anak-anak kita dengan dakyah-dakyah biadab dan bercangggah dengan nilai-nilai budaya masyarakat Timur.

Lakukan tindakan ini sebagai tanda solidariti kita terhadap Dr Noor Hisham dan semua anak-anak buahnya.

TUKANG TULIS

Jumaat, 23 Oktober 2020

Dr Noor Hisham 'adiwira' baharu BoBoiBoy

 

Dr Noor Hisham muncul sebagai figura animasi 3D dalam video pesanan khidmat masyarakat bertajuk 'CAPP: Kuasa untuk Lawan Covid-19', inisiatif syarikat harta intelek dan watak, Monsta bersama KKM

KUALA LUMPUR - Setiap individu boleh menjadi wira melawan koronavirus (Covid-19) hanya dengan mengamalkan pembudayaan norma baharu yang dikenali sebagai CAPP, kata 'adiwira' baharu siri animasi popular tempatan, BoBoiBoy, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Namun jangan khuatir, Ketua Pengarah Kesihatan itu bukannya beralih kerjaya, sebaliknya muncul sebagai figura animasi 3D dalam video pesanan khidmat masyarakat bertajuk 'CAPP: Kuasa untuk Lawan Covid-19', inisiatif syarikat harta intelek dan watak, Monsta bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam video berdurasi seminit itu, Dr Noor Hisham kelihatan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum menjadikannya sebagai 'perisai' melawan virus Covid-19 bagi melindungi watak-watak dalam animasi berkenaan seperti BoBoiBoy dan rakan-rakannya.

“Kamu tak perlukan kuasa untuk mengalahkan virus Covid-19, kamu hanya perlukan CAPP. Dengan CAPP anda pun boleh menjadi wira,” kata Dr Noor Hisham dalam video itu.

CAPP adalah pendekatan pembudayaan norma baharu yang menyasarkan individu, keluarga dan komuniti dalam mencegah penularan Covid-19 iaitu mencegah dan mendidik dari awal, mengamalkan norma baharu, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memantau status kesihatan.

Ia bertujuan melindungi daerah hijau kekal bebas dari Covid-19 dan pada masa sama menukarkan daerah kuning kepada hijau dalam tempoh 14 hari.

Video berdurasi seminit itu kini tular di pelbagai laman media sosial dengan lebih 150,000 jumlah tontonan di akaun rasmi YouTube, Facebook dan Instagram BoBoiBoy dalam tempoh 24 jam.

Video itu juga diulang kicau hampir 30,000 kali melalui Twitter BoBoiBoy, KKM, selain turut mendapat pujian berikutan kreativiti dan mesej yang ingin disampaikan.

Sementara itu, Monsta dalam kenyataan memaklumkan pesanan khidmat masyarakat itu bertujuan mendidik seluruh rakyat meningkatkan rasa tanggungjawab dalam memutuskan rantaian penularan Covid-19 yang semakin meningkat.

Selain BoBoiBoy, syarikat Monsta yang juga menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan produk pengguna turut dikenali dengan francais animasi popular seperti “Papa Pipi”, siri pelancongan “Fly With Yaya” dan siri animasi akan datang iaitu “Mechamato”. - Bernama

credit:SH Online

Isnin, 12 Oktober 2020

Perjuangan barisan hadapan di Sabah capai tahap kritikal - Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham berkata beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di Sabah. - Gambar fail 

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik COVID-19 di Sabah kini mencapai tahap kritikal. 

Beliau berkata beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu. backup_ads 

"Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah," katanya menerusi hantaran Twitter, hari ini.

 Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, sebanyak 488 kes. -BERNAMA

Rabu, 7 Oktober 2020

PERLUKAH MAAFKAN? - Edit gambar Dr Noor Hisham tak berseluar ketika broadcast live, MGAG mohon maaf

Umum tahu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kini sedang menjalani kuarantin di rumah berikutan beliau turut menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lalu yang turut dihadiri oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19. 

Keadaan itu tidak menjejaskan tanggungjawabnya melaporkan perkembangan terkini semasa situasi Covid-19 kepada rakyat Malaysia melalui laman sosial.

Dan petang tadi, dapat dilihat Dr Noor Hisham melakukan sidang media itu dengan lancar tanpa kehadiran petugas media. 

"Kita boleh mengadakan sidang media secara maya setiap hari dan saya tetap akan menjawab soalan daripada media," katanya. 

Namun demikian, usaha Dr Noor Hisham itu dijadikan sebagai bahan lawak oleh salah seorang pengendali laman Facebook MGAG yang menyunting gambar Dr Noor Hisham membuat siaran langsung itu di rumah dengan hanya memakai pakaian separuh badan. 

Bagaimanapun, gambar yang mungkin dianggap lawak oleh tukang edit itu dikecam teruk oleh netizen. 

Menyedari banyak reaksi negatif dari netizen, MGAG kemudian segera memadamkan gambar tersebut dan tukang edit gambar itu tampil membuat permohonan maaf. 

Dalam permohonan maaf itu, Jun Yang menjelaskan dia hanya sekadar mahu menyelitkan sedikit gurauan bagi mengurangkan situasi yang dirasakannya tegang.

Meskipun permohonan maaf telah dibuat, ada segelintir netizen yang menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan kerana bagi mereka gurauan seperti itu tidak sewajarnya dilakukan lebih-lebih lagi Dr Noor Hisham merupakan frontliner yang sepanjang masa bekerja untuk rakyat. 

Media sosial sepatutnya digunakan dengan baik dan jangan sesekali digunakan untuk memuat naik sebarang kandungan yang boleh dikategorikan menyakiti hati sehingga menyebabkan diri menerima akibatnya di kemudian hari.

Sumber: thereporter.my


Sabtu, 3 Oktober 2020

Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan situasi Covid19 - 3 Okt 2020


PERINCIAN KES BAHARU (317)

SABAH : 155 KES TEMPATAN
-100 kes saringan bergejala yang melibatkan 96 warganegara dan empat (4) bukan warganegara
-35 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 33 warganegara 2 bukan warganegara.
-10 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara.
-4 kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara.
-3 kes daripada Kluster Laut yang melibatkan bukan warganegara.
-2 kes daripada Kluster Joo Hwa yang melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Buang Sayang yang melibatkan warganegara.

KEDAH: 102 KES TEMPATAN 
-97 kes daripada Kluster Tembok yang kesemuanya melibatkan 93 kes warganegara dan 4  kes bukan warganegara.
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-2 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Lunas yang melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara.

SELANGOR: 32 KES TEMPATAN 
- 15 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan 14 kes warganegara. dan 1 bukan warganegara
-12 kes daripada Kluster Jalan Meru yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-3 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-2 kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11147 dan kes ke-11047 yang kesemuanya melibatkan warganegara.

TERENGGANU: 9 KES TEMPATAN 
-7 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara
-1 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke11477 yang melibatkan warganegara.
-1 kes saringan di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) yang melibatkan warganegara.

PULAU PINANG: 3 KES TEMPATAN 
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.

KELANTAN: 2 KES TEMPATAN 
- 2 kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477 yang melibatkan warganegara.

NEGERI SEMBILAN: 1 KES TEMPATAN 
- 1 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

JOHOR: 4 KES TEMPATAN 
-3 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.

KUALA LUMPUR: 4 KES TEMPATAN 
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara
-1 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
- 1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang melibatkan warganegara.

SARAWAK: 3 KES TEMPATAN 
-3 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.

PUTRAJAYA: 2 KES TEMPATAN 
- 2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Sumber:KKM

Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan situasi Covid19 - 3 Okt 2020

Rabu, 30 September 2020

Covid-19 berpotensi merebak lebih cepat di Selangor

DR NOOR HISHAM ABDULLAH
A
A

KUALA LUMPUR - Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.95 lebih tinggi daripada Sabah, berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baharu daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes.

Rt menunjukkan kadar secepat mana penularan Covid-19 merebak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar di negeri itu, sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil.

“Nilai Rt di Sabah telah stabil walaupun masih berada pada tahap 1.29 semalam. Keadaan ini masih merisaukan kerana ia melibatkan bilang kes-kes baharu yang tinggi.

“Nilai Rt mungkin akan meningkat, jika kita tidak mengambil langkah-langkah intervensi kesihatan awam yang optima,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Sementara itu, nilai Rt di Kedah menurun lebih besar daripada satu (> 1) kepada 0.65 dan ia sejajar dengan kadar penurunan kes di negeri itu yang merekodkan hanya dua kes dalam tempoh empat hari.

Dr Noor Hisham berkata, keadaan itu menggambarkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Sehubungan itu beliau mengingatkan adalah penting untuk semua rakyat Malaysia terus mematuhi SOP serta langkah-langkah yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.

-SH Online