"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Jumaat, 24 April 2026

Tuan Guru Maulana Mansoor Bin Ismail, Sri Petaling ( 1961 - Kini )

 Tuan Guru Maulana Mansoor Bin Ismail, Sri Petaling ( 1961 - Kini )

Tuan Guru Maulana Mansoor bin Ismail al-Hafiz adalah seorang ulama hadis terkenal di tanah air yang kini menjawat jawatan Mudir Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling. 

Beliau dilahirkan di Singapura pada hari Selasa, 6 Disember 1961 bersamaan 21 Jamadil Akhir 1381H. Beliau merupakan anak kedua daripada lima beradik. 

Pendidikan awalnya bermula di English Medium School, Radin Mas, Singapura dari tahun 1968 hingga 1971, di samping mengikuti pengajian di Sekolah Arab Radin Mas Cawangan al-Bajunaid sehingga tahap dua Tahnawi. Pada tahun 1972, beliau berpindah ke Pulau Pinang apabila bapanya bertugas di Butterworth, lalu menyambung pelajaran menengah di Kepala Batas Secondary School sehingga menamatkan MCE/SPM pada tahun 1978.

Sejak kecil, beliau sudah terdedah dengan pengajian agama tradisional. Di Butterworth, beliau belajar al-Quran dengan Tuan Guru Haji Ariffin dan mendalami asas feqah, usuluddin serta tasawuf dengan Tuan Guru Haji Saad Ya. Tahun 1978 menjadi titik penting apabila beliau memasuki Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam, dan menuntut ilmu di sana selama sembilan tahun.

Kehidupan pondok penuh cabaran; beliau pernah bekerja di sawah untuk menampung kehidupan, makan sagu sebagai bekalan, dan tidur berbantalkan buah kelapa. Namun, kesungguhan dan doa ibu bapa menjadi kekuatan. Di pondok, beliau bukan sahaja menuntut ilmu, malah diberi kepercayaan sebagai ketua pondok, mengajar kitab turath, mengetuai muzakarah, dan mengajar hadis atas amanah guru-gurunya.

Antara guru utama beliau ialah Tuan Guru Haji Jaafar al- Hafiz yang mendidik beliau dengan penuh kesabaran, Tuan Guru Haji Daud Malau yang mengamanahkan beliau mengajar hadis, serta Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani yang terkenal sebagai Musnid Dunia. Beliau juga berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Hamid, Tuan Guru Haji Ahmad bin Soleh, Tuan Guru Haji Mad Saman Kati, Tuan Guru Haji Abdullah Lanai, dan lain-lain. Dikatakan ketika mana Musnid Dunya Syeikh Muhammad Yassin bin Isa al-Fadani turun ke Pulau Pinang, ulama tersohor dunia itu pernah menginap di pondok Maulana di Padang Lalang. Kesemua tokoh ini membentuk asas kukuh dalam perjalanan ilmu beliau.

Hubungan beliau dengan Tuan Guru Haji Jaafar al-Hafiz sangat akrab. Ketika gurunya itu meninggal dunia pada 15 April 1986, beliau berada di sisi dan diberi penghormatan untuk memandikan jenazah gurunya. Atas saranan al-marhum juga, beliau melanjutkan pengajian ke Pakistan pada tahun yang sama.

Di Jamiah al-Uloom al-Islamiyyah, Binnori Town, Karachi, beliau menamatkan hafalan 30 juz al-Quran dan meneruskan pengajian Alim sehingga tahun Misykat (1986-1992). Kemudian, beliau menyambung pengajian dalam Dauratul Hadis, Takhassus fil Hadis dan Takhassus fit Tafsir di Jamiah Ahsanul Uloom, Karachi (1992– 1994). Beliau berkahwin pada tahun 1992.

Di Pakistan, beliau berguru dengan tokoh besar seperti Syeikh Allamah Mufti Zarwali Khan, Al-Syahid Maulana Yusuf al- Ludhianwi, Al-Syahid Maulana Athaul Rahman, Al-Syahid Maulana Muhammad Habibullah Mukhtar, Syeikh Maulana Muhammad Anwar al-Badakhsyani, Dr. Abdul Razzaq Iskandar, dan Syeikh Maulana Usman bin Muhammad Kabir Khan al- Pakistani.

Selepas kembali, beliau menyempurnakan khuruj setahun di India dan Pakistan pada tahun 1995. Sejak 1996, beliau berkhidmat di Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling, bermula dengan pengajian Tahfiz al-Quran, kemudian mengajar Pengajian Islam (1997), dan Ilmu Hadis (1998). Pada tahun 2015, beliau dilantik sebagai Mudir madrasah tersebut.

Dalam bidang sanad hadis, beliau menerima riwayatan (sama') daripada Syeikh Zarwali Khan, serta ijazah daripada tokoh besar seperti Syeikh Yasin al-Fadani, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, dan Mufti Rafi' Usmani.

Karya-karya beliau juga menjadi sumbangan penting dalam dunia pengajian Islam. Antaranya:

1. Tuhfatul A izzah - sebuah kitab yang membahaskan secara terperinci masalah darah wanita (haid, nifas, istihadhah). Kitab ini ditulis untuk memudahkan pelajar dan masyarakat memahami hukum-hakam berkaitan wanita dengan dalil yang jelas.

2. Tashil Sorf - sebuah karya ringkas dalam bidang ilmu nahu dan sarf, ditulis untuk memudahkan pelajar pemula menguasai asas bahasa Arab. Walaupun tidak dicetak, ia digunakan sebagai teks pengajian dalaman.

3. Taqrir Bukhari - catatan dan syarah ringkas terhadap beberapa kitab hadis, khususnya Sahih al-Bukhari, yang menjadi rujukan pelajar dalam memahami hadis secara talaqqi.

4. Risalah Masbuq dan Muwafiq -Risalah ini ditulis untuk menjawab kekeliruan masyarakat dalam amalan solat berjemaah.

Karya-karya ini menunjukkan keprihatinan beliau terhadap keperluan masyarakat dan pelajar, di samping mengekalkan tradisi penulisan ilmiah ulama pondok. Ia bukan sahaja menjadi panduan praktikal, tetapi juga bukti kesungguhan beliau dalam menyebarkan ilmu.

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru Maulana. Amin 

*Sumber - Perkongsian biodata Maulana Mansor daripada Maulana Lutfi Muharam pada 28 Disember 2025 

#KenaliUlamak

Jumaat, 17 April 2026

Sumud Flotilla:Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin

 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin:

Gabungan Nasional Suku, Klan dan Keluarga Palestin mengalu-alukan Sumud Flotilla, yang kini berlayar dari pelabuhan antarabangsa dalam satu usaha baharu untuk memecahkan sekatan tidak adil yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza, sebagai satu mesej kemanusiaan yang mulia yang membawa makna solidariti dan kebebasan bersama rakyat Palestin.

Inisiatif antarabangsa ini hadir pada saat rakyat kami terus berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai secara sistematik serta dasar kebuluran yang berbahaya, apabila seramai 757 syahid telah gugur sejak pengumuman gencatan senjata pada Oktober lalu, dalam satu pelanggaran terang-terangan terhadap semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

Kami menegaskan bahawa inisiatif ini menyentuh hati seluruh rakyat Gaza, yang menanti dengan penuh harapan setiap bantuan yang dihulurkan kepada mereka, serta setiap suara bebas yang menyeru hak mereka untuk hidup dengan bermaruah dan menikmati kebebasan.

Kepada semua peserta Sumud Flotilla, kami berkata: Kami menanti kehadiran anda dengan penuh harapan, kami amat menghargai usaha dan pengorbanan anda, dan kami menilai tinggi mesej kemanusiaan yang anda bawa, yang mencerminkan suara hati dunia yang masih hidup.

Kami juga menyeru seluruh insan yang cintakan kebebasan di seluruh dunia, serta institusi kemanusiaan dan hak asasi manusia, agar bersatu dalam menyokong inisiatif ini, dan turut serta secara aktif dalam usaha memecahkan sekatan serta menamatkan penderitaan rakyat kami.

Hidup Palestin yang bebas dan bermaruah,

Dan hidup kehendak rakyat yang merdeka. 

#globalsumudflotilla #sumudnusantara

Source: ZRA Strim 

Ahad, 12 April 2026

Rundingan Gencatan Senjata Iran -AS gagal:Naib Presiden AS pulang dengan tangan kosong

 


"RUNDINGAN GAGAL! Selepas Dua Puluh Satu Jam Vance Pulang Ke Washington, Iran Berani Tolak Tawaran Terakhir Amerika Syarikat" 

Bayangkan Tuan-puan, sebuah empayar penjajah yang sombong akhirnya terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas cuba membuli negara lawan di meja rundingan.

Kemas kini terbaharu yang sedang menggegarkan pentas geopolitik dunia pada hari ini membuktikan bahawa kuasa hegemoni barat sudah tidak lagi digeruni.

Rundingan damai yang dinanti-nantikan di Islamabad, Pakistan secara rasminya telah menemui jalan buntu dan gagal sepenuhnya.

Perkara ini disahkan sendiri apabila Naib Presiden Amerika Syarikat iaitu JD Vance dilihat bergegas menaiki pesawat Air Force Two untuk meninggalkan meja rundingan pulang ke negara asalnya.

Selepas mengharungi perbincangan empat mata yang amat tegang selama 21 jam tanpa henti, delegasi blok barat itu gagal memaksa wakil Republik Islam Iran untuk tunduk kepada kemahuan mereka.

Kenyataan rasmi dari pihak Washington pada awal pagi tadi mendakwa bahawa Tehran telah memilih untuk tidak menerima apa yang mereka sifatkan sebagai tawaran terakhir dan terbaik daripada pihak Amerika.

Tuan-puan, mari kita rungkai makna tersirat di sebalik bahasa diplomasi yang penuh dengan kepura-puraan ini.

Apabila pihak penjajah menggunakan istilah 'tawaran terakhir', ia sebenarnya bukanlah satu bentuk rundingan yang adil untuk mencari kedamaian.

Ia pada hakikatnya adalah satu bentuk ugutan dan kata dua yang cuba dipaksakan ke atas pihak lawan.

Amerika Syarikat datang ke Pakistan dengan ego yang melangit, memikirkan bahawa mereka boleh menggunakan kuasa ketenteraan untuk menakut-nakutkan delegasi Tehran supaya menyerahkan segala-galanya.

Antara tuntutan tidak masuk akal yang cuba dipaksakan adalah mendesak Iran supaya memberikan komitmen mutlak untuk melupakan program teknologi nuklear mereka.

Pihak pentadbiran Washington juga mahu laluan strategik Selat Hormuz dibuka semula dengan segera tanpa mahu memberikan sebarang jaminan keselamatan kepada wilayah timur tengah.

Akan tetapi, delegasi Iran ternyata bukanlah kelompok pemimpin yang boleh dibeli dengan tawaran murahan.

Mereka kekal teguh dengan pendirian bahawa tiada sebarang perjanjian gencatan senjata akan dimeterai selagi mana proksi barat di Tololviv bebas melakukan pembantaian darah.

Iran secara konsisten menuntut supaya segala bentuk serangan udara ke atas bumi Lubnan dan pembunuhan saudara kita di wilayah G serta P dihentikan secara mutlak.

Oleh sebab pihak Amerika terus berdegil untuk menjadi payung pelindung kepada kekejaman rejim Setanjahat, maka rundingan bersejarah ini terpaksa dikorbankan.

Keputusan Iran untuk membuang tawaran berat sebelah ini ke dalam tong sampah adalah satu tamparan psikologi yang amat memalukan buat pentadbiran di rumah putih.

Mereka menyangka bahawa dengan menghantar orang nombor dua paling berkuasa di Washington, pihak musuh akan terus sujud dan menggeletar ketakutan.

Sebaliknya, kegagalan ini memberikan mesej yang sangat terang kepada seluruh dunia bahawa era dominasi mutlak sang penjajah telah pun terkubur.

Kini, nasib perjanjian gencatan senjata yang rapuh itu berada di hujung tanduk, dan dunia sekali lagi terpaksa bersiap sedia berdepan dengan letusan pertembungan senjata berskala mega pada bila-bila masa sahaja.

___

Source 

Sabtu, 4 April 2026

Kemalangan sebab dari pemandu mabuk:DPMM usahakan 3 perkara dalam membantu keluarga mangsa..

 


Tadi baru sahaja menonton satu video kenyataan daripada peguam Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berkenaan kes kematian akibat dilanggar pemandu yang disyaki mabuk baru-baru ini.

3 perkara yang akan diusahakan DPPM pada keluarga mangsa pada saya adalah sangat luar biasa.

PERTAMA

Mereka sediakan khidmat guaman percuma pada keluarga mangsa. Tadi pada hari pertama prosiding, peguam DPPM hadir ke mahkamah sebagai peguam pemerhati untuk pantau perjalanan perbicaraan kes. Alhamdulillah.

KEDUA

Ini yang paling jarang kita dengar. Peguam juga akan failkan tindakan sivil untuk tuntut pampasan kepada keluarga mangsa terhadap tertuduh dan juga pihak insurans si pemandu mabuk.

Dalam bahasa undang-undang, ini dipanggil ‘dependency claim’.

Realitinya di Malaysia sebelum ini, ramai keluarga mangsa akibat kemalangan maut…

atau kes bunuh…

akhirnya tak dapat apa-apa.

Pesalah mungkin didenda.

Masuk penjara.

Tapi keluarga mangsa?

Terus menanggung kehilangan tanpa pampasan sewajarnya.

Sebab itu tindakan ini sangat luar biasa.

Ia seolah-olah menghidupkan semula konsep keadilan yang lebih menyeluruh dan hampir kepada konsep ‘diat’ dalam Islam di mana keluarga mangsa diberi ‘ganti rugi’ di atas kehilangan seseorang yang dibunuh.

KETIGA

Mereka turut tawarkan pengurusan harta pusaka dan hibah secara percuma agar hak pada keluarga mangsa dapat diberikan dengan sempurna.

Dan ada satu lagi perkara yang ramai tak tahu.

Jika tertuduh disabitkan kesalahan nanti, keluarga mangsa berpeluang untuk membawa “victim impact statement” di mahkamah.

Mereka boleh ceritakan sendiri bagaimana tindakan tertuduh telah meruntuhkan kehidupan mereka.

Kita difahamkan kes ini sedang dipertimbangkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

Jika sabit kesalahan, hukumannya sangat berat iaitu hukuman mati atau Penjara 30 hingga 40 tahun

Pada kita sekurang-kurangnya…

ada sedikit kelegaan.

Bahawa nyawa yang hilang itu dipandang serius oleh sistem keadilan.

Tapi satu persoalan besar masih belum terjawab iaitu

Berapa ramai lagi perlu mati baru kita benar-benar tegas dalam isu pemandu mabuk?

Undang-undang mesti tegas.

Penguatkuasaan mesti konsisten.

Dan masyarakat mesti berhenti dari menganggap mabuk itu adalah dosa individu.

Kali ini kita nampak satu usaha yang betul-betul usaha untuk membela keluarga mangsa.

Bukan sekadar bercakap.

Tetapi bertindak.

Tahniah Pemuda PAS.

Semoga ini menjadi titik perubahan bukan sekadar satu kes yang kita akan lupa seperti kes-kes sebelum ini.

Source