Isnin, 10 Mei 2021
TUN CUBA MEMALITKAN IMEJ NEGATIF PADA AHLI PARLIMEN BERSATU
Khamis, 6 Mei 2021
Benarlah Apa Rafidah Kata Tentang Ahli Politik Sekarang Ni..
Selain dari cakap tak serupa bikin mereka juga meletakkan periuk nasi mereka sendiri sebagai keutamaan, maka tak hairanlah kalau aktiviti lompat melompat tetap ada dan akan terus berlaku.Kerana mengejar kuasa, mereka lebih sibuk berpolitik sepanjang masa dari membantu Kerajaan mencari jalan menyelesaikan masaalah yang mendatang kerana COVID-19 ketika ini.
“Bila kata-kata kamu tak boleh dipegang, bila cakap kamu tak serupa bikin, anda tak lagi boleh dipercayai. Bila orang tak boleh lagi percayai kamu, maka apa jua keyakinan mereka (kepada kamu) turut hilang.”Rafidah turut menyentuh mengenai kecenderungan pentadbiran Perikatan Nasional untuk tidak berterus-terang semasa mempromosikan pakej rangsangan yang pelbagai.
“Hidup ini mudah kalau pandai mengurus,” kata beliau.“Tapi kalau tak berkebolehan dan tak mahir mengurus, semuanya akan jadi rumit dan kelam-kabut.”~ FMT
Bak kata lagu BPR..
Isnin, 5 April 2021
UMNO Lidah Biawak - Veteran MIC Jawab Veteran UMNO
Biar saya mulakan tulisan ini dengan mengingatkan kembali peranan Umno kepada Veteran Umno.
Sejak negara menikmati kemerdekaan, majoriti undi dan sokongan orang Melayu disalurkan hanya kepada Umno. Mengapakah Umno menjadi faktor penentu undi Melayu?Tidakkah Umno tahu dengan adanya IPF maka keahlian MIC akan berpecah?
Memang jelas bahawa niat Umno meluluskan dan membenarkan pendaftaran IPF hanyalah untuk memecahkan keahlian MIC dan pengikut MIC.Bisa permainan Umno telah mula meracuni parti itu sendiri apabila sokongan orang Melayu mula disalurkan kepada parti lain seperti PAS, PKR, Bersatu, DAP, Gerakan serta parti-parti lain di Sabah dan Sarawak.
Jumaat, 2 April 2021
Muhyiddin Malas, Anwar Mufliskan Negara, Saya Terbaik Sebagai PM - Ku Li
VETERAN Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau mahu menjadi perdana menteri tetapi mengakui mungkin tidak mendapat sokongan daripada partinya sendiri, lapor The Vibes.Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menolak kemampuan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri dan menyebutnya sebagai “malas” dan pada masa sama berkata Mohamed Azmin Ali “tidak layak”.
Khamis, 18 Mac 2021
Tun M sindir Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan belum tentu memperoleh majoriti meskipun beberapa ahli Parlimen pembangkang bertindak lompat parti.
Beliau turut menyifatkan perkembangan terbaharu politik negara itu berpunca daripada politik wang.
"Lompat menjadi-jadi. Dua, tiga lompat masuk parti Kerajaan. Belum tentu Muhyiddin dapat majoriti. Lompat keluar tak tahu?
"Sebab lompat? Heh, Heh, Heh. Kita tahu la. Cash is king.
"Katanya ada tawaran lagi kepada parti lawan. Bisnes (perniagaan) politik lebih untung daripada bisnes-bisnes (perniagaan-perniagaan)," katanya dalam satu hantaran di blog chedet.cc pada Rabu.
Dr Mahathir turut menyentuh tentang kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melaksanakan persidangan Parlimen dalam tempoh darurat sambil mengaitkan isu membeli ahli Parlimen.
"Kenyataan Muhyiddin setaraf kelulusan Parlimen. Sebut sahaja, jadi undang-undang. Apa perlu Parlimen? Apa perlu pilihan raya? Habis masa, habis duit.
"Beli orang, panggil mereka wakil rakyat, kerajaan tertubuh – selamat berbilion ringgit," katanya.
Turut disindir berhubung isu double standard terhadap ahli politik dan tindakan kerajaan menaikkan nilai kompaun ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Tak cukup duit, naik denda. Tak bayar RM10,000 pakai baju oren, masuk dalam.
"Salah satu bilion okay. Dapat polis pengiring. Boleh jadi ahli Parlimen. Nasihat kerajaan. Malaysia boleh. Darurat semua boleh. Syabas Malaysia," katanya.
-SH Online
Sabtu, 6 Februari 2021
Akhirnya.. Pembelit Dah Terbelit?
Pensyarah kanan Kolej Undang-undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menulis...
Selasa, 26 Januari 2021
Wanita mampu jadi Perdana Menteri Malaysia: Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, - Golongan wanita juga mampu menjadi Perdana Menteri di negara ini suatu hari nanti, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu bagaimanapun berkata, ia adalah proses yang panjang dan mengambil masa sebelum golongan berkenaan dapat memainkan peranan lebih penting dalam pentadbiran negara.
“Kita lihat perkara ini (perdana menteri wanita) berlaku di negara-negara maju dan kita juga lebih awal dalam memberi peranan kepada wanita sebagai pemimpin.
“Mungkin (pada masa ini) tak sampai jadi perdana menteri, tetapi sudah ada (wanita) yang sudah dapat jawatan dengan tanggungjawab tinggi, malah mereka juga menjalankan tugas dengan baik,” katanya dalam program bual bicara ‘Tick Talk 60 Minute: Wanita-Wanita Bersama Tun M’ yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau pada Isnin.
Dr Mahathir berkata, golongan wanita hari ini juga mempunyai pengalaman mendalam dan pengetahuan yang luas, sekali gus mampu menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.
“(Malah) penuntut wanita adalah bilangan terbesar di universiti dan mereka juga mengambil bahagian dalam setiap kegiatan di sana, malah ada yang berpeluang mengikutinya sehingga ke luar negara,” katanya dan menambah wanita juga lebih serius dalam segala tugasan yang dilakukan. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/
Jumaat, 15 Januari 2021
Dr Mahathir dakwa Muhyiddin Yassin diktator

Jumaat, 25 Disember 2020
Ku Li beri isyarat sedia berehat daripada politik

Wakil rakyat paling lama berkhidmat di Malaysia Tengku Razaleigh Tengku Hamzah memberi gambaran beliau bersedia untuk berehat daripada politik jika tidak diperlukan pada pilihan raya umum ke-15 kelak.
Tengku Razaleigh, yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1986 berkata, anak muda perlu berani ke depan dan menunjukkan kredibiliti mereka untuk diangkat menjadi wakil rakyat mahu pun pemimpin apabila diberikan peluang.
“Kita (bersedia) berehatlah… terpulang kepada parti untuk langkah seterusnya (jika khidmat tidak perlukan).
“Anak muda sebagai pelapis pemimpin perlu ke depan, perjuangkan apa yang perlu dilakukan supaya perubahan dapat dibuat secepat yang boleh.
"Banyak benda boleh dibuat daripada menanti perubahan sahaja. Negara lain sudah berubah, kenapa kita tidak boleh,” katanya.
Tengku Razaleigh, atau lebih mesra dipanggil Ku Li, berkata demikian ketika ditemui media selepas menjadi tetamu sebuah program anjuran Majlis Profesor Negara hari ini.
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu ditanya mengenai cakap-cakap supaya beliau berehat atau berundur dari kancah politik dan digantikan dengan pemimpin muda.
Aktif dengan sidang akhbar dan kemunculan dalam beberapa majlis politik sehingga diusik ingin menjadi perdana menteri, sambil tersenyum Ku Li berkata, beliau tidak pernah menginginkan jawatan itu sepanjang bergelar ahli politik.
“Kalau saya ingin jadi perdana menteri, sudah lama saya jadi perdana menteri. Tetapi saya tidak berminat dengan jawatan itu, saya bagi dekat Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Waktu 1977 itu, saya merupakan pemimpin paling kanan dan ditawarkan oleh Tun Hussein Onn sebagai timbalannya, namun saya tolak.
“Saya fokus kepada industri minyak dan kerana itu Petronas kuat… kita semua mempunyai peranan masing-masing,” katanya.-FMT
-elok sangat la Ku Li kalau nak berehat dari politik...kalau boleh ajak Atok sekali ya..jangan sembang kosong je..buat betul-betul tau






















