"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Datuk Nur Jazlan Mohamad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Nur Jazlan Mohamad. Papar semua catatan

Selasa, 6 Julai 2021

Nur Jazlan Dedah Sebab UMNO Mahu Keluar Dari PN

AHMAD Zahid Hamidi menarik parti dari menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu mendukung kerajaan gagal, kata pemimpin Umno.

Seorang penyokong Ahmad Zahid, Nur Jazlan Mohamed berkata ia bukan tindakan “gila kuasa” tetapi kerana tidak mahu turut dipersalahkan atas kegagalan kerajaan mentadbir negara.

Beliau antara lain menyebut kaedah ekstrem perdana menteri menggunakan proklamasi darurat sebagai alasan mengekang Covid-19, yang kemudian didapati hanya sia-sia.
Tambahan pula rakyat kini menolak Muhyiddin, kata timbalan ketua Umno Johor yang juga bekas ahli Parlimen Pulai itu kepada The Malaysian Insight.
“Rakyat tak mahu Muhyiddin, Umno kena buat sesuatu. Umno bukan gila kuasa, bila Muhyiddin gagal Umno tak boleh bersama Muhyiddin.

“Kalau orang marah kerajaan, Umno akan terpalit tak pasal-pasal… Umno tak boleh dukung kerajaan gagal.

“Kita dah cuba (sokong PN), kerajaan ini pakai pendekatan ekstrem, darurat sebagainya tapi sebenarnya mereka ini gagal bab pengurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mempertahankan tindakan Ahmad Zahid mengumpul akuan bersumpah (SD) daripada wakil rakyat Umno untuk menarik diri dari menyokong PN.

Nur Jazlan berkata, Umno juga menolak tindakan Muhyiddin juga menggunakan perintah darurat untuk mengelakkan persidangan Parlimen selepas tidak lagi menguasai majoriti.

Oleh itu Umno tidak boleh bersubahat apabila kerajaan PN hanya bertindak untuk mengekalkan kuasa dan menyalahgunakan undang-undang seperti itu, katanya.

“Bukan Umno tamak kuasa, Umno kena elak dituduh bersubahat dengan kerajaan gagal ini, elak sidang Parlimen kerana tak mahu tunjuk majoriti dalam Parlimen.

“Baru cerita Covid-19, belum cerita lain dia pakai undang-undang darurat, tiada negara pakai darurat dan gagal macam ini, jumlah jangkitan makin teruk bukan semakin baik macam negara lain.

“Kita pun perlu menjauhkan diri dari kerajaan kerana rakyat dah fikir jumlah statistik jangkitan Covid-19 dan penggunaan darurat hanya elak daripada Parlimen dan mempertahankan kerajaan gagal,” kata Nur Jazlan lagi.

Darurat yang digunakan PN juga bukan sahaja tidak mampu mengekang jangkitan Covid-19 tetapi juga menyebabkan kematian meningkat sehingga lebih 5,000 kes, lebih tinggi dari China, katanya.

Oleh itu, Muhyiddin harus membuktikan majoriti yang diperolehi dalam persidangan Parlimen yang akan diadakan sebelum 1 Ogos, katanya.

Pada waktu itu, mana-mana ahli Parlimen Umno yang enggan bersama parti boleh mengundi untuk menyokong Muhyiddin, katanya.

“Biarlah berapa ramai ahli Parlimen Umno ini yang dikatakan sokong Muhyiddin, kita uji di Parlimen… sekarang ini pun majoriti dia hanya satu, dua ahli Parlimen.

“Bukan Umno tamak kuasa, kalau Agong dan Majlis Raja-Raja titah buat mesyuarat penuh dan Muhyiddin ingkar, Umno tak boleh ikut,” kata Nur Jazlan.

Untuk makluman terdapat seramai sembilan menteri UMNO dan lima timbalan menteri dalam Kabinet ketika ini.

Mereka ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan (Keselamatan); Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wlayah Persekutuan); Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli); Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi); Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan);

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Luar); Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ); Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara) dan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).

Lima Timbalan menteri dari UMNO pula ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri); Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri);

Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainnul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia); Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar).

Jadi dengan adanya sembilan Menteri dan Lima Timbalan Menteri dari UMNO di dalam Kerajaan PN sekarang ini, sebarang kegagalan yang berlaku adalah juga kegagalan pihak UMNO.

Untuk mengelakkan dari dikaitkan dengan sebarang kegagalan yang belaku, UMNO perlu keluar dari PN.

Tapi.. ada ke yang sanggup kehilangan berpuluh ribu RM imbuhan setiap bulan tu?

-Anak Sungai Derhaka

Selasa, 24 November 2020

Ada kalanya rasa terhina 'diterjah' rakan, akui Annuar Musa

 


Setiausaha Agung BN, Annuar Musa - yang kini selalu menjadi sasaran kritikan sesetengah pemimpin Umno - tidak berhasrat untuk membalas serangan berkenaan walaupun berasa sedikit terhina atas tindakan tersebut.

Jelas Ahli Parlimen Ketereh itu, dia beranggapan apa yang berlaku sekarang adalah lumrah politik dan tetap berpegang pada pendiriannya berhubung kedudukan Umno.

"Ada pihak yang meminta saya ulas terjahan rakan-rakan terhadap saya, khususnya dari selatan. Saya ramai rakan di sana. Negeri dan individu yang saya pandang tinggi.

"Saya tidak gemar serang menyerang terutama sesama sendiri. Lagi pun saya tiada 'vandetta' atau dendam pada sesiapa. Walaupun rasa sedikit terhina, tidak mengapalah, sudah adat kita berpolitik," katanya di media sosial hari ini.

Beberapa hari lalu, Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, dilaporkan menganggap Annuar sebagai figura yang “sudah mati” dalam perjuangan Umno.

Kritikan itu dibuat antara lain kerana kenyataan Annuar yang konsisten memihak kepada Perikatan Nasional (PN) yang menjadi kerajaan sekarang berbanding sesetengah pemimpin Umno yang memberikan sokongan bersyarat serta suara-suara tidak puas hati kepada gabungan berkenaan.

Kebenaran perlukan masa

Untuk rekod, di sebalik penyertaan beberapa pemimpin Umno dalam kabinet PN - seperti Annuar yang menjadi menteri Wilayah Persekutuan - Umno tetap berada di luar gabungan berkenaan.

"Dia 'dah mati' dalam Umno tetapi tak mahu lompat ke Perikatan Nasional (PN),” kata Nur Jazlan seperti dilaporkan portal berita FMT.

Nur Jazlan mengulas kenyataan Annuar - Umno dalam wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan - antara lain menyatakan segelintir ahli Umno lupa bahawa parti itu ialah parti yang kalah dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Nur Jazlan Mohamad

Kata Annuar, pihak yang mengecamnya itu adalah individu yang jauh lebih hebat daripada dirinya yang dianggap 'mati'.

"Saya percaya mereka jujur dan akan terus menghidupkan perjuangan parti," katanya.

Dalam hantaran itu juga Annuar menyentuh tentang poster yang memfitnahnya akan bersama parti Bersatu.

Kata Annuar dia memilih untuk berterus terang dalam memperkatakan soal parti itu dan memahami jika ia disalah tafsir pihak lain.

"Saya memilih untuk berkata benar dan berterus terang. Mungkin saya mudah disalahmengertikan .Tidak mengapa, kebenaran kadang-kala memerlukan masa.

"Saya faham semua orang ikhlas nak Umno berjaya, cuma cara mungkin berbeza. Kita raikan perbezaan itu, saya tidak semestinya betul.

"Tapi hati saya kuat berkata bahawa umno mesti perkasakan politik taawun (kerjasama) dan taayush (wujud bersama). Rasulullah SAW mengamalkannya," katanya lagi.

-detikdailyonline