"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Gaji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gaji. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Januari 2024

Beri elaun khas dahulu kalau sukar naikkan gaji penjawat awam-Cuepacs

 

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji dalam bentuk elaun khas sementara menunggu pelarasan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, perkara itu boleh dipertimbangkan kerajaan sekiranya isu kewangan menjadi kekangan dalam menyegerakan SSPA.

“Selepas SSPA dimuktamadkan kelak dan berlakunya kenaikkan gaji, maka kerajaan boleh memansuhkan bayaran elaun khas tersebut.

“Usaha ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan gaji bersih (take home pay) penjawat awam meningkat sementara menunggu pelarasan gaji dilaksanakan.

“Adalah menjadi harapan warga penjawat awam untuk menikmati skim upah yang lebih adil dan munasabah supaya mereka mampu berhadapan dengan situasi yang sukar ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Adnan memberitahu pihaknya turut menghargai kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam dalam membangunkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan semalam.

Jelasnya, usaha yang digembleng oleh kakitangan daripada Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia jelas membuktikan kemampuan penjawat awam dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Katanya, walaupun masa yang diberikan oleh kerajaan adalah amat singkat, kekangan tersebut bukanlah menjadi halangan untuk penjawat awam memberikan hasil terbaik setanding dengan perunding antarabangsa.

“Syabas diucapkan kepada penjawat awam kerana mampu menghasilkan sistem yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Cuepacs mencadangkan agar suatu bentuk insentif khas kepada penjawat awam yang terlibat dalam membangunkan projek-projek besar kerajaan pada masa hadapan sebagai satu bentuk pengiktirafan dan galakan untuk mereka berusaha dengan lebih baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Khamis, 23 Jun 2022

Elaun pengerusi FGV naik RM40,000, pengarah RM12,500 sebulan

 

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV Holdings Bhd (FGV) meluluskan 13 resolusi hari ini. Syarikat itu antara pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia.

PETALING JAYA: Elaun pengerusi bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) dinaikkan kepada RM40,000 sebulan, berbanding RM25,000 sebelum ini, antara 13 resolusi diluluskan majoriti pemegang sahamnya dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu.

FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, AGM secara maya sepenuhnya, hari ini, menyaksikan semua resolusi dibentang untuk pertimbangan telah diluluskan pemegang saham.

“Semua 13 resolusi ditetapkan pada notis AGM ke-14 bertarikh 28 April 2022, dibentangkan pada AGM telah diluluskan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Menurut notis AGM itu, elaun pengerusi bukan eksekutif FGV dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM480,000 atau bersamaan RM25,000 sebulan kepada RM40,000 sebulan bagi tempoh setahun, bermula 24 Jun 2022 hingga AGM akan datang.

Imbuhan pengarah bukan eksekutif FGV bagi tempoh sama juga naik daripada RM120,000 kepada RM150,000 atau daripada RM10,000 sebulan kepada RM12,500 sebulan.

Selain itu, AGM turut meluluskan pemberian kereta syarikat untuk kegunaan pengerusi dengan perbelanjaan kemudahan kenderaan tahunan sebanyak RM180,000 berbanding elaun kereta syarikat sebanyak RM15,000 sebulan termasuk petrol, tol dan penyelenggaraan sebelum ini.

Elaun perniagaan rasmi turut diberikan kepada pengerusi bukan eksekutif dan pengarah bukan eksekutif FGV sebanyak RM1,000 sehari bagi menghadiri mesyuarat dengan wakil kerajaan atau pihak ketiga seperti perunding, jurubank dan penasihat bagi pihak syarikat dengan laporan rasmi kepada Lembaga Pengarah atau Lembaga Jawatankuasa; atau lawatan rasmi ke projek dan atau rujukan tapak untuk menasihati pengurusan dan atau syarikat.

Mengikut rekod, pengerusi bukan eksekutif FGV ketika ini adalah Dzulkifli Abd Wahab.

AGM turut melantik semula enam pengarah bukan eksekutifnya iaitu Amiruddin Abdul Satar, Nonee Ashirin Mohd Radzi, Mohd Rafik Shah Mohamad, Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin, Kasmuri Sukardi dan Yatimah Sarjiman.

FGV antara pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar dunia, menyumbang kira-kira 15% daripada jumlah pengeluaran tahunan MSM Malaysia.

FGV kini beroperasi di sembilan negara di seluruh Asia, Timur Tengah, Amerika Utara dan Eropah.

Pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021, FGV merekodkan lonjakan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) sebanyak lapan kali ganda kepada RM1.17 bilion berbanding hanya RM146 juta yang direkodkan, tahun sebelumnya.

Prestasi luar biasa diraih FGV itu disokong pendapatan tahunan lebih tinggi yang meningkat 39% kepada RM19.57 bilion, rekod tertinggi pernah dicatatkan, berbanding RM14.07 bilion, pada 2020.-FMT

Rabu, 19 Januari 2022

Gaji 800,000 penjawat awam lebih rendah daripada PGK -Presiden CUEPACS

 

PETALING JAYA: Lebih 800,000 penjawat awam di negara ini tergolong dalam kumpulan penerima gaji lebih rendah daripada Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berikutan sistem penggajian dan saraan tidak dikaji dan distruktur semula sejak 2002.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata penjawat awam dengan gred lantikan 19 masih memperoleh pendapatan di bawah RM2,000 meskipun selepas menerima Bantuan Sara Hidup (COLA), Imbuhan Tetap Perumahan dan Elaun Khidmat Awam.

Berikutan itu, Adnan menggesa kerajaan untuk menyegerakan kajian semula terhadap sistem penggajian dan saraan kerana ia disifatkan sudah tidak relevan dengan kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung kini.

"Daripada 1.62 juta penjawat awam, lebih 800,000 daripadanya terdiri daripada golongan B40 iaitu mereka dengan gred 19 yang jika terlantik, gaji permulaan diterima hanyalah RM1,208.

"Jika ditambah COLA dan pelbagai elaun lagi, pendapatan mereka hanya mencecah RM1,950 dan ia masih di bawah PGK ditetapkan iaitu RM2,208 jadi kerajaan perlu segera ubah sistem penggajian dan saraan yang tidak relevan sekarang kerana sudah berlangsung selama 20 tahun.

"Gaji tidak naik menyebabkan kuasa membeli penjawat awam semakin mengecil sedangkan harga barang terus meningkat. Ini sememangnya memberi kesan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah di Wisma Ungku A Aziz, di sini.

Antara agenda yang dibincangkan CUEPACS dan ANGKASA dalam mesyuarat itu termasuk kaedah yang boleh dimainkan koperasi bagi membantu penjawat awam untuk menghadapi kesan kenaikan kos sara hidup yang berlaku kini.

Adnan berkata, ANGKASA melalui pelbagai koperasi di bawahnya akan membekalkan lebih 100 barangan harian kepada penjawat awam di negara ini pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

Pada masa sama, beliau juga menggesa supaya semua ketua perkhidmatan awam mengaktifkan koperasi dalaman dengan menyediakan ruang di setiap kementerian bagi membekalkan barangan keperluan asas kepada penjawat awam pada harga yang lebih murah.

Langkah itu katanya, selain sebagai tanda sokongan kepada penjawat awam, ia juga dapat memastikan harga barangan harian dapat dikawal sekali gus mengelak daripada golongan yang gemar mengambil kesempatan.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, setakat ini sambutan yang diterima koperasi di bawah ANGKASA dalam pembekalan pelbagai jenis barangan harian kepada penjawat awam sangat menggalakkan.

Setakat ini katanya, terdapat 3,000 koperasi yang sudah dikenal pasti ANGKASA dan 2,000 daripadanya sudah mendaftar untuk Program Barang Asas 100 (BA100) membabitkan penjualan barangan keperluan harian termasuk secara dalam talian.

"Daripada 2,000 yang berdaftar, 500 daripadanya kini aktif dalam membekalkan barangan manakala baki 1,500 koperasi lagi kini dalam proses untuk lebih aktif

"Program ini sudah bermula sejak tahun 2000. Ia turut menyediakan platform dalam talian bagi memudahkan pesanan dan penghantaran barangan.

"Fasa keduanya nanti akan membabitkan penjualan barangan basah pula," katanya. (BH)

Ahad, 18 Oktober 2020

Cuepacs mohon kerajaan naikkan gaji, bonus penjawat awam

 


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan kenaikan kadar gaji dan pemberian bonus secara bulanan kepada penjawat awam dalam pembentangan Belanjawan 2021, bulan depan.

Presidennya Adnan Mat berkata permohonan tersebut berdasarkan situasi semasa negara dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Jika kita lihat pada ketika ini harga barangan dan perkhidmatan asas yang lain seperti makanan, minuman, kesihatan, pengangkutan, pendidikan dan komunikasi telah menunjukkan sedikit peningkatan.

"Ini bermakna gaji juga perlu ditingkatkan selaras dengan peningkatan kos keperluan asas ini khususnya untuk seluruh penjawat awam dan mereka yang berada di luar sana," katanya ketika dihubungi Bernama TV, di sini, hari ini. Katanya, CUEPACS juga berharap kerajaan mengumumkan bonus dalam bentuk gaji bulanan kepada penjawat awam dan bukannya bantuan khas kewangan sepertimana pada tahun-tahun sebelumnya sekali gus dapat membantu merancakkan ekonomi negara.

''Kali terakhir penjawat awam menerima bonus adalah pada tahun 2012 iaitu satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 dan selepas itu penjawat awam tidak lagi menerima bonus.

"Sebaliknya bantuan khas kewangan yang diterima tahun-tahun sebelum ini adalah sebanyak RM500 menjelang perayaan dan RM500 menjelang pembukaan sesi persekolahan awal tahun," katanya.

- Bernama