Jumaat, 30 April 2021

Covid19:PKP 5 daerah di Kedah mulai esok

 Anggota polis memeriksa dokumen pemandu di sekatan jalan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto hiasan NSTP

Anggota polis memeriksa dokumen pemandu di sekatan jalan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Lima daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula esok.

Ini berikutan, dalam tempoh 14 hari hingga semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 709 kes aktif direkodkan di semua daerah berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, berkata penularan jangkitan membabitkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim, daerah atau zon.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di lima daerah itu berkuat kuasa 1 Mei hingga 14 Mei depan.

"Ia bertujuan menyekat penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan awam, makmal dan hospital di Kedah semakin meningkat," katanya.-BH Online

0 ulasan:

Catat Ulasan