"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.


 


Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan

Ahad, 6 Jun 2021

Harga minyak masak 5 kg lepasi harga RM32 sebotol

 TINJAUAN di beberapa pasaraya besar, kedai serbaneka serta pasar mini mendapati minyak masak dalam botol lima kilogram (kg) melonjak naik. FOTO Nur Aisyah Mazalan

TINJAUAN di beberapa pasaraya besar, kedai serbaneka serta pasar mini mendapati minyak masak dalam botol lima kilogram (kg) melonjak naik. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Johor Bahru: Pengguna di bandar raya ini terkejut apabila mendapati harga minyak masak dalam botol terus naik melambung berbanding sebelum ini.

Tinjauan di beberapa pasar raya, kedai serbaneka serta pasar mini di Larkin dan Tampoi, di sini, mendapati minyak masak dalam botol lima kilogram (kg) melonjak naik melepasi harga antara RM30 hingga RM32.70 sebotol berbanding hanya RM25.90 hingga RM28 sebotol sebelum ini.

Penyelia, Anuar Ariffin, 44, berkata, dia sangat terkejut dengan kenaikan mendadak harga minyak masak botol lima kg itu berbanding bulan lalu.

Katanya, harga minyak masak botol lima kg itu hanya antara RM25.90 hingga RM28 sebelum ini.

"Peningkatan antara RM4 hingga RM7 untuk minyak masak botol lima kg terlalu drastik apatah lagi dalam tempoh tidak sampai sebulan.

"Keluarga saya besar dengan empat orang anak, takkan saya perlu beli minyak masak paket RM2.50 setiap minggu untuk kegunaan keluarga, sedangkan sekarang perintah Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) dikuatkuasakan.

"Pengguna seperti saya sangat terbeban apatah lagi pendapatan terjejas berikutan keadaan ekonomi belum stabil. Adakah pihak berkuasa akan terus melihat sahaja sehingga minyak masak botol melepasi harga RM40 sebotol pula selepas ini," katanya ketika ditemui.

Bagi Zura Mohd, 33, pula berkata, harga barang keperluan terutama minyak masak yang melonjak sangat membebankan pengguna.

"Saya beli minyak masak botol lima kg sebulan sekali dan apabila lihat harganya dah melepasi RM30 memang 'menggigil' jugalah.

"Dulu anak sekolah makan dua kali sehari sahaja, namun apabila sekolah ditutup saya sediakan makanan sehingga empat kali sehari dan ia jadi sangat membebankan kepada keluarga besar.

"Memang benar kerajaan hanya mengawal harga minyak paket polibeg satu kg sahaja, namun dengarlah juga suara rakyat terbeban kerana harga minyak botol seolah-olah menganiaya pengguna," katanya.-myMetro

Ahad, 2 Mei 2021

PAS Johor rasa tersisih dalam pelantikan ahli majlis, ketua kampung

 


PAS Johor hari ini secara terbuka menyatakan rasa tersisih mereka dalam isu pembahagian majlis kerajaan tempatan serta ketua kampung di negeri berkenaan.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata setakat ini pelantikan ke jawatan itu di Muar, Simpang Renggam dan Kota Tinggi tiada seorang pun wakil PAS dipilih.

Katanya hal itu bercanggah dengan persetujuan dicapai di antara PAS dan kerajaan negeri sebelum ini.

"Sebelum itu, PAS Johor tidak dipanggil untuk mengadakan perbincangan bagi pelantikan ketua kampung di seluruh negeri yang menyaksikan PAS hanya diberikan sebanyak 36 (jawatan) yang mewakili hanya 5 peratus daripada keseluruhan ketua kampung," katanya dalam kenyataan hari ini.

PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan ekoran kejatuhan Pakatan Harapan pada tahun lalu. Ia digantikan dengan kerajaan baru diketuai Umno.

Di sebalik penyertaan besar-besaran PAS dalam pilihan raya umum (PRU) pada 2018, parti itu hanya memenangi satu kerusi saja iaitu di Jorak.

Secara rasmi PAS adalah rakan kepada Umno selepas kedua-dua parti memeterai piagam Muafakat Nasional (MN). Namun pada masa sama PAS adalah anggota komponen kepada Perikatan Nasional (PN).

Ia berlaku ketika Umno tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu yang menjadi tulang belakang PN. Walaupun Umno baru-baru ini 'memujuk' PAS agar kembali ke pangkal jalan, namun parti itu bertegas mahu mengekalkan status quo mereka atas alasan demi perpaduan ummah.

Abdullah berkata apa yang berlaku sekarang menghantar isyarat yang salah kepada usaha memperkasa MN khususnya di Johor.

Katanya PAS Johor sentiasa terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan menteri besar dan exco yang berkaitan dengan kerajaan tempatan namun nampaknya ia tidak membuahkan hasil positif.

Selain itu kata Abdullah mereka juga menggunakan platform mesyuarat MN untuk membawa hasrat parti dan ia akhirnya "dipersetujui bersama" namun hasilnya sangat mendukacitakan.

"PAS Johor tetap berpegang kepada arahan presiden PAS supaya terus memperkasa MN dan mempertahan kerajaan PN namun sekiranya perkara ini tidak diperbaiki maka dibimbangi ia akan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.-mk